Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, July 27, 2012

Majalah terkecil di dunia berharga RM 2.48 juta

majalah terkecil di dunia

Manuskrip majalah Young Men's edisi kedua yang mengandungi 4,000 patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh seorang penulis novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia berumur 14 tahun pada 1830 dipamerkan di Muzium Musee des Letters et Manuscrits di sini.

Muzium itu membeli manuskrip itu pada harga AS$826,287 (RM2.48 juta) dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember tahun lalu, lapor agensi berita Reuters. Manuskrip itu mengandungi watak-watak dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya. 

sumber- Agensi

Keju termahal di dunia dengan taburan emas

keju termahal di dunia

Hirisan keju biasanya berwarna putih pucat. Tetapi tidak untuk keju ini kerana ianya cantik dan penuh dengan kemewahan. Mana tidaknya, terdapat taburan emas pada keju ini.

Keju ini dinamakan Clawson Stilton Gold yang ditaburi emas asli. Harganya pula jauh lebih mahal berbanding mana-mana keju lain iaitu £60 untuk satu hirisan. Sebagai tambahan, terdapat kerak nipis yang berharga £6 turut disediakan .

Dengan harga semahal itu, keju Stilton Gold tetap memiliki ramai penggemar. Di tawarkan dengan kemewahan dan eksklusif, pihak Long Clawson Dairy iaitu syarikat yang menghasilkan keju Stilton Gold mengatakan ramai di antara golongan kenamaan dan selebriti berpusu-pusu ingin mendapatkannya.

Keju mewah ini hanya dihasilkan secara khusus untuk perayaan hari Krismas. Ianya dibuat dari Stilton premium putih dengan kombinasi real edible gold leaf dan real gold liqueur, menjadikan ia keju terbaik di England.

Harganya 67 kali lebih mahal dari keju Stilton biasa. Clawson Stilton Gold dinyatakan sebagai keju Stilton termahal di dunia. Demi menjaga hak peribadi dan eksklusif pelanggannya, Janice Breedon, pegawai di Long Clawson Dairy, merahsiakan sesiapa saja yang telah memesan keju ini.

"Oleh kerana ia dirahsiakan, saya tidak boleh memberitahu siapa yang telah memesan Clawson Stilton Gold, tetapi boleh dikatakan mereka cukup terkenal. Anda boleh melihat dengan jelas taburan emas dalam tiap hirisan keju dan kami menaburkan ia dalam kuantiti yang banyak," kata Breedon, dipetik dari Daily Mail, 16 November 2011.

Isteri Zed Zaidi Lahirkan Bayi Lelaki

Zed Zaidi bersyukur dengan kehadiran Ryan Ziqry yang dilahirkan pada 9.30 pagi pada Jumaat.
Zed Zaidi bersyukur dengan kehadiran Ryan Ziqry yang dilahirkan pada 9.30 pagi pada Jumaat.
PETALING JAYA: Isteri kepada Zed Zaidi iaitu Natalia Mustafa Kamal, 29, selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Tropicana di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Jumaat.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, berkata, anak yang diberi nama Ryan Ziqry itu dilahirkan dengan berat 4.32 kilogram menerusi pembedahan.

"Ikutkan isteri saya nak bersalin secara normal tetapi doktor menasihatkan untuk melakukan pembedahan kerana saiz bayi terlalu besar. Bagaimanapun syukur Alhamdulillah semuanya telah selamat dan keadaan isteri juga baik," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Dalam pada itu, Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memberitahu, isterinya telah dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak pukul 5 pagi Jumaat, sebelum dibawa masuk ke bilik pembedahan empat jam kemudian.

Menurut Zed, dia turut dibenarkan menemani isterinya di dalam bilik pembedahan dan menyaksikan sendiri anak pertamanya itu dilahirkan.

Wajah anak Zed Zaidi iaitu Ryan Ziqry.
Wajah anak Zed Zaidi iaitu Ryan Ziqry.
"Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Bagaimanapun saya bersyukur keadaan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi selamat," katanya.

Sementara itu, Zed menganggap kelahiran Ryan Ziqry pada bulan Ramadan adalah satu keberkatan buat dirinya serta keluarga dan berharap bayi berkenaan akan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu dan bapanya.

"Alhamdulillah, Ryan dilahirkan dalam bulan Ramadan yang mulia dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan tarikh dia dilahirkan iaitu 27 Julai sama dengan tarikh lahir saya, cuma saya 27 Jun.

"Dia menjadi tumpuan keluarga ketika ini dan kelahirannya disambut dengan penuh rasa kesyukuran," katanya.

Zed dan Natalia berkahwin pada 29 April tahun lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

sumber- MStar

Kedudukan Fouziah Gous Tidak Tergugat Kerana Artis Baru

Kedudukan Fouziah Gous Tidak Tergugat Kerana Artis Baru
Fouziah Gous
PETALING JAYA: Persaingan sengit daripada lambakan aktres muda pada hari ini tidak menggugat kedudukan pelakon Fouziah Gous sebagai bintang televisyen.

Fouziah, 30, berkata, dia tidak berasa bimbang atau gentar dengan kemunculan aktres-aktres baru kerana percaya pada kemampuan dan komitmen kerjanya.

“Saya tidak perlu bimbang dengan adanya muka-muka baru kerana semua orang mempunyai rezeki masing-masing. Saya hanya menjadi diri sendiri dan menjaga mutu kerja agar sentiasa disenangi semua pihak.

“Berkat disiplin dan usaha yang berterusan, saya percaya peluang itu akan selalu ada,” katanya kepada mStar Online.

Katanya, persaingan yang sengit di kalangan aktres bagaimanapun tidak menghalang dia bersikap selektif dalam menerima tawaran lakonan.

“Selepas enam tahun berkecimpung dalam seni lakon, saya perlu bersikap lebih memilih dalam tawaran lakonan demi memantapkan profil.

“Memandangkan kerjaya saya cenderung pada drama televisyen berbanding filem, saya perlu pastikan lakonan saya dapat ditonton menerusi pelbagai stesen dan bukannya hanya menerusi sesebuah saluran sahaja,” katanya.

Mengenai kerjaya, Fouziah yang baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri Dendam Sarakit untuk TV3 memutuskan untuk berehat sepanjang Ramadan ini kerana kepenatan dengan komitmen lakonan sebelum ini.

“Saya baru sangat menamatkan penggambaran Dendam Sarakit dua hari lepas. Sekarang saya hanya mahu berehat daripada lakonan.

“Sejak awal tahun, saya terlibat dengan komitmen lakonan secara berterusan. Ada beberapa tawaran yang belum sah lagi, tapi saya mahu menghabiskan masa di rumah dengan keluarga sahaja Ramadan ini,” katanya.

sumber- MStar

Bekas Isteri Hattan saman blog hiburan

Hattan
Bekas isteri penyanyi popular Hattan, Noorfarashikin Othman
KUALA LUMPUR - Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.

Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas defendan melalaui laman web hhtp:/www.ohbulan.com/ telah menerbitkan satu artikel.

Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.

Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.

sumber- Bernama

Kereta dipandu wanita masuk longkang

kurang kemahiran memandu
Perodua Viva mangsa yang terhumban ke dalam longkang.
AYER MOLEK - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di laluan pintas Tambak Paya - Paya Dalam, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu mengakibatkan kereta jenis Perodua Viva milik kakitangan awam itu remuk di bahagian depan.

Mangsa, Aisyah Siaman, 32, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan berjaya diselamatkan orang ramai.

Suami mangsa, Mohd Herman Mohd Ismail, 34, berkata, ketika kejadian, isterinya dalam perjalanan ke tempat kerja di Bukit Katil.

Menurutnya, isterinya yang bertugas sebagai pekerja am di Jabatan Kimia memandu dari rumah mereka di Taman Seri Telok Mas.

“Isteri saya hanya menjalani rawatan sebagai pesakit luar di wad kecemasan Hospital Melaka,” katanya.

sumber- Sinar

Tetak guna parang palsu

DITETAK...Law menunjukkan tangannya yang ditetak suspek menggunakan parang palsu.
DITETAK...Law menunjukkan tangannya yang ditetak suspek menggunakan parang palsu.
GOMBAK: Sepasang warga emas dan empat ahli keluarganya berdepan detik cemas disamun empat lelaki bersenjatakan parang di rumahnya di Kepong Ulu, di sini, awal pagi kelmarin menyebabkan kerugian lebih RM10,000.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Law Ah Hai, 63, dan isterinya, Chen Yoke Heong, 57, memuatkan barang dalam keretanya sebelum didatangi empat lelaki.

Difahamkan, pasangan terbabit menetap lebih 40 tahun di rumahnya dan rutin harian mereka sejak dua tahun lalu keluar rumah awal pagi untuk memulakan perniagaan restoran di Rawang.

“Keempat-empat lelaki berusia 20 hingga 30-an itu menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna biru. Mereka meletakkan kereta di depan pagar rumah mangsa sebelum menyerbu dan menjerit ke arah saya dan isteri supaya masuk dalam rumah.

“Saya ditolak masuk ke dalam bilik yang dihuni anak perempuan, menantu dan cucu lelaki saya yang sedang tidur. Lelaki itu turut mengarahkan isteri serta anak lelaki saya yang tidur di bilik berasingan masuk ke bilik itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kepong Ulu, di sini, semalam.

sumber- HMetro

JAIP gempur kaki ponteng puasa

Ahmad Raffli memeriksa pemberitahuan yang dilekatkan oleh pemilik premis pandu lalu yang mengandungi peringatan kepada pelanggan Islam
KUANTAN – Tiada rasa malu atau sebarang reaksi bersalah ditunjukkan seorang kaki ponteng puasa apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) ketika sedang merokok di sebuah siber kafe, di pelabuhan di sini, semalam.

Ketika premis itu diserbu, lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan leka dengan permainan komputer sambil merokok sehingga tidak sedar kedatangan kakitangan Jaip yang sebelum itu membuat serbuan di sebuah kedai makan bersebelahan.

Terkejut dengan kehadiran anggota Jaip, lelaki berkenaan bertindak mencampakkan puntung rokok di bawah meja tetapi hanya tersengih-sengih apabila ditanya mengapa tidak berpuasa.

Manakala, serbuan di sebuah kedai makan bersebelahan siber kafe berkenaan menyaksikan sekumpulan lelaki bertempiaran lari bagi mengelak dicekup Jaip.

Sebaik sahaja kenderaan Jaip berhenti di hadapan premis, kaki ponteng puasa yang sedang menjamu selera atau mengambil makanan bertindak melarikan diri melalui pintu belakang.

Mereka tidak mempedulikan makanan di pinggan dan lari dengan keadaan tangan tidak dicuci serta meninggalkan kenderaan begitu sahaja.

Sebelum Jaip membuat serbuan, Sinar Harian turut melakukan tinjauan di sekitar kedai makan berkenaan dan didapati kenderaan tidak putus- putus berhenti di kedai makan itu dan selang beberapa ketika pelanggan yang beragama Islam keluar membawa bungkusan makanan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sebuah kedai makan milik peniaga India di Pelabuhan menjadi “port” bagi kalangan ponteng puasa membeli makanan.

Menurutnya, kedai berkenaan beroperasi pada awal pagi dan pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk orang Islam turut membeli makanan bermula awal pagi walaupun ketika bulan puasa.

“Kedai ini memang beroperasi seperti biasa memandangkan pelanggannya ramai bukan Islam tetapi bila tiba bulan puasa ramai pula orang Islam yang mengunjunginya.

“Dari awal pagi hinggalah jam 6.00 petang memang pelanggan tidak putus-putus datang dan memang ramai orang Islam keluar masuk ke kedai ini.

“Biasanya mereka tidak makan di situ tetapi hanya membeli makanan dalam bungkusan untuk di makan di tempat lain,”katanya.

Ops Pandu lalu

SELEPAS Pelabuhan, Jaip meneruskan misi memburu golongan ponteng puasa di restoran makanan segera di Teluk Cempedak.

Tiba sahaja di lokasi, kelihatan kereta bersusun panjang menunggu giliran untuk membeli makanan di kaunter perkhidmatan pandu lalu.

Apabila diperhatikan rata-rata pelanggan ialah orang Islam yang tanpa segan silu membeli makanan.

Alasan yang diberikan apabila di soal penguat kuasa Jaip, makanan yang dibeli adalah untuk anak dan isteri di rumah.

Dalam serbuan di kedai 24 jam pula, seorang lelaki yang sedang merokok dan membeli makanan turut dicekup.

Ketua Penguatkuasa Jaip, Ahmad Rafli Abd berkata, sebanyak sembilan premis perniagaan termasuk kedai makan, kedai 24 jam dan restoran makanan segera yang menggunakan perkhidmatan pandu lalu diserbu sempena operasi itu.

“Sebanyak empat kumpulan dipecahkan untuk membuat serbuan dan pemantauan secara berasingan di beberapa lokasi di Kuantan.

“Kita sebenarnya menerima banyak aduan mengenai kegiatan kaki ponteng dan anggota Jaip turun padang ke lokasi-lokasi dimaksudkan.

“Beberapa orang “kaki ponteng” berjaya ditangkap ketika serbuan di pelabuhan dan mereka telah diberikan notis untuk memberikan keterangan lanjut di Pejabat Jaip.

“Paling banyak aduan diterima ialah gejala kaki ponteng menggunakan perkhidmatan pandu lalu dan ketika operasi di salah sebuah restoran makanan segera dalam masa 45 minit terdapat kira-kira 20 kenderaan orang islam yang membeli makanan.

“Apa yang mencurigakan mereka membeli makanan seawal jam 12.00 tengahari tetapi untuk kali ini kita hanya memberi peringatan dan nasihat.

Kata beliau, kerjasama pemilik premis makanan segera yang menyediakan perkhidmatan pandu lalu juga amat penting bagi membanteras gejala ponteng puasa.

“Sesiapa yang menjual atau membeli untuk tujuan dimakan serta-merta, makan, minum atau menghisap atau bersubahat boleh dituduh dengan kesalahan tidak berpuasa di bulan Ramadan.

“Jika sabit kesalahan , pesalah boleh dikenakan denda RM500 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya iaitu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 137 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dalam bulan Ramadan,” katanya.

sumber- Sinar

Labu air luar biasa, 1.8 meter

Pak Su Mail menunjukkan buah labu air yang mencapai hampir 1.8 meter panjang, selepas menanamnya di belakang madrasah beberapa bulan lalu.
PASIR MAS – Kebiasaannya, buah labu air mencapai kepanjangan tidak lebih daripada 30 sentimeter (cm). Berbeza pula dengan labu air di Kampung Belukar, apabila ia mencapai ketinggian lebih 150 cm.

Guru al-Quran, Pak Su Mail berkata, dia tidak mengesyaki sebarang perubahan, ketika mula menanam buah labu air di belakang madrasah.

Namun katanya, dia mula berasa pelik, apabila mendapati buah itu tidak berhenti membesar, setiap kali melihatnya selepas mengajar al-Quran di madrasah tersebut.

“Ramai juga yang bertanya mengenai buah ini, namun ia hanya buah biasa seperti yang diperoleh di pasar.

“Saya juga tidak meletakkan sebarang baja, sebaliknya membiarkannya tumbuh di belakang madrasah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, selepas mendapati buah ini berhenti membesar, dia dapati buah ini, mencapai lebih kurang 1.8 meter panjang.

Katanya, dia tidak menyangka, akan mendapat buah labu air panjang, dan menyifatkannya sebagai rezeki daripada ALLAH SWT kepadanya.

sumber- Sinar

Gambar bogel bukan milik Carly Rae Jepsen

Wakil penyanyi Kanada, Carly Rae Jepsen telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa gambar bogel mirip wajah penyanyi sensasi itu yang tersebar di internet beberapa hari yang lalu adalah bukan milik Jepsen. Sebaliknya gambar bogel itu adalah milik Destiny Benedict, 21, seorang model lucah dari California.

Menurut Destiny Benedict sendiri melalui Twitternya, "Saya hanya mahu mengatakan bahawa Carly Rae adalah seorang gadis yang cantik dan saya berbangga jika disalah anggap sebagai dirinya".

Gambar bogel Carly Rae Jepsen
Gambar bogel yang menjadi kontroversi Carly Rae Jepsen

Ikan Tuna Gergasi Dilelong 2 Juta

Seekor ikan tuna gergasi sirip biru seberat 269 kg yang ditangkap di luar perairan wilayah Aomori, utara Jepun mencipta rekod apabila dilelong dengan harga 56.49 iuta yen iaitu bersamaan RM2.3 juta pada lelongan pertama hidupan laut itu dalam tahun ini.

Ikan Tuna Gergasi

Ikan itu dibeli oleh presiden sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Zushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura. Menurutnya dia mahu ikan tuna yang terbaik untuk pelanggan Jepun dan bukan pelanggan dari luar negara yang akan menikmatinya.

Ikan Tuna Gergasi

Terdahulu seorang pemilik restoran sushi di Hong Kong yang membeli seekor ikan tuna sirip biru yang dilelong pada harga 32.49 juta yen iaitu bersamaan RM1.32 juta di Tsukiji, Jepun. Menurut rekod, penduduk Jepun makan tiga suku daripada ikan tuna yang ditangkap di seluruh dunia.

Ikan Tuna Gergasi
Ikan Tuna Gergasi
bluefin tuna prized for its tender red meatbest slices fatty bluefincalledtoroheresell foryenper piece
Ikan Tuna Gergasi

sumber- taotauajer

Isteri ahli politik China bunuh ahli niaga UK

Isteri Bo Xilai

BEIJING - Isteri seorang pemimpin politik China yang dipecat baru-baru ini, Bo Xilai didakwa membunuh ahli perniagaan United Kingdom, Neil Heywood.

Agensi berita Xinhua berkata, Gu Kailai dan Zhang Xiaojun, yang diambil bekerja di rumah Xilai, baru-baru didakwa oleh mahkamah China.

Laporan itu tidak memberi butiran lanjut.

Heywood ditemui mati di sebuah hotel di Chongqing pada 15 November 2011.

Kematian Heywood mencetuskan gelombang yang membawa kepada kejatuhan Xilai, yang telah menggoncang politik China.

Siasatan awal menyebut Heywood mati kerana mengambil minuman keras berlebihan. Bagaimanapun pada April lalu, kerajaan mengumumkan bahawa kematian ahli perniagaan itu ada kaitan dengan isteri Xilai.

sumber- Sinar

Kopitiam didakwa masak katak dikompaun

Kopitiam didakwa masak katak dikompaun
Ah Teong bertanya sesuatu kepada salah seorang pekerja kedai sambil diperhatikan Mohd Saiful Hamizi.
GEORGETOWN - Laporan Sinar Harian berhubung pekerja sebuah kopitiam yang memasak dan memakan katak di dapur mendapat tindak balas segera daripada pihak berkuasa yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan semalam.

Serbuan dibuat Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jam 2.30 petang.

Sepanjang pemeriksaan selama sejam itu, pihak berkuasa tempatanmengeluarkan 15 kompaun serta-merta.

Kesalahan serius dilakukan ialah mengelirukan orang ramai dengan meletakkan perkataan halal di depan kedai. Untuk kesalahan ini, pemilik kopitiam itu akan dihadapkan ke mahkamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan 2011. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.

Ahli Majlis MPPP, Mohd Rashid Hasnon berkata, notis yang tertulis perkataan halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam.

“Dari jauh pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses memohon sijil halal.

“Notis ini mudah diperoleh kerana hanya dengan membuat permohonan mereka akan dapat, namun ia mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas operasi.

Hadir sama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jaipp, Mohd Saiful Hamizi Mohd Yusof; Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Hussein Bahari; Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong dan Ahli Majlis MPPP, Lim Siew Kim.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa tukang masak di sebuah kedai kopitiam dekat sini disyaki memasak dan memakan katak di dapur premis itu.

Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang pekerja kopitiam itu kerana dia tidak mahu pelanggan kamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan 2011. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.

Ahli Majlis MPPP, Mohd Rashid Hasnon berkata, notis yang tertulis perkataan halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam.

“Dari jauh pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses memohon sijil halal.

“Notis ini mudah diperoleh kerana hanya dengan membuat permohonan mereka akan dapat, namun ia mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas operasi.

Hadir sama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jaipp, Mohd Saiful Hamizi Mohd Yusof; Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Hussein Bahari; Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong dan Ahli Majlis MPPP, Lim Siew Kim.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa tukang masak di sebuah kedai kopitiam dekat sini disyaki memasak dan memakan katak di dapur premis itu.

Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang pekerja kopitiam itu kerana dia tidak mahu pelanggan

sumber- Sinar

14 bangkai harimau awet dirampas

harimau awet
SEORANG anggota polis kelmarin memeriksa harimau mati yang telah diawet selepas ia dirampas dari sebuah rumah gudang di Cibubur, Jakarta.
JAKARTA - Sebanyak 14 bangkai harimau yang telah diawet dirampas di sebuah gudang di Cibubur selatan Jakarta pada 19 Julai lalu.

Rampasan itu dibuat oleh anggota-anggota polis kerana harimau Sumatera tersebut merupakan haiwan yang dilindungi ekoran semakin pupus.

Seorang suspek telah ditangkap polis atas dakwaan melakukan perdagangan haram hidupan liar.

sumber- AFP

Udang karang gergasi dilepaskan ke laut

udang karang gergasi
Pengurus restoran The Dock, Kristen Eighme menyerahkan udang karang gergasi kepada Wilson di Waterford, Connecticut kelmarin.
TELUK NIANTIC, Amerika Syarikat - Seorang lelaki Connecticut, Don MacKenzie membeli seekor udang karang gergasi seberat 9.07 kilogram dari sebuah restoran sebelum dia melepaskan semula ke dalam laut di sebuah lokasi rahsia kelmarin.

MacKenzie mengetahui tentang udang karang itu yang mempunyai nama jolokan Lucky Larry daripada kanak-kanak tempatan.

Namun, dia enggan mendedahkan harga yang perlu dibayarnya untuk membeli udang tersebut daripada restoran The Dock.

Menurutnya, udang itu perlu mengambil masa selama 80 tahun untuk mecapai saiznya seperti sekarang.

Dia membawa udang tersebut menaiki sebuah bot ke sebuah lokasi rahsia di sini dan melepaskannya ke dalam laut dengan bantuan seorang kenalannya, Steve Wilson.

sumber- Agensi

Rangka bot firaun ditemui di Abu Rawash

Rangka bot firaun ditemui di Abu Rawash
SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun.
KAHERAH - Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.

Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar.

Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin.

Pada kebiasaannya, bot itu ditanam dekat mumia firaun kerana ia dipercayai mampu membawanya kepada tuhan di syurga.

sumber- Agensi

Seni Lukisan Dari Puntung Rokok Dan Ubat Nyamuk

Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa puntung rokok juga boleh dijadikan sebagai seni lukisan. Cuba lihat lukisan di bawah ini. Ia dilukis menggunakan puntung rokok dan hujung ubat nyamuk yang masih membara. Karya pelukis terkenal dari  Megelang, Jawa Tengah Indonesia ini, Yuli Prasetiawan biasanya memerlukan 17 bungkus kotak rokok dan 19 bungkus ubat nyamuk serta memerlukan masa kira-kira 3 bulan untuk menyiapkan sesebuah lukisan. 


lukisan orang lidi, stickman
pelukis terkenal di dunia
cara melukis lukisan hidup
lukisan hidup
lukisan poster
sumber- Billy Info

Seminggu selepas kematian suami, rumah pula terbakar

 Seminggu selepas kematian suami, rumah pula terbakar
Anggota Bomba dan Penyelamat cuba mengawal kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Jalan Gajah Mati. - foto BERNAMA
KOTA BHARU - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, seorang suri rumah yang baru kematian suaminya bernasib malang apabila rumahnya di Jalan Gajah Mati, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Kebakaran pada pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan Rohani Che Ka, 43, bersama tiga anaknya masing-masing berusia 7 bulan dan 4 serta 6 tahun tinggal sehelai sepinggang.

Sebuah rumah milik jirannya, Hoi Toi Loo, 56, turut musnah. 

Rohani berkata ketika kejadian, dia sedang berehat di ruang tamu selepas menjemput anaknya dari tadika berhampiran dan menyedari kebakaran setelah mendengar jeritan jiran bahawa bahagian atas rumah separuh papan yang disewanya itu terbakar.

"Walaupun semua barang keperluan tidak dapat diselamatkan, saya bersyukur kerana dapat menyelamatkan nyawa kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Antara barangan yang musnah ialah pakaian raya ketiga-tiga anaknya serta pelbagai kelengkapan rumah dan perabot.
Menurut Rohani, arwah suaminya Ramli Musa, 44, seorang pemandu teksi meninggal dunia secara mengejut selepas terjatuh di dalam bilik air di rumahnya seminggu lalu.

"Saya reda dengan apa yang berlaku ini, cuma apa yang menyedihkan saya ialah kerana baru saja kematian suami dan terpaksa menanggung tiga anak," katanya.

Empat jentera Bomba dan Penyelamat dengan 15 anggota, iaitu tiga dari Kota Bharu dan sebuah dari Kota Darulnaim berjaya mengawal api daripada merebak dalam tempoh setengah jam.

Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Kota Baharu Azman Yasok berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

sumber- Bernama

Ibu muda positif HIV jual anak

HIV AIDS

KUALA TERENGGANU - Dek kerana desakan akibat kemiskinan selain positif HIV seorang ibu sanggup menjual anak kandungnya dengan harga RM1,800.

Namun tindakan ibu muda itu untuk menjual bayi lelakinya yang ketika itu berusia beberapa bulan, berjaya dikesan Komuniti Cakna Terengganu (KCT).

Desakan hidup mendorong beliau mengambil keputusan tersebut apatah lagi bapa bayi malang itu tidak dapat dikesan selepas mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat sehingga wanita itu mengandungkan bayi berkenaan.

Nasib bayi malang itu bagaimanapun mendapat pembelaan KCT apabila mengetahui perkara itu lebih awal dan kini membela kanak-kanak tersebut sejak setahun lalu.

Presiden KCT Dr Mustapa Che Omar berkata bayi yang kini ditempatkan di rumah wanita dan kanak-kanak seliaan KCT di Ajil, Hulu Terengganu berada dalam keadaan baik.

"Setakat ini bayi ini masih sihat tetapi masih awal untuk kesan sama ada dia dijangkiti HIV atau tidak," katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan di Hotel Primula di sini semalam yang turut dihadiri Presiden Majlis Aids Malaysia Datuk Dr Raj Karim.

Dalam pada itu, katanya penghidap HIV tidak wajar disisihkan oleh masyarakat kerana kebanyakan mereka menjadi mangsa keadaan sehingga mendapat jangkitan penyakit tersebut.

Sementara itu, menurut Dr Raj tindakan yang dilakukan KCT membela bayi tersebut dan penghidap HIV lain yang tidak mempunyai keluarga adalah tindakan terpuji bagi memberi mereka semangat untuk meneruskan kehidupan.

"Dengan adanya pusat perlindungan seperti ini akan bantu mereka mendapat pendidikan, kaunseling dan dilatih dengan berbagai kemahiran," katanya. - Bernama

sumber- Sinar

1 maut kapal tangki MISC terbakar, 4 hilang

gambar mangsa Bunga Alpina
Kapal tangki minyak Bunga Alpinia terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan dengan Pulau Enoe, Labuan. - Foto Bernama

Kebakaran di atas kapal tangki 'Bunga Alpinia' milik MISC Berhad, di sini awal hari ini menyebabkan seorang anak kapal terbunuh
dan empat lagi masih hilang.

Letupan yang berlaku dalam kebakaran pada 2.30 pagi itu, menggegarkan Labuan.

Anak kapal yang terbunuh dikenali sebagai Syahril Azmi Baharudin, dan empat yang hilang adalah Zahari Hashim, Mohd Hanafi Khairil, Mohd Nazim Kamsani dan
seorang warga Filipina, Colangoy.

Menurut MISC, kejadian berlaku ketika kapal itu sedang mengisi metanol di terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata operasi mencari dan menyelamat dihentikan sementara pada 6 petang untuk membolehkan petugas berbuka puasa dan disambung selepas itu.

MISC berkata, keluarga dan waris mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian itu.

Talian hotline telah disediakan bagi keluarga mangsa yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menurut MISC, kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina.

Seramai 24 anak kapal telah berjaya diselamatkan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad Dr Abd Hapiz Abdullah berkata letupan itu berlaku selepas beberapa
jam proses pengisian bahan kimia ke dalam kapal dilakukan. Proses mengisi bahan kimia itu memakan masa kira-kira 24 jam.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, hanya seorang sahaja kakitangan syarikat itu yang cedera dan mengalami kecederaan di mata.

Beliau berkata, petugas syarikat Petronas Chemicals, yang identitinya tidak dimaklumkan adalah dalam keadaan stabil dan akan dirujuk kepada pakar mata esok.

Abd Hapiz berkata, pada masa kejadian terdapat 14 kakitangan Petronas Chemicals yang sedang bertugas di bilik kawalan, bagaimanapun tidak mengalami
sebarang kecederaan.

Terdapat kira-kira 200 kakitangan Petronas Chemicals yang bertugas di loji tersebut.

Abd Hafidz berkata, ekoran kebakaran itu, operasi 'plant one' dihentikan sementara waktu, manakala 'plant two' tidak terjejas.

Beliau juga mengesahkan tidak ada kebocoran berlaku di perairan Labuan berikutan kebakaran kapal MISC itu.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian yang tidak diduga itu, dan keselamatan merupakan keutamaan dalam operasi syarikat itu.

Sementara itu, penduduk kampung berhampiran terminal Petronas iaitu Patau-Patau 1 dan 2, iaitu kira-kira 100 meter dari terminal berkenaan, awal pagi tadi dibangunkan dengan bunyi dentuman yang kuat, dan diikuti dengan gegaran.

Salah seorang penduduk Maimunah Mahmud dari Kampung Patau-Patau 1 berkata, pada masa kejadian beliau sedang memasak untuk sahur, dan keluarganya yang tidur masa itu semua terkejut lalu meluru keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.

"Dentuman itu diikuti dengan api yang menerjah ke langit. Kami semua panik bercampur takut ketika itu, bimbang kampung kami akan terbakar kerana rumah kami
di hadapan tapak operasi Petronas itu," katanya.

Bagi Awang Kadir Abdullah yang tinggal di Kampung Patau-Patau 1 berkata, kejadian yang mengerunkan itu merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di
loji itu.

Kejadian itu telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk kampung mengenai keselamatan mereka kerana kedudukan kampung mereka yang terlalu dekat dengan loji itu, katanya.

"Kita tidak nafikan operasi metanol ini telah banyak menjana aktiviti ekonomi penduduk setempat, namun aspek keselamatan perlu juga diambil kira. Kita
percaya pihak Petronas sedar akan perkara ini, dan kita tahu mereka sentiasa mengutamakan ciri-ciri keselamatan," katanya.

sumber- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...