Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Thursday, January 3, 2013
Gambar kahwin yang luar biasa
Hari perkahwinan adalah saat paling menggembirakan bagi kesemua pasangan pengantin. Namun ianya hanyalah berlaku sekali dalam seumur hidup. Cara terbaik untuk mengekalkannya sebagai nostalgia adalah dengan merakamkan detik-detik indah tersebut.
Kebanyakan pasangan pengantin mahukan gambar yang romantik sebagai simbolik kepada kebahagiaan. Tetapi tidak kurang juga ada pasangan yang mahukan kelainan berbanding gambar perkahwinan biasa. Kebiasaannya perkara sebegini diserahkan kepada jurufoto masing-masing. Kreativitinya pula atas kehendak pasangan tersebut.
Mungkin sesetengah gambar ini kelihatan agak memalukan tetapi diakui ianya kreatif dan sangat melucukan. Agak berbaloi untuk memiliki gambar sebegini dan nostalgia ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Malahan ianya dapat dilihat oleh generasi akan datang.
Peladang Switzerland makan kucing, anjing
BERN - Masyarakat peladang di wilayah Appenzell dan St. Gallen dilapor mengamalkan makan daging anjing dan kucing sebagai sebahagian hidangan seharian mereka, semalam.
Menurut akhbar Tages Anzeiger, komuniti peladang berkenaan menyembelih hidupan yang dianggap sebagai haiwan peliharaan penduduk sedunia bagi tujuan makanan dan menghadiahkan daging anjing atau kucing kepada jiran mereka.
Anjing dan kucing bukan sahaja hidangan pelik di China, malah turut menjadi pilihan beberapa masyarakat lain di dunia. |
Beliau yang enggan mendedahkan namanya berkata, anjing atau kucing yang dipelihara akan disembelih oleh penjual daging sebaik sahaja mencecah usia matang.
Setakat ini, tindakan memakan daging kucing dan anjing di Switzerland tidak menjadi kesalahan tetapi seseorang itu akan dihukum jika membunuh haiwan berkenaan dengan kejam.
sumber- MailOnline
Pemancing jumpa mayat tanpa kaki
BATU FERINGGHI - Seorang lelaki yang sedang memancing menemui mayat tanpa sebelah kaki di pesisiran pantai berhampiran markas tentera di sini, malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mayat tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira jam 8.20 malam.
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa. |
“Disebabkan mayat berkenaan sudah reput kita tidak dapat mengenal pasti lagi jantina mayat terbabit.
“Pasukan forensik masih lagi melakukan siasatan dan jantina mayat akan dikenal pasti selepas bedah siasat dilakukan pakar patologi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Bagaimanapun, Mazlan berkata, mayat yang ditemui itu dipercayai orang dewasa berdasarkan saiz badannya yang agak besar.
Menurutnya, buat sementara waktu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
Beliau menyeru orang ramai yang kehilangan ahli keluarga agar menghubungi balai polis berhampiran.
Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
sumber- Sinar
Kanang Anak Langkau meninggal dunia
Ditampar 50 rakan sekelas kerana tidak siapkan kerja sekolah
Seorang guru dari Sekolah Rendah Ankang yang terletak di wilayah Shaanxi, China, mengarahkan 50 orang pelajarnya menampar seorang pelajar lain. Pelajar yang hanya dikenali sebagai Xiaoming tersebut mengalami lebam yang serius di wajahnya. Kejadian berpunca akibat kegagalannya untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan pada 11 Disember lalu.
Buat masa ini, pengetua di sekolah tersebut telah dikeluarkan dan guru yang terlibat dalam kes tersebut telah pun dipecat.
"Cikgu mengarahkan kami menampar dia dan tiada siapa yang berani membangkang," kata salah seorang pelajar yang terlibat. "Jika kami tidak melakukannya dengan serius, cikgu akan memaksa kami mengulanginya semula."
Xiaoming menulis dalam diarinya bahawa dia berasa amat bernasib baik kerana menjadi seorang yang kuat semangat. Jikalau tidak, mungkin dia sudah membunuh diri. Kes menampar pelajar yang semakin berleluasa telah menyebabkan kebimbangan orang ramai. Mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau guru di sekolah dan melahirkan rasa simpati terhadap mangsa.
Biro Pendidikan tempatan dilaporkan telah memohon maaf kepada pelajar atas insiden yang berlaku.
Juruterbang ternampak pencuri masuk rumah ketika terbang
TALLAHASSEE: Seorang juruterbang, David Zehntner tidak menyangka dapat mengesan pencuri ketika dia menerbangkan pesawat peribadinya dari North Carolina ke rumahnya di Florida, semalam.
Jurucakap Sheriff Daerah Charlotte berkata, Zehntner ternampak sebuah trak diletakkan di laluan masuk ke rumahnya.
“Dia merendahkan pesawat dipandu untuk melihat apa yang berlaku di situ.
“Ketika itu Zehntner ternampak seorang lelaki melihat ke arahnya dari tingkap sebelum melarikan diri menaiki trak berkenaan,” katanya.
suspek |
Zehntner segera menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu sebelum dia mengekori pencuri terbabit dari udara. Suspek terbabit akhirnya ditahan polis ketika dia berhenti di satu simpang dan didakwa kerana mencuri.
Jurucakap itu berkata, polis turut menemui sepucuk raifal lengkap berpeluru dalam trak suspek.
sumber- TS
Tiada had harga telefon pintar untuk rebat RM200
KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet semalam bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar tanpa mengira harga untuk mendapatkan rebat RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini menjelaskan, keputusan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut semalam.
Pemberian rebat RM200 kepada 1.5 juta belia itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.
Menurutnya, pelaksanaan skim tersebut berdasarkan prinsip 'siapa cepat dia dapat' sehingga peruntukan RM300 juta untuk skim itu habis.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM ialah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
Tinjauan di laman web PKB di https://komunikasibelia.skmm.gov.my semalam mendapati hampir 8,000 belia telah mendaftar untuk mendapatkan rebat tersebut.
Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam reaksi segera semalam menyambut baik keputusan kerajaan melonggarkan syarat pembelian telefon di bawah skim itu.
Naib Presidennya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, keputusan itu membuktikan kerajaan telah mendengar dan memenuhi kehendak golongan muda.
"Kelonggaran itu bermakna generasi muda ada lebih banyak pilihan model telefon pintar untuk dibeli.
"Namun MBM sekadar mengingatkan mereka membeli mengikut kemampuan dan elak daripada pembaziran," katanya.
Menurutnya, pemilikan telefon pintar 3G membabitkan kos lebih tinggi seperti bayaran bulanan untuk pakej jalur lebar mudah alih dan sebagainya.
sumber- Kosmo
Kasut tergantung di wayar elektrik
SEJUMLAH kasut tergantung pada wayar elektrik di Taman Letna, Prague semalam. |
PRAGUE, republik Czech - Sejumlah kasut tergantung pada wayar elektrik di Taman Letna di sini. Kasut-kasut itu milik para pemain papan beroda yang membalingnya ke arah wayar tersebut.
Mereka membaling kasut-kasut yang rosak dan tidak lagi boleh digunakan.
sumber- Reuters
Wanita dilarang duduk seperti lelaki
BANDA ACEH, Indonesia - Sebuah bandar di sini akan melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam, kata datuk bandarnya semalam kerana beliau menganggap posisi tersebut tidak sopan.
Langkah itu diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks.
SEORANG wanita membonceng sebuah motosikal di Banda Aceh semalam. |
Di bawah undang-undang baharu itu, wanita di bandar Lhokseumawe, utara, Pulau Sumatera perlu membonceng dengan kedua-dua kaki mereka terjuntai di sisi motosikal.
"Wanita yang membonceng motosikal tidak boleh duduk seperti menunggang kerana ia akan membangkitkan nafsu penunggang lelaki. Peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar, Suaidi Yahya.
"Tidak sopan untuk wanita duduk seperti lelaki. Kami melaksanakan undang-undang Islam di Lhokseumawe," tambahnya.
Namun, kata Suaidi, wanita-wanita dibenarkan duduk seperti lelaki jika motosikal berkenaan dikendalikan mereka. Bagaimanapun, katanya, mereka mereka perlu berpakaian sopan menurut cara Islam.
Beliau merancang menghebahkan larangan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi dan membincangkannya dengan ulama-ulama sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.
Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas wilayah tersebut diberikan kuasa autonomi khas pada 2001.
Pihak berkuasa wilayah berkenaan kerap melaksanakan hukuman rotan ke atas mereka yang didapati meminum arak dan berjudi.
sumber- AFP
Barang-barang terbuang ditukar dengan makanan
BANGKOK - Sebuah koperasi barang kitar semula ditubuhkan oleh bekas pengutip barang-barang terbuang, Peerathorn Seniwong dan isterinya, Buarin di sini.
BEBERAPA kanak-kanak mengumpulkan botol dan tin sebelum menukarkannya dengan pelbagai jenis barang di kedai milik Peerathorn di Bangkok pada 23 Disember tahun lalu. |
Skim itu melibatkan 800 ahli bagi membolehkan barang-barang terbuang yang dikutip penduduk miskin akan ditukar dengan pelbagai jenis barang termasuk makanan.
Keuntungan koperasi itu dibayar dalam bentuk dividen kepada ahli-ahli dan kemudahan lain seperti insurans nyawa dan membantu membayar yuran perubatan.
Peerathorn yang merupakan bekas pengawal keselamatan dan pemandu teksi motosikal mendapat idea untuk menubuhkan koperasi itu selepas enam tahun dia tinggal di bawah jejambat di sini.
Barang-barang terbuang yang dihantar ke kedai koperasi itu antaranya ialah tin, botol dan surat khabar.
Menurut Buarin, sos ikan, beras, telur, mi segera, ubat gigi dan bahan pencuci merupakan antara barang yang paling menjadi pilihan ahli-ahli koperasi untuk ditukar dengan barang-barang terbuang.
PEERATHORN menyusun barang-barang terbuang di kedai koperasi miliknya. |
Dia berkata, kira-kira 20 hingga 30 orang mengunjungi kedainya pada setiap hari.
Menurut perangkaan Institut Pembungkusan dan Pengurusan Kitar Semula Untuk Mempertahankan Alam Sekitar, terdapat ratusan ribu pengutip barang-barang terbuang dengan pendapatan mereka antara AS$6.50 (RM19.73) hingga AS$10 (RM30.35) sehari.
sumber- AFP
Bapa bagi hantaran RM495 juta untuk perkahwinan anak perempuan
JINJIANG, China - Seorang ahli perniagaan di sini, Wu Duanbiao bermurah hati apabila beliau memberikan hantaran mencecah 1.01 bilion yuan (RM495 juta) menjelang perkahwinan serba mewah seorang anak perempuannya, menurut beberapa laporan semalam.
Menurut akhbar The South China Morning Post, antara hadiah perkahwinan yang diberikan ahli perniagaan itu termasuk empat kotak barang kemas yang diperbuat daripada emas, sebuah buku akaun bank bersama deposit 20 juta yuan (RM9.9 juta) dan portfolio hartanah.
GAMBAR menunjukkan wajah anak perempuan Duanbiao yang berkahwin di Jinjiang. |
Selain itu, beliau memberikan 500 juta saham dalam firmanya yang bernilai lebih 100 juta yuan (RM49.5 juta) kepada pasangan pengantin baharu tersebut.
Menurut laporan media tempatan, usahawan berkenaan turut menghulurkan derma berjumlah 15 juta yuan (RM7.4 juta) kepada dua buah badan amal di China.
Beliau juga menghadiahkan sebuah kereta Mercedes dan Porsche.
Seorang jurucakap firma Duanbiao mengesahkan hantaran tersebut tetapi menafikan majlis perkahwinan itu akan berlangsung selama lapan hari berturut-turut.
Menurutnya, majikannya mahu mengadakan acara yang ringkas tetapi meriah.
Sebelum ini, sebuah akhbar mendakwa beliau akan mengadakan majlis perkahwinan selama lapan hari bermula 28 Disember tahun lalu untuk menjamu tetamu dalam kalangan orang awam.
Pengantin lelaki yang merupakan seorang kakitangan awam sudah mengenali isterinya sejak dari zaman prasekolah.
Bagaimanapun nama anak perempuan Duanbiao itu tidak didedahkan.
Pada bulan lalu, seorang lagi bilionair di sini mengahwinkan anak perempuannya dengan jumlah hantaran lebih 2.48 bilion yuan (RM1.2 bilion).
sumber- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)