Kebiasaannya kita mendengar sikap tidak bermoral sebilangan warga China yang membuang air di kawasan terbuka, namun kes kali ini agak berbeza. Kelihatan sebuah bas sedang berhenti di tengah-tengah jalan raya manakala beberapa pelancong asing pula kelihatan sedang membuang air kecil di pembahagi jalan. Mungkin pemandu bas tersebut tidak mahu memberhentikan mereka di tandas awam berdekatan dan mereka terpaksa melakukannya di situ. Isu ini menjadi perbualan hangat kerana bukan sahaja menjijikkan, malah turut membahayakan nyawa.
Pages - Menu
▼
Sunday, March 31, 2013
Pelacur mati ketika berasmara hidup semula
Seorang pelacur di Bulowayo, Zimbabwe didapati mati ketika memberi khidmat kepada pelanggannya. Namun pelacur tersebut bangun semula apabila diletakkan di dalam keranda besi. Insiden ini berlaku di Manor Hotel. Hasil siasatan mendapati mangsa yang dikenali sebagai "MaNdlo" rebah dan mati ketika berasmara dengan pelanggannya,
Mayat mangsa diangkat oleh pihak berkuasa ke dalam keranda besi dan secara tiba-tiba dia bangun dan menjerit panik ke arah para pegawai, "Kamu mahu membunuh sayakah!" Melihat kejadian mati hidup semula yang mengejutkan tersebut, ramai saksi melarikan diri dengan ketakutan.
gambar hiasan |
Penggunaan kanta lekap berisiko untuk buta
Seorang pelajar di Selatan Florida hampir kehilangan penglihatannya setelah parasit membiak di kanta lekapnya dan mula memakan matanya hingga ke bahagian kornea. Salah satu dari mata Ashley Hyde merah dan membengkak. Hyde berasa amat sakit seakan matanya sedang digerudi.
Doktor mengenal pasti bahawa Hyde, 18, terkena jangkitan acanthamoeba. Acanthamoeba ialah parasit mikroskopik yang ditemui di dalam air dan juga tanah. Ianya boleh merebak melalui penggunaan kanta lekap, kecederaan, dan juga sedutan ke dalam paru-paru.
"Setiap hari, kami menerima kes orang ramai yang berkaitan dengan kanta lekap. Kesemua mereka mempunyai potensi untuk buta." kata Dr. Adam Clarin. Dia menasihatkan pesakitnya supaya tidak lagi menggunakan kata lekap dalam kehidupan seharian.