Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, October 13, 2012

Rumah Piano Yang Tersergam

Rumah berbentuk Piano ini terletak di Huainan, China. Ianya dibina di sekitar Daerah An Hui dan mempunyai rekabentuk seakan piano sebenar yang bersaiz gergasi.

Bukan itu sahaja, sebuah bangunan violin gergasi turut dibina bersebelahan rumah tersebut. Fungsi bangunan violin ini adalah sebagai eskalator untuk sampai ke atas. Rumah tersebut dibina sebagai daya tarikan untuk menarik minat pelancong ke kawasan baru membangun ini.

rumah alat muzik

Bengkel kereta curi di Kulim

kereta curi di Kulim
BUKTI...anggota polis memeriksa sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Bukit Mertajam dan ditemui di hadapan sebuah rumah di Taman PKNK.
KULIM: Tindakan seorang lelaki sering membawa rakan-rakannya membaiki kereta selain teman wanita pulang ke rumah keluarganya di Taman PKNK, dekat sini, membongkar rahsia kegiatan mencuri kereta apabila pihak berkuasa menyerbu rumah itu, kelmarin.

Dalam serbuan jam 6 petang itu, suspek berusia 27 tahun dikesan menjadikan rumahnya sebagai ‘bengkel’ membaiki kereta menimbulkan syak dalam kalangan penduduk setempat. 

Menurut sumber, polis yang menerima maklumat daripada jiran suspek mengenai rakan-rakannya yang sering datang ke rumah itu menaiki pelbagai kereta.

Katanya, mereka akan menjalankan kerja mekanik di depan rumah hingga lewat malam dan kegiatan itu menimbulkan curiga penduduk di taman itu.

“Penduduk juga tidak selesa apabila melihat seorang wanita sering memasuki rumah itu dan disebabkan tidak tahan dengan tindak-tanduk lelaki terbabit, mereka membuat aduan kepada polis untuk menyiasat.

sumber- HMetro

Remaja OKU maut kemalangan

Remaja OKU maut kemalangan
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
ALOR GAJAH - Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Pengkalan berdekatan sebuah kuil, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian pada kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa, Abdul Halim Abdul Kadir, 16, dari rumahnya di Pengkalan menuju ke tempat kerja di sebuah bengkel mencuci kenderaan di pekan Alor Gajah.

Menurut sumber, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha TZM sendirian dari arah Pengkalan ke pekan Alor Gajah hilang kawalan ketika melalui selekoh hingga memasuki laluan bertentangan.

“Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum muncul pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dari arah Jelatang,” katanya.

Menurut sumber, pemandu berkenaan cuba mengelak dari terus bertembung dengan motosikal mangsa namun gagal kerana jarak kenderaan semakin dekat.

“Akibat pertembungan itu, mangsa terjatuh manakala motosikal ditunggang terbabas dan terseret berdekatan dengan pacuan empat roda itu.

“Mangsa cedera di bahagian badan dan dibawa ke Hospital Alor Gajah menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah untuk menerima rawatan,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan mangsa yang parah di bahagian badan dan dalaman disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.

Ibu mangsa, Salina Hasan, 45, berkata, pada pagi sebelum kejadian arwah yang merupakan anak keempat dari enam beradik itu sempat menikmati sarapan sebelum ke tempat kerja.

“Kira-kira jam 8.30 pagi arwah sudah ke tempat kerja tetapi pulang semula pada jam 9 pagi untuk bersarapan dan arwah kelihatan berselera ketika makan,” katanya.

Kata Salina yang turut ditemani suami, Abdul Kadir Latif, 50, walaupun arwah dalam keadaan tergesa-gesa ke tempat kerja namun sempat bersalam mencium tangannya sebelum ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

sumber- Sinar

Gudang minyak pelincir terbakar: Kerugian hampir RM1 juta

Gudang minyak pelincir terbakar
Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di gudang minyak pelincir di Jalan Chain Ferry, Butterworth, petang semalam.
BUTTERWORTH - Sebuah gudang menyimpan minyak pelincir di Lengkok Kapal, Jalan Chain Ferry di sini, musnah terbakar, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata, kebakaran di gudang milik Syarikat Malim Tractors Sdn Bhd itu dipercayai berlaku sekitar jam 4.34 petang.

Katanya, ketika kebakaran terdapat beberapa pekerja yang sedang bertugas, namun mereka sempat lari menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

“Pihak kita menerima panggilan mengenai kejadian itu dan bergegas ke lokasi kebakaran dengan kekuatan tujuh jentera bomba dan dibantu empat pasukan bomba sukarela melibatkan 47 anggota kesemuanya.

“Api marak ketika pihak bomba sampai, namun selepas hampir dua jam bertungkus lumus memadam kebakaran, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6 petang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Azmi berkata, tempoh masa diambil untuk mengawal api agak panjang berikutan pihaknya mengalami kesukaran kerana selain bangunan kilang, minyak pelincir yang terdapat di situ menyukarkan kerja pemadaman api.

“Kita terpaksa menggunakan pancutan buih bagi mengawal api dan dalam masa sama terpaksa berhati-hati kerana berlaku dua letupan.

“Bagaimanapun tiada kecederaan dialami anggota kita dan jumlah kerugian dianggarkan melebihi sejuta ringgit,” katanya.

Menurutnya, punca kebakaran masih disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari litar pintas.

Kebakaran itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila orang ramai turut memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat kejadian itu.

sumber- Sinar

Mangsa tetak meninggal

PONTIAN: Selepas lapan hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, mangsa tetak, Dzolkifli Othman, 51, menghembuskan nafas terakhirnya malam kelmarin akibat parah di kepala dan badan.

Anak perempuan arwah yang enggan dikenali berkata, keluarganya reda dengan pemergian bapanya itu, namun tidak dapat menerima perbuatan dilakukan suspek yang juga abang angkat bapanya.
parang berdarah
gambar hiasan
“Sampai bila pun, kami sekeluarga tidak memaafkannya dan kami berharap polis dapat mengesannya secepat mungkin untuk dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Dalam kejadian 4 Oktober lalu, arwah yang juga kerani bank parah di kepala, bahu dan paha selepas ditetak abang angkatnya yang juga lelaki warga asing dari Pemalang, Jawa, Tengah, Indonesia.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Parit Masjid di sini.

sumber- HMetro

Tertembak dahi rakan

RANAU: Kegirangan dua sahabat memburu tenggiling di hutan berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas terkena tembakan rakan di kawasan hutan berhampiran Kampung Balisuk, dekat sini.

Sebelum kejadian, Albarth Oboth, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matupang Jaya bersama rakan berusia 21 tahun berburu tenggiling di hutan berkenaan pada jam 8 malam, Sabtu lalu. 

senjata api bakakuk
gambar hiasan
Sumber berkata, ketika asyik memburu, rakan mangsa dipercayai tidak sengaja tertembak mangsa menggunakan senjata api jenis bakakuk pada jam 10 malam. 

Menurutnya, tembakan itu mengenai bahagian atas mata kanan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. 

“Rakan mangsa pergi ke rumah bapa mangsa tiga kilometer dari tempat kejadian bagi memaklumkan kejadian sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau,” katanya. 

sumber- HMetro

Haruan makan anak, dipenjara 100 tahun

Ayer Keroh: Seorang pemungut barangan lusuh dijatuhi hukuman penjara 100 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya, empat tahun lalu. 

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dan memerintahkan hukuman berjalan serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak gadisnya yang ketika itu berusia 13 tahun di sebuah rumah di Durian Tunggal, Alor Gajah, di sini, kira-kira jam 3 petang pada 2008. 

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh yang berasal dari Durian Tunggal didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di sebuah rumah di kawasan sama, masing-masing kira-kira jam 4 petang Oktober tahun lalu, dan kira-kira jam 11 malam Mac lalu.

Haruan makan anak
Pemungut barang lusuh di bawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh.
Tuduhan terakhir 

Untuk pertuduhan keempat dan terakhir, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa di dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara di kawasan berhampiran Pantai Klebang, di sini, masing-masing kira-kira jam 8 malam 18 September dan 8.30 malam 20 September lalu. 

Berikutan itu, tertuduh yang mempunyai enam anak didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan. 
Zaharah dalam penghakimannya berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh disabitkan dengan lima pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. 

“Kamu (tertuduh) bernasib baik kerana ditangkap lebih awal dan dapat mengelak daripada terus melakukan perbuatan itu (sumbang mahram) terhadap anak sendiri. Saya berharap kamu insaf apabila berada di penjara nanti,” katanya.

sumber- BH

Bunuh diri kerana Gangnam Style

AKIBAT tekanan perasaan, Kim Jang Hoon cuba membunuh diri dengan mengambil ubat secara berlebihan.

Masih mendapatkan rawatan di hospital, Jang Hoon melahirkan hasrat untuk meninggalkan Korea secepat mungkin.

"Saya akan meninggalkan Korea dengan segera setelah sembuh nanti dan juga berharap agar saya boleh mencari kehidupan yang lebih tenang di luar Korea," katanya.

Kim Jang Hoon
Kim Jang Hoon
Jang Hoon pernah mencetuskan kontroversi apabila menuduh Psy mencuri konsep idea tariannya, The Horse Riding Dance, kerana sebelum ini mereka bersahabat baik dan pernah mengadakan konsert bersama pada 2009.

Sebelum insiden ini berlaku, PSY pernah mengaku dia banyak belajar mengenai muzik dan tarian daripada Jang Hoon.

sumber- Sinar

Tiga remaja ditahan bersama parang, pisau dan buku lima

KUALA TERENGGANU - Tiga remaja ditahan bersama sebilah parang, pisau dan senjata buku lima di persimpangan Batu Bersurat di Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.
   
Mereka yang berusia antara 18 hingga 20 tahun itu ditahan kira-kira 4.20 pagi oleh anggota polis yang sedang meronda, di dalam sebuah Proton Wira kerana didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
   
"Curiga dengan tindak-tanduk mereka, polis terus menahan mereka dan meggeledah kereta berkenaan sebelum menemui beberapa peralatan tajam," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan.

senjata bahaya, buku lima
gambar hiasan
Beliau berkata polis juga menemui 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama serta duit syiling bernilai RM141 di dalam sebuah beg plastik.
   
Kesemua suspek yang berasal dari Dungun itu dibawa ke Balai Polis Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut termasuk sama ada mereka terbabit dalam kegiatan jenayah.
   
"Kita percaya mereka terlibat dalam beberapa kes jenayah dan hasil siasatan ke atas nombor casis kenderaan juga mendapati kenderaan yang digunakan itu adalah kenderaan curi," katanya.
   
Kesemua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 dan 7 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. 

sumber- Bernama

Pelajar terkejut kereta miliknya terbakar depan rumah

Proton Saga BLM
Keadaan kereta mangsa yang rentung selepas terbakar kira-kira jam 4.30 pagi semalam
ALOR GAJAH - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini terkejut apabila mendapati kereta Proton Saga BLM miliknya terbakar di hadapan rumahnya, di Taman Kasa Height, dekat sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa, Mohd Khairulanwar Abdul Mutalib, 22, sedang tidur di ruang tamu sebelum dikejutkan seorang rakan yang mendakwa terhidu bau hangit dari luar rumah.

Menurut Mohd Khairulanwar, dia terkejut melihat kereta yang baru dibeli dua tahun lalu mengeluarkan asap tebal dan terdapat letupan kecil pada bahagian enjin.

“Kami cuba memadamkan api dengan menyiram air, namun api terus menyambar dengan marak menyebabkan kami segera menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapat bantuan,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian berlaku dia bersama lima rakannya keluar makan malam di pekan dan terus pulang ke rumah pada jam 12.30 tengah malam.

“Saya tidak pasti sama ada kejadian ini berunsurkan khianat atau terdapat masalah pendawaian. Oleh itu, saya serahkan kejadian ini kepada pihak berkenaan untuk siasatan,” katanya yang mengalami kerugian hampir RM30,000.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Alor Gajah, PBK 2 Suhairi Supian berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian kira-kira jam 4.47 pagi.

Menurut Suhairi, sembilan anggota membabitkan sebuah jentera dan tiga motosikal dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengawal kebakaran.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami dapati api marak hampir keseluruhan kereta namun api dapat dipadamkan kurang lima minit dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian juga masih belum ditafsirkan.” katanya pagi semalam.

sumber- Sinar

Lalok ketika solat Jumaat

KUALA TERENGGANU - Ketika orang lain sibuk menunaikan solat Jumaat, sekumpulan ‘kaki lalok’ pula menghabiskan waktu menghisap dadah di kawasan semak, berhampiran sebuah kediaman mewah yang masih dalam pembinaan di Kampung Alor Jambu, Batu Rakit di sini, semalam.

Bagaimanapun, keasyikan mereka hanya sementara apabila port mereka diserbu sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Gong Badak dan Batu Rakit.

Dalam operasi itu, seramai 30 lelaki berusia antara 24 hingga 46 tahun termasuk seorang lelaki kelainan upaya ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari, ketika mereka sedang ‘lalok’.

penagih dadah
gambar hiasan
Operasi itu yang dijalankan oleh polis yang berpakaian preman, bermula kira-kira jam 10 pagi dan berakhir 4 petang, hasil intipan dan maklumat orang awam mengenai aktiviti kumpulan berkenaan yang dipercayai menjadikan kawasan itu sebagai port mengedar dan menghisap dadah sejak sebulan lalu.

Menurut sumber, seorang lelaki yang berusia 36 tahun, cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis. Bagaimanapun, usahanya tidak berjaya selepas dia terjatuh ke dalam semak.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang mengalami kecacatan pada bahagian kaki dan bekerja sebagai mekanik, pernah ditahan sebelum ini kerana jenayah dadah.

Kesemua yang ditahan, dibawa ke Balai Polis Gong Badak untuk saringan awal ujian air kencing dan polis turut merampas tujuh biji pil, dipercayai dadah jenis Methamphetamine. Sebanyak 24 buah motosikal milik penagih tersebut turut dibawa ke Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut, sebelum dibawa ke Balai Polis Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi, mengesahkan tentang serbuan dan tangkapan berkenaan.

sumber- Sinar

2 ditahan rogol kanak-kanak 6, 10 tahun

LEDANG - Tidak sedar diri, tepat buat seorang warga emas berusia 66 tahun apabila tergamak menjadikan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebagai pemuas nafsu serakahnya, sejak kira-kira enam bulan lalu.

Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas adik mangsa melihat mangsa ditindih suspek dengan kedua-duanya berbogel, sebelum memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kejadian itu berlaku pada 9 Oktober lalu, di belakang kedai makan dan minuman di Jalan Panggung Lama, Tangkak.

Menurutnya, suspek adalah pelanggan tetap kedai milik bapa mangsa dan kenalan bapanya sejak sekian lama.

“Suspek ditangkap jam enam petang, hari sama dan direman sehingga Ahad ini.

“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini, semalam.

rogol budak kecil
gambar hiasan
Dalam kes berlainan pada hari sama, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dirogol sepupunya berumur 24 tahun dalam kebun getah belakang rumah  mangsa di Kampung Anjung Batu, Tangkak.

Harun berkata, dalam kejadian jam 4.15 petang itu, kanak-kanak berkenaan sedang tidur atas sofa di beranda rumah, dan suspek yang kebetulan lalu di situ terangsang apabila melihat pakaian mangsa tersingkap.

“Semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan suspek mendukungnya ke kebun getah lalu merogolnya,” katanya.

Jelasnya, ekoran itu pihaknya menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di kampung yang sama kira-kira jam 4.50 petang dan ditahan  direman sehingga Ahad ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki tersebut mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

sumber- Sinar

Bapa 53 tahun rogol anak OKU

gadis OKU kena rogol

IPOH – Nafsu binatang! Gelaran tepat bagi seorang lelaki yang tergamak merogol anak sendiri berusia 18 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias berkata, kejadian sumbang mahram itu disedari kakak mangsa yang membuat laporan polis kelmarin.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, mangsa yang mempunyai masalah mental tinggal bersama-sama keluarganya termasuk suspek di sini.

“Mangsa merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik dan masih bersekolah di sebuah sekolah pendidikan khas di daerah Ipoh.

“Semalam (kelmarin), mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan media yang difakskan kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 53 tahun itu ditahan pada jam 1.40 pagi, semalam, di rumahnya dan direman tujuh hari  untuk siasatan.

Dalam perkembangan lain, Azisman berkata, pihaknya juga sedang mengesan suspek yang merempuh kereta polis di kawasan perumahan di Lebuh Bercham Selatan di sini, kelmarin.

Katanya, tindakan agresif itu menyebabkan salah seorang anggotanya melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek.

“Kejadian jam 12.30 tengah malam itu, anggota bertugas melakukan rondaan ternampak sebuah kereta Hyundai warna kuning dengan nombor pendaftaran WLX 659 dalam keadaan mencurigakan.

“Walaupun disekat di kawasan kejadian, suspek bertindak nekad membuat pusingan U lalu melanggar kereta yang dinaik anggota polis,” katanya.

Suspek yang dipercayai terlibat dalam kes dadah berjaya meloloskan diri setelah merempuh dan menghimpit kereta polis.

sumber- Sinar

Dua beranak maut kemalangan

Dua beranak maut kemalangan
Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.
KOTA BHARU - Dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan jenis pacuan empat roda di Jalan Kota Bharu-Machang berhampiran Stesen Minyak Esso Kok Lanas, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, pesara jururawat, Siti Zabidah Awang, 60, dan anaknya, Aiedel Idham Abdullah, 20, maut serta-merta di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kedua-dua mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah akibat pertembungan tersebut.

“Siti Zabidah ketika itu memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

“Mangsa sebelum ini mengambil anaknya, Aiedel Idham yang menuntut di Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, bagaimanapun pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang memandu dari arah Machang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dalam kemalangan itu, kereta yang dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda berkenaan.

“Polis bagaimanapun, masih menyiasat punca kemalangan dan memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan,” katanya.

Mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mereka.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber- Sinar

Kereta terbang, 7 selamat

perodua kenari merah
Keadaan kereta Kenari yang remuk teruk akibat nahas itu.
KUANTAN - Beberapa pelanggan  yang sedang menikmati  cendol di sebuah gerai tergamam selepas menyaksikan adegan kereta ‘terbang’ disusuli dengan dentuman kuat setelah kenderaan tersebut tercampak ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Beserah di sini, petang semalam.

Nasib mereka baik apabila kereta jenis Toyota Camry dipandu seorang seorang lelaki bersama penumpangnya tidak terus menggelongsor merempuh gerai sebaliknya terhenti beberapa meter di tepi jalan selepas bertembung dengan kereta jenis Perodua Kenari yang terbang dari arah laluan bertentangan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lima remaja belasan tahun difahamkan pelajar salah sebuah sekolah di sini terselamat walaupun kereta Kenari yang dinaiki remuk dalam nahas tersebut.

perodua kenari merah
Keadaan kereta Kenari yang remuk teruk akibat nahas itu.
Kelima-lima mereka bagaimana pun cedera agak serius manakala dua lagi termasuk pemandu parah.

Pemandu dan penumpang wanita Toyoya Camry berusia dalam lingkungan 30-an yang terbabit nahas terbabit turut cedera di bahagian muka dan kepala.

Semua mangsa dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang ramai sebelum dihantar menerima rawatan ke hospital.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Chong, 50-an berkata, dia bersama beberapa pelanggan sedang menikmati minuman cendol di sebuah gerai bergerak hanya kira-kira 20 meter daripada lokasi kemalangan.

Menurutnya, dia ternampak kereta yang dinaiki lima remaja itu dipandu dalam keadaan laju dari arah simpang empat Jalan Semambu-Jalan Tengku Muhammad menghala ke pusat bandar.

“Sampai di lokasi, kereta itu seolah-olah hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan dan sebatang tiang lampu  sebelum terbang masuk ke laluan bertentangan.

“Sebuah kereta di laluan itu gagal mengelak lalu bertembung dengan kereta yang dinaiki remaja terbabit hingga kedengaran bunyi dentuman amat kuat,” katanya.

Menurutnya, dia berlari untuk membantu mangsa bagaimana pun terpaksa membatalkan hasratnya itu kerana takut melihat darah yang keluar daripada bahagian anggota mangsa yang cedera hingga menitis ke atas jalan.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian membantu membawa mangsa yang cedera ke tepi jalan sementara menunggu ambulans tiba,” katanya.

sumber- Sinar

Angkara anak setan

GOMBAK: Satu keluarga di Selayang di sini, terkejut apabila menemui nota yang antara kandungannya berbunyi ‘sila hantar RM100,000 dekat Sogo bulan Disember ini’ selain anak lelaki berusia 13 tahun hilang bersama wang RM5,000 serta Proton Gen.2 milik bapanya, semalam, menyebabkan mereka mengesyaki dia diculik lalu membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Menurut sumber polis, kehilangan remaja terbabit disedari bapanya berusia 40-an jam 7.20 pagi semalam.

“Bapa mangsa menyedari kehilangan anak lelakinya itu selepas terbaca nota berkenaan yang ditinggalkan di ruang tamu.

“Terkejut dengan penemuan nota berkenaan, bapa mangsa memeriksa kenderaannya dan mendapati keretanya lesap,” katanya.

Menurut sumber, bimbang dengan keselamatan anaknya, dia membuat laporan polis.

basikal Fixie
gambar hiasan
“Polis yang menerima maklumat itu menubuhkan pasukan khas dan hasil siasatan terhadap nota berkenaan timbul keraguan kerana tulisan nota itu sama dengan tulisan remaja lelaki terbabit.

“Polis mengesan remaja terbabit sebelum menemui Proton Gen.2 itu di sebuah pusat beli-belah jam 4 petang semalam, namun remaja itu tiada di situ,” katanya.

Menurut sumber, selepas sejam menunggu, remaja itu dilihat bersama tiga rakannya dan polis menahan mereka serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut.

“Hasil soal siasat mendapati semua remaja terbabit membeli tiga basikal Fixie dan berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di ibu kota menggunakan wang dilarikan remaja terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan penahanan remaja terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

sumber- HMetro

Siswa kena simbah asid

Universiti New South Wales
gambar hiasan
SYDNEY: Seorang pelajar universiti warga China berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas disimbah asid di muka dan dipukul di kepala dengan penukul oleh rakan yang juga pelajar doktor falsafah, semalam.

Polis berkata, lelaki berusia 26 tahun itu telah didakwa kerana menyerang pelajar berusia 25 tahun di makmal kajian kimia di Universiti New South Wales, di sini. 

Kenyataan polis berkata, “Seorang pelajar dikatakan mencurahkan bahan kimia, dipercayai asid sulfurik ke muka pelajar lain sebelum memukul kepalanya dengan penukul selepas berlaku perbalahan.” 

Kedua-dua pelajar lelaki warga China itu adalah pelajar doktor falsafah, kata universiti itu.

Media tempatan menamakan mangsa sebagai Cheng Xiaoyu, dihantar ke Hospital St Vincent untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit Melecur diHospital Royal North Shore di mana keadaannya dikatakan kritikal dan koma.

Penyerangnya, Zhang Rui, hadir di mahkamah Sydney semalam, di mana dia tidak memohon untuk diikat jamin. 

Majistret, Jacqueline Milledge berkata, Zhang akan dipindahkan ke pusat kesihatan mental untuk penilaian sebelum hadir ke mahkamah pada 29 November 

sumber- AFP

Guru tadika sumbat 19 kanak-kanak dalam kereta

Guru tadika sumbat 19 kanak-kanak dalam kereta

JOHANNESBURG: Seorang guru tadika ditangkap membawa 19 kanak-kanak bersiar-siar dalam kereta kecil miliknya.

Melanie Minnie ditahan bersama-sama dengan enam kanak-kanak di dalam but kereta Renault Clio. Sekurang-kurangnya tiga murid lain duduk di depan dan baki 10 lagi di belakang.

Tidak pasti sama ada kanak-kanak itu memakai tali pinggang keledar dalam kejadian di Afrika Selatan itu.

Jurugambar, Nico van Heerden merakam imej kanak-kanak itu berhimpit-himpit di dalam kereta kecil berkenaan.

Murid itu, dari Sekolah Tadika Rietfontein di Gauteng, dalam perjalanan ke sebuah restoran burger tempatan.

Polis menahan guru itu kira-kira setengah kilometer dari restoran berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.

Seorang jurucakap polis berkata, Melanie disaman RM500. 

sumber- DM

Peti sejuk serba lengkap

Peti ais canggih

LONDON: Jika anda berminat memiliki peti sejuk untuk menempatkan koleksi magnet anda, ini mungkin bukan untuk anda.

Sebuah syarikat mengeluarkan peti sejuk canggih yang lebih mahal daripada dapur biasa.

Harganya mencecah sehingga $41,500 (RM124,500).

Unit Meneghini La Cambusa itu boleh dilengkapi dengan pembancuh kopi, pembuat ais, pantri yang dikawal suhu dan juga televisyen permukaan rata.

Kelihatan lebih kepada perabot antik, peti sejuk itu disasarkan untuk golongan berada. Peruncit di Britain, Robey’s mengaku, ia tidak dapat menjual banyak petik sejuk itu dalam seminggu.

Selain menyimpan makanan, model tiga pintu La Cambusa, turut mempunyai ruang yang boleh memenuhi keperluan pelanggan.

Jurang harga antara satu unit dengan unit lain berbeza dalam jumlah yang banyak kerana setiap satunya dibuat di Itali, berdasarkan tempahan.

Selepas membayar RM78,000 untuk rangka kayu, yang boleh dicat dengan lebih 500 warna, pelanggan kemudian perlu membayar harga tambahan untuk pemegang yang diperbuat daripada loyang, rak cermin dan unit peti sejuk dan peti beku.

Pelanggan juga boleh meminta peralatan lain dipasang pada peti sejuk itu.

Sistem pembancuh kopi Miele yang berharga kira-kira RM9,000 menjadi pilihan popular, begitu juga dengan televisyen permukaan rata. 

sumber- DM

Burung bengkak pakai gelang

kemaluan bengkak

IPOH: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.

Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

peralatan bomba dan penyelamat
POTONG...alat yang digunakan bomba untuk menyelamatkan mangsa.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.

Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam.

sumber- HMetro

Juruterbang pamer kemahiran kendali jet F/A 18

kemahiran kendali Jet
'AWAN' terbentuk semasa jet F/A 18 terbang di Axalp kelmarin.
AXALP - Beberapa juruterbang tentera Switzerland menunjukkan kemahiran mereka mengendalikan jet F/A 18 buatan Amerika Syarikat di sini kelmarin.

Salah seorang juruterbang itu menghasilkan 'awan' pada satu demonstrasi yang disaksikan sejumlah orang.

'Awan' itu terbentuk apabila berlaku tekanan yang sangat rendah pada aliran udara di sekitar jet tersebut.

Axalp merupakan kawasan pergunungan yang menjadi destinasi pelancongan popular di negara ini. 

sumber- Agensi

Psy jadi duta syarikat makanan

Gangnam Style

SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy (gambar) yang terkenal dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube menandatangani kontrak sebagai duta produk makanan keluaran syarikat Nongshim Ramyun, lapor portal berita examiner.com semalam.

Antara produk terkenal syarikat itu ialah mi Shin Ramyun Black Cup.

"Tiada selebriti lain yang mampu menikmati makanan ini seperti saya," kata Psy ketika dihubungi syarikat berkenaan.

Portal hiburan kpopstarz.com melaporkan, iklan Psy itu bakal menampilkan iklan versi bahasa Korea Selatan dan Inggeris.

Populariti Psy melonjak selepas muzik video itu dimuat naik pada Julai lalu sehingga ia ditonton lebih 400 juta kali. 

sumber- Agensi

Lohan kesal bertengkar dengan ibu di rumah

Lindsay Lohan
LOHAN (kiri) menjadi tumpuan jurugambar pada parti Mr. Pink Ginseng di sebuah hotel di Beverly Hills kelmarin.
BEVERLY HILLS, California - Pelakon terkenal, Lindsay Lohan membuat kejutan apabila dia mempertahankan ibunya selepas mereka bertengkar pada Rabu lalu, lapor portal berita examiner.com semalam.

Kejadian itu berlaku di rumah ibu Lohan, Dina di Merrick Utara, Pulau Long, New York sehingga menyebabkan anggota-anggota polis terpaksa dihubungi bagi meredakan pertengkaran itu..

Ketika pertengkaran itu, Lohan menghubungi bapanya, Michael dan mendakwa ibunya menggunakan kokain.

Menurut akhbar New York Daily News, bapa Lohan itu bertindak mendedahkan rakaman perbualan tersebut yang kemudian didedahkan pihak media.

Lohan yang berusia 26 tahun kemudian marah dengan pendedahan itu dan menarik balik kenyataannya tentang ibunya.

Lohan menghubungi portal hiburan TMZ.com dengan menyatakan ibunya tidak mengambil kokain dan mabuk ketika mereka keluar di sebuah bar sehingga pukul 4 pagi sebelum mereka pulang ke rumah tersebut.

"Saya amat kesal tentang pertengkaran dengan ibu saya dan ia sudah didedahkan kepada pengetahuan awam," katanya.

Ekoran pergaduhan itu, Lohan menjadi tumpuan ramai pemberita dan jurugambar semasa dia menghadiri parti minuman Mr. Pink Ginseng di sebuah hotel di sini kelmarin.

Punca pertengkaran dia dengan ibunya itu tidak didedahkan.

Polis turut tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Lohan dan ibunya ekoran pertengkaran tersebut. 

sumber- Agensi

Bola mata gergasi ditemui di pantai AS

Bola mata gergasi
GAMBAR yang disiarkan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida kelmarin menunjukkan bola mata gergasi yang ditemui di Pantai Pompano, Florida.
PANTAI POMPANO, Florida - Beberapa saintis Amerika Syarikat (AS) cuba menyelesaikan misteri satu bola mata gergasi yang ditemui di sini.

Mata gergasi yang sebesar bola lisut itu ditemui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan pada Rabu lalu.

Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan mata itu mungkin milik sotong gergasi atau ikan paus kerana ia ditemui di pantai.

Mata tersebut kini disimpan di sebuah makmal Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida (AS) untuk dikaji bagi menentukan sama ada ia milik haiwan hidupan laut.

Ia disimpan dalam larutan formalin bagi mengelak berlakunya proses pereputan. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...