Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, July 14, 2012

6 peralatan untuk mengesan hantu

Kit pemburu hantu
Zaman seekarang, kita dapat melihat banyak drama atau filem berkisarkan tentang hantu yang ditayangkan di kaca televisyen mahupun pawagam. Tidak kurang juga dengan dokumentari mengenai pemburu hantu baik di dalam negara mahupun di luar negara. Kumpulan penyelidik dan pemburu hantu yang terdiri daripada golongan profesional dan amatur juga dilihat semakin bertambah dari masa ke semasa menyebabkan hantu-hantu tersebut tidak senang duduk kerana segala pergerakan mereka kini diawasi oleh golongan tersebut. Berikut merupakan beberapa peralatan terbaik dan canggih yang digunakan untuk melihat dan mengesan hantu. Kepada hantu-hantu diluar sana adalah dinasihatkan supaya tidak berkeliaran selepas jam 7 malam.


Alarm Motion Sensors


Alat ini boleh mengesan apa saja pergerakan di sekelilingnya dan ia akan berbunyi setelah mengesan sesuatu.


Digital Voice Recorders 


Alat ini akan merekod sebarang bunyi atau EVP(electronic voice phenomena) di sekelilingnya.


EMF Detector


Electromagnetic Field Detector atau EMF merupakan peralatan yang penting kerana ia dapat mengesan dan menjejaki sumber tenaga yang mengalami gangguan akibat kehadiran hantu.



K2 Meter


Alat ini digunakan untuk mengukur cas elektromagnetik di udara yang dikatakan akan berubah apabila mengesan kehadiran hantu.


Infrared Laser Thermometer


Alat ini dapat mengukur suhu apabila ia dihalakan pada sesuatu objek. Perubahan suhu yang turun 10 darjah Celcius secara mendadak juga dikatakan berpunca daripada kehadiran hantu.


Night Vision Camera 


Alat ini berkeupayaan untuk melihat atau mengambil gambar yang jelas dalam keadaan atau persekitaran yang sangat gelap.

sumber- kejadianmisteriparanormal

15 Benda Pertama Yang Direka Di Dunia

KAMERA DIGITAL PERTAMA DI DUNIA

Kamera Digital Pertama

December 1975, Engineer Kodak, Steve Sasson mencipta kamera digital ini .Berukuran pembakar roti dan resolusi 100×100 - atau 0.01 megapixels.


MOTEL PERTAMA DI DUNIA

Motel pertama

Motel Inn di San Luis Obispo, California, motel pertama di dunia. Dibangunkan pada 1925 oleh arkitek LA, Arthur Heineman. Motel Inn diberi nama Milestone Mo-Tel. Kos untuk satu malam adalah $1.25 dan masih beroperasi sehingga saat ini.


ALBUM COVER PERTAMA DI DUNIA

album pertama

Direka oleh Alex Steinweiss, seorang pereka yang berumur 23 tahun, menciptakan album cover pada 1938 untukPiringan Hitam Columbia. Album ini berjuful Smash Song Hits by Rodgers and Hart.


NOVEL PERTAMA DI DUNIA

Novel pertama

Lebih dari beribu2 tahun-tahun yang lalu, lebih kurang 1007M, novel yang berjudul Tale of Genji mengisahkan cerita seorang lelaki yang sedang mencari cinta dan banyak kali dia bertemu wanita di sepanjang jalan. Ditulis oleh orang Jepun yang bernama Murasaki Shikibu.


WEB SERVERS DAN WEB SITE PERTAMA DI DUNIA 

server pertama

A Next Computer of CERN (1990)


MOTOKAR PERTAMA DI DUNIA 

Motor pertama

Kenderaan bermotor pertama dicipta dan dibangunkan oleh orang Jerman, Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Bad Cannstatt (Stuttgart) pada 1885. Walaupun ada yang mengatakan sudah wujud Reitwagen (kereta kuda bermotor). Kenderaan pertama ini digerakkan dengan minyak tanah.


X RAY PERTAMA DI DUNIA

x-ray pertama

PAda 1895, Wilhelm Conrad Röntgen, profesor fizik dari Universiti Wurburg di Jerman, Mendapat  Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1901 kerana penemuan sinar-x beliau.


MOUSE PERTAMA DI DUNIA

mouse pertama

Mouse pertama  di dunia dibuat oleh Douglas Engelbart pada 1964, terdiri darpada dua sliding wheel dan dibuat daripada kayu.


GEDUNG TERTINGGI PERTAMA DI DUNIA

pencakar langit pertama

Ketinggiannya 42 meter di rekodkan pada 1885 di Chicago, Illinois dan dan kemudian diubahsuai semula pada 1931. gedung ini ialah bangunan untuk Home Insurance Building yang mempunyai 10 tingkat. .




KERETA KONSEP PERTAMA  DI DUNIA

kereta konsep pertama

Direka pada Tahun 1938 oleh Jenderal Harley Earl, Buick Y-Job.


MP3 PERTAMA DI DUNIA 

mp3 pertama

DI lancarkan pada tahun 1998, MP3 Player Pertama Di Dunia, terdiri dari 32MB dan 64MB. Harganya pula ialah$69.


MICROPROSESSOR PERTAMA DI DUNIA

micro processor pertama

Pada November1971, Syarikat Intel menghasilkan micro prosessor pertama, Intel 4004 (U.S. Patent #3,821,715), diciptakan oleh Federico Faggin, Ted Hoff, dan Stan Mazor.


MAJALAH PERTAMA DI DUNIA 

magazine pertama

The Gentleman's Magazine diterbitkan pada 1731, di London, dan dianggap sudah menjadi majalah pertama. Edward Cave yang bertanggungjawab dalam suntingan The Gentleman's Magazine.


PHOTOGRAPHY PERTAMA DI DUNIA

photograph pertama

Gambar yang diambil pada 1826 dan di gelar "View from the Window at Le Gras" .

sumber- mirocornerz, blog.unsri.ac.id

Tangan ditetak lelaki mengamuk

CEDERA...urat bahu Mohd Fauzi putus akibat ditetak pemandu lori.

CEDERA...urat bahu Mohd Fauzi putus akibat ditetak pemandu lori.
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang abang mahu menyelamatkan adik perempuan dan anak saudaranya berusia empat bulan daripada ditetak seorang lelaki yang mengamuk berdekatan Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, membawa padah apabila bahu kanannya ditetak dalam kejadian berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Mohd Fauzi Yu Amril, 25, ditetak di bahu kanan hingga menyebabkan urat bahunya putus manakala adik iparnya, Azrul Zainal Abidin, 24, bengkak di muka akibat diserang lelaki sama.

Menceritakan kembali kejadian berkenaan, adik mangsa, Noraini Yu Amril, 24, berkata sebelum kejadian, mereka sekeluarga pergi membeli barang dapur di Pasar Chow Kit sebelum pulang ke rumah ibu mentuanya di Cheras.

Katanya, ketika hendak keluar dari simpang jalan menghala ke Jalan Cheras, kereta dinaiki mereka dihimpit lori pasir yang enggan memberi laluan menyebabkan mereka memperlahankan kenderaan.

“Namun, pemandu lori itu seperti tidak puas hati dengan kami dan asyik menjeling hingga tidak perasan lampu isyarat sudah bertukar ke warna merah sebelum melanggar sebuah kereta di hadapannya.

“Selepas berlanggar, pemandu lori itu tidak melihat kerosakan kenderaan di hadapannya sebaliknya menuju ke arah kenderaan kami dan mengetuk cermin pemandu sebelum menumbuk muka suami saya bertubi-tubi sebaik dia menurunkan cermin,” katanya kepada Harian Metro, semalam..



Menurutnya, suaminya sempat menolak lelaki itu ke belakang sebelum membuka pintu kereta dan abangnya yang duduk di bahagian penumpang hadapan turut membantu suaminya daripada terus menjadi mangsa amukan lelaki itu.

Katanya, dengan tiba-tiba lelaki itu kembali ke lorinya sebelum membawa sebilah parang dan melibas ke arah suaminya namun bernasib baik sempat mengelak.

“Berang kerana sasarannya tidak mengena, lelaki itu menjerit akan melibas saya dan anak berusia empat bulan yang sedang duduk di perhentian bas berdekatan sebelum berlari menuju ke arah saya.

“Abang saya yang risau dengan keadaan saya mendukung anak ketika itu cuba menahan lelaki berkenaan dan akibatnya terkena tetakan di bahu kanannya,” katanya.

Beliau berkata, walaupun cedera, abangnya sempat melarikan diri ke arah pondok polis berdekatan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan membantu memujuk lelaki terbabit supaya bertenang.

“Selepas memujuk lebih 30 minit, lelaki itu akhirnya menyerahkan parang sebelum orang ramai menghubungi polis,” katanya.

sumber- HMetro

Dituduh rogol, liwat remaja

awek melayu di liwat
Ketiga-tiga tertuduh menutup wajah masing-masing ketika dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
JOHOR BAHRU – Tiga rakan yang bekerja sebagai pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 12 tuduhan meliwat dan merogol seorang remaja perempuan pada 29 dan 30 Jun lalu.

Tertuduh pertama, Norizam Bahri, 22, berhadapan tiga tuduhan meliwat dan tiga tuduhan merogol ke atas mangsa yang berusia 15 tahun enam bulan bertempat di asrama pekerja di Jalan Sena 9, Taman Rinting, di sini.

Norizam dituduh melakukan kesalahan itu di antara jam 2 petang pada 29 Jun hingga 8 malam 30 Jun.

Tertuduh kedua, Mohammad Fauzi Rahmad, 20, dikenakan dua tuduhan meliwat dan dua tuduhan merogol ke atas mangsa yang sama di antara jam 10.45 malam pada 29 Jun hingga jam 3 pagi pada 30 Jun lalu.

Manakala tertuduh ketiga Abdul Halim Rahamat, 20, dituduh meliwat dan merogol mangsa pada jam 10.30 malam pada 29 Jun lalu di tempat yang sama.

Ketiga-tiga tertuduh tidak mengaku salah atas semua pertuduhan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan, dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan..



Hakim Zamri Bakar menetapkan 27 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan beliau menetapkan tertuduh pertama dan kedua dikenakan ikat jamin sebanyak RM22,000 setiap seorang, manakala ikat jamin RM11,000 bagi tertuduh ketiga.

"Ikat jamin ini bertujuan memberi peluang kamu bergaul bersama masyarakat dan meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Ketiga-tiga tertuduh yang turut ditemani keluarga masing-masing diwakili peguam Hussin Othman.

sumber- Sinar

Budak tadika dirotan di kepala


IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun didakwa dilibas dengan rotan di kepala oleh gurunya menyebabkan kanak-kanak itu trauma dan enggan ke sekolah tadika berhampiran rumahnya di Taman Canning di sini.

Dalam kejadian pada 18 Jun lalu, bapa kanak-kanak, Khoo Kian Heng, 35 terkejut apabila mangsa, Eswin Khoo Mun Jun mengadu sakit di bahagian kepala selepas pulang dari sekolah.

Menurutnya, dia tidak menyangka guru wanita berkenaan tergamak memukul anaknya di bahagian kepala hanya kerana tidak memberi tumpuan dalam kelas.

“Kejadian itu disahkan benar oleh guru berkenaan di hadapan guru besar pada keesokan harinya. Dia mengaku menggunakan rotan untuk memukul kepalanya.

“Saya mengaku anak saya sedikit nakal namun, guru berkenaan tidak patut memukul anak saya di kepala kerana ia mungkin menyebabkan kecederaan lebih serius termasuk menjejaskan saraf otak serta menyebabkan dia bersikap negatif terhadap sekolah.

“Saya tidak kisah anak saya dipukul termasuk di rotan di tangan sekiranya dia nakal tapi bukanlah di kepala,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di Pusat Khidmat Adun Bercham di sini, semalam.


Kian Heng berkata, guru besar sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu namun masih tiada tindakan diambil terhadap guru berkenaan menyebabkan dia membuat satu laporan polis di Balai Polis Kampung Simee di sini, Jumaat lalu.

“Pihak sekolah masih mendiamkan diri sehingga lebih dua minggu dan baru-baru ini pihak sekolah memberitahu bahawa saya tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan.

“Sebelum itu, surat aduan telah dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan berharap pihak jabatan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru yang disifatkan sebagai melampau terhadap kanak-kanak kecil,” katanya.

Katanya, guru berkenaan masih mengenakan denda terhadap anaknya dengan tidak membenarkan anaknya ke tandas sehingga waktu pelajarannya tamat, kelmarin.

Sementara itu, pihak pengurusan sekolah mengesahkan kejadian itu namun, tidak dapat memberi kenyataan penuh kerana menyerahkan kepada pihak pengurusan tertinggi membuat keputusan.

Katanya, pihak sekolah telah mengarahkan semua guru supaya tidak menggunakan pendekatan kekerasan kepada murid selain memberi amaran sekiranya membuat sebarang kesalahan.

sumber- Sinar

Air mandian misteri berwarna keruh ditemui di bilik anak


MARANG – Kebimbangan seorang bapa selepas anak gadisnya berkelakuan pelik dan sering berkurung di dalam bilik sejak lebih seminggu lalu, akhirnya terjawab apabila dia menemui beberapa peralatan termasuk ‘air mandian misteri’ di bilik tidur anaknya itu.

Antara peralatan lain disimpan adalah uncang teh, uncang mengandungi beras, gula dan kertas tertulis ayat al-Quran, cecair jernih diisi di dalam botol mineral untuk diminum dan air berwarna keruh diletakkan di dalam botol plastik digunakan sebagai air mandian.

Hasan Tayib, 48, mendakwa, anak gadisnya juga turut memakai tangkal di leher diberikan seorang bomoh ‘misteri’ namun hanya sebahagian dari peralatan itu ditemuinya manakala selebihnya dilihat oleh isterinya, Latifah Sulong, 44.

Hasan berkata, anak kelima dari enam beradik itu baru berusia 15 tahun dan masih belajar di sebuah sekolah di sini, dipercayai menjadi mangsa bomoh terbabit yang diperkenalkan seorang lelaki berumur 40-an tidak dikenalinya tetapi dikenali anak gadisnya itu.

Menurutnya, perkara itu terbongkar apabila dia mengekori anak gadisnya ke sekolah awal pagi semalam, sebelum dia mendapati sebuah kereta sedang menunggu berdekatan rumah mereka dipercayai untuk membawa anak gadisnya itu ke satu tempat.

“Perkara pertama terlintas difikiran tentulah yang buruk-buruk. Hati bapa mana yang tidak risau. Tambah pula, gejala anak gadis lari dari rumah melibatkan lelaki yang berusia menjadi perkara biasa dan ia memang membimbangkan kami.

“Saya kemudiannya menunggang motosikal ke arah kereta itu sebelum melihat seorang lelaki tidak dikenali berusia sekitar 40-an berada di dalam kenderaan itu lalu bertanyakan kepadanya kenapa menjemput anak perempuan saya di situ,” katanya.


Hasan turut mendakwa rawatan itu membuatkan anak gadisnya mengikut telunjuk lelaki berusia 40-an itu.

Hasan yang ditemui di rumahnya di Gong Merawang di sini, berkata, lelaki itu memberitahu, dia menjemput anak gadisnya itu untuk pergi menemui seorang bomoh di sebuah kampung di daerah itu untuk berubat kerana mengidap sakit dalaman.

“Saya hairan kerana anak saya tidak pernah mengadu sakit dan jika sakit sekalipun dia (anak) ada penjaga iaitu kami. Selepas itu berlaku sedikit pertengkaran dan saya kemudiannya mengambil anak saya dan meminta lelaki itu beredar,” katanya.

Susulan kejadian itu, Hasan kemudiannya menghantar anaknya ke sekolah sebelum pulang semula ke rumah dan menemui beberapa peralatan termasuk ‘air mandian misteri’ di bilik tidur anaknya yang dikatakan digunakan untuk merawat penyakit ‘misteri’ anaknya.

Sementara itu, mungkin tidak ramai sedar bahawa gadis bawah 18 tahun sebenarnya masih lagi tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak kerana pada usia itu mereka memerlukan perlindungan, belaian kasih sayang keluarga dan perhatian.

Justeru soal siapa salah tidak seharusnya berbangkit sebaliknya jalan penyelesaian yang mesti dicari. Malah bagi Hasan dan Latifah, mereka tidak malu untuk berkongsi beban ditanggung agar ia tidak berakhir dengan padah termasuk anaknya itu lari mengikut kekasih.

Mereka juga menyifatkan naluri ibu bapa sangat sensitif untuk menyimpulkan apa sebenarnya telah menimpa anak gadis mereka itu namun mereka tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika anak gadis mereka terus diganggu lelaki terbabit.

sumber- Sinar

Penuntut ditendang pensyarah


PUCHONG – Sudahlah dicekik dan ditumbuk berkali-kali oleh pensyarah dan rakan sekelas, seorang penuntut kolej swasta di Kajang di sini mendakwa diperlakukan tanpa belas kasihan apabila turut ditendang ketika cuba bangun bagi mendapatkan bantuan.

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa, Asraf Edy Azizi, 17, mendakwa dia dimarahi salah seorang tenaga pengajar kolej itu ketika bergurau dengan seorang rakan di dalam kelas.

Katanya, tenaga pengajar kolej lelaki itu meluru ke mejanya dan bertanya sekiranya dia mempunyai apa-apa masalah kerana bergurau ketika kelas sedang berjalan.

Pertanyaan itu, menurut Asraf tidak dijawabnya dan dia terus menundukkan kepala kerana tidak mahu melawan serta menimbulkan masalah lain.“Pensyarah itu memegang bahagian tengkuk dan mencekik saya sebanyak dua kali serta menolak kepala ke atas supaya memandang wajahnya.

Akibat marah diperlakukan seperti itu saya ada mengeluarkan perkataan kesat kerana dimalukan di dalam kelas.

“Dia yang sudah berlalu selepas mencekik kemudian berpatah balik dan bertanya mengapa keluarkan kata-kata demikian membuatkan saya terus minta maaf ,” katanya.

Asraf berkata, tanpa pedulikan permohonan maafnya, pensyarah terbabit menolaknya jatuh ke tepi dinding.

Belum sempat untuk bangun semula selepas ‘tersungkur’ di lantai, Asraf mendakwa seorang pelajar dari kelas yang sama kemudian melepaskan satu tumbukan terus mengenai bahagian mata kirinya.

Tidak cukup dengan itu, katanya, seorang lagi rakan sekelasnya tiba-tiba meluru ke arahnya dan menumbuk bahagian belakang kepalanya berkali-kali.


“Ketika menahan kesakitan dan cuba bangun, pensyarah terbabit menendang saya sebelum kejadian dileraikan beberapa rakan sekelas.

“Dalam keadaan mata lebam dan masih sakit, saya bersama seorang rakan kemudian ke hospital kerajaan menaiki bas awam sebelum membuat laporan di Balai Polis Kajang hari yang sama,”katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Edy Azizi berkata, dia kesal kerana pihak kolej seolaholah tidak berperikemanusiaan kerana membiarkan anaknya yang cedera ke hospital bersendirian selepas insiden.

Katanya, pihak kolej hanya bersetuju menghantar anaknya ke klinik swasta kerana mahu menyembunyikan kejadian itu dan menutup malu.

“Pihak kolej minta selesai kes ini di luar tetapi saya enggan kerana tidak mahu membahayakan nyawa anak pada masa depan. Apa yang saya tahu tiada tindakan dikenakan kepada pensyarah dan pelajar yang pukul anak saya.

“Disebabkan itu, saya menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya memantau apa yang berlaku di kolej-kolej swasta kerana dibimbangi menjadi lubuk penularan samseng,”katanya 

sumber- Sinar

10 pembunuh bersiri terkejam di dunia

Ted Bundy (Theodore Robert Bundy) 

10 pembunuh bersiri terkejam di dunia

Seorang pembunuh bersiri yang berasal dari Amerika. Pernah melarikan diri dari penjara sebanyak 2 kali dan akhirnya di hukum mati pada tahun 1989. Ted Bundy dikatakan telah membunuh hampir 40 orang yang kesemuanya adalah wanita.


Richard “The IceMan” Kuklinski

10 pembunuh bersiri terkejam di dunia

Seorang pembunuh upahan yang berkerja untuk beberapa keluarga. Berketurunan Itali-Amerika dan dikatakan sudah membunuh hampir 200 orang termasuk Jimmy Hoffa dengan senjata kegemarannya iaitu pistol, pisau dan gergaji.


Harold Shipman

pembunuh berantai terkejam di dunia

Seorang pembunuh bersiri berbangsa Inggeris. Harold adalah seorang doktor yang dikatakan telah membunuh hampir 260 orang pesakitnya. 80%  daripanya adalah wanita berumur diantara 93 tahun dan paling muda ialah 41 tahun.


David Richard Berkowitz

10 pembunuh bersiri terkejam di dunia

Dikenali sebagai pembunuh bersiri Amerika dan juga pengganas di kota New York bermula dari Julai tahun 1976 sehinggalah penahannya pada Ogos 1977.  Modus operandi Berkowitz ialah dengan mencari mangsa wanita berambut panjang pada lewat malam lalu dibunuh dengan menggunakan pistol yang diletakkan di dalam poketnya. Kemudian dia akan memotong rambut mangsa sebagai tanda pembunuhannya.


Jack The Ripper

10 pembunuh bersiri terkejam di dunia

Adalah nama samaran untuk seorang pembunuh bersiri yang tidak dikenali namanya di sebuah perkampungan miskin Whitechapel kota London, Britain pada tahun 1888. Sasarannya adalah para pelacur. Cara pembunuhan adalah dengan mengelar leher mangsa, kemudian memotong tubuh menjadi beberapa bahagian serta membuang organ dalaman mangsa.


Jeffrey Dahmer

pemerkosa terkejam

Seorang pembunuh bersiri yang berasal dari Amerika dan dikatakan gila seks. Dia telah membunuh 17 orang dewasa dan remaja yang terdiri dari keturunan Afrika dan Asia disertai dengan pemerkosaan, penyeksaan, dan kanibalisme.



Luis Alfredo Garavito Cubillos

10 pembunuh bersiri terkejam di dunia

Dikenali sebagai pembunuh dan perogol bersiri yang berasal dari Colombia. Dia juga dikatakan homoseksual. Mangsa pembunuhannya hampir mencecah 200 orang (berumur sekitar 8 hingga 18 tahun). Dia melakukan pembunuhan pertamanya pada tahun 1992 sehingga 1999.


Robert William “Willie” Pickton


Seorang pembunuh bersiri berketurunan Inggeris-Columbia. Dia telah membunuh 20 orang pelacur di Downtown Eastside dari tahun 1992 sehingga 1999.


Elizabeth Bathory

10 pembunuh bersiri terkejam di dunia

Seorang pembunuh bersiri wanita yang berasal dari Hungaria dengan jumlah korban sebanyak 600 orang kesemuanya wanita pada tahun 1600. Keluarganya adalah kenamaan di Hunggaria.


Gilles De Rais

10 pembunuh bersiri terkejam di dunia

Pembunuh bersiri yang melakukan pembunuhan terhadap kanak-kanak. Dikatakan telah membunuh 200 orang kanak-kanak dalam tempoh 10 tahun yang rata-ratanya berumur 6 hingga 8 tahun.

Jeep Yang Sangat Menarik

Mungkin anda pernah melihat satu aksi persembahan kereta Bigfoot di televisyen. Kereta Bigfoot mempunyai saiz tayar yang besar dan mampu melenyekkan apa sahaja benda yang berada di hadapannya seperti deretan kereta. Kini terdapat sebuah kereta Jeep yang mana mempunya struktur pergerakan tayar fleksibel. Kereta ini mampu mendaki bukit, meredah jalan berbatu dan sebagainya. 


sumber- kondakondi, melayukini

10 rumah dibina di bawah tanah

Rumah merupakan asas tempat tinggal untuk manusia membina kehidupan. Rumah yang baik bukan sahaja memerlukan bahan binaan yang berkualiti malah ia memerlukan lokasi yang sesuai. Ramai yang mahukan rumah mewah dengan penuh kelainan sehinggakan ada yang sanggup membinanya di bawah tanah. Uniknya, rumah di bawah tanah ini dapat menjimatkan ruang di permukaan. Cuma yang dikhuatiri adakah rumah sebegini selamat untuk didiami? Di bawah ini adalah 10 rumah yang telah dibina di bawah tanah.

Cave House in Festus, Missouri


Malator in Druidstone, Wales


Hidden House in Lower Silesia, Poland


 The Underground House, Great Ormside, Cumbria, England


Sedum House, North Norfolk Coast, U.K.


Flower Petals in Bolton, U.K.


Stone Desert Home in Greece


Estate Lättenstrasse, Dietikon, Switzerland


Hobbit Home in Vals, Switzerland


Cave Dwellings For Rent, Kandovan, Iran


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...