Afrika Selatan digemparkan dengan serangan tikus raksasa sebesar kucing. Panjang tikus tersebut dianggarkan 1 meter sementara gigi depannya pula sepanjang 2.5 cm.
Terjadi perkara yang mengerikan di mana tikus tersebut telah menyerang dan memakan 2 orang bayi dalam kejadian yang berbeza. Lunathi Dwadwa adalah salah seorang bayi yang menjadi mangsa ketika tidur dirumahnya di luar kawasan Cape Town. Sementara seorang lagi bayi yang turut menjadi tinggal di Soweto, tidak jauh dari Johannesburg pada hari yang sama.
"Kami mendapat panggilan dari lokasi kejadian tentang kematian bayi akibat serangan tikus," kata seorang pegawai polis yang bernama Bongai Mhlongo.
"Kami turut menahan ibu bayi tersebut atas tuduhan kelalaian sehingga menyebabkan kematian" tambahnya.
Sebulan sebelum kejadian tersebut, Nomathemba Joyi juga seorang bayi mati selepas muka kanannya dimakan oleh tikus raksasa.
Di Afrika Selatan, tikus raksasa biasa ditemui di tempat pembuangan sampah.
Tikus-tikus tersebut berkemungkinan tergolong dari spesis African Giant Pouched Rats iaitu salah satu spesis tikus terbesar di dunia. Mereka lebih aktif pada waktu malam, memakan apa sahaja, dan induknya boleh menghasilkan 50 anak dalam masa setahun.
Ada juga beberapa kaum di Afrika yang menternak tikus ini untuk dijadikan makananan.
biar betik bro?
ReplyDeletenape? tkut?
Delete