Video yang mengejutkan ini menunjukkan detik seorang ibu melempar anaknya ke arah seorang penumpang sebelum menyerang seorang penumpang lain. Sebelum kejadian, kelihatan si ibu bertengkar dengan seorang penumpang, manakala anaknya yang masih kecil sedang duduk diatas ribanya. Mujurlah kepala si anak tidak terhantuk pada benda keras ketika dilempar.
Pages - Menu
▼
Saturday, April 13, 2013
Melembing muka abang yang disangka ikan
Seorang remaja Brazil secara tidak sengaja melembing muka abangnya dan mereka terpaksa menghabiskan masa selama dua hari meredah Sungai Amazon untuk keluar mendapatkan rawatan. Remaja yang berusia 15 tahun tersebut telah tersalah sangka bahawa abangnya adalah seekor ikan ketika mereka mencari makanan berdekatan penempatan mereka iaitu di perkampungan masyarakat Pari-Cachoeira bersempadanan dengan Colombia.
Peralatan yang dinamakan sebagai kakuri tersebut sepatutnya digunakan untuk melembing ikan namun berlaku sedikit kecuaian sehingga ianya tertikam muka mangsa. Keluarga mangsa yang cemas segera mendapatkan bantuan. Tetapi ianya bukanlah mudah. Mereka terpaksa merentasi Sungai Amazon dengan menaiki kanu sejauh 195 batu untuk tiba di hospital tentera Sao Gabriel da Cachoeira.
Selepas bersusah payah dan ketabahan mangsa, akhirnya dia berjaya diselamatkan. Remaja yang tidak dinamakan tersebut kini dalam keadaan stabil.