Wednesday, November 21, 2012

Wanita Ais akui bunuh 2 lelaki

VIENNA: Seorang bekas pemilik kedai ais krim semalam mengaku membunuh dudanya serta kekasihnya sebelum memotong mayat mereka untuk dibekukan.

Dalam keterangan di mahkamah itu, Estibaliz Carranza, 34, juga mengaku menanam mayat kedua-dua lelaki terbabit di bawah kedainya di Vienna. Tertuduh berdarah kacukan Mexico-Sepanyol digelar media Austria sebagai “Wanita Ais.” 

Estibaliz Carranza
Estibaliz Carranza
Estibaliz memberitahu mahkamah, bekas suaminya itu menghina dirinya, antara lain kerana penguasaan bahasa Jerman yang lemah serta menjerit kepadanya, manakala kekasihnya didakwa curang. Dalam kedua-dua kes, Estibaliz mengaku menembak kedua-dua lelaki terbabit dengan pistol Beretta .22 sebelum memotong mayat berkenaan dengan gergaji rantai.

Austria Press Agency melaporkan, cebisan mayat itu kemudian disimpan dalam peti sejuk beku kedainya sebelum ia akhirnya ditanam di tingkat bawah premis berkenaan.

Pendakwa, Petra Freh, berkata tertuduh dianggap terlalu kejam dan seolah-olah bom jangka.

“Adalah jelas defendan memiliki dua wajah dan dia mungkin boleh membunuh lagi,” katanya. Menurut Estibaliz, suaminya, Holger Holz, berubah sikap selepas mereka berkahwin.

“Keadaan bertambah buruk apabila mereka diusir dari apartmen dan terpaksa tinggal di kedai ais krim yang diusahakan, selain menyertai gerakan Hare Krishna,” katanya. Menurut Estibaliz, Holz tidur sehingga jam 10 pagi dan menjadi pemalas sehingga tiada ais krim untuk dijual. Estibaliz kemudian menjalin hubungan dengan jurujual mesin ais krim, Manfred Hinterberger, dan bercerai dengan Holz.

Namun, kata Estibaliz, Holz masih tinggal serumah dengannya. Akhirnya Estibaliz melepaskan tiga das tembakan ke arah Holz, termasuk dua di kepala, ketika suaminya duduk menghadap komputer. 

sumber- Reuters

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...