Berikut adalah 10 lukisan termahal yang pernah dijual dalam sejarah dunia:
10 – Bal Au Moulin De La Galette, Montmartre
Dilukis oleh Pierre-Auguste Renoir, ia dijual kepada seorang jutawan Jepun, Ryoei Saito pada 1990-an dengan harga RM 238.3 juta.
9 – False Start
Lukisan ini dilukis oleh Jasper Johns pada tahun 1959 dan dibeli oleh seorang jutawan bernama Kenneth Griffin dengan harga RM 240 juta.
8 – Portrait of Dr. Gachet
Lukisan ini sekali lagi dibeli oleh seorang jutawan Jepun, Ryoei Saito dengan harga RM 247.5 juta pada 1990. Ia dilukis oleh Vincent Van Gogh.
7 – Triptych 1976
Lukisan ini dibeli oleh seorang jutawan terkenal dunia, Roman Abramovich setelah dinasihatkan oleh teman wanitanya, Daria Zhukova dengan harga RM 258.9 juta pada tahun 2010. Ia dilukis oleh Francis Bacon.
6 – Adele Bloch-Bauer II
Dilukis oleh Gustav Klimt pada 1912, ia dijual kepada seorang pembeli yang dirahsiakan namanya dengan harga RM 263.7 juta.
5 – Dora Maar Au Chat
Lukisan ini dilukis oleh pelukis terkenal dunia, Pablo Picasco dan dijual kepada seorang pembeli rahsia dengan harga RM 285.6 juta.
4 – Garcon A La Pipe
Lukisan di atas ini sekali lagi dilukis oleh Pablo Picasco ketika dia baru sahaja berusia 24 tahun pada 1905. Ia dijual kepada seorang pembeli rahsia dengan harga RM 312.3 juta.
3 – Adele Bloch-Bauer I
Lukisan hasil karya Gustav Klimt ini dijual kepada seorang jutawan kosmetik, Ronald Lauder dengan harga RM 405 juta.
2 – Woman III
Lukisan hasil karya Willem de Kooning ini adalah satu-satunya lukisan yang pernah dijual oleh pelukisnya dengan harga RM 412.5 juta. Ia dijual kepada David Geffen pada November 2006.
1 – No. 5, 1948
Inilah lukisan termahal di dunia yang pernah terjual setakat ini, karya pelukis Jackson Pollock. Ia dijual kepada jutawan David Martinez dengan harga RM 420 juta!
sumber- Luxatic, Billy info
No comments:
Post a Comment