Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Saturday, February 2, 2013
Nenek 101 tahun mati hidup semula
Seorang nenek berusia 101 tahun yang disahkan meninggal dunia pada 19 Januari lalu hidup kembali setelah 16 jam dari pengesahan tersebut. Peng Xiuhua yang berasal dari Kampung Shenshuidong, Bandar Lianjiang, Wilayah Guangdong, China, tinggal bersendirian. Beberapa hari sebelum itu, Peng terjatuh dan mengalami kecederaan. Dua anak perempuannya yang berusia sekitar 70an datang untuk ziarah dan menjaganya,
Pada 19 Januari, sekitar pukul 10.30 malam, Peng sudah tidak bernafas malah nadinya juga sudah tidak berdenyut. Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia. Dari berita tersebut, penduduk kampung bersiap untuk upacara pengkebumian Peng.
Sehari kemudian, keranda disiapkan lalu Peng dipakaikan jubah seperti mana yang dilakukan mereka pada orang yang telah mati. Dia kemudiannya dibaringkan dalam keranda sehinggalah kira-kira pukul 3 petang. Ketika itu Peng mencelikkan matanya, tersenyum dan berkata "Hai kamu semua!" Kesemua yang berada disitu terperanjat dan tidak percaya dengan apa yang berlaku sehinggalah mereka melihat wanita tersebut sihat dan ceria seperti sedia kala.
Penduduk kampung meneruskan upacara yang telah dirancang namun ditukar dari majlis pengkebumian kepada sambutan umur Peng yang masih panjang.
Wanita menempah maut jika makan buah lagi
Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi. Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah. Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.
Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah. Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.
Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.
“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.
Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.
“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya.
sumber- HMetro
Zombie patung beruang yang mengerikan
Zombie sudah menjadi kegilaan sehinggakan ada majlis perkahwinan yang sanggup menggunakan tema tersebut. Kebanyakan individu berpendapat bahawa zombie adalah makhluk rekaan yang jijik dan menyeramkan. Tetapi ianya tidak menghalang ramai artis untuk menghasilkan karya mereka dengan menggunakan konsep tersebut.
Patung beruang yang dipanggil UndeadTeds ini diilhamkan oleh seorang artis dari UK, Philip Blackman. Ianya sama seperti patung beruang biasa namun apa yang membezakannya ialah ditambah unsur-unsur zombie yang amat mengerikan. Menjadi kejutan apabila idea yang dikatakan tidak masuk akal ini semuanya habis dijual.
Biarpun mendapat sambutan yang menggalakkan, kemungkinan besar tiada sesiapa yang sanggup memeluknya. Malahan mungkin juga ada yang tidak sanggup untuk menyimpannya di dalam bilik.
Kereta terlebih muatan
Tujuh sekeluarga telah menaiki kereta untuk pulang dari Qinghai ke Shaanxi. Disebabkan tiada ruang muatan yang mencukupi untuk ketujuh-tujuh mereka, si bapa terpaksa menyuruh dua orang anaknya untuk duduk di dalam bonet kereta. Kejadian ini disedari oleh polis peronda yang kemudiannya mengarahkan mereka untuk berhenti.
Parking kereta di tempat yang mustahil
Kita pernah melihat adegan meletak kenderaan di tempat yang sempit dalam beberapa buah filem seperti Shaolin Soccer. Namun dalam realiti sebenar mampukah kita berbuat sedemikian. Kalau diikutkan logik akal, perkara sebegitu amat mustahil. Tetapi bagaimana pula dengan gambar di bawah ini? Memang agak misteri bagaimana kereta tersebut berada dalam posisi sebegitu. Gambar ini dikatakan diambil disekitar Beijing. Adakah pemiliknya juga mempraktikkan kung fu seperti yang di ajar oleh Stephen Chow?
Gigi taring berlapis jadi kegilaan wanita Jepun
TOKYO - Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik.
Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.
Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan.
Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut 'tsuke-yaeba' dan ditampal pada gigi asal mereka.
Doktor gigi mengenakan bayaran AS$390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan.
Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke-yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka.
Menurut Masuoka, 'yaeba' memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal.
sumber- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)