gambar hiasan |
SYDNEY: Seorang pelajar universiti warga China berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas disimbah asid di muka dan dipukul di kepala dengan penukul oleh rakan yang juga pelajar doktor falsafah, semalam.
Polis berkata, lelaki berusia 26 tahun itu telah didakwa kerana menyerang pelajar berusia 25 tahun di makmal kajian kimia di Universiti New South Wales, di sini.
Kenyataan polis berkata, “Seorang pelajar dikatakan mencurahkan bahan kimia, dipercayai asid sulfurik ke muka pelajar lain sebelum memukul kepalanya dengan penukul selepas berlaku perbalahan.”
Kedua-dua pelajar lelaki warga China itu adalah pelajar doktor falsafah, kata universiti itu.
Media tempatan menamakan mangsa sebagai Cheng Xiaoyu, dihantar ke Hospital St Vincent untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit Melecur diHospital Royal North Shore di mana keadaannya dikatakan kritikal dan koma.
Penyerangnya, Zhang Rui, hadir di mahkamah Sydney semalam, di mana dia tidak memohon untuk diikat jamin.
Majistret, Jacqueline Milledge berkata, Zhang akan dipindahkan ke pusat kesihatan mental untuk penilaian sebelum hadir ke mahkamah pada 29 November
sumber- AFP
0 comments:
Post a Comment