Ke kanan tak boleh, ke kiri tak boleh. Malah ke hadapan pun tak boleh. Sudah pastilah orang ramai keliru dengan papan tanda ini. Apa yang boleh dilakukan hanyalah berpatah balik ke belakang.
Pages - Menu
▼
Tuesday, March 19, 2013
Bawa ikan bersiar-siar
Kebiasaannya, hanya anjing yang dibawa bersiar-siar. Namun Mick Madden melakukan sesuatu kelainan dengan membawa ikan emas peliharaannya keluar bersiar-siar. Dengan rekaan sebuah troli khas, ikan-ikan tersebut mampu melihat keadaan sekeliling.
Madden mula mendapat idea tersebut setelah dia menyedari ikan peliharaannya ini mungkin kebosanan jika hanya tinggal di dalam glob kaca. Dua ekor ikan yang dinamakan Malcolm dan Ethel ini sering dibawa ke taman-taman serta pub berdekatan.
Tanam pokok ganja di tepi jalan
Selepas peperangan di Afghanistan, penanaman ganja mula berleluasa. Lebih mengejutkan, ianya bukan sahaja ditanam secara besar-besaran di ladang, malah turut ditanam di tepi jalan bagaikan pokok hiasan. Mungkin inilah kesan akibat peperangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Bukan sahaja tanah air dijajah, malah mental dan moral mereka juga turut terjejas.