Pages - Menu

Friday, April 12, 2013

Kegagalan cubaan membunuh diri paling lucu dalam sejarah

Pada 2 Disember 1979, seorang wanita cuba membunuh dengan terjun dari tingkat 86 bangunan Empire State. Namun cubaannya gagal apabila angin bertiup kuat dan menolaknya kembali ke tingkat 85.

Elvita Adam dilaporkan telah memanjat geriji besi berketinggian lebih lapan kaki sebelum melakukan terjunan dalam cubaan membunuh diri. Pada masa yang sama, angin bertiup kencang kira-kira 30 mph dan menolaknya kembali ke balkoni tingkat 85. Kakinya patah dan terpaksa di hantar ke hospital Believue.

Pengawal keselamatan di bangunan pencakar langit tersebut mengatakan, dua tahun sebelum itu terjadi perkara yang sama dimana seorang pelancong dari Hawaii turut terjun dari tingkat 86 dan ditiup kembali ke tingkat 85.

gagal bunuh diri

Dimasukkan ke hospital kerana tindik di telinga

Seorang gadis berusia 11 tahun terpaksa menghabiskan masa lebih seminggu di hospital selepas tindikan baru di telinganya terkena jangkitan. Destiny Nickson dari Preston memerlukan lapan jahitan serta antibiotik IV selepas telinganya membengkak dengan mendadak.

Dia kini dalam tempoh enam minggu pemulihan dan berkemungkinan besar mempunyai parut sepanjang hayat. Destiny membuat tindikan di bahagian atas telinganya. Dua minggu pertama tiada sebarang masalah yang berlaku tetapi tidak lama kemudian telinganya mula membengkak dan terpaksa dirawat.

tindik di telinga
tindik di telinga
tindik di telinga
tindik di telinga