Pages - Menu

Monday, January 21, 2013

Video: Lelaki melawan jerung bagi menyelamatkan kanak-kanak

Seorang lelaki British yang sedang bercuti diangkat sebagai wira setelah melakukan kerja gila dengan menangkap ekor jerung dengan menggunakan tangan kosong bagi menjauhkan ia dari kanak-kanak yang sedang bermain dikawasan cetek di pantai Australia.

lelaki melawan jerung

Paul Marshallsea, 62, mendapat pujian dari pengawal pantai setelah bergegas dari tempat membakar babeku ke pantai bagi memastikan kanak-kanak selamat. Insiden tersebut sempat dirakamkan oleh krew televisyen yang kebetulan berada berhampiran. "Jerung tersebut datang ke kawasan yang cetek kira-kira lima hingga enam kaki dari kanak-kanak yang sedang bermain. Saya terus menangkap jerung tersebut dengan memegang ekornya."

lelaki melawan jerung

Marshallsea yang berasal dari South Wales amat bernasib baik kerana dapat melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan. "Ia toleh belakang dan cuba menggigit saya. Gigitannya hampir mengenai kaki saya dan ia berlaku dengan pantas." Tambahnya lagi, dia bukan sahaja ingin menyelamatkan kanak-kanak yang sedang bermain, tetapi turut ingin menyelamatkan jerung itu sendiri.

lelaki melawan jerung

"Jerung tersebut mungkin berbahaya tetapi sebenarnya ianya haiwan yang cantik dan kita harus menghormati haiwan sebegitu. Orang ramai mungkin mengatakan ianya perbuatan yang bodoh, namun apabila kita bergelut dengan raksasa cantik yang begitu terdesak, kita seharusnya menghormati dan membantunya. Saya memegang ekor jerung tersebut dan menariknya ke air yang cukup dalam supaya ia boleh selamat."

Insiden ini telah dirakamkan oleh krew televisyen di kawasan tumpuan pelancong di Bulcock Beach yang terletak di  Australia’s Sunshine Coast di Queensland.

Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika

Tippi Degré dilahirkan di Afrika dan dibesarkan oleh ibu bapanya yang bekerja sebagai jurugambar hidupan liar dari Perancis. Kehidupan zaman kanak-kanak Tippi adalah jauh berbeza berbanding kanak-kanak biasa. Gadis ini hidup dengan persekitaran gurun Afrika dan dikelilingi hidupan liar yang sangat berbahaya.

Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika

Tippi berkawan dengan haiwan dan juga orang-orang dari puak Namibia. Antara haiwan yang menjadi temannya ialah seekor gajah Afrika berusia 28 tahun yang diberi nama Abu, harimau bintang yang dipanggil J&B, anak singa, ziarafah, dan pelbagai spesis lain termasuklah katak besar dan juga ular. "Saya tiada kawan di sini kerana saya tidak pernah melihat kanak-kanak. Jadi, haiwan-haiwan inilah yang menjadi kawan saya."

Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika

Ibu bapanya, Alain Degré bersama Sylvie Robert, telah membukukan serta merakamkan kisah hidup Tippi. Tippi of Africa diterbitkan pada tahun 1998. Dokumentari tersebut menceritakan tentang kehidupan Tippi bersama ibu bapanya dalam menjalin perhubungan bersama hidupan liar. Nama Tippi kemudiannya melonjak dan amat dikenali ramai. Ibunya berkata, "Tippi dan haiwan-haiwan ini saling memahami. Dia percaya haiwan-haiwan tersebut adalah kawannya dan dia menggunakan imaginasinya untuk hidup bersama walaupun dalam keadaan berbeza."

Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika
Gadis yang suka berkawan dengan haiwan liar di Afrika

Video: Meriam popcorn di China

Bertih jagung atau lebih dikenali sebagai Popcorn merupakan makanan ringan paling terkenal di seluruh dunia. Penggunaan ketuhar mikro merupakan cara paling cepat dan mudah untuk menghasilkannya. Namun peralatan yang digunakan untuk menghasilkan bertih jagung di China ini amat luar biasa dimana ianya menggunakan perkakasan besi seakan meriam.


Jagung akan dimasukkan ke dalam perkakas besi tersebut kemudiannya terus dipanggang. Apabila sudah masak, alat tersebut akan diletakkan pada kotak khas bagi mengumpul kesemua bertih yang dihasilkan. Ketika perkakas besi tersebut dibuka, ianya menghasilkan satu letupan dan bunyi yang sangat kuat.


Cara penghasilan bertih jagung yang unik ini dikatakan bukan sahaja dilakukan di China, malah sesetengah kawasan di Korea turut menggunakan cara yang sama.

Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya

Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang tidak gentar untuk mendampingi seekor buaya. Charlie Parker memberanikan diri untuk berenang bersama seekor buaya dari Utara Amerika yang diberi nama Gump lalu mengangkat dan bergelut dengannya sebelum diletakkan ke darat. Charlie merupakan renjer hidupan liar termuda di Australia dan pakar kepada haiwan reptilia. Dengan mudah, Charlie mampu mengendalikan ular dari spesis boa yang sepanjang 2.5 meter.

Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya

Ketika kanak-kanak lain dijaga dan amat dilarang dari mendekati bahaya, Charlie dibesarkan untuk bermain dan belajar mengenai cicak serta ular. Greg yang merupakan pemilik Ballarat Wildlife Park dan juga ayah kepada Charlie mengatakan Charlie merupakan generasi ketiga dari keluarganya yang memilih kerjaya sebagai penjaga haiwan. "Kami tidak menggalakkannya tetapi Charlie benar-benar sukakan haiwan reptilia. Seperti orang lain, Charlie juga mempunyai perkara yang ditakuti."

Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya

Buaya Amerika dewasa mampu mencapai panjang sehingga 13 kaki. Malah, ada laporan  yang mengatakan seekor buaya dewasa berukuran 19 kaki telah dibunuh pada tahun 1890.

Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya
Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya
Budak tiga tahun yang tidak gentar pada buaya

Detik cemas ahli politik diacu pistol

SOFIA - Seorang lelaki, Oktay Enimehmedov mengacukan sepucuk pistol ke arah seorang ahli politik, Ahmet Dogan di Istana Budaya Kebangsaan di sini kelmarin.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Bagaimanapun, Enimehmedov hanya mengacukan sepucuk pistol gas di kepala Dogan.

Kejadian itu berlaku ketika ahli politik tersebut menyampaikan ucapan kepada anggota-anggota partinya, Pergerakan Untuk Hak dan Kebebasan.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Dogan kelihatan takut semasa lelaki berusia 25 tahun itu mengacukan pistol tersebut.

Tembakan pistol gas tersebut tidak boleh menyebabkan seseorang itu mati.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Ahli politik itu sempat menepis tangan Enimehmedov.

Pemuda tersebut kemudian ditangkap oleh beberapa perwakilan parti itu dan anggota keselamatan.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Bahagian bibir pemuda berkenaan kelihatan berdarah akibat pergelutannya semasa beberapa anggota parti itu dan anggota keselamatan mahu menangkapnya.

Dogan, 58, tidak cedera dalam kejadian tersebut.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Seorang ahli psikologi di Kementerian Dalam Negeri, Nedelko Stoychev berkata, pemuda tersebut meninggalkan sepucuk surat untuk ibunya.

Pemuda berkenaan menyatakan dalam surat tersebut bahawa dia tidak berniat untuk membunuh ahli politik itu.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Menurutnya, Enimehmedov hanya mahu menunjukkan bahawa ahli politik berkenaan bukannya tidak boleh disentuh.

Pemuda berkenaan juga mempunyai rekod kesalahan dadah, rompakan dan melakukan kegiatan samseng.

Detik cemas ahli politik diacu pistol

Dia mungkin dihukum penjara enam tahun jika didapati bersalah melakukan perbuatan itu.

Pemuda itu menyatakan kepada polis, dia bertindak bersendirian. 

sumber- Agensi