Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, September 25, 2012

Buaya terlepas dalam kargo pesawat Qantas

Qantas Aircraft

SYDNEY: Pengendali bagasi di lapangan terbang Sydney gempar apabila menemui seekor buaya dalam ruang kargo pesawat Qantas dikendalikan mereka, kata sumber semalam.

Reptilia itu dilaporkan “agak kecil” ketika pesawat itu dalam perjalanan dari Brisbane ke Melbourne minggu lalu.

Jurucakap Qantas berkata, buaya itu berjaya ditangkap dan dikurung semula sejurus pintu kargo pesawat berkenaan dibuka. “Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui sama ada reptilia itu diletak dalam sangkar sepatutnya atau tidak,” katanya. 

sumber- AFP

Status FB Gopinath Menghina Islam

Gopinath Jayaratnam

Dalam kemelut filem hina Islam yang masih belum berakhir, terdapat pula individu yang berani menghina Islam di laman sosial. Ianya dilakukan oleh seorang individu yang bersikap terlalu kurang ajar. Gambar dan maklumatnya turut tersiar. Sebarkan perkara ini. Semoga pihak berkuasa akan mengambil tindakan dengan segera terhadap individu tersebut. 

Tiz Zaqyah kembali single

Tiz Zaqyah

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Tiz Zaqyah atau Siti Zaqyah Abdul Razak mengakui kebenaran kenyataan Remy Ishak mengenai hubungan mereka yang sudah tiga bulan berakhir.

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nur Kasih itu mengambil sikap mengunci mulut daripada mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka. “Saya tak nak komen apa-apa. Sebelum ini pun saya dihujani panggilan dari pihak media yang mahukan komen sejak cerita ini keluar. Ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan saya untuk berlakon.

“Disebabkan saya tengah ‘shooting’ kadangkala saya tak dapat menjawab panggilan daripada pihak media dan jangan pula ada yang menganggap saya mengelak daripada menjawab soal ini.

“Apa yang Remy cakap itulah cerita sama saya boleh katakan. Kami tiada orang ketiga. Kenyataan Remy pun menyebut begitu. Saya cuma berharap semua pihak jangan menghakimi perkara ini dan menyalahkan sesiapa. Kami berpisah atas persetujuan bersama,” katanya.

Menerusi drama Cinta Jangan Pergi arahan Khabir Bhatia dan Labu, pelakon berusia 24 tahun itu digandingkan semula dengan Remy sebagai pasangan kekasih.

Bagaimanapun, dia dan Remy berjanji bersikap profesional ketika berlakon.

sumber- HMetro

Pam minyak dirempuh hempap motor

pam minyak
TUMBANG...anggota bomba menjalankan kerja mengalihkan kereta yang merempuh pam minyak terbabit, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pam minyak hingga menyebabkan pam berkenaan tumbang serta menghempap sebuah motosikal dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Alam Damai, Cheras, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal yang dihempap bagaimanapun terselamat kerana ketika kejadian dia berada di kaunter untuk membuat pembayaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 9.02 pagi dan dua jentera dengan 12 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di stesen minyak terbabit, anggota kami mendapati sebuah kereta Proton Iswara sudah merempuh pam minyak hingga menyebabkan ia tumbang dan berlaku tumpahan petrol selain menghempap sebuah motosikal.

“Tindakan pantas mencabut wayar sambungan pada bateri kereta diambil untuk mengelak percikan api hingga boleh mengakibatkan kebakaran atau lebih teruk letupan berlaku.

“Pemandu kereta cedera ringan di mulut, manakala penunggang motosikal tidak cedera kerana tidak berada berhampiran motosikalnya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

sumber- HMetro

Pantai Buatan Manusia Di Jepun

seagaia ocean dome

Mungkin sukar untuk mencari pantai berdekatan di sesetengah kawasan. Alternatif terbaik adalah dengan mewujudkan pantai buatan manusia di kawasan tersebut seperti mana yang dilakukan di Jepun.

Seagaia Ocean Dome yang terletak di Jepun merupakan Taman Tema Air Tertutup Yang Terbesar Di Dunia dengan bumbungnya yang boleh dibuka. Suhu persekitaran kawasan ini ditetapkan sekitar 30º C dan suhu airnya pula sekitar  28º C.

seagaia ocean dome

Nama Seagaia diambil dari kombinasi perkatan 'sea' dan juga 'gaia' (dalam bahasa Greek bermaksud bumi). Ianya terletak di Pulau Kyushu di Lautan Pasifik. 

Mayat disangka tempayan

Mayat disangka tempayan
Anggota polis membawa mayat mangsa ke HT untuk proses bedah siasat, malam kelmarin.
REMBAU – “Walaupun hari hampir gelap, saya nekad meninjau dari tingkap di bahagian dapur rumah jiran saya dengan bantuan lampu picit dan selepas itu, saya terkejut apabila ternampak sekujur kaki di atas lantai rumah."

Demikian cerita Kamariah Abu Bakar, 47, ketika melihat mayat jirannya di Kampung Solok Jelawai, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Kamariah yang mulai berasa tidak sedap hati apabila terpandang tingkap rumah jirannya, Maimon Ismail, 70, terbuka bertindak memanggil anaknya, Nur Farahani Roslan, 12, untuk menemaninya ke rumah jiran yang hanya berjarak kira-kira empat meter.

Menurutnya, dia yang tidak yakin dengan apa dilihatnya itu memanggil seorang lagi jiran untuk melihat keadaan dalam rumah jirannya itu sama ada sekujur kaki yang dilihatnya benar-benar kaki manusia susulan pada awalnya dia menyangka sebuah tempayan.

“Baru tiga atau empat hari lepas akak datang ke rumah Wan Mun dan berbual-bual dengannya. Akak fikir Wan Mun pergi ke rumah anak-anaknya kerana tidak melihat kelibat Wan Mun, namun akhirnya akak menyedari tingkap di bahagian dapur rumahnya terbuka menandakan dia berada di dalam rumah.

“Oleh itu, akak nekad juga pergi meninjau ke rumah Wan Mun dan tidak menyangka perbualan mengenai kedua-dua belah kaki Wan Mun yang membengkak empat hari lepas adalah perbualan terakhir kami,” katanya kepada Sinar Harian  ketika ditemui  di lokasi kejadian, dekat sini, malam kelmarin.

Susulan kes berkenaan, sepasukan polis Ibu Pejabat Daerah Rembau dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan mengenai kejadian itu dan siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah.

"Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tampin (HT) untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

sumber- Sinar

Boleh gemuk jika terlalu percaya nasib

awek gemuk

LONDON: Mereka yang terlalu mempercayai tuah dan nasib dilaporkan lebih cenderung untuk mengalami masalah lebihan berat badan, kata sekumpulan penyelidik.

Penyelidik mendapati mereka yang meletakkan seluruh hidup mereka di tangan nasib berkemungkinan untuk tidak akan mengubah cara kehidupan mereka dalam sebarang tindakan, sehingga membawa kepada keadaan termasuk obesiti. Pandangan mereka menyebabkan mereka kurang melakukan senaman, mengamalkan pemakanan yang tidak sihat, merokok dan minum minuman keras lebih banyak berbanding mereka yang percaya bahawa masa depan kehidupan sendiri adalah terletak pada tangan masing-masing. 
Sepasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Ekonomi Tulen dan Sosial melihat kepada tabiat diet dan senaman membabitkan lebih 7,000 orang dan membandingkan keputusan itu dengan pelbagai jenis personaliti mereka.

“Penyelidikan kami menunjukkan hubungan langsung antara jenis personaliti yang dimiliki seseorang dan gaya kehidupan sihat,” kata Profesor Deborah Cobb-Clark yang dipetik Daily Mail. 

sumber- Agensi

Anak patung seks disangka mayat wanita lemas

sex doll

ISTANBUL: Penyelamat Turki menarik keluar satu anak patung seks dari Laut Hitam selepas orang awam yang panik menghubungi mereka menyangka ada wanita lemas terapung di pantai, lapor media semalam.

Akhbar Milliyet melaporkan, polis mengepung kawasan pantai di utara wilayah Samsun dan menghantar penyelam ke situ untuk ‘menyelamatkan seorang wanita.’ Bagaimanapun, mereka kemudian mendapati ‘wanita’ itu cuma anak patung yang dibuang angin sebelum dicampak sebagai sampah. Tidak dapat di pastikan dari mana asal anak patung itu. Selain tumpuan pelancong, Laut Hitam juga menjadi laluan sibuk syarikat perkapalan dunia. 

sumber- Reuters

Kemalangan Ayer Keroh 10 kenderaan, 2 maut

Kemalangan Air Keroh
Keadaan kenderaan yang terbabit nahas di lokasi kemalangan, semalam.
AYER KEROH - Seorang pemandu lori maut selepas hampir empat jam tersepit di tempat duduk hadapan apabila lori dipandunya yang merempuh empat motosikal, tiga kereta dan dua lori di persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, R R Chandran, 47, maut di tempat kejadian bersama seorang lagi penunggang motosikal, R Mukeudan @ Mukundan, 62.

Nahas yang berlaku berhampiran Pasar Raya Mydin itu membabitkan 10 kenderaan itu turut mengakibatkan tiga cedera, termasuk seorang lelaki parah.

Difahamkan, lori terbabit melanggar kereta Perodua Kancil dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menuju pusat bandar raya sebelum merempuh lapan kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat merah di laluan bandar raya menghala Plaza Tol Ayer Keroh.

Lori hadapi masalah brek

Kelindan lori yang terselamat dalam kejadian itu, N Balan, 30, berkata, sebelum lori yang dipandu Chandran melanggar kenderaan lain, dia menyedari lori yang dinaiki mempunyai masalah brek apabila lori tersebut meluncur laju ketika menuruni bukit menghala lampu isyarat.

“Saya yang terkejut kemudian terus menundukkan kepala dan beberapa saat selepas itu saya berasa hentakan kuat di bahagian hadapan.

“Apabila saya mendongak kepala, lori yang saya naiki kemalangan dan melihat Chandran sudah tidak bergerak. Ketika itulah saya segera menendang cermin hadapan lori untuk keluar,” katanya yang cedera kaki kanan.

Seorang lagi mangsa, S Yogananthini, 20, berkata, ketika kejadian dia bersama lima ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Kesang Damai, Jasin, berhenti di lampu merah persimpangan tersebut selepas keluar dari Pasar Raya Mydin.

“Kami yang menaiki kereta Iswara mahu balik ke rumah melalui Jalan Bemban berada di laluan kanan, sedang menunggu lampu merah di belakang kereta Honda City. Tiba-tiba sebuah lori yang datang dari arah Seri Negeri melanggar bahagian tengah antara kereta saya dan Honda City yang dipandu seorang wanita.

“Lori itu kemudian melanggar sebuah motosikal, namun penunggangnya sempat melompat meninggalkan motosikalnya sebelum merempuh dua lori dan beberapa motosikal yang lain,” katanya yang tidak mengalami kecederaan.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Zul, 38, berkata, dia yang sedang memakir motosikal di bangunan Kota Cemerlang di sini, terdengar bunyi dentuman sebelum berlari ke tempat kejadian.

“Ketika sampai, saya lihat seorang lelaki sudah ditimbus tanah, seorang penunggang motosikal cedera parah, seorang wanita di dalam kereta Honda City, sebuah keluarga menaiki kereta Iswara dan seorang lelaki dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' berada  antara dua lori dan Honda City,” katanya.

Empat jam keluarkan mangsa

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Lokman Hakim berkata, pihaknya mengambil masa hampir empat jam bagi mengeluarkan mangsa iaitu pemandu lori dedak yang maut akibat tersepit di bahagian pemandu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 3.30 petang, sebelum mengerahkan seramai 24 anggota dari Balai Bomba Ayer Keroh dan Balai Bomba Bukit Katil ke lokasi terbabit.

“Bomba mengalami kesukaran iaitu kira-kira tiga jam setengah untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara lori. Mangsa hanya dapat dikeluarkan jam 6.40 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati Chandran yang memandu lori dari arah bulatan Seri Negeri dipercayai terbabas sebelum melanggar sembilan kenderaan lain.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

sumber- Sinar

Mandi buih sambil bogel

awek mandi buih bogel
Warga Vietnam yang dicekup dalam serbuan di sebuah rumah urut di Bandar Puteri.
PUCHONG – Sebuah premis rumah urut yang menawarkan khidmat mandi buih kepada pelanggannya di Bandar Puteri di sini lumpuh apabila kegiatan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam serbuan dilaksanakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)itu, 10 wanita warga Vietnam, enam pelanggan dan seorang pekerja dicekup.

Ketika serbuan, tukang urut warga asing terbabit dikatakan asyik memandikan pelanggan mereka dalam keadaan berbaring di dalam bilik mandi yang berada di setiap ruang dipisahkan dengan dinding.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, empat premis diperiksa, tiga daripadanya didapati mematuhi syarat dan notis dikeluarkan pihak majlis seminggu sebelum ini.

Katanya, pemantauan dilakukan setelah tempoh notis tamat bertujuan supaya pengusaha premis mematuhi syarat lesen.

Beliau berkata, serbuan ke atas sebuah premis pusat penjagaan kesihatan yang kononnya menjalankan perkhidmatan urutan mendapati pengusaha gagal mempamerkan lesen perniagaan sah.

“Kebiasaannya pengusaha hanya menawarkan kadar khidmat urutan sebanyak RM40 hingga RM50 tetapi premis ini menawarkan harga dari RM150.

“Pengusaha didapati menawarkan aktiviti mandi buih kepada pengunjung dalam keadaan berbogel,” katanya.

Pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis itu dan kesemua ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

sumber- Sinar

Mati ditetak selepas kahwin

Allan Tee Kok Weng
KESAN darah masih jelas kelihatan di kaki lima tempat Kok Weng mati ditetak olehsekumpulan lapan lelaki selepas beberapa jam mangsa berkahwin di Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Seorang peniaga barangan alat ganti yang baru beberapa jam berkahwin tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia mati ditetak oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng di Taman Mount Austin di sini kelmarin.

Kejadian pukul 2 petang itu mengakibatkan Allan Tee Kok Weng, (gambar kecil) 36, maut selepas ditetak di kepala, leher serta badan di hadapan isterinya, Shiau Ting, 30-an. Sebelum kejadian, pasangan itu baru selesai minum bersama rakan-rakan di sebuah bistro di taman tersebut.

Difahamkan, pasangan itu melangsungkan upacara perkahwinan di Taman Daya dan sempat pulang ke rumah untuk menukarkan pakaian. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer.

Seorang pekerja bistro yang enggan dikenali memberitahu, serangan itu berlaku terlalu pantas.

"Sebaik melangkah keluar, lelaki itu terus ditarik oleh lapan penjenayah yang memakai topeng ski sebelum dia ditetak berkali-kali.

"Selepas memastikan mangsa tidak bergerak, penjenayah itu kemudian melarikan diri. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital," ceritanya.

Dalam pada itu, satu sumber memberitahu, kejadian itu disyaki bermotifkan dendam berikutan semakan mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan gaduh, dadah dan curi.

Tinjauan Kosmo! di bilik mayat Hospital Sultan Ismail pula mendapati ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa masih bersedih dengan kejadian itu dan enggan ditemu bual.

Di situ juga kelihatan sebuah kereta diikat dengan reben merah jambu yang lazimnya menjadi hiasan untuk membawa pengantin baru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

sumber- Kosmo

Pilu dengar anak meraung

Muhammad Anas Miqhael Salehuddin
MAIZATUL memasukkan sebatang lilin ke dalam dubur Anas di rumah mereka di Jitra, Kedah semalam sambil disaksikan bapanya, Salehuddin.
JITRA - Sukar dibayangkan betapa sakitnya seorang budak berusia dua tahun apabila sebatang lilin perlu dimasukkan ke dalam duburnya dua kali sehari.

Namun itulah yang dilakukan ke atas Muhammad Anas Miqhael Salehuddin oleh ibunya bertujuan untuk memastikan dubur anaknya itu yang dibuat melalui pembedahan pada 12 September lalu tidak tertutup.

Anak kecil itu perlu melalui proses tersebut sehingga satu lagi pembedahan ke atas duburnya itu dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 25 Oktober depan.

Ibunya, Maizatul Shahida Jalil, 29, berkata, walaupun dia tidak sanggup mendengar jeritan anaknya setiap kali lilin tersebut dimasukkan sedalam empat sentimeter, dia terpaksa juga melakukannya bagi memastikan dubur anaknya itu tidak tertutup.

Katanya, proses memasukkan pelbagai saiz lilin yang dibekalkan oleh hospital ke dalam dubur anaknya perlu dilakukan setiap hari sehingga pembedahan akan datang dilakukan.

"Hati saya terhiris setiap kali mahu memasukkan lilin ke dalam lubang dubur Anas kerana dia akan menjerit kesakitan.

"Namun saya terpaksa lakukannya juga demi kebaikannya. Jika boleh biarlah saya yang merasai kesakitan itu kerana dia masih kecil," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Cermai di sini semalam.

Bagaimanapun penggunaan losen pelembap memudahkan proses memasukkan lilin ke dalam duburnya anaknya itu.

Kosmo! pada 10 September lalu melaporkan Muhammad Anas yang tidak mempunyai saluran najis dan lubang dubur, saluran makanan dan karung testis akan menjalani pembedahan ketiga tidak lama lagi.

Anak bongsu daripada empat beradik itu sudah bertarung nyawa bagi menjalani pembedahan di perut untuk memasukkan saluran bagi penyusuan melalui tiub getah dan mengeluarkan saluran najis hanya enam jam selepas dilahirkan pada tahun 2010

Ketika berusia lapan bulan iaitu pada April 2011, dia telah menjalani pembedahan kedua bagi menyambung saluran pemakanan dari kerongkong ke dalam perut.

Langkah itu bertujuan membolehkan kanak-kanak malang itu mengambil makanan menerusi saluran normal iaitu mulut.

Pada 25 Oktober depan, dia dijadual menjalani pembedahan keempat iaitu memasukkan usus ke dalam perut dan membuat karung testis.

Kata Maizatul Shahida, selepas pembedahan sebelum ini, anaknya kembali aktif namun mengalami demam sejak beberapa hari lalu menyebabkan berat badannya turun dari sembilan kilogram (kg) kepada 8.7 kg selain hilang selera makan.

"Saya terpaksa memasukkan tiub getah ke dalam lubang hidungnya untuk memasukkan susu dan satu lagi tiub ke dalam mulut bagi mengeluarkan kahak.

"Minuman susu tidak mencukupi kerana saya juga perlu memaksanya makan untuk mengaktifkan saluran pemakanannya agar tidak sempit," katanya.

sumber- Kosmo

Tiga bloggers dipenjara

vietnam policeman
BEBERAPA anggota polis memeriksa pintu masuk ke mahkamah yang menjadi tempat tiga penulis blog dihukum penjara di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam semalam.
BANDAR RAYA HO CHI MINH - Sebuah mahkamah di selatan Vietnam memenjarakan tiga penulis blog kerana kesalahan menyebarkan propaganda antipemerintah dalam satu perbicaraan singkat tetapi penuh dramatik.

Selepas perbicaraan selama beberapa jam, penulis blog berprofil tinggi, Nguyen Van Hai yang turut dikenali sebagai Dieu Cay dihukum penjara 12 tahun.

Seorang anggota polis wanita yang menjadi penulis blog, Ta Phong Tan pula dihukum penjara selama 10 tahun. dia menjerit semasa dibawa keluar dari mahkamah.

Ibu Tan meninggal dunia selepas membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan pada Julai lalu bagi membantah dakwaan terhadap anak perempuannya itu.

"Jenayah mereka serius dan jelas berniat jahat terhadap negara," kata presiden mahkamah berkenaan di sini, Nguyen Phi Long.

Menurutnya, kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan membuat kenyataan penutup kerana mereka mencetuskan kekacauan di dalam mahkamah.

"Mereka mesti dikenakan hukuman yang berat," katanya.

Sementara itu, tertuduh ketiga, Phan Thanh Hai, 43, merupakan satu-satunya penulis blog yang mengaku bersalah dalam perbicaraan tersebut.

Dia dihukum penjara empat tahun selepas berjanji tidak akan mengulangi jenayah itu dan tidak akan berhubung lagi dengan pihak yang memusuhi negara.

Mereka didapati bersalah dalam kes berhubung beberapa artikel yang disiarkan dalam laman web Free Journalists Club dan beberapa artikel lain dalam web masing-masing.

Laman web itu diharamkan di Vietnam.

Ketiga-tiga penulis blog berkenaan mengecam rasuah dan ketidakadilan di negara berkenaan selain mengkritik dasar luar Hanoi.

Kesemua defendan perlu menjalani hukuman tahanan di dalam rumah antara tiga tahun hingga lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara.

sumber- AFP

Virus seperti SARS dikesan di Asia Barat

foto virus
gambar hiasan
LONDON - Pihak berkuasa Britain memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai sejenis virus sistem pernafasan yang menyerang seorang pesakit dari Qatar.

Lelaki berkenaan kini berada dalam keadaan tenat.

Dia jatuh sakit selepas diserang koronavirus yang menyebabkan demam selesema biasa selain penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Pada tahun 2003, beratus-ratus orang terutamanya di Asia maut akibat serangan wabak SARS.

Agensi Perlindungan Kesihatan Britain dalam satu kenyataan lewat kelmarin memberitahu bahawa pesakit berusia 49 tahun itu pernah berkunjung ke Arab Saudi baru-baru ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sampel virus daripada pesakit itu hampir menyerupai sampel kuman seorang warga Arab Saudi yang meninggal dunia pada awal tahun ini.

Pihak WHO memberitahu, pihaknya masih mengkaji kesan kedua-dua kes berkenaan terhadap kesihatan orang awam tetapi ia kini menasihatkan orang ramai supaya membataskan perjalanan mereka.

sumber- AP

Lelaki menyamar doktor ditangkap

Lelaki menyamar doktor ditangkap

TOKYO - Polis Jepun semalam menangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang doktor untuk mendapatkan wang, kata polis dan pihak media.

Pihak berkuasa berkata, lelaki berkenaan, Miyabi Kuroki, ditahan setelah dia memeriksa kesihatan 2,300 orang.

Kuroki, 43, sebelum ini membaca buku-buku perubatan selama beberapa jam agar orang ramai tidak mengesyaki penipuannya.

Agensi berita tempatan, Jiji Press melaporkan Kuroki tidak memasuki mana-mana sekolah perubatan dan menyamar sebagai seorang doktor selepas menemui identiti pengamal perubatan bertauliah di internet.

Dia dihantar oleh sebuah agensi pekerjaan tempatan ke sebuah hospital di sini untuk melakukan temu bual kesihatan, memeriksa keputusan mesin ujian jantung dan memberi penerangan mengenai keputusan ujian perubatan kepada lebih 2,300 orang.

Penipuan Kuroki terbongkar apabila sebuah sekolah perubatan tempat dia dikatakan pernah mengajar sangsi dengan kredibilitinya dan menghubungi hospital berkenaan.

Polis di sini memberitahu semalam bahawa mereka telah menangkap Kuroki kerana mengesyakinya memalsukan lesen pengamal perubatan pada tahun 2009 dan menerima gaji 2.62 juta yen (RM104,414) setahun dengan bekerja separuh masa sebagai seorang doktor di sebuah hospital di sini pada tahun 2010 dan 2011.

Suspek dilaporkan mengaku melakukan kesalahan tersebut dengan alasan: "Saya perlukan wang untuk membayar nafkah anak saya dan sara hidup saya."

Dalam perkembangan berkaitan, pihak hospital tempat dia bekerja telah memohon maaf berhubung insiden itu.

Pihak hospital itu meminta semua pesakit yang pernah diperiksanya datang semula untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. 

sumber- AFP

Askar Indonesia dihukum seludup manusia

gambar banduan

MADIUN - Seorang sarjan menjadi askar Indonesia pertama dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana terlibat dalam jenayah penyeludupan manusia selepas Jakarta berusaha untuk mengekang kebanjiran pencari suaka pertama yang menggunakan negara berkenaan sebagai transit untuk ke Australia.

Hakim sebuah mahkamah memutuskan sarjan itu, Ilmun Abdul Said turut didenda AS$52,000 (RM159,752.86).

Perkhidmatan ketenteraannya turut ditamatkan.

Dalam kes berasingan, pihak pendakwa raya meminta empat pegawai tentera Indonesia dipenjarakan antara tujuh hingga lapan tahun jika mereka didapati bersalah dalam kes yang sama.

Parlimen Indonesia meluluskan rang undang-undang bagi mengharamkan penyeludupan manusia pada April tahun lalu.

sumber- AFP

Jualan iPhone cecah lima juta unit

iPhone 5
GAMBAR menunjukkan iPhone 5.
NEW YORK - Gergasi elektronik Amerika Syarikat (AS), menyatakan semalam bahawa jualan iPhone 5 mencecah lima juta unit selepas telefon pintar terbaharu itu dilancarkan pada hujung minggu lalu.

Apple dalam satu kenyataan berkata, sebahagian pelanggan terpaksa menunggu untuk memiliki gajet terbaharu tersebut ekoran jumlah permintaan kini melebihi bekalan.

"Permintaan untuk iPhone 5 menakjubkan dan kami sedang berusaha keras untuk membekalkan iPhone 5 kepada setiap pelanggan kami," kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook.

Menurutnya, iPhone 5 mula dijual di AS, Australia dan beberapa negara lain pada Jumaat lalu.

Gajet pintar itu akan dijual di 22 buah negara pada Jumaat ini.

iPhone 5 dijual pada harga bermula daripada AS$199 (RM611) untuk model berkapasiti 16 gigabit (GB) hingga AS$399 (RM1,225) bagi versi 64GB di AS. 

sumber- Agensi

Pakaian dan kasut Imelda Marcos terbiar

Imelda Marcos
GAMBAR yang dirakamkan pada 19 September lalu menunjukkan sejumlah kasut yang pernah dipakai Imelda di Muzium Nasional Filipina.
MANILA - Beberapa pegawai muzium Filipina menyatakan, mereka tidak pasti apa yang hendak dilakukan dengan sejumlah besar pakaian dan kasut peninggalan bekas Wanita Pertama, Imelda Marcos (gambar) dan suaminya, Ferdinand Marcos yang pernah menjadi presiden.

Marcos digulingkan ekoran kebangkitan rakyat Filipina pada tahun 1986.

Menurut pegawai muzium, beberapa koleksi pakaian dan kasut itu berada dalam keadaan terbiar sejak lebih dua dekad lalu.

Muzium Nasional Filipina memberitahu, pihaknya menimbang untuk mempamerkan beberapa gaun Imelda tetapi tidak dapat membuat keputusan segera ekoran isu Marcos masih dianggap sensitif di negara berkenaan.

Pada masa yang sama, muzium tersebut mengesahkan laporan agensi berita AP bahawa sebahagian pakaian dan kasut milik Imelda rosak dalam hujan monsun pada bulan lalu.

Beberapa pegawai muzium berkata, sebahagian gaun dan kasut koleksi legenda Imelda rosak kerana berada dalam keadaan terbiar, hujan dan dimakan anai-anai. 

sumber- AP

Penumpang monorel terkandas di Sydney

monorel rosak
SEBUAH kren digunakan untuk menyelamatkan penumpang yang terkandas.
SYDNEY - Pekerja-pekerja penyelamat menggunakan beberapa buah kren untuk menyelamatkan para penumpang yang menaiki monorel di Pasar Paddy di sini ekoran gangguan bekalan elektrik, lapor media Australia semalam.

Menurut agensi berita Xinhua yang memetik laporan Perbadanan Penyiaran Australia, kira-kira 80 orang diselamatkan pada waktu tengah hari.

Para penumpang kemudian menjalani pemeriksaan kesihatan ekoran masalah kehilangan air dalam badan dan trauma.

Namun, tiada laporan tentang kecederaan serius setakat ini.

Beberapa penumpang yang bimbang mula panik selepas mereka terpaksa menunggu semasa suhu panas selepas sistem penyaman udara tidak berfungsi.

Mengulas insiden tersebut, syarikat pembekal tenaga di sini, Ausgrid memberitahu, bekalan elektrik berjaya dipulihkan selepas kabel elektrik bawah tanah selesai dibaiki. 

sumber- Bernama

Bergaduh dalam kilang keluar produk Apple

Foxconn
Beberapa pekerja membersihkan bilik pengawal yang rosak semalam akibat pergaduhan melibatkan 2,000 orang pekerja di kilang Foxconn. - REUTERS
BEIJING - Syarikat Foxconn yang mengeluarkan produk keluaran syarikat Apple dan beberapa firma elektronik lain menutup sebuah kilang di China semalam ekoran insiden pergaduhan melibatkan 2,000 orang pekerjanya, kata beberapa pegawai.

Sekitar 40 orang cedera dalam pergaduhan yang berlaku di kilang Foxconn, di Taiyuan pada pukul 11 malam kelmarin.

Syarikat induk Foxconn, Hon Hai memberitahu, pergaduhan tersebut berjaya dikawal oleh polis.

Beberapa gambar berkaitan insiden tersebut kemudian disiarkan di internet.

Imej-imej itu menunjukkan tingkap-tingkap sebuah bangunan pecah dan sebuah kereta polis berada dalam keadaan terbalik.

"Fasiliti ini akan dibuka semula esok," kata jurucakap Hon Hai, Simon Hsing.

Foxconn yang merupakan pengeluar komponen komputer terbesar di dunia, memasang produk untuk Apple, Sony dan Nokia selain beberapa firma lain.

Kenyataan yang sama memberitahu, pergaduhan itu bermula dengan pertikaian peribadi melibatkan beberapa pekerja di sebuah asrama kilang berkenaan yang terletak dalam wilayah Shanxi. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...