Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, October 25, 2012

Gambar bogel: Rozita akan saman!

SAYA akan saman!," itulah pendirian aktres cantik, Rozita Che Wan ketika ditanya Zass mengenai penyebaran gambar seksi miripnya yang kini bertebaran di laman sosial.

Sering diekori pelbagai gosip liar dan kontroversi mengenai hubungan cintanya bersama lelaki muda, kini kisah terbaru Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, kembali memanaskan atmosfera seni hiburan tempatan.

Rozita Che Wan
Rozita Che Wan
Penyebaran gambar seksi mirip pelakon Miss Octopus ini di laman sosial menimbulkan pelbagai spekulasi walaupun empunya diri menafikan sekeras-kerasnya mengenai gambar itu.

"Saya akan cari mereka yang terlibat dalam perkara ini kerana ia sangat memalukan. Saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan saman kepada mereka yang biadab ini.

"Perkara ini mengaibkan saya walaupun ia bukan gambar saya. Saya tidak tahu apa motif mereka, mungkin ingin memalukan saya atau menjatuhkan karier saya.

"Kali ini, saya akan bertegas demi maruah saya yang tercalar. Mungkin dengan cara ini boleh menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang berniat buruk kepada saya," katanya.

Tidak pernah terlintas untuk membuat rakaman sedemikian, Rozita turut memberitahu bahawa dia sendiri 'buta' dalam menggunakan aplikasi telefon.

"Saya difahamkan, gambar itu dirakam menggunakan video chat atau webcam yang saya sendiri tidak tahu menggunakannya.

"Saya bukanlah muda untuk explore benda-benda macam ni. Lagipun, saya tak pasti, telefon saya ada fungsi itu atau tidak.

"Namun, saya percaya, jika ia bukan pelanduk dua serupa, mungkin ada individu yang menggunakan teknik super impose dengan menempek muka saya. Namun, yang pasti, ia bukan saya," tegasnya lagi.

sumber- Sinar

Tangkap ular sawa tiga meter bawah kontena

KUALA LUMPUR: Seekor ular sawa sepanjang tiga meter ditemui di bawah sebuah kontena di Jalan Khatib Koyan, Kampung Baru, di sini, Isnin lalu.

Reptilia berkenaan ditemui penduduk sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

ular sawa
gambar hiasan
Penduduk, Rohany Mohd Darus, 71, berkata, sebelum ini haiwan liar seperti ular jarang dilihat di kawasan itu, bagaimanapun sejak beberapa projek pembangunan termasuk lebuh raya dibina di situ, haiwan berkenaan dipercayai cuba mencari perlindungan di kawasan kampung.

“Anak saya pernah tangkap tiga ular sawa dan digigit ketika cuba melawan reptilia itu,” katanya. Seorang lagi penduduk, Umar Hamid, 75, berkata, sejak kawasan itu didatangi spesis ular berkenaan, rumahnya tidak lagi diganggu tikus.

“Mungkin ular itu lari dari kawasan pembangunan dan mula ‘berkampung’ di sini kerana saya dapat lihat kesan lubang yang banyak di sepanjang tebing Sungai Bunus,” katanya ditemui semalam.

Pengerusi Jiran Wanita Rukun Tetangga Hujung Pasir, Maizan Ariff berkata, dia sering menerima aduan penduduk dan berpendapat ular terbabit bersarang di rumah seorang penduduk di situ.

“Kami temui kulit ular sawa di sebuah rumah penduduk namun tidak dapat melancarkan operasi menangkap ular itu bersama JPAM kerana pemilik tiada.

“Isnin lalu ular sepanjang tiga meter ditangkap di bawah kontena dan kejadian ini menyebabkan kami berasa tidak selamat kerana kawasan ini ramai kanak-kanak dan warga emas,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi JPAM, Kolonel (PA) Mohd Yusoff Samad berkata, faktor kebersihan penting di samping kesedaran awam terhadap haiwan berkenaan.

“Orang ramai perlu bertenang jika terserempak ular dan segera hubungi pihak yang sepatutnya,” katanya.

sumber- HMetro

Berang isteri tak dibenar naiki pesawat

Andrea Giovanni Sorteni

YOGYAKARTA: Seorang pelukis warga Itali ditahan di Bali kerana didakwa memberi amaran bom palsu selepas isterinya tidak dibenarkan menaiki sebuah pesawat.

Andrea Giovanni Sorteni, 48, boleh didakwa atas kesalahan keganasan kerana membuat amaran palsu itu. 
Tindakannya itu mencetuskan kekecohan dan penerbangan dari Yogyakarta itu terpaksa ditangguhkan selama beberapa jam. 

Polis berkata, pelukis yang tidak mengaku memberi amaran palsu itu marah apabila isterinya, warga Indonesia, tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah, Lion Air, kerana tiketnya sudah tamat tempoh. 

sumber- AFP

Pelajar 17 tahun buang anak baru lahir ke dalam tali air

KANGAR - Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di sini, awal hari ini.

buang bayi Kangar

Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu.

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata, siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh
sebelum dicampak ke dalam tali air itu.

Katanya, polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah
dirujuk ke hospital itu kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat
maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air.

Zull Aznam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. 

sumber- Bernama

Rumah Bruce Lee dijual RM71.1 juta

rumah Bruce Lee

Hong Kong: Bekas kediaman rasmi legenda filem kung fu, Bruce Lee di Hong Kong bakal dijual selepas rancangan untuk menyerahkannya kepada muzium khas untuk ikon berkenaan dilaporkan gagal. 

Dermawan, Yu Panglin, yang memiliki rumah agam terbabit yang menjadi ‘hotel cinta’ itu merancang untuk menjualnya dengan harga HK$180 juta (RM71.1 juta) selepas perbincangan dengan kerajaan untuk muzium terbabit gagal tahun lalu. “Saya tidak lagi mempertimbangkan rancangan muzium terbabit berikutan kerajaan tidak menyokongnya,” kata jutawan 90 tahun itu kepada akhbar berbahasa Cina, Singtao Daily dalam satu temu bual. 

Pemilik hotel gagal lunas hutang 

“Saya sudah hilang sabar, saya tidak mahu tunggu lagi,” katanya sambil menambah bahawa pemilik hotel terbabit gagal membayar sewa selama dua tahun berikutan tidak membawa keuntungan selain ia memerlukan pengubahsuaian segera. 

Peminat Lee sejak sekian lama mahukan bintang kelahiran China-Amerika Syarikat yang meninggal pada 1973 ketika berusia 32 tahun dikenang selepas beliau banyak membantu menonjolkan seni mempertahankan diri melalui filem kung fu klasik seperti Fists of Fury (1971) dan Enter the Dragon (1973). 

Bagaimanapun mereka hampa berikutan kerajaan Hong Kong menghentikan rancangan muzium terbabit Jun tahun lalu dengan memberi alasan gagal mencapai persefahaman dengan Yu selepas dua tahun berunding. 
Yu memberitahu Singtao Daily bahawa kerajaan menolak rancangan untuk meluaskan rumah agam yang menjadi kediaman terakhir Lee. 

sumber- AFP

Britney pernah ketagih dadah

LOS ANGELES: Bekas rakan Britney Spears mendakwa penyanyi terkenal itu pernah menjadi penagih dadah dan dia membantunya membuang tabiat buruk itu, lima tahun lalu. 

Sam Lutfi yang menyaman Britney dan keluarganya mendakwa kelmarin, dalam usaha membantu penyanyi itu, dia membawa anjing pengesan dadah dan membuang satu beg berisi serbuk putih dalam tandas kediaman Britney. 

Sam Lutfi
Sam Lutfi
Mahu buang ketagihan 

“Dia mahu buang ketagihan itu tetapi menghadapi masalah untuk bersih daripada dadah. 

“Saya beritahu dia perlu hentikan ketagihan kerana sudah ada dua anak lelaki. Saya beritahu dia bahawa masyarakat tidak akan simpati kepada ibu yang menjadi penagih dadah,” kata Lutfi kepada juri dalam perbicaraan sivil di sini. 

Lutfi mendakwa, Britney melantiknya sebagai pengurus selama beberapa bulan pada 2007 dan 2008 selepas penyanyi itu berselisih faham dengan keluarga dan kakitangan pengurusannya akibat masalah peribadi dan profesional. 

Rakan tuntut RM2.45 juta 

Dia menuntut 15 peratus daripada pendapatan Britney pada tempoh berkenaan dipercayai kira-kira AS$800,00 (RM2.45 juta) hingga AS$1 juta (RM3 juta) sebulan. 

Peguam bela Britney pula berhujah bahawa Lutfi tidak pernah menjadi pengurus penyanyi itu. 

Lutfi berkata, dia bertemu dengan Britney di sebuah kelab malam pada musim luruh 2007. 

Ketika itu, katanya, Britney berhadapan kes hak jagaan anak dengan bekas suami Kevin Federline dan menghadapi masalah ketagihan dadah. 

“Dia tidak bekerja dan memberitahu sudah pecat semua orang. Dia beritahu sudah pecat ejennya, pengurus, pengawal peribadi dan pegawai publisitinya,” kata Lutfi. 

Britney memberitahunya, dia membotakkan kepala pada Februari 2007 kerana takut rambutnya dikenakan ujian dadahdalam kesnya dengan Federline, kata Lutfi lagi. 

sumber- Reuters

Pencuci kereta mati pulang ketika keluarga berkabung

Gilberto Araujo

RIO DE JANEIRO: Orang ramai gempar dan sesetengahnya pitam selepas seorang lelaki yang disahkan mati, tiba-tiba muncul di majlis perkabungan di rumah keluarganya, semalam.

Pencuci kereta, Gilberto Araujo, 41, tidak menyangka waris dan keluarganya bersedih ‘meratapi’ kematian itu walaupun dia sebenarnya tidak mati.

“Seorang rakan memberi tahu, keluarga saya menanam keranda berisi saya di dalamnya,” katanya.

Ekoran kemunculan Araujo, siasatan dijalankan bagi menentukan siapa sebenarnya lelaki yang dikebumikan di Alagoinhas di negeri Salvador de Bahia itu.

Sementara itu, saksi berkata, orang ramai bertempiaran lari sebaik saja melihat Araujo datang ke rumahnya.

Katanya, beberapa wanita juga pitam kerana terkejut. 

Ibu Araujo, Marina Santana, mengakui amat gembira apabila mengetahui anaknya masih hidup. 

“Ibu mana yang tidak gembira apabila melihat anaknya selamat selepas diberi tahu dia kononnya meninggal dunia?” katanya. 

sumber- AFP

Dua beradik sentiasa tidak kenal sesiapa

LONDON: Dua wanita adik-beradik berdepan masalah apabila mereka mengalami masalah prosopagnosia (buta wajah) dan tidak dapat membezakan suami masing-masing.

Prosopagnosia juga menyebabkan Donna Jones dan Victoria Wardley tidak mampu mengingati wajah masing-masing, selain sentiasa keliru terhadap wajah anak mereka.

Justeru, Donna dan Victoria terpaksa menghabiskan masa berjam-jam untuk mencari keluarga masing-masing jika mereka terpisah ketika berada di luar rumah.

Donna Jones and Victoria Wardley
Donna, berbaju merah dan Victoria
Menurut Victoria, 32, masalah dihadapi mereka amat serius sehinggakan mereka juga gagal mengenali wajah sendiri jika melihat cermin. “Ketika melihat wajah seseorang, saya berasa seperti melihat melalui terowong.

“Saya boleh melihat mata atau hidung, tetapi apabila saya cuba melihat keseluruhan wajah, saya gagal mengingati apa-apa seolah-olah sedang memandang kanvas kosong,” katanya. 

Menurut wanita berasal dari Yorkshire itu, jika bertemu kenalannya di mana-mana, dia terpaksa berkenalan sekali lagi kerana tidak dapat mengenali wajah mereka. 

Victoria disahkan menghidap prosopagnosia beberapa tahun lalu sebelum masalah sama dikesan pada adiknya, Donna, 30. 

Prosopagnosia adalah kecacatan deria penglihatan seseorang apabila melihat wajah walaupun kemampuan mereka mengenali objek lain - secara relatif - adalah baik.

Menurut Donna, sebelum itu dia menyangka menghadapi masalah mengenali seseorang kerana kurang memberi perhatian kepada individu yang ditemuinya. 

“Namun, selepas Victoria memberi tahu masalahnya, saya faham keadaan itu turut menimpa saya,” katanya. 

sumber- DM

Mati disuntik kopi susu

RIO DE JANEIRO: Seorang jururawat pelatih mendakwa dia bingung apabila menyuntik kopi susu ke badan seorang warga emas menyebabkan wanita terbabit meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Menurut Rejane Moreira Telles, dia tidak dapat membezakan di antara darah dengan air minuman berkenaan.

Rejane Moreira Telles
REJANE (kanan) menceritakan pengalamannya kepada wartawan stesen televisyen Brazil.
Kata Rejane, 23, dia diarah merawat pesakit, Palmerina Pires Ribeiro, 80, tetapi gagal membezakan antara darah dan kopi susu.

Katanya, kedua-dua cecair itu diletak bersebelahan.

“Sesiapa pun yang berada dalam keadaan saya pasti keliru.

“Saya sepatutnya menyuntik darah ke pembuluh darah dan memberi pesakit itu kopi susu sebagai minuman,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen Globo’s Fantastico, semalam.

Bagaimanapun, Rejane mengaku dia melakukan kesalahan dengan memberi Palmerina kopi susu melalui pembuluh darah.

Ekoran insiden itu, Rejane dan dua jururawat serta pelatih lain didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat.

Palmerina disahkan meninggal dunia tidak lama selepas Rejane melakukan kesilapan itu.

Insiden berlaku di sebuah pusat perubatan di Sao Joao de Meriti, Rio de Janeiro,.

Lebih tragik, insiden itu berlaku di depan anak Palmerina, Loreni Ribeiro.

Kata Loreni, dia nampak Palmerina gelisah dan membuka mulutnya.

“Pelatih itu memasukkan setengah gelas kopi susu ke tubuh ibu,” katanya.

Sementara itu, doktor berkata, kopi susu disuntik Rejane memasuki jantung dan paru-paru Palmerina. “Sesiapa yang mengalami keadaan itu akan berasa seperti tercekik,” katanya. 

sumber- DM

Kecewa ubat RM40,000 gagal selamatkan isteri

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas berasa kecewa selepas ubat tradisional yang dibelinya daripada seorang tabib dengan harga RM40,000 didakwanya tidak berkesan bagi mengubati penyakit kanser hati isterinya.

tabib ubat cina
FATT SOON (kiri) dan Michael menunjukkan ubat kanser berharga RM5,000 sebotol yang dijual seorang tabib di Kuala Lumpur semalam.
Lelaki tersebut, Bay Fatt Soon, 73, berkata, ubat dalam bentuk kapsul yang dihasilkan daripada rumput yang menjadi makanan landak itu dibelinya beberapa bulan lalu.

Katanya, pada mulanya dia sendiri kurang yakin sama ada ubat berkenaan benar-benar mujarab namun membelinya kerana mahu menyelamatkan nyawa isterinya yang sakit tenat ketika itu.

“Saya terus membeli ubat itu tanpa bertanya kepada pakar perubatan kerana bahan makanan landak itu dikatakan mampu mengubati banyak jenis penyakit dan ia juga jarang didapati di pasaran.

“Lagipun, pada masa itu doktor menyatakan isteri saya tidak dapat hidup lebih daripada dua bulan. Saya membeli ubat itu kerana tabib tersebut mendakwa ia boleh membantu isteri saya bertahan selama enam bulan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Fatt Soon berkata, bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan apabila isterinya meninggal dunia pada bulan lalu iaitu selepas kira-kira sebulan memakan ubat yang bernilai RM5,000 sebotol itu.

sumber- Kosmo

Banglo bekas menteri musnah terbakar

GOMBAK – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila banglo tiga tingkat miliknya musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas dekat Jalan Berlian 1, Taman Perwira di sini kelmarin.

banglo terbakar
BEGINILAH keadaan dalam banglo Murugiah yang hangus dalam kebakaran di Gombak semalam.
Bagaimanapun, kejadian pada pukul 8.30 malam itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana kesemua lapan ahli keluarga bekas Presiden Parti Progresif Penduduk itu termasuk pembantu rumahnya keluar.

Mengimbau semula kejadian itu, Murugiah, 49, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran dan pengawal banglonya setengah jam kemudian ketika dalam perjalanan untuk mengambil anak sulung lelakinya berusia 23 tahun yang tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Katanya, mereka pergi ke KLIA dengan menaiki dua buah kereta untuk menjemput anaknya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa.

“Kami bergegas pulang sebaik mengambil anak. Sebaik sampai, saya dapati api telah dipadamkan.

“Seluruh rumah dari tingkat bawah hingga aras tiga hangus dijilat api,” ceritanya ketika ditemui.

sumber- Kosmo

Pelajar maut tengkuk patah ditindih lutut

ALOR GAJAH – Perang mulut antara dua pelajar berlainan sekolah yang sering ejek-mengejek antara satu sama lain ketika menunggu dan menaiki bas sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang daripada mereka mati selepas tengkuknya patah akibat ditindih dengan lutut semalam.

murid maut dipukul
Di sinilah Saravannan mati selepas bergaduh dengan dua pelajar ketika sedang menunggu bas di stesen bas Pulau Sebang, Tampin semalam.
Kejadian pukul 2.30 petang di stesen bas Pulau Sebang, Tampin di sini itu mengakibatkan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Pulau Sebang, K. Saravannan, 14, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin.

Ekoran itu, polis menahan dua pelajar masing-masing berusia 14 tahun empat jam kemudian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Sabit kesalahan, mereka boleh dihantar ke pusat tahanan Henry Gurney, Melaka untuk satu tempoh yang ditetapkan mahkamah.

Kedua-dua suspek merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansur Shah di sini. Kedua-dua sekolah itu terletak bersebelahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd. Rahman Jid berkata, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang sedang melepak di tingkat satu bangunan itu sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah ibu saudaranya di Rembia di sini didatangi dua suspek berkenaan.

sumber- Kosmo

Guru ditetak cedera parah

KUALA TERENGGANU – Seorang guru pendidikan khas sebuah sekolah rendah di Besut menjadi mangsa cemburu buta pihak tertentu apabila dia cedera parah selepas ditetak lebih 10 kali dengan parang panjang oleh dua lelaki yang menyangka mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang kelmarin.

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan
SEORANG guru parah selepas ditetak dengan parang panjang oleh dua lelaki di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Besut kelmarin.
Difahamkan, kejadian pukul 6.30 petang di depan bangunan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Kampung Raja, Besut, itu berlaku apabila guru lelaki yang menjalankan perniagaan sampingan menjual barangan kosmetik datang ke situ selepas dihubungi oleh seorang wanita.

Dalam perbualan itu, wanita tersebut berpura-pura menyatakan minat untuk membeli barangan kosmetik yang dijual mangsa dan berjanji untuk berjumpa di depan bangunan tersebut.

Guru berusia 35 tahun dan masih bujang itu kemudian pergi ke tempat yang dimaksudkan dengan menaiki sebuah kereta bersama adik lelakinya berumur 19 tahun.

Sebaik sampai, mangsa telah menunggu wanita tersebut di luar kereta manakala adiknya duduk di dalam kenderaan tersebut.

Tidak lama kemudian, dua buah kereta jenis Proton Iswara dan Perdana bercermin gelap mendekati mangsa sebelum dua lelaki yang menutup muka dengan kain biru keluar sambil masing-masing membawa parang panjang.

Suspek kemudian telah menetak mangsa berkali-kali tanpa belas kasihan sebelum melarikan diri selepas mendapati guru tersebut cedera parah. Adik mangsa bagaimanapun tidak diapa-apakan.

sumber- Kosmo

Tersepit satu jam dihempap balak

SEREMBAN – Seorang pemandu lori balak terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam akibat dihempap beberapa batang kayu balak yang terjatuh selepas kenderaan berat yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Pantai-Jelebu di Bukit Tangga di sini semalam.

Tersepit satu jam dihempap balak
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan pemandu lori balak yang tersepit dalam kemalangan di Bukit Tangga, Seremban semalam.
Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku apabila lori yang dipandu mangsa yang belum dikenal pasti identiti bersama seorang kelindan, V. Radakrishnan, 48, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh lereng bukit laluan berkenaan.

Kelindan lori terbabit bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Difahamkan, lori balak berkenaan yang dalam perjalanan dari arah Jelebu menuju ke Seremban hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum melanggar lereng bukit terbabit.

Pegawai Operasi Kanan Bomba Seremban, A. Gonaselan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang dan sampai di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.27 petang.

sumber- Kosmo

Apek-Leuniey nikah Disember ini

KOTA BHARU – Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan yang juga pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey pada Disember ini.

apek kahwin
GAMBAR mesra Khairul Fahmi dan Leuniey yang dimuatkan dalam laman Instagram.
Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek, Che Mat Hussain ketika dihubungi di sini semalam.

Che Mat berkata, pihaknya kini sibuk membuat persiapan perkahwinan tersebut dengan tarikh yang masih dalam perkiraan adalah antara 28 Disember hingga awal Januari tahun depan.

“Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan.

“Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelasnya.

Menurut Che Mat, majlis pertunangan dan akad nikah akan dilakukan secara ringkas pada hari yang sama.

Che Mat juga tidak mahu mengulas bila ditanya jumlah hantaran serta lokasi majlis perkahwinan itu akan dilangsungkan.

sumber- Kosmo

Pelajar sara hidup dengan RM3 sehari

BANDAR RAYA GUATEMALA - Beberapa orang pelajar kolej Amerika Syarikat (AS) menghabiskan musim panas mereka dengan menetap di Guatemala berbekalkan perbelanjaan harian cuma AS$1 (RM3).

Jumlah itu merupakan pendapatan harian golongan miskin di negara Amerika Tengah berkenaan dan lebih 1 bilion penduduk di seluruh dunia.

Pelajar sara hidup dengan RM3 sehari
GAMBAR pada 2010 menunjukkan (dari kiri) Sean Leonard, Zach Ingrasci, Chris Temple and Ryan Christoffersendi kampung Pena Blanca, Guatemala.
Dua pelajar terbabit, Chris Temple dan Zach Ingrasci kemudian menerbitkan sebuah filem, Living on One untuk menceritakan pengalaman mereka.

Bercorak dokumentari, filem itu memaparkan kesukaran mereka membeli makanan, selain terpaksa membayar bil dan menangani situasi kecemasan apabila seorang daripada mereka jatuh sakit dengan berbekalkan wang yang sedikit itu.

Living on One juga cuba memaparkan cara penduduk miskin tegar menguruskan wang mereka dan bagaimana skim mikro kredit dapat membantu meringankan beban golongan tersebut.

"Kami percaya jika kami sendiri berbelanja cuma AS$1 sehari, kami dapat memaparkan dengan lebih jelas kepada penonton tentang kesukaran yang dialami penduduk miskin dalam menjalani kehidupan harian," kata Temple.

Untuk kajian sosial berkenaan, dua pelajar Kolej Claremont McKenna di California itu tinggal menyewa selama 56 hari di sebuah pondok usang di kampung Pena Blanca pada 2010 bersama dua pelajar lain, Sean Leonard dan Ryan Christoffersen.

Perkampungan tersebut terletak di sebuah kawasan tanah tingi di Guatemala.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka membelanjakan wang sebanyak AS$224 (RM683.30 ) atau bersamaan AS$1 untuk setiap seorang selama 56 hari.

Wang itu digunakan untuk membeli kayu api, beras, kacang dan makanan ruji lain di samping sewa pondok. Pondok itu tidak mempunyai bekalan air paip. Kumpulan pelajar itu juga terpaksa mencuri tenaga daripada talian elektrik bagi menjana bateri kamera video mereka. 

sumber- Agensi

Empat trak, lima treler berlanggar

NEWHALL, California - Dua kemalangan berturut-turut melibatkan empat buah trak dan lima treler menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam di lebuh raya Interstate 5 di sini kelmarin.

Pihak berkuasa Peronda Lebuh Raya California (CHP) berkata, nahas sekitar pukul 2.20 pagi (waktu AS) itu berlaku apabila seorang pemandu lori sampah gagal mengawal kenderaannya yang menyebabkan pelanggaran empat buah trak.

trak berlanggar
KEADAAN sebuah treler yang berlanggar di lebuh raya Interstate 5 kelmarin.
Menurut CHP, pemandu-pemandu lain mula memperlahankan kenderaan mereka susulan nahas tersebut dengan lima buah treler yang menuju ke lokasi kejadian berlanggar sejurus selepas itu.

Stesen televisyen AS, KTLA melaporkan seorang pemandu treler mengalami kecederaan serius dalam kemalangan tersebut tetapi berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital di sini.

Tiada laporan mengenai kecederaan lain setakat ini.

Kemalangan itu turut menyebabkan sejumlah 1,514 liter minyak diesel tumpah di atas lebuh raya tersebut. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...