Pages - Menu

Sunday, April 7, 2013

Gajah boleh mati akibat patah hati

Gajah merupakan antara haiwan yang mempunyai emosi paling tinggi di dunia. Mereka membentuk hubungan yang rapat antara satu sama lain dan akan meratapi kehilangan yang tersayang. Jika ada seekor dari sekawan gajah meninggal dunia, gajah-gajah yang lainnya akan berkumpul dan memberikan penghormatan untuk pengkebumiannya.

Anak-anak gajah yang kehilangan ibunya kebiasaannya akan bersedih dan kehidupannya tidak terurus. Namun nasibnya tidak terabai apabila gajah-gajah dewasa yang lain akan membantu anak gajah tersebut dengan menjaganya dan memberikan sokongan untuknya terus hidup. Ianya sedikit sebanyak tidak ubah seperti kehidupan bermasyarakat yang diamalkan oleh manusia.

Terdapat satu kes dimana seorang wanita telah membesarkan seekor anak gajah. Pada suatu hari, dia terpaksa pergi jauh bagi menghadiri perkahwinan anaknya. Apabila pulang, anak gajah tersebut ditemui mati akibat patah hati semasa ketiadaannya.

anak gajah

Video: Budak 5 tahun terjun dari tingkat 6 menggunakan payung

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hampir maut setelah terjun dari tingkat enam sebuah bangunan dengan memegang payung di China. Kanak-kanak tersebut tekad untuk terjun dari tingkap sebuah kilang selepas menonton kartun yang memaparkan aksi yang sama kanak-kanak terapung di udara dengan memegang payung.

Budak 5 tahun terjun dari tingkat 6 menggunakan payung

Detik mencemaskan tersebut berjaya dirakamkan oleh kamera keselamatan dan ianya menunjukkan seorang kanak-kanak berpakaian merah jambu terhempas ke tanah sambil memegang payung berwarna kuning. Kejadian ini turut disaksikan oleh beberapa pekerja di kilang syarikat percetakan yang terletak di bandar Shenzhen, Wilayah Guangdong, dimana ayahnya turut bekerja di situ.

Mengikut laporan, ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan membawanya ke kilang tersebut selepas mengambilnya dari sekolah. Dia dikatakan berada di dalam bilik yang berkunci ketika terjun melalui tingkap. Kanak-kanak ini tinggal bersama ayahnya selepas berlaku penceraian dengan ibunya. Berdasarkan doktor, dia mengalami keretakan tulang di pelbagai bahagian dan dalam keadaan kritikal.