AS'ARI (tiga dari kiri) menyampaikan kit kecemasan kepada seorang pemandu teksi sambil diperhatikan oleh Saharuddin (dua dari kiri) selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan 2012 di Plaza Tol Gombak dekat Kuala Lumpur semalam. |
Kuala Lumpur - Seramai 2,000 sukarelawan skuad pemantau Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka dikerah memantau dan mengambil aduan kes penipuan ke atas pengguna sempena musim perayaan tahun ini.
Presiden LPKPM, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, skuad pemantau itu yang dilancarkan pada 1 Ogos lalu akan menjadi mata dan telinga LPKPM berkaitan apa sahaja perkara yang melibatkan kerugian kepada pengguna.
Beliau berkata, pihaknya akan meletakkan pasukan itu di kawasan tumpuan orang ramai seperti hentian bas dan kompleks beli-belah bagi membanteras pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan serta menipu pengguna.
"Apabila menerima aduan daripada pengguna berkaitan masalah mereka, skuad pemantau ini akan mengambil tindakan serta-merta bersama agensi kerajaan yang berkaitan," katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan 2012 di Plaza Tol Gombak dekat sini semalam.
Kempen tersebut dilancarkan oleh Setiausaha Politik Menteri Kerjaya Raya, Datuk As'ari Ibrahim.
sumber- Kosmo
No comments:
Post a Comment