Pages - Menu

Monday, July 9, 2012

15 gambar hantu sebenar yang terkenal

Ghost Story "The Brown Lady" of Raynham Hall

gambar hantu sebenar

Gambar ini diambil pada tahun 1936 di Raynham Hall di Norfolk, England. Imej ini menunjukkan "Lady Brown" yang dikatakan gambar hantu yang paling terkenal dan dihormati serta teragung yang pernah diambil. Hantu ini dianggap sebagai Lady Dorothy Townshend, isteri Charles Townshend, 2nd Viscount Raynham, penduduk Raynham Hall di Norfolk, England pada awal tahun 1700. Terdapat khabar angin bahawa Dorothy, sebelum perkahwinan kepada Charles, telah berkahwin dengan Lord Wharton. Charles mengesyaki Dorothy curang. Walaupun mengikut rekod Dorothy dikebumikan pada 1726, disyaki bahawa upacara pengebumian tersebut adalah palsu dan Charles telah mengunci isterinya di satu sudut dalam rumahnya sehingga kematiannya beberapa tahun kemudian.


Stair Case Ghost of National Museum, Greenwich, England

gambar hantu sebenar

Rev. Ralph Hardy, paderi bersara dari White Rock, British Columbia, mengambil gambar terkenal ini pada tahun 1966. Tujuan sebenar gambar ditangkap adalah untuk mengambil gambar anak tangga yang cantik pada suatu sudut Muzium Negara House Queen di Greenwich, England.Setelah dicuci, ianya dikejutkan dengan imej susuk tubuh yang cuba memanjat tangga tersebut. Pakar-pakar termasuklah beberapa dari Kodak yang memeriksa negatif asal membuat kesimpulan bahawa tiada gangguan atau manipulasi pada negatif tersebut. Entiti tersebut tidak dapat diperjelaskan petunjuk tentang kewujudannya di situ.


Darn Backseat Drivers!

gambar hantu sebenar

Pada tahun 1959 Mable Chinnery pergi ke tanah perkuburan untuk melawat kubur ibunya. Dia telah mengambil beberapa gambar kubur dan kemudiannya berpaling untuk mengambil gambar suaminya yang duduk bersendirian di tempat duduk pemandu. Filem tersebut dicuci dan dikejutkan dengan imej susuk tubuh manusia yang jelas di tempat duduk belakang memakai cermin mata. Madam Chinnery mentafsirkan bahawa "penumpang di tempat duduk belakang" adalah ibu sendiri.


What Do You Want On Your Tombstone?


Pada tahun 1996 Clanton mengambil foto rakannya berpakaian ala 'Cowboy', di tengah-tengah Tombstone's Boothill Graveyard. Mereka bersumpah bahawa tiada sesiapa di situ ketika Clanton mengambil gambar ini. Tambahan pula, mereka telah cuba untuk lakonkan semula gambar ini dengan seseorang berdiri di tempat di mana "lelaki misteri" tersebut muncul. Clanton mengatakan bahawa adalah mustahil untuk mengambil gambar yang tidak menunjukkan kaki lelaki dibelakang tersebut. Dia sebenarnya tidak yakin Tombstone berhantu tetapi foto ini telah membuatkan dia percaya. Banyak aktiviti paranormal di bandar terkenal yang didedahkan oleh Clanton sebagai dedikasi untuk populasi Tombstone melalui laman webnya.


The Ghost 'Come On Baby, Light My Fire'

gambar hantu sebenar

Pada 19 November, 1995, Wem Town Hall di Shropshire, England telah mengalami kebakaran. Sebagai anggota bomba yang cuba memadamkan kebakaran, Tony O'Rahilly, di tugaskan mengambil gambar kejadian dari seberang jalan. Kelihatan kelibat seorang gadis dalam gambar tersebut dengan nyalaan api di belakangnya. Gambar dan negatif asal diserahkan kepada pakar kemudiannya ia disahkan asli. Kisah hantu gadis tersebut berlaku pada tahun 1677. Kebakaran memusnahkan banyak rumah-rumah kayu di Wem. Ianya dikatakan berpunca dari seorang gadis berusia 14 tahun yang bernama Jane Churm yang cuai bermain lilin. Churm mati di dalam kebakaran bersama beberapa orang yang lain dan dikatakan menghantui kawasan tersebut hingga ke hari ini.


The Ghost of Bachelor's Grove Cemetery, Chicago

gambar hantu sebenar

Gambar ini diambil semasa penyiasatan ke atas Bachelor's Grove Cemetery berhampiran Chicago oleh Ghost Research Society (GRS). Pada 10 Ogos 1991 beberapa ahli GRS berada di tanah perkuburan tinggal kecil itu di pinggir Rubio Woods Forest Preserve, berhampiran pinggir bandar Midlothian, Illinois. Tempat tersebut dikatakan salah satu tanah perkuburan paling berhantu di Amerika Syarikat. Lebih 100 laporan paranormal berbeza dilaporkan di Bachelor's Grove Cemetery termasuklah kedengaran suara aneh, jelmaan dan cahaya yang tidak tahu dari mana datangnya.


"And the sea gave up the dead which were in it..."

gambar hantu sebenar

Pada tahun 1924 James Courtney dan Michael Meehan, dua anak kapal kapal tangki SS Watertown, telah terbunuh dengan gas asap ketika membersihkan tangki kargo. Krew Watertown dalam perjalanan ke Terusan Panama dari New York City mengebumikan dua pelayar tersebut di laut luar pantai Mexico. Ianya adalah pada 4 Disember. Besoknya pada 5 Disember, seorang krew kapal melaporkan bahawa muka Courtney dan Meehan terdapat dipermukaan air berhampiran pelabuhan kapal. Beberapa hari yang berikutnya, kesemua krew menyaksikan wajah yang muncul dan hilang. Ianya juga disaksikan oleh kapten kapal sendiri. Apabila dia melaporkan kejadian ini kepada penyelia ketika berlabuh di New Orleans, penyelia tersebut mencadangkan dia untuk mengambil gambar. Kapten Keith Tracy membeli sebuah kamera sebelum kapal tersebut belayar. Cukup yakin bahawa wajah tersebut akan muncul, Tracy telah mengambil enam keping gambar kemudian menyimpan kamera tersebut di dalam peti bes. Ianya tidak dikeluarkan sehingga berlabuh di New York City. Lima gambar tidak menunjukkan apa-apa yang luar biasa, tetapi gambar keenam dengan jelas menunjukkan apa yang diperkatakan sebagai wajah kedua anak kapal yang telah mati. Tiada bukti pemalsuan atau menyalahgunakan filem ditemui.


The Newby Church Monk

gambar hantu sebenar

Reverend K.F. Lord yang telah mengambil gambar altar gereja ini di North Yorkshire, England dan imej pelik ini telah dikesan. Gambar dan negatif telah diselidik dengan mendalam oleh pakar fotografi dan mereka tidak dapat mencari apa-apa bukti bahawa ianya dimanipulasi. Entiti berketinggian hampir sembilan kaki itu tidak diketahui dari mana kewujudannya.


Ghost Child at Cemetery

gambar hantu sebenar

Seorang wanita yang bernama Puan Andrews telah melawat kubur Joyce anak perempuannya, yang meninggal dunia pada 1917. Dia tidak melihat apa-apa yang luar biasa apabila dia mengambil foto ini di kubur Joyce. Selepas filem tersebut di cuci, Puan Andrews sangat terkejut apabila melihat imej kanak-kanak kecil yang sedang duduk di kubur anaknya. Anak hantu itu seolah-olah sedar Puan Andrews sedang mengambil gambar dan memandang terus pada kamera. Puans Andrews berkata tiada seorang pun kanak-kanak berada berdekatannya ketika itu. Dia juga menafikan bahawa hantu itu adalah anak perempuannya.


London's St. Botolph's Chruch Ghost

gambar hantu sebenar

Pada tahun 1982, seorang jurufoto iaitu Chris Brackley mengambil gambar landskap dalaman London's St. Botolph's Chruch, tetapi dia tidak menyangka apa yang muncul di dalam gambarnya. Tinggi di atas loteng gereja, terdapat imej seperti seorang wanita. Menurut Brackley, ketika gambar ini di ambil hanya ada 3 orang di dalam gereja dan ketika itu tiada sesiapa pun di atas loteng. 


Church Minister Ghost

gambar hantu sebenar

Ketika foto ini ditangkap terdapat hanya satu jurugambar lain di dalam gereja di sebelah jurufoto gambar ini. Imej tersebut berpakaian serba hitam dan kemungkinan seorang yang berpengaruh dalam gereja tersebut.


Grandfather Ghost Standing Behind Grandmother


Gambar ini telah diambil oleh cucu wanita didalam gambar ini pada hari Ahad, 17/8/1997, dan imej lelaki dibelakang kemungkinan suami wanita tersebut yang meninggal dunia pada hari Ahad, 14/8/84. Mereka tidak menyedari sesuatu yang aneh pada gambar tersebut sehingga hari Krismas, 2000 selepas wanita tersebut meninggal dunia.Gambar tersebut secara tidak sengaja di buka oleh cucu wanita tersebut untuk mengimbau kisah keluarganya. Setelah diamati ternyata lelaki tersebut adalah suami kepada wanita ini yang tidak pernah berpisah dengannya walaupun telah lama meninggal dunia.


Railroad Crossing Ghost in San Antonio, Texas

gambar hantu sebenar

Cerita aneh di persimpangan landasan kereta api San Antonio, Texas. Simpang itu dikatakan berlakunya kemalangan ngeri sehingga menyebabkan kematian beberapa budak sekolah. Hantu tersebut dikatakan akan menolak kereta melintasi landasan tersebut walaupun berbukit.


Freddy Jackson's Comeback

gambar hantu sebenar

Freddy Jackson mekanik Tentera Udara Diraja dalam skuadron Perang Dunia Ijuga berkhidmat di atas kapal HMS Daedalus. Freddy Jackson telah dibunuh pada tahun 1919 apabila kipas kapal terbang kerkena padanya. Dua hari kemudian apabila skuadron menangkap foto beramai-ramai, Freddy Jackson muncul di belakang telinga rakannya. 


What Are Ghost Doing With Their Favorite Chair?

What Are Ghost

Apabila dicuci imej ini mengejutkan jelas kelihatan seorang lelaki dan lengan duduk di kerusi. Ramai mengatakan bahawa imej tersebut kelihatan seperti mendiang Lord Combermere dan ia berlaku di atas kerusi kegemaran mendiang tersebut di dalam perpustakaan. Lord Combermere dikatakan mati akibat kemalangan kereta kuda pada tahun 1891.

2 comments:

  1. mereka makhluk Allah juga, . . . .
    tiada yg luar biasa, . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg mmbezakan kita dgn dgn mereka ialah kita ni khalifah di muka bumi...

      Delete