Pages - Menu

Friday, April 5, 2013

Lelaki menyusukan anaknya sendiri

Seorang lelaki Sri Lanka telah kematian isterinya. Tiga bulan kemudian, lelaki tersebut baru menyedari bahawa dia mempunyai keupayaan untuk menyusukan dua orang anak perempuannya.

Lelaki dari pusat bandar Walapone tersebut kehilangan isterinya ketika melahirkan anak. "Anak sulung saya enggan meminum susu tepung yang dibancuh ke dalam botol. Pada suatu petang, saya memberikan dada saya sendiri bagi menghentikan tangisannya. Ketika itulah baru saya sedari bahawa saya mempunyai kelebihan untuk menyusukannya."

Dr Kamal Jayasinghe, timbalan pengarah di sebuah hospital kerajaan Sri Lanka mengatakan tidak mustahil untuk seorang lelaki menghasilkan susu jika hormon prolactine menjadi hiperaktif.

Lelaki menyusukan anaknya sendiri

Video: Wanita mati selepas kereta yang dipandunya jatuh dari sebuah bangunan

Seorang wanita telah memandu jatuh keretanya dari parking lot tingkat 4 di sebuah bangunan yang terletak di Thailand. Berdasarkan informasi, wanita tersebut memijak bercampur pedal minyak dan juga brek. Dia kemudiannya meninggal dunia beberapa ketika selepas kemalangan tersebut.

Wanita mati selepas kereta yang dipandunya jatuh dari sebuah bangunan