Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, December 29, 2012

Mayat gelandangan berulat

TEMERLOH - Seorang lelaki gelandangan ditemui mati dalam keadaan berulat di stor flat Jalan Sinar di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat lelaki berbadan gempal itu dipercayai mati tiga hari lalu akibat ulser dalam perut berdasarkan laporan bedah siasat.

mayat berulat
Polis memeriksa mayat lelaki gelandangan yang ditemui dalam keadaan berulat di flat Jalan Sinar, malam kelmarin.
Menurutnya, mayat lelaki Melayu tanpa pengenalan diri itu dijumpai orang awam kira-kira jam 8.25 malam kelmarin sebelum melaporkannya kepada polis.

“Berdasarkan siasatan ke atas seorang rakan si mati, lelaki terbabit dikenali sebagai ‘Emi’ berumur 26 tahun tidak mempunyai musuh dan anak yatim piatu.

“Emi ada mengadu kepada rakannya lima hari lalu mengenai keadaan kesihatannya yang teruk. Dia kerap sakit perut dan pinggang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, semalam.

Abdul Aziz berkata, tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian sekali gus mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat ulser dalam perut,” katanya.

Menurutnya, polis akan mendapatkan kerjasama jabatan pendaftaran bagi mengenal pasti identiti si mati.

Polis menggesa orang ramai atau waris si mati yang mempunyai maklumat tampil menuntut jenazah.

sumber- Sinar

Ilustrasi menarik di atas cendawan

Seni luar biasa dengan penghasilan ilustrasi pada permukaan cendawan. Ianya adalah hasil karya Corey Corcoran, seorang artis dari Boston, Amerika Syarikat.

cendawan

Membuat lukisan ilustrasi bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi jika ianya dilakukan di atas cendawan dari jenis Ganoderma Applanatum. Sedikit kesilapan sahaja, ia boleh mencacatkan hasil karya yang hendak dihasilkan. Tetapi ianya tidak menghalang Corey dari meneruskannya..

karya cendawan

Kebanyakan hasil kerja Corey berukuran antara enam inci hingga dua kaki bergantung pada saiz cendawan tersebut. Tema ilustrasi yang sering digunakannya diinspirasikan dari tumbuh-tumbuhan, serangga, dan juga manusia.

cendawan ilustrasi
cendawan besar
seni cendawan
ilustrasi

Video: Perbuatan jijik, lelaki kencing di landasan kereta api

Lagi perbuatan tidak senonoh yang berlaku di China. Tandas telah disediakan namun lelaki ini tetap tidak mahu menggunakan kemudahan yang ada. Dia kemudiannya membuang air di landasan kereta api. Video ini telah dirakamkan oleh seorang penumpang yang kebetulan berada disitu. Bukanlah tujuannya untuk memalukan lelaki tersebut tetapi sebagai peringatan terhadap masalah moral yang semakin serius.

gambar lelaki kencing di landasan kereta api

Dikatakan ianya amat berbahaya untuk kencing di landasan kereta api. Seseorang itu mampu terkena kejutan elektrik dan kemungkinan boleh mati serta merta. Ini kerana terdapat kira-kira lebih 700 voltan yang mengalir di setiap landasan yang dibina.


Mujurlah perbuatan sebegini masih belum berleluasa di Malaysia. Kalau kita sendiri terjumpa kejadian yang sama apakah yang harus kita lakukan? Jika kita sendiri yang menegur, mungkin akan tercetus sedikit perkelahian. Sebaiknya maklumkan pada pengurusan atau pengawal stesen. Jika dibiarkan, mungkin besok lebih ramai yang akan meniru aksi yang sama.

Wanita bersalin selepas kereta dirempuh perompak di depan rumah

Ceri Fiddes and Daniel Fiddes

LONDON: Seorang wanita bersalin selepas kereta dinaikinya dirempuh perompak yang melarikan diri dari rumahnya, lapor media semalam.

Ceri Fiddes, 33, sebelum itu dinasihati kakitangan hospital supaya pulang dan menunggu beberapa jam lagi walaupun dia mengalami tanda bakal bersalin.

Ketika Ceri dan suaminya, Daniel Fiddes menghampiri rumah mereka, seorang perompak menyerbu keluar, manakala rakan penjenayah itu menunggu di halaman.

Jurucakap polis berkata, Fiddes keluar dari kereta dan cuba menahan perompak terbabit.

Bagaimanapun, perompak terbabit melompat masuk ke kereta dan merempuh kenderaan Fiddes walaupun ketika itu Ceri ada di dalamnya. Jurucakap polis berkata, penjenayah terbabit melanggar kereta Fiddes berulang kali sebelum dapat melarikan diri dari rumah mangsa di Stoney Stratton.

“Apabila polis selesai membuat siasatan, Ceri mengalami kesakitan dan terpaksa dikejarkan ke hospital semula dua jam kemudian,” katanya.

Dia akhirnya selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Jude pada 6 Disember lalu. Menceritakan pengalaman itu, Ceri berkata, ia memang mengerikan.

Katanya, ketika keretanya dirempuh berkali-kali, dia terhuyung-hayang dan Jude hampir dilahirkan di dalam kenderaan.

“Selepas bersalin di hospital pun, saya terpaksa kembali semula ke situ kerana uri saya tidak keluar.

“Anda mungkin dapat membayangkan bagaimana kecohnya hari kami,” katanya. 

sumber- TS

Jodoh pemuda kudung Iraq

LONDON: Tanpa kedua-dua tangan yang terpaksa dibuang akibat perang Iraq, tuah dialami Ali Abbas memang sangat menggembirakannya.

Dalam serba kekurangan itu, Ali berpeluang mengahwini gadis yang menjadi pujaannya sejak kecil. Kini menetap di Britain, Ali, 21, berkahwin dengan Ankam Hamza, 18, dalam majlis penuh emosi yang dilangsungkan selama dua hari di bumi kelahirannya.

Jodoh pemuda kudung Iraq

Menceritakan pengalaman itu untuk kali pertama, Ali berkata, dia bukan saja tidak menyangka dapat menikahi Ankam, malah tidak menyangka terselamat dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di Baghdad sembilan tahun lalu.

Sebagai seorang daripada mangsa paling parah dalam perang Iraq, Ali tidak diberi banyak harapan untuk hidup bagi meraikan ulang tahun ke-13. Banyak pihak juga tidak menjangkakan Ali berpeluang menjadi seorang suami. Selain kehilangan kedua-dua tangan, Ali juga mengalami kesan melecur pada 60 peratus badannya.

Ali juga kehilangan 16 anggota keluarga, termasuk ibu bapanya. Gambar penderitaan Ali itu tersebar ke seluruh dunia dan dia menjadi wajah ikon bagi konflik berkenaan. Kata Ali, dia tidak sangka diberi peluang untuk terus hidup.

“Saya tak pernah membayangkan dapat mencintai seorang wanita dan yang paling pasti, tidak sangka ada peluang berkahwin,” katanya. Menurut Ali, pada hari pernikahan, emosinya bercampur-baur antara sedih dan gembira.

Bagaimanapun, katanya, dia lebih terfikir bahawa dia sangat bertuah kerana dapat bertemu seorang wanita seperti Ankam.

“Memang saya tahu Ankam adalah pilihan tepat kerana dia tidak pernah membiarkan saya terfikir bahawa saya memiliki kekurangan.

“Apabila bersama Ankam, saya berasa seperti lelaki normal,” katanya. Menurut Ali, dia sentiasa dibayangi tragedi pada 2003 itu dan ia turut mengubah hidupnya. Katanya, pada ketika tertentu, dia terdengar jeritan ahli keluarganya ketika bumbung dan siling rumah runtuh menimpa mereka akibat peluru berpandu AS. Ali bernasib baik kerana dikesan seorang jiran masih bernafas di bawah runtuhan bangunan berkenaan.

Selepas dikeluarkan, dia dikejarkan ke hospital.

Penderitaan Ali menyentuh perasaan berjuta orang di seluruh dunia apabila anggota perubatan di Iraq merayu supaya dia diterbangkan ke Kuwait bagi menjalani pembedahan menyelamatkan nyawanya. Akhirnya Ali diterbangkan ke Britain dan diberi bantuan tangan palsu di Hospital Ratu Mary di selatan London. Pada Jun 2010, Ali lulus ujian kewarganegaraan dan disahkan sebagai warga Britain. Sejak itu, Ali pulang ke Iraq beberapa kali untuk bertemu saudara-maranya yang terselamat dalam perang. Dalam kesempatan itu Ali diperkenalkan kepada Ankam yang pernah menjadi temannya ketika zaman kanak-kanak. 

sumber- DM

Bermain dengan beberapa ekor ular sawa

BANDAR MALABON, Filipina - Seorang lelaki bermain dengan beberapa ekor ular sawa di bandar ini semalam.

bermain dengan ular sawa
SEORANG lelaki bermain dengan beberapa ekor ular sawa di Bandar Malabon semalam.
Dia membuat persembahan bagi meraikan kedatangan Tahun Ular berdasarkan kalendar Cina pada bulan depan.

Sejumlah orang menyaksikan persembahan lelaki itu yang berbaring bersama ular-ular tersebut.

Ular sawa Albino Burma merupakan antara yang dipamerkan lelaki berkenaan semasa dia bermain dengan haiwan berkenaan.

sumber- Reuters

10 maut, van jatuh dalam gaung

BEIJING - Seramai 10 orang maut termasuk lima kanak-kanak selepas sebuah van jatuh ke dalam gaung di Dahua, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang semalam.

Van yang membawa muatan berlebihan itu terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung itu di selatan China.

Kenderaan sembilan tempat duduk itu dinaiki sebanyak 20 orang.

van jatuh dalam gaung
GAMBAR menunjukkan van yang terjatuh ke dalam gaung di Dahua, selatan China semalam.
Nahas tersebut berlaku pada pukul 6 pagi waktu tempatan.

Lapan penumpang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Menurut seorang jurucakap pemerintah tempatan, seramai 10 orang yang cedera diberikan rawatan perubatan.

Ibu seorang bayi, Wei Yuefang memberitahu, dia dan keluarganya dalam perjalanan ke Kampung Bahaotun di pekan Qibainong untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Anaknya yang berusia 10 bulan itu kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Yuefang, dia keluargnya tercampak keluar semasa kenderaan berkenaan terjatuh ke dalam gaung.

"Para penumpang yang masih sedar menjerit meminta pertolongan. Penduduk kampung dari kampung berhampiran datang membantu kami," katanya.

Punca kejadian masih disiasat.

sumber- Agensi

Ukiran lembu jantan di sawah padi

JAKARTA - Seorang artis seni, Budi Barnabas menghasilkan ukiran berjudul lembu jantan mendapat kecederaan di kawasan sawah padi di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia.

ukiran lembu jantan
DUA petani berjalan melintasi ukiran lembu jantan di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia kelmarin.
Ukiran kayu itu merupakan sebahagian daripada pameran ukiran di luar bangunan yang dikenali sebagai Tuaian Terakhir.

Pameran tersebut yang akan berakhir pada 31 Disember ini mempamerkan hasil kerja 30 artis seni yang menyuarakan tentang kemerosotan kawasan tanah pertanian. 

sumber- Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...