Seorang lelaki menerima jantung dari seorang penderma yang meninggal akibat membunuh diri. Kemudiannya dia mengahwini balu kepada penderma tersebut dan membunuh diri pada hari yang sama seperti yang dilakukan oleh penderma itu.
Sonny Graham, menjalani pemindahan jantung dari seorang lelaki bernama Terry Cottle yang mati akibat membunuh diri. Cottle menembak dirinya dan meninggalkan seorang balu bersama empat orang anak. Jantung Cottle yang sihat dihantar kepada Graham yang ketika itu amat memerlukannya. Graham amat berterima kasih dan menulis surat kepada keluarga Cottle sebagai satu tanda penghargaan.
Akhirnya Graham bertemu balu Cottle dan menyatakan ianya adalah cinta pandang pertama. "Saya terasa seperti telah lama mengenalinya dan mata saya hanya merenungnya." Mereka kemudiannya bercinta dan akhirnya berkahwin.
Selepas dua belas tahun Graham menerima pemindahan jantung, si isteri menerima panggilan bahawa suami keduanya ini baru sahaja menembak diri dengan cara yang sama seperti mana yang telah dilakukan oleh mendiang suami pertamanya. Graham telah menembak dirinya di kawasan yang sama, cara yang sama, dan hari yang sama seperti mana yang dialami oleh Cottle. Rakan-rakan Graham mengatakan mereka tidak melihat sebarang tanda-tanda kekecewaan yang dialami Graham sebelum kejadian tersebut.
Perkara ini mungkin berlaku secara kebetulan tetapi menjadi tanda tanya adakah perasaan serta jiwa Cottle turut dipindahkan kepada Graham melalui pemindahan jantung yang dilakukannya sebelum ini?