VIENNA: Seorang bekas pemilik kedai ais krim semalam mengaku membunuh dudanya serta kekasihnya sebelum memotong mayat mereka untuk dibekukan.
Dalam keterangan di mahkamah itu, Estibaliz Carranza, 34, juga mengaku menanam mayat kedua-dua lelaki terbabit di bawah kedainya di Vienna. Tertuduh berdarah kacukan Mexico-Sepanyol digelar media Austria sebagai “Wanita Ais.”
Estibaliz Carranza |
Austria Press Agency melaporkan, cebisan mayat itu kemudian disimpan dalam peti sejuk beku kedainya sebelum ia akhirnya ditanam di tingkat bawah premis berkenaan.
Pendakwa, Petra Freh, berkata tertuduh dianggap terlalu kejam dan seolah-olah bom jangka.
“Adalah jelas defendan memiliki dua wajah dan dia mungkin boleh membunuh lagi,” katanya. Menurut Estibaliz, suaminya, Holger Holz, berubah sikap selepas mereka berkahwin.
“Keadaan bertambah buruk apabila mereka diusir dari apartmen dan terpaksa tinggal di kedai ais krim yang diusahakan, selain menyertai gerakan Hare Krishna,” katanya. Menurut Estibaliz, Holz tidur sehingga jam 10 pagi dan menjadi pemalas sehingga tiada ais krim untuk dijual. Estibaliz kemudian menjalin hubungan dengan jurujual mesin ais krim, Manfred Hinterberger, dan bercerai dengan Holz.
Namun, kata Estibaliz, Holz masih tinggal serumah dengannya. Akhirnya Estibaliz melepaskan tiga das tembakan ke arah Holz, termasuk dua di kepala, ketika suaminya duduk menghadap komputer.
sumber- Reuters
No comments:
Post a Comment