Pages - Menu

Monday, July 9, 2012

Rumah Hantu Terbesar Dan Terseram Di Dunia

Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia. Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia

Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2-3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu. 

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu. Berikut adalah gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut.


Rumah Hantu Terbesar Di Dunia

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia

 Rumah Hantu Terbesar Di Dunia

No comments:

Post a Comment