Anne Ngasri. |
PETALING JAYA:
Pelakon Anne Ngasri mengambil pendekatan enggan menipu anak-anaknya
mengenai statusnya yang sudah berpisah dengan suami, Abdul Wafi Hassan
walaupun mereka dilihat berkawan baik.
Anne, 28, berkata, dia
mahu tiga anaknya mengetahui status tersebut agar mereka benar-benar
faham apa sebenarnya yang telah berlaku di antara dia dengan bekas
suamnya itu.
"Saya tidak mahu menipu mereka dan adalah lebih baik mereka faham kenapa bapa kandung mereka tidak tinggal serumah.
"Setakat
ini anak yang sulung semakin memahami apa yang terjadi dan
menerimanya dengan baik manakala dua adiknya masih belum faham perkara
sebenar," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Anne
berkata, hasrat menceritakan kisah rumah tangga terhadap anak-anak
bukan untuk memburuk-burukkan Wafi sebaliknya ingin mereka faham
bagaimana sebuah keluarga yang mengalami kegagalan rumah tangga itu
berfungsi
Malah kata Anne, bekas suaminya sangat mengambil berat
dan masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan baik
kepada tiga anak mereka iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan
Nazharah Afrozah, 2.
"Wafi sering datang jumpa anak-anak dan
menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Anak-anak juga memang rapat
dengan dia," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai persiapan
menjelang Aidilfitri, Anne berkata, setiap tahun dia akan mengutamakan
anak-anaknya sebelum membeli pakaian untuk dirinya sendiri.
Bakal
berkunjung ke rumah kekasihnya iaitu Alif Aziz di Singapura pada Hari
Raya nanti, Anne memberitahu dia hanya akan bercuti selama seminggu
sebelum kembali sibuk dengan penggambaran filem dan drama.
sumber- MStar
sumber- MStar
No comments:
Post a Comment