Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, January 22, 2013

Video: Detik cemas wanita terjatuh atas landasan kereta api

Detik cemas apabila seorang wanita yang pengsan telah terjatuh di atas landasan kereta api di Sepanyol, namun mujurlah dia sempat diselamatkan oleh seorang anggota polis yang tidak bertugas.

Detik cemas wanita terjatuh atas landasan kereta api

Pihak polis telah mengeluarkan rakaman video yang menunjukkan keberanian seorang anggotanya yang melompat ke atas landasan kereta api lalu bergegas menyelamatkan wanita tersebut beberapa saat sebelum ketibaan tren.

Wanita berusia 52 tahun yang tidak dinamakan tersebut rebah ketika menunggu tren Madrid Metro di stesen bandar Marques de Vadilla pada petang Isnin lalu. Melihat keadaan tersebut, beberapa penumpang lain cuba membantu dan ada yang tergesa-gesa berlari meminta bantuan.

Detik cemas wanita terjatuh atas landasan kereta api

Akhirnya, seorang anggota polis berusia 39 tahun yang langsung tidak mengendahkan keselamatan diri telah terjun ke landasan. Keadaan bertambah panik apabila sebuah tren telah muncul dari terowong berdekatan mereka. Beberapa penumpang lain yang berada disitu cuba memberi isyarat kepada pemandu tren untuk berhenti.

Detik cemas wanita terjatuh atas landasan kereta api

Dengan segera anggota polis tersebut mengheret mangsa ke platform seberang dan mereka berdua dibantu untuk meninggalkan landasan tersebut. Doktor yang berada di stesen tersebut segera memberi rawatan kepada mangsa sebelum ketibaan paramedik. Metro de Madrid merupakan laluan kereta api bawah tanah ke-6 terpanjang didunia dan memberikan perkhidmatan kepada hampir 650 juta penumpang setahun.

Cara mendisiplinkan pemandu bas di China

Sebuah syarikat pengangkutan bas di China, mengambil langkah bijak dengan meletakkan sebuah besin yang dipenuhi air di dalam bas bagi memastikan pemandu mereka dapat memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati.

Cara mendisiplinkan pemandu bas di China

Syarikat Bas Awam Longxiang yang beroperasi di Changsha, wilayah Hunan, China, mula menggantung besin yang dipenuhi air di dalam bas sejak 25 Mei 2010. Setiap pemandu harus memastikan air sentiasa penuh sehingga tamat waktu bekerja. Kamera di dalam bas akan digunakan untuk memantau sekiranya ada pemandu yang berani untuk menambah air sendiri.

"Ramai pelanggan yang merungut tentang pemandu yang cuai dan berhenti secara mengejut. Mereka benar-benar rasa tidak selesa," kata seorang wakil syarikat. Namun, tiada ulasan mengenai hukuman sekiranya air tertumpah dari besin yang disediakan.

Keadaan bas ketika banjir di China

Walaupun berlakunya banjir di China, sesetengah pengangkutan awam seperti bas masih mampu beroperasi. Cuma situasinya agak berbeza berbanding hari biasa. Air melimpah ke dalam bas sehinggakan penumpang terpaksa berdiri di atas kerusi dan bergayut supaya mereka tidak basah. Keadaan ini sebenarnya agak membahayakan dan berisiko kepada penumpang kerana bencana banjir mampu mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini. Antaranya bas mungkin dihanyutkan arus atau mungkin juga tergelincir ke dalam lubang yang tidak dapat dilihat.

Keadaan bas ketika banjir di China
Keadaan bas ketika banjir di China
Keadaan bas ketika banjir di China
Keadaan bas ketika banjir di China

Pelumba basikal menang dapat babi

Seorang pelumba British yang memenangi perlumbaan di Sepanyol terkejut apabila bukan sahaja memenangi trofi malah turut diberikan seekor babi hidup sebagai hadiah bagi tempat pertama. Chris Bartlett, dari Ipswich, bersaing dalam perlumbaan di Huercal Overa, sebagai sebahagian daripada jadual latihan musim sejuknya.

Pelumba basikal menang dapat babi

Pelumba profesional yang bertanding untuk pasukan Metaltek itu tidak tahu apakah hadiah yang ditawarkan sehinggalah dia ke pentas pemenang. Bartlett berkata, "Tiada perlumbaan yang dianjurkan untuk saya mengekalkan tahap kecergasan sehinggalah saya terlihat iklan perlumbaan ini lalu saya terus mendaftar untuk memasukinya." 

"Saya tidak tahu apakah hadiah yang ditawarkan untuk pemenang dan secara rasmi saya diberikan seekor babi. Saya bertanya apakah yang hendak saya lakukan dengan babi ini? Lalu mereka menyuruh saya memakannya"

Pelumba basikal menang dapat babi

Babi tersebut dikhususkan untuk menjadi sajian makan malam sempena Krismas untuk pemenang. Namun Bartlett memutuskan untuk tidak berbuat demikian dan membiarkan ia terus hidup.

Pelumba basikal menang dapat babi

Bartlett dipujuk oleh  Ollie Watts, pemilik kem latihannya untuk menjaga babi tersebut yang kini diberi nama Lucky Rapha, sebagai maskot mereka. "Lucky adalah kebanggaan besar dimana atlet di kem ini akan menyentuhnya setiap pagi untuk mendapatkan tuah. Babi ini memang sangat bertuah dan kami gembira untuk menyelamatkannya dari disembelih"

Nyaris maut dihempap batu

St George (Utah): Seorang wanita warga emas nyaris maut apabila bongkah batu besar runtuh dan merempuh dinding bilik tidurnya, malam semalam.

Nyaris maut dihempap batu

Ketika kejadian, Wanda Lee Denhalter, 63, sedang tidur dan tidak sempat melakukan apa-apa untuk mengelak, tetapi dia masih bernasib baik kerana cuma tersepit di antara batu dan dinding rumahnya.

Menurut Wanda, batu sebesar empat meter dan setinggi tiga meter itu merempuh rumahnya kira-kira jam 3 pagi. Dia mengalami patah rahang, tulang dada dan luka besar pada kakinya.

Nyaris maut dihempap batu

Wanda juga bernasib baik kerana dalam keadaan tersepit itu, dia masih dapat mencapai telefon di rumahnya dan menghubungi perkhidmatan kecemasan bagi mendapatkan bantuan. Jurucakap polis St George berkata, Wanda dikejarkan ke Pusat Perubatan Wilayah Dixie dan menjalani pembedahan hampir empat jam bagi merawat pelbagai kecederaannya. Sementara itu, suami Wanda, Scot Denhalter, berkata dia tiada di rumah ketika kejadian.

Nyaris maut dihempap batu

“Menurut Wanda, dia terdengar bunyi yang kuat sejurus sebelum batu besar itu melanggar rumah kami,” katanya. Bimbang dengan bunyi itu, kata Denhalter, Wanda beralih ke sebelah katil dan berdiam diri di situ.

Nyaris maut dihempap batu

Katanya, jika Wanda bangkit dan melihat apa yang berlaku, isterinya itu mungkin terbunuh. “Batu itu menyebabkan katil dan pelbagai perabot lain tercampak lebih satu meter,” katanya.

Nyaris maut dihempap batu

Dalam keadaan terdesak itu, kata Denhalter, Wanda berjaya bangkit dan menghubungi talian kecemasan 911. Sehingga semalam, belum diketahui punca batu itu runtuh, tetapi Denhalter menjangkakan, paip air yang pecah di pinggir tanah tinggi berhampiran rumahnya mungkin ada kaitan dengan insiden itu. Pasangan itu baru berpindah ke rumah berkenaan Disember lalu.

Nyaris maut dihempap batu

Ketika itu, kata Denhalter, dia menyatakan kebimbangannya terhadap bungkah batu yang ada di lereng berhampiran rumah mereka.

“Tetapi Wanda meyakinkan saya, batu itu tidak akan runtuh,” katanya. 

sumber- Daily Mail

Terperangkap di kerusi gara-gara bergurau

LONDON - Seorang ibu terperangkap di sebuah kerusi duduk anaknya selepas bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung ke rumahnya di sini, lapor akhbar The Sun semalam.

Terperangkap di kerusi gara-gara bergurau

Ketika kejadian, Serena Curtis, 31, dilaporkan sedang meraikan majlis malam perkahwinan beliau bersama rakan wanitanya Jade Dickerson, sementara anaknya telah dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.

Terperangkap di kerusi gara-gara bergurau

Curtis, ibu kepada tiga orang anak tersebut yang ketika itu sedang mabuk telah mengambil keputusan untuk duduk di dalam kerusi lipat milik anaknya sebelum tersepit di antara celah ruang tempat duduk kerusi berkenaan.

Terperangkap di kerusi gara-gara bergurau

Dia dan Jade, 27, telah berusaha selama sejam untuk meloloskan diri dari kerusi tersebut namun gagal sehingga menyebabkan Curtis terpaksa berhenti seketika untuk berehat.

Segala kejadian yang berlaku ini turut dirakamkan oleh Jade menggunakan telefon bimbitnya.

Terperangkap di kerusi gara-gara bergurau

Jade akhirnya terpaksa memanggil pihak bomba untuk datang membantu membebaskan Curtis yang masih tersepit itu.

Serena berasa malu dengan kejadian yang berlaku apabila beberapa anggota bomba tiba di rumahnya di Oxford.

Terperangkap di kerusi gara-gara bergurau

"Saya berasa sangat malu. Saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Nasib baik kerusi ini telah menyembunyikan muka saya.

"Ini adalah kerusi lipat anak saya. Saya masih tidak memberitahunya lagi mengenai kejadian ini. Saya tunggu sehingga dia dewasa," katanya.

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...