BIMBANG tentang keselamatan mereka, orang ramai meminta supaya
baki sembilan blok flat Pekeliling di Jalan Tun Razak diruntuhkan
dengan segera.
Bangunan yang ditinggalkan itu dikatakan menjadi sarang penagih dadah dan tempat bersembunyi bagi pengemis.
Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah pun melaksanakan pemeriksaan ketat
di Flat Tunku Abdul Rahman (Flat Pekeliling) di Jalan Tun Razak, di
mana menjadi tarikan untuk aktiviti jenayah dan salah laku di bandar.
Flat Pekeliling berusia 45 tahun ini kini menjadi bangunan terbiar. |
Bangunan
yang berusia 45 tahun itu yang sepatutnya diruntuhkan pada awal tahun
2010 kini berada dalam keadaan terbiar berikutan isu perundangan yang
berlaku.
Ia mencemarkan nama DBKL dan pihak berkuasa tempatan itu
kini diberikan tekanan kerana dikatakan tidak berbuat apa-apa terhadap
beberapa aduan yang dikemukakan oleh orang awam berkaitan dengan isu
keselamatan dan keselamatan.
Flat berkenaan yang sudah pun dikosongkan sejak lewat 2008 dibiarkan usang.
Sejak itu, orang gelandangan, penagih dadah dan kutu rayau menjadikan flat 17 tingkat itu sebagai ‘kediaman’ mereka.
Pakar
dan aktivis keselamatan, Kapten K. Bala berkata, flat yang
ditinggalkan itu dilihat sebagai tempat yang sesuai untuk jenayah dan
sarang kepada aktiviti-aktiviti haram.
“Flat-flat ini terletak di
kawasan utama berhampiran dengan terminal bas dan stesen monorel,
menjadi ia sebagai kawasan sesak dengan orang ramai. Ini menjadikan
orang awam boleh menjadi mangsa jenayah,” kata beliau.
Menurut
Bala, bangunan usang itu dikatakan menjadi peluang kepada aktiviti
jenayah dan berkaitan dengan pembunuhan Ang May Hong yang berusia 10
tahun pada 1987, di mana kesnya masih belum selesai.
Salah satu unit rumah yang kosong dikatakan menjadi 'sarang berparti' dengan botol-botol minuman keras disusun di atas rak. |
“Mayat
kanak-kanak perempuan itu dijumpai beberapa jam kemudian di sebuah
rumah usang kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala
Lumpur.
“Pembunuh itu, disyaki merupakan penagih dadah tidak
ditangkap. Sejak itu, apabila saya melalui bangunan atau rumah kosong,
ia mengingatkan saya bahawa jenayah seperti itu boleh berlaku pada
bila-bila masa dan di mana sahaja,” kata Bala.
Beliau menambah,
sebagai mengurangkan jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA), isu-isu yang membimbangkan orang awam seharusnya diberikan
perhatian sewajarnya.
“Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Pencegahan adalah perlu dan kita mesti membasmi lokasi panas jenayah
bagi menjadikan bandar lebih selamat,” kata Bala.
Naib Pengerusi
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye
berkata, beliau bersetuju dengan Bala mengenai Flat Pekeliling menjadi
tarikan kepada aktiviti jenayah dan menggesa Kerajaan supaya
membersihkan kawasan itu.
“Ia merupakan masalah lama dan terdapat
banyak bangunan yang ditinggalkan di bandar ini yang menjadi lokasi
persembunyian oleh pihak-pihak yang berkelakuan tidak baik. Kerajaan
seharusnya mempercepatkan pembangunan atau sekurang-kurangnya
meruntuhkan bangunan itu,” kata Lee.
Vandalisme: Lukisan grafiti di satu kawasan di salah satu aras. |
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi Malaysians Against Rape, Assault and Snatch (Marah) turut menerima aduan daripada ahlinya juga orang awam mengenai aktiviti berkaitan dengan jenayah di flat Pekeliling.
“Mereka
bimbang tentang keselamatan mereka kerana terdapat banyak unsur yang
tidak diingini dan aktiviti menyalahi undang-undang melibatkan mereka
yang disyaki mengedar dadah dan penagih dadah.
“Beberapa kumpulan
turut terlibat dalam aktiviti jenayah juga disyaki menggunakan
bangunan berkenaan sebagai tempat pertemuan mereka dan untuk
menyembunyikan barangan yang dicuri atau dadah. Sementara itu, kutu
rayau pula menjadikan flat terbengkalai ini sebagai tempat
perlindungan,” kata Pengasas Marah, Dave Avran.
“Flat tersebut
tidak berpenghuni sejak 31 Disember 2008. Disebabkan lokasinya terletak
di kawasan utama, kami menggesa supaya pemaju memulakan kerja mereka
secepat mungkin kerana bangunan tinggal ini mendedahkan bahaya kepada
ramai orang,” kata Dave.
Mereka juga bimbang struktur bangunan yang dibiarkan terlalu lama itu akan menyembahkan ia retak.
“Bumbung,
pintu, tingkap dan paip begitu mudah runtuh sekiranya terdapat tekana
berlaku, dan ini akan menjadi ancaman kepada mereka yang berada
berdekatan,” kata beliau.
Penswastaan dan pembangunan semula bagi
flat berkenaan diumumkan pada awal 1995 dan menjangkakan antara 8,000
sehingga 12,000 penduduk akan dipindahkan dalam dua fasa.
"Bangunan yang dibiarkan usang seperti flat Pekeliling menjadi lokasi sesuai sebagai peluang kepada aktiviti jenayah," kata Bala. |
Pemaju
yang dilantik oleh Kerajaan iaitu Asie Sdn Bhd mula meruntuhkan Blok A
dan B pada akhir 2005 selepas kebanyakan penduduk dari 11 blok
berpindah keluar, sebahagian besar mereka berpindah ke flat Taman Sri
Rampai di Setapak.
StarMetro pada Januari 2010 melaporkan
bahawa kerja-kerja merobohkan flat Pekeliling akan dilakukan dalam dua
bulan dan flat Sri Terengganu yang berhampiran dijadualkan untuk
diruntuhkan pada tahun yang sama.
Menurut laporan itu, semua blok di kedua-dua kawasan dijangka akan dirobohkan dalam tempoh satu setengah tahun.
Bagaimanapun,
ia tidak dilakukan seperti dirancang. Menurut beberapa laporan sebelum
ini, kawasan itu akan dilihat sebagai projek pembangunan semula yang
diberi nama Taman Sari.
Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperbaharui kawasan perumahan dan persekitaran lebih baik.
Flat Pekeliling merupakan antara projek perumahan terawal di Kuala Lumpur.
Sebanyak 11 blok flat berkenaan dibina antara 1964 dan 1967.
sumber- MStar
sumber- MStar
No comments:
Post a Comment