Seekor anjing membawa dua ekor ayam hidup di belakang badannya manakala mulutnya pula menggonggong papan harga bagi ayam yang dijual. Perkara ini dianggap biasa di China. Kelihatan anjing ini menjalankan tugas dengan baik. Mungkin ia takut jika tugasannya tidak memuaskan, pasti ia sendiri yang bakal dijadikan makanan oleh tuannya.
Pages - Menu
▼
Sunday, March 17, 2013
Gelandangan menyamar jadi doktor dan tinggal di hospital
Seorang gelandangan telah ditangkap kerana tinggal di hospital dan menyamar menjadi seorang doktor. Patrick Campbell ditemui di Louisville, Kentucky dengan keadaan sedang memakai pakaian doktor, dan topeng pembedahan.
Pihak keselamatan Hospital Norton telah menghubungi pihak berkuasa setelah mendapati lelaki tersebut sebenarnya seorang penceroboh.
Campbell juga bakal didakwa kerana mengakses komputer tanpa kebenaran setelah dia ditemui sedang menggunakan komputer di situ. Seorang kakitangan hospital turut diperbodohkan oleh gelandangan tersebut apabila memberikannya akses.
Suami bermandi darah setelah menangkap isterinya berlaku curang
Seorang tukang masak telah menyerang isterinya bersama seorang lelaki lain dengan menggunakan pisau pemotong daging setelah melihat mereka bersama di atas katil. Dia memberitahu saudara-maranya bahawa dia ingin mencincang mereka seperti cebisan daging babi.
Sun Li pulang ke rumahnya di Foshan, wilayah Guangdong, dan mula bermandi darah apabila melihat isterinya berlaku curang setelah dia pulang dari kerja. Sun menjadi gila apabila melihat kelakuan isterinya tersebut lalu dia mencapai pisau pemotong daging dan menetak pasangan tersebut sambil mengejar mereka dari sekitar rumah hinggalah ke jalan raya.
Jurucakap polis berkata, "Terdapat tompokan darah, kesan tapak kaki dan tapak tangan di serata tempat. Ianya tidak ubah seperti rumah penyembelihan. Amat menakjubkan apabila kedua-dua mangsa masih terselamat walaupun telah kehilangan banyak darah." Sun kemudiannya ditahan dalam keadaan bermandikan darah setelah saudara-maranya mendesaknya supaya meletakkan pisau.
Dengan berasa kesal, tukang masak tersebut berkata kepada mereka, "Saya bekerja keras dan memberikan dia rumah, namun ini yang dilakukannya di dalam. Kalaulah saya dapat mereka, sudah pasti saya akan mencincang mereka seperti cebisan daging babi."