Pages - Menu

Saturday, July 14, 2012

Manusia berekor di India


Seorang lelaki dari Alipurduar, Bengal Barat india dikatakan mempunyai ekor yang dipercayai hasil pertumbuhan daging yang bertulang lunak sepanjang 33 cm. Lelaki ini yang bernama Chandre Oram dipercayai adalah keturunan Dewa Monyet atau Reinkarnasi Hanoman. Menurut laporan Daily time, Oram menyatakan "Ramai yang sembuh dari penyakit kronikselepas mereka menyentuh ekor saya" Kenyataan itu menyebabkan tempat Oram menjadi kawasan tumpuan masyarakat india untuk mendapat keajaiban dengan menyentuh ekornya. Namun, bukan kesemuanya perkara baik bagi Oram. Seramai 20 wanita telah menolak cinta atau penikahan bersama dengan Oram apabila mereka melihat ekornya. Selepas diagnosis, seorang pakar bedah mengenal pasti bahawa ekornya itu sebagai cacat bawaan yang membuatkan daging dan tulangnya menonjol sepanjang itu. Doktor mengesahkan bahawa Oram bukan dewa.


1 comment: