Sedih rasanya bila kemudahan ciptaan manusia ini rupa-rupanya secara tidak sengaja telah menyusahkan makhluk lain. Seekor cicak cuba memasuki lubang plag elektrik di sebuah rumah. Entah bagaimana, cicak malang ini akhirnya terkena renjatan. Akibatnya, tuan rumah juga yang terpaksa menanggung kos tukar plag baru.
Pages - Menu
▼
Tuesday, March 12, 2013
Pemandu wanita mengcomelkan bas dipandunya
Seorang wanita muda di China menghiasi bas yang dipandunya dengan pelbagai jenis perhiasan comel. Antara perhiasan yang digemarinya ialah patung-patung dari karakter kartun, malah pemegang gear bas tersebut turut diletakkan patung Hello Kitty. Siling bas ini pula dihiasi dengan tanglung serta kertas berbentuk seakan daun di musim luruh. Tidak tahulah apakah tujuan sebenar wanita tersebut. Namun dari segi raut wajahnya, ianya seakan memberi kepuasan.
Buaya pertama pakai ekor tiruan
Phoenix: Seekor buaya bernama Mr Stubbs akan melakar sejarah tersendiri apabila dipasang ekor tiruan bagi membantunya hidup normal tidak lama lagi. Berusia sembilan tahun, reptilia itu adalah buaya pertama dilengkapi ekor buatan manusia. Mr Stubbs mengalami kecacatan bahagian belakang badannya selepas digigit ketika bergaduh dengan buaya lain.
Video: Tangan lelaki tersepit mesin
Seorang lelaki China telah diselamatkan oleh pasukan bomba setelah tangan kanannya tersepit di sebuah mesin yang berada di dalam bilik mencuci pakaian.
Tangan lelaki yang berasal dari Jingzhou, wilayah Hubei, China ini tersepit antara dua gandar pada mesin basuh industri tersebut. Dia yang bekerja di bilik pembasuhan ini kelihatan pucat dan berpeluh setelah bertungkus-lumus cuba membebaskan tangannya.
Pasukan bomba pada mulanya cuba menggunakan pengapit hidrolik untuk memotong gandar di situ namun tangannya masih tidak dapat dikeluarkan.
Setelah melakukan pemeriksaan, pasukan penyelamat memutuskan untuk memotong kesemua batang besi yang ada. Dalam masa yang sama, mereka meletakkan pengcungkil bagi mengelakkan besi yang dipotong terjatuh ke tangan mangsa dan mengakibatkan kecederaan.
Setelah beberapa jam menanggung kesakitan, mangsa akhirnya berjaya diselamatkan. Doktor dan jururawat memberikan rawatan awal sebelum dia dikejarkan ke hospital.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan bekerja bersendirian. Dia menjerit meminta pertolongan dan individu yang kebetulan melalui situ segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Tiada kecederaan serius yang dilaporkan dan dia kini sedang menerima rawatan.