Pages - Menu

Tuesday, August 14, 2012

Bunkface Yakin Masih Ada Pengaruh Penjualan Album

Bunkface (dari kiri) Paan, Sam dan Youk bersama album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead yang akan dipasarkan selepas Aidilfitri ini.
Bunkface (dari kiri) Paan, Sam dan Youk bersama album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead yang akan dipasarkan selepas Aidilfitri ini.
PETALING JAYA: Kumpulan Bunkface masih menaruh harapan agar album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead mampu dijual biarpun senario penjualan album artis tempatan sedang merudum.

Vokalisnya Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam berkata, atas semangat itu mereka amat menitikberatkan ciri-ciri kulit album dan kualiti muzik yang dipertaruhkan agar ia terus memikat peminat untuk membeli album kedua itu.

“Kami tidak pernah berputus asa walaupun menyedari senario penjualan album fizikal di negara ini merosot. Namun, kalau diperhatikan peminat muzik di luar negara masih teruja membeli album artis kesayangan mereka.

“Kami berharap masih ada kelompok peminat di sini yang menghargai kemunculan album fizikal untuk dijadikan koleksi peribadi. Maka sebab itu, kami begitu menekankan kualiti dan ciri-ciri album kedua ini,” katanya.

Sam dan dua lagi anggota kumpulan tersebut iaitu Ahmad Farhan Hashim (Paan) dan Mohd. Farouk Jaafar (Youk) ditemui pada majlis memeterai perjanjian bersama Warner Music Malaysia selaku pengedar tunggal album itu di Bangunan THK di sini, petang Isnin.

Darren Choy
Darren Choy
Katanya, sebagai nilai tambahan kepada peminat, album itu menawarkan sistem interaktif, AR yang pertama di dunia dengan kod tersembunyi untuk melihat gambar-gambar dan lirik lagu menerusi aplikasi telefon pintar Apple dan Android.

“Seiring dengan perkembangan teknologi, kami menawarkan ciri-ciri interaktif dalam album kali ini yang dinamakan album AR.

“Sistem ini membolehkan pengguna melihat gambar-gambar dan lirik lagu secara interaktif dengan mengimbas kod tersembunyi dalam album ini menggunakan aplikasi berkenaan,” katanya.

Mengenai perjanjian dengan Warner Music, Sam berkata hubungan baik sebagai rakan industri menyuntik keyakinan kepada mereka untuk bekerjasama dengan label itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy berkata, kerjasama dengan Bunkface sudah lama dirancang dan ia terjalin pada waktu yang tepat.

Bunkface memeterai perjanjian dengan Warner Music selaku pengedar album terbaru mereka.
Bunkface memeterai perjanjian dengan Warner Music selaku pengedar album terbaru mereka.
“Sebenarnya, sebelum saya menyertai Warner lagi saya sudah berhasrat untuk bekerjasama dengan mereka (Bunkface). Rupa-rupanya, dalam diam Warner menerusi Ketua A&R kami Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) sudah ‘merisik’ mereka.

“Kemunculan album kedua Bunkface sekali gus menjadikan hasrat untuk bekerjasama ini satu kenyataan. Dengan kemahiran, pengalaman dan strategi pemasaran yang ada, kami yakin album ini mendapat sambutan apabila dipasarkan nanti,” katanya.

Album yang memuatkan 13 trek lagu itu mengandungi empat lagu bahasa Malaysia dan sembilan lagu bahasa Inggeris.

Diterbitkan sendiri menerusi syarikat Bunkface Production Sdn Bhd, album tersebut bakal dipasarkan selepas Hari Raya ini.

sumber- MStar

No comments:

Post a Comment