Pages - Menu

Thursday, March 7, 2013

Kucing menjadi pengemis di Rusia

Seekor kucing yang sedang mengemis wang telah ditemui di sebuah bandar yang terletak di Belarus, Rusia. Kucing tersebut duduk di sesuatu tempat bersama sekeping kertas yang tertulis "Perlukan wang untuk membeli ikan dan daging. Semoga anda diberkati." Lebih menghairankan, kucing tersebut langsung tidak berganjak dari tempat duduknya dan menjaga wang yang diberikan oleh orang ramai.

Kucing menjadi pengemis di Rusia

Pemilik kucing tersebut yang merupakan seorang wanita tua ditemui berdekatan. Dia menceritakan bahawa kucing itu diselamatkannya dari menjadi mangsa sembelihan. Namun dalam masa yang sama dia telah memelihara beberapa ekor haiwan lain dan tidak berkemampuan untuk menyara kesemuanya sekali. Akhirnya dia memutuskan untuk membiarkan haiwan peliharaannya ini mencari wang untuk mereka. Tanpa disangka kucing hitam tersebut telah menjadi pengemis profesional. Hasil kutipan sehariannya juga agak lumayan.

Kucing menjadi pengemis di Rusia
Kucing menjadi pengemis di Rusia
Kucing menjadi pengemis di Rusia

Video: Tradisi cincang babi hidup-hidup

Festival tahunan ini diadakan di Nem Thuang iaitu sebuah bandar yang terletak di Vietnam kira-kira 25 batu dari utara Hanoi. Ianya diadakan sebagai penghormatan kepada dewa pelindung, Doan Tuong, pada hari ke-6 kemunculan tahun baru.

Tradisi cincang babi hidup-hidup

Festival ini disambut sebagai satu perayaan yang meriah dengan menganjurkan perarakan serta pertunjukkan muzik. Namun salah satu acara dari festival ini amat memeranjatkan iaitu acara mencincang babi hidup-hidup.

Tradisi cincang babi hidup-hidup

Seekor babi akan diterlentangkan ke tanah manakala para pembantu pula akan memegang tali yang diikat pada kaki babi tersebut. Ianya sebagai langkah supaya babi ini tidak melarikan diri. Akhirnya seorang lelaki yang membawa sebilah parang besar akan mencincang babi tersebut kepada dua bahagian. Para pengunjung yang menyaksikan acara ini segera menyapukan darah babi tersebut pada wang kertas masing-masing dengan harapan ianya membawa tuah untuk tahun baru.

Kisah benar ular tedung menjaga anak anjing yang jatuh perigi

Dua ekor anak anjing yang malang secara tidak sengaja telah terjatuh ke dalam perigi ketika bermain bersama adik-beradik mereka yang lain. Kehilangan kedua-dua anak anjing ini hanya dapat dikesan oleh tuan mereka setelah ibu anjing tersebut menyalak berhampiran perigi yang cetek.

Apa yang memeranjatkan ialah, anak-anak anjing ini ditemui bersama seekor ular tedung yang amat berbisa. Kebiasaannya ular tedung menjadi ancaman terhadap haiwan dan juga manusia, namun dalam kes kali ini, ular tersebut seakan menjaga anak-anak anjing ini dari bergerak ke kawasan bahaya yang mungkin boleh menyebabkan mereka lemas di dalam perigi tersebut.

ular tedung menjaga anak anjing yang jatuh perigi

Orang ramai yang berkumpul tidak berani untuk menuruni perigi ini kerana takutkan ular berbisa yang mungkin akan mematuk mereka. Akibatnya, anak-anak anjing tersebut terpaksa dibiarkan bersama ular yang berbahaya selama kira-kira 48 jam sehinggalah ketibaan penguatkuasa perhutanan yang datang untuk memberikan bantuan. Anak-anak anjing yang malang ini berjaya diselamatkan manakala ular tersebut dilepaskan semula ke dalam hutan. Kejadian ini berlaku di Punjab, India.