Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, January 30, 2013

Rumah berhantu dilelong dengan harga 1 euro

Laman web eBay versi Perancis baru-baru ini dikejutkan dengan penjualan rumah berhantu yang terletak di Arbresle, kawasan Rhône-Alpes, dengan harga yang ditawarkan semurah 1 euro. Rumah tersebut berkeluasan kira-kira 110 meter persegi dan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 350 meter persegi.

Rumah berhantu dilelong dengan harga 1 euro

Maud69620, merupakan individu bertanggungjawab yang menyenaraikan penjualan aset tersebut. Berdasarkan cerita, rumah tersebut pernah menjadi lokasi pembunuhan yang kejam sekitar tahun 1950an dan kini ianya dihantui oleh roh-roh yang tidak tenteram. Pelbagai fenomena paranormal yang berlaku seperti terdengar suara misteri, bunyi tingkap diketuk, dan objek bergerak secara sendiri.

Rumah berhantu dilelong dengan harga 1 euro

Maud69620 langsung tidak bergurau malah dia tidak membenarkan sesiapa yang merasakan fakta tersebut palsu untuk menghubunginya. Iklan tersebut dikhususkan untuk sesiapa yang percayakan kewujudan dunia ghaib.

Rumah berhantu dilelong dengan harga 1 euro

Berbalik pada peristiwa pembunuhan yang pernah berlaku, mangsa dikatakan sepasang suami isteri yang juga bekas pemilik rumah tersebut. Sekumpulan pekerja telah membunuh mereka secara kejam bagi mencari harta karun yang disembunyikan di dalam rumah. Namun pembunuhan tersebut tidak dapat dipastikan benar mahupun tidak kerana tiada mayat yang dijumpai. Pemilik rumah tersebut hilang tanpa dikesan tetapi berdasarkan kenyataan yang dibuat, mayat mereka ditanam di padang berhampiran.

Pandu Bumper Car di jalan raya

Kereta Langgar ataupun lebih dikenali sebagai Bumper Car merupakan antara permainan paling popular di taman tema. Jika dinamakan sebagai kereta, sudah pastilah ianya sebuah kenderaan. Adakah menjadi kesalahan untuk memandunya di jalan raya?

Pandu Bumper Car di jalan raya

Kejadian ini berlaku di Taizhou, wilayah Zhejiang, China. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zhang memutuskan untuk mengambil langkah mudah dan murah dengan memandu dua Kereta Langgar di jalan besar bagi menuju ke taman berdekatan tanpa perlu mengangkutnya dengan menggunakan trak. Namun perbuatannya disedari dalam kamera pengawasan polis dan anggota polis berdekatan diarahkan untuk menghalangnya.

Pandu Bumper Car di jalan raya

Zhang diberi amaran kerana memandu Kereta Langgar di jalan raya adalah menjadi kesalahan di China, tetapi tiada hukuman khusus yang ditetapkan atas kesalahan tersebut.


Pandu Bumper Car di jalan raya

Kebiasaannya Kereta Langgar dijanakan oleh tenaga elektrik dan hanya boleh bergerak di dalam track yang disediakan khas. Mungkin rekaan sistem Kereta Langgar di China ini agak berbeza dan mampu bergerak di jalan biasa.

Bintang realiti bawa pulang cebisan tengkorak sendiri

London: Seorang watak sampingan dalam siri realiti Britain, The Only Way Is Essex pulang dari melancong di Thailand bersama cebisan tengkorak dalam satu daripada bagasinya, lapor media semalam.

Lee Charie

Lee Charie, 32, terjatuh dari balkoni ketika bercuti di Pulau Koh Tao menyebabkan kepalanya terhantuk kuat.

Akibat hentakan dari ketinggian hampir tujuh meter itu, satu pertiga daripada tengkorak Charie terpaksa dibuang bagi mengurangkan tekanan ke atas otak, sekali gus menyelamatkan nyawanya.

Lee Charie

Walaupun doktor tidak yakin Charie mampu bertahan, dia keluar daripada keadaan kritikal dua hari kemudian dan menjalani rawatan rapi.

Kini, Charie yang masih dalam proses belajar berjalan pulang ke Britain bersama cebisan tengkoraknya.

Lee Charie

Kata Charie, dia berharap tengkorak dipotong itu boleh dijadikan acuan membentuk kepingan logam sebelum dipasang di kepalanya. Kata Charie, dia kini dirawat di Hospital Addenbrooke di Cambridge.

“Apabila kepala saya sembuh lebih lanjut, doktor akan cuba memulihkan semula tengkorak saya,” katanya. 

sumber- TS

Wanita ketagih bulu kucing

Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh. Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari.

Ketagih bulu kucing

Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu. “Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction.

Ketagih bulu kucing

Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.”

Ketagih bulu kucing

Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu.

Ketagih bulu kucing

Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan. Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.

Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah. “Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya. 

sumber- Daily Mail

Video: Perompak menangis dipukul mangsa

Satu insiden rompakan bersenjata yang mengejutkan telah berlaku di sebuah sebuah stesen minyak yang terletak di Oldenburg, Jerman. Namun insiden tersebut berakhir dengan saat dramatik dimana perompak tersebut menangis teresak-esak dan merayu agar dilepaskan.


Dalam rakaman CCTV, pekerja di stesen minyak tersebut sempat menekan suis kecemasan bagi meminta pertolongan. Kemudiannya dia berlari ke bilik berdekatan dan mengambil kayu pemukul baseball. Dia memukul kepala perompak tersebut berkali-kali dan memaksanya meletakkan pisau dan menyerah diri.


Menyedari dirinya bakal dijatuhi hukuman penjara, perompak tersebut memeluk pekerja itu dan merayu dengan kesedihan, "Tolong benarkan saya pergi. Saya mempunyai isteri dan anak-anak." Pekerja di steten minyak tersebut bersimpati dan memberikan kertas tisu untuk mengeringkan air matanya.


Ternyata cerita mengenai isteri dan anak-anaknya hanyalah rekaan bagi melepaskan diri dari menerima hukuman. "Polis memberitahu saya bahawa dia telah menipu. Dia ingin menghabiskan duit tersebut untuk membeli dadah."

Sentuhan lukisan pensil yang mengagumkan

Kelvin Okafor merupakan seorang artis yang amat berbakat. Dengan menggunakan pensil, lukisan yang dihasilkannya seakan gambar sebenar. Kelvin, 27, seorang artis dari London mengggunakan arang dan juga pensil grafit untuk melukis ikon terkenal seperti Rihanna dan juga Puteri Diana. Dia memerlukan sekitar 100 jam untuk menyiapkan setiap lukisan. Keunikan karya Kelvin telah menjebakkan dirinya ke persada seni dengan memenangi anugerah dan membuat pameran di galeri-galeri besar. Semuanya amat berbaloi kerana lukisan yang dihasilkannya dijual dengan harga £10,000 untuk setiap satu.

Sentuhan lukisan pensil yang mengagumkan
Sentuhan lukisan pensil yang mengagumkanSentuhan lukisan pensil yang mengagumkan
Sentuhan lukisan pensil yang mengagumkan
Sentuhan lukisan pensil yang mengagumkan
Sentuhan lukisan pensil yang mengagumkan
Sentuhan lukisan pensil yang mengagumkan
Sentuhan lukisan pensil yang mengagumkan
Sentuhan lukisan pensil yang mengagumkan
Sentuhan lukisan pensil yang mengagumkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...