Pages - Menu

Sunday, October 7, 2012

Ramai jadi hantu dek sijil kematian palsu

sijil kematian palsu

Johannesburg: Sindiket penipuan KwaZulu-Natal dan Eastern Cape yang menggunakan sijil kematian palsu bagi tujuan menuntut polisi insurans jutaan ringgit menjadi punca huru hara apabila ada mangsa masih hidup mendapati status mereka 'meninggal dunia'. 

Penjualan sijil dan polisi kematian dilaporkan meningkat di wilayah ini meskipun kebanyakan syarikat insurans sukar untuk mengesahkan atau menyiasat tuntutan insurans nyawa, kata Persatuan Pelaburan dan Simpanan Afrika Selatan (Asisa).

Statistik terbaru persatuan itu menunjukkan manfaat daripada pengebumian dan kematian menarik jumlah penipuan yang tinggi selain tuntutan palsu pada 2010 dengan sijil kematian palsu menjadi dokumen yang paling biasa diserahkan.

Syarikat insurans nyawa mencatat 4,636 kes penipuan membabitkan nilai 321.7 juta rand (RM115.2 juta) pada 2010. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Asisa, Peter Dempsey berkata apa yang diperlukan hanyalah nama dan nombor pengenalan seseorang untuk menuntut insurans mereka. 

Kes biasanya membabitkan seseorang yang ada polisi dengan syarikat insurans dan sindiket menyerahkan satu tuntutan kematian palsu tanpa pengetahuan pemegang insurans, atau sindiket mengambil sijil kematian atau polisi nyawa seseorang masih hidup dan membayar sejumlah premium ketika menantikan tempoh polisi. 

Sijil kematian palsu 

“Sebaik saja tempoh menunggu berakhir, sindiket akan mengeluarkan sijil kematian palsu serta mayat dan membuat tuntutan kematian atau manfaat pengebumian,” kata Dempsey. 

“Biasanya sindiket menerima maklumat dari kakitangan rumah mayat atau syarikat pengebumian persendirian yang mereka upah apabila ada kes membabitkan mayat tidak dikenal pasti oleh saudara mereka dalam tempoh tertentu. Atau apabila mayat yang teruk terjejas akibat kebakaran atau banjir, sijil kematian palsu dikeluarkan dan tuntutan dibuat.” 

Florence Khuzwayo, 53, bimbang sekiranya identitinya digunakan oleh penuntut palsu insurans selepas diisytiharkan meninggal dunia pada Januari lalu.

Dia percaya maklumat peribadinya dalam buku identiti digunakan untuk menuntut insurans palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Khuzwayo bukan saja diisytiharkan mati oleh agensi kerajaan tetapi kehidupannya menjadi lebih mencabar apabila berusaha untuk membetulkan semuanya. 

sumber- Agensi 

No comments:

Post a Comment