Dinding 'Aku Cinta Padamu' ini terletak di pusat taman Abbesses di Montmartre, Paris. Ianya berkeluasan 40 meter persegi dengan jumlah keseluruhan sebanyak 612 keping jubin yang digunakan. Perkataan 'Aku Cinta Padamu' ini ditulis lebih dari seribu kali dengan lebih 300 bahasa yang berbeza termasuklah bahasa melayu.
Dinding ini dihasilkan oleh dua pengkarya iaitu Frederic Baron dan Claire Kito. Ianya dijadikan tempat pertemuan pasangan bercinta dan diabadikan sebagai monumen kasih sayang yang berpanjangan. Frederic Baron telah mencatatkan kesemua perkataan tersebut di dalam sebuah buku nota setelah berkunjung ke kedutaan dan ke rumah jiran-jiran. Hasilnya, dia berjaya mengumpulkan lebih dari 300 bahasa berbeza untuk meluahkan cinta. Frederic Baron meminta Claire Kito, seorang artis kaligrafi untuk mengumpulkan cara penulisan kesemua perkataan ini.