A Galak |
KUALA LUMPUR: Bak kata pepatah! Tuah ayam nampak di kaki, tuah A.Galak pada misainya.
Itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh pelakon Gerak Khas, A.Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad, 70, yang mengakui misai lintangnya itu menjadi pembuka rezekinya selama ini.
Beliau
berkata, dek kerana misai itu, rezeki lakonan yang diterimanya tidak
pernah putus sehinggalah ditawarkan berlakon di Singapura untuk sebuah
drama komedi sempena Hari Raya Aidilfitri.
“Percaya atau tidak
sebuah syarikat produksi di Singapura menawarkan saya berlakon kerana
misai saya. Penerbit drama itu memberikan saya watak sebagai penjual
songkok cap misai,” katanya kepada mStar Online.
A Galak
berkata, dek kerana faktor usia, misainya yang sudah beruban itu
terpaksa diwarnakan menggunakan inai agar kelihatan menarik dan kemas.
Namun
katanya, kadang kala dia menjadi rimas kerana misai itu sering kali
mengganggu terutamanya ketika hendak menikmati makanan.
“Setiap
kali saya menikmati aiskrim, mesti aiskrim itu terlekat pada misai
saya. Tapi apa boleh buat, kalau saya potong misai ini, habislah rezeki
saya nanti,” katanya yang gemar berjenaka.
Bercerita mengenai sejarah misai itu A Galak berkata ia bermula ketika penggambaran drama bersiri Roda Roda Kota Raya pada tahun 1990-an apabila pengarah drama itu, Datuk Yusof Haslam memintanya menyimpan misai.
Dipanggil sebagai 'Sarjan Misai' dalam drama bersiri Gerak Khas. |
Katanya,
watak tersebut merupakan inspirasi seorang anggota polis trafik Jalan
Bandar di sini bernama Sarjan Senin yang terkenal dengan misai
lintangnya.
“Untuk menjiwai watak, saya pun menyimpan misai untuk drama itu sehinggalah ia sinonim dengan saya sampai ke hari ini,” katanya.
A
Galak memberitahu tidak berhasrat memotong misai berkenaan kerana
menganggap tidak ramai pelakon yang mampu dikenali dengan imej yang
ditampilkan.
Katanya, walaupun sesetengah orang melihat wajahnya
serius gara-gara misai lintangnya itu, tetapi sifatnya tidak seperti
yang digambarkan banyak pihak malah beliau juga seorang yang suka
berseloroh.
Dalam perkembangan lain jika tiada apa-apa tawaran
berlakon, beliau akan menghabiskan masa di Kampong halamannya yang
terletak di Rembau, Negeri Sembilan bersama isteri.
A Galak juga
turut berbangga selama 35 tahun bergiat dalam dunia seni, dia dapat
membuktikan mampu menyara kehidupannya sekeluarga termasuklah
membesarkan lima orang anak yang sekarang berumur antara 25 hingga 40
tahun.
“Saya bersyukur, anak-anak saya kebanyakannya sudah berjaya dalam pelajaran hasil wang yang saya peroleh sebagai pelakon.
“Anak-anak
saya ada yang bekerja sebagai arkitek, ahli perniagaan, pengurus
syarikat serta pembantu perubatan. Saya juga hidup bahagia bersama 11
orang cucu,” katanya.
sumber- MStar
sumber- MStar
No comments:
Post a Comment