Seorang remaja lelaki kelihatan membuang air besar di dalam tong sampah kitar semula. Mungkin remaja tersebut masih belum jelas apakah sebenarnya barang-barang yang boleh dikitar semula. Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Guangzhou, China. Gambar ini dimuat naik oleh seorang pengguna weibo dan ianya hanyalah sebahagian paparan dari sikap pengotor masyarakat China yang semakin menjadi-jadi.
Pages - Menu
▼
Friday, March 1, 2013
Perompak tertinggal telefon, polis menghubungi ibunya
Seorang perompak bersenjata diberkas setelah tersilap langkah membuang pakaian yang digunakan bagi melakukan jenayah berdekatan tempat kejadian dan tanpa disedari, dia turut tertinggal telefon bimbitnya.
Polis menemui telefon bimbit milik suspek, Jason Rochford berdekatan tempat kejadian. Ketika siasatan dilakukan, polis mengesan nombor telefon ibu suspek yang dinamakan "Mam" yang terdapat di dalam telefon bimbit tersebut.
Pihak polis berjaya mengesan suspek yang berusia 40 tahun dan serbuan ke rumah suspek membawa kepada penemuan hasil rompakan bernilai £2,500.
Rochford akhirnya mengaku melakukan rompakan bersenjata setelah serbuan yang dilakukan ke rumahnya di bandar Stockton-on-Tees.
Fesyen terbaru gadis dari Jepun
Negara matahari terbit ini memang tidak asing lagi dengan fesyen yang pelik. Adakalanya fesyen-fesyen ini terlalu menjengkelkan malah tidak pernah dibayangkan oleh kita. Seluar dalam sememangnya sesuatu yang sulit dan terlalu peribadi untuk diperkatakan. Namun fesyen terbaru dari Jepun ini secara terang-terangan mendedahkan pakaian tersebut. Lebih pelik, ianya bukanlah dipakai di tempat yang sepatutnya, gadis-gadis dari Jepun ini dengan beraninya memakai seluar dalam tersebut di kepala seakan topeng. Tidak tahulah mungkin mereka terlalu terpengaruh dengan komik manga atau anime tertentu yang memaparkan perkara yang sama sepertimana yang dilakukan mereka.
\
Berpuluh-puluh ikan pari terdampar
GAZA - Berpuluh-puluh ekor ikan pari jenis Mobula ditemui terdampar secara misteri di pantai Bandar Gaza dalam wilayah Palestin kelmarin.
sumber- Agensi