Pemilik sebuah salon rambut kecil di kota kecil Taichung Taiwan, Tsai Shiou-ying baru-baru ini menarik perhatian media dengan karya seni yang diperbuat dari rambut sebenar.
Setelah memenangi beberapa pertandingan 'hair stylist', wanita yang berusia 54 tahun ini memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru menggunakan rambut terbuang. Baru-baru ini, dia mempamerkan beberapa karftangan yang diperbuat daripada rambut seperti broch, replika nenas, patung tikus, dan yang paling menarik ialah sepasang kasut tumit tinggi. "Secara peribadinya saya sukakan kasut ini. Pengunjung hanya boleh melihat dan mencubanya tetapi sama sekali tidak akan dijual. Saiz kasut ini tidak bersesuaian dengan saya tetapi saya sukakan rekaannya. Walaupun saya tidak dapat memakai kasut ini, sekurang-kurangnya ia adalah seni yang menarik." kata Tsai.
Sepasang kasut tumit tinggi ini mengambil masa sebulan untuk siap sepenuhnya dan Tsai Shiou-ying memerlukan rambut dari tiga individu, biasanya mereka adalah rakan atau jiran Tsai sendiri. Dia mengatakan bahawa hanya rambut asli sahaja yang dapat digunakan untuk menghasilkan seni ini. Dia juga memerlukan gam yang kuat untuk melekatkan rambut-rambut tersebut. Tsai kini merancang untuk membuat gaun dan tali pinggang dari rambut.
No comments:
Post a Comment