Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, December 18, 2012

Seni kreatif dari kereta berdebu

Kereta yang tidak dibasuh kebiasaannya akan berdebu dan menjadi kotor. Tidak kiralah apa juga model kenderaan yang digunakan, perkara ini memang tidak dapat dielakkan.

Wanita ini pula menghasilkan seni kreatif dari debu-debu yang selimuti sebuah kereta model Volkswagen. Peralatan yang digunakannya hanyalah sekeping tisu. Tidak tahulah sama ada kereta tersebut miliknya ataupun individu lain. Namun hasil karyanya amat mengagumkan iaitu potret selebriti terkenal, Marilyn Monroe.

Volkswagen
kereta Volkswagen
kereta model Volkswagen
seni

Perompak maut ditembak

KUALA LUMPUR - Cubaan merompak sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Sri rampai, di sini, awal pagi semalam gagal apabila kegiatan dua penjenayah terbabit disedari polis yang sedang membuat rondaan.

Perompak mati ditembak
Suspek mati selepas terkena tembakan di bahagian dada.
Dalam kejadian 4.40 pagi itu, empat pekerja yang sedang bertugas didatangi dua lelaki bersenjatakan parang bertindak mengacukan parang ke arah seorang pekerja yang berada di kaunter.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata, tindakan suspek mengacukan parang memaksa pihak polis melepaskan beberapa das tembakan.

“Polis melepaskan tembakan kerana cubaan bunuh anggota. Suspek ditembak di bahagian dada dan mati di tempat kejadian. Manakala seorang pekerja cedera di leher akibat terkena parang semasa diugut suspek.

“Polis turut menemui sebuah motosikal yang ditinggalkan suspek dan disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Difahamkan, kejadian itu turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan. Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 394 dan 307 kanun keseksaan.

Sementara itu, pengurus kedai serbaneka itu, yang enggan dikenali berkata, dua suspek sama telah merompak sebuah lagi cawangan kedai serbaneka miliknya di Wangsa Maju petang kelmarin.

Menurutnya, dia rugi lebih RM1,000 dan telah membuat laporan polis.

“Untuk tahun ini sahaja, di sini (cawangan Sri Rampai) telah dirompak sebanyak 15 kali,” katanya.

sumber- Sinar

Wanita misteri berlegar tanpa pakaian

Seorang wanita misteri telah terlihat berlegar-legar tanpa pakaian dan hanya berkaki ayam. Kejadian tersebut berlaku di bandar Suzhou, Wilayah Anhui, China, pada 27 November lalu.

Apa yang peliknya, dia membawa pakaian ditangannya tetapi mengapa dia tidak memakai pakaian tersebut?

Beberapa individu yang prihatin cuba menghentikannya dan memaksa dia menyarung pakaian. Ditambah pula dengan cuaca sejuk, perbuatan sebegitu mungkin akan menyebabkan dia jatuh sakit.

wanita China
wanita misteri

Jambatan paling menakutkan dibuka

ALPS, Switzerland - Jambatan gantung paling menakutkan di dunia terletak pada ketinggian 457 meter di atas glasier dan dibina di Pergunungan Titlis di sini, sudah mula dibuka kepada orang ramai.

Titlis Cliff Walk
Dua pekerja memeriksa kabel jambatan gantung tertinggi di dunia dikenali sebagai Titlis Cliff Walk yang dibina di Pergunungan Titlis, tengah Switzerland.
Jurutera mengambil masa lima bulan untuk menyiapkan jambatan yang dikenali sebagai Titlis Cliff Walk itu.

Jambatan yang terletak pada ketinggian 2,743 meter di atas paras laut itu turut menjadi jambatan gantung tertinggi di Eropah.

Pembinaan jambatan sepanjang 101 meter dan lebar hanya 91 sentimeter itu melibatkan kos sebanyak 1 juta pound (RM4.9 juta).

Majlis pembukaannya yang diadakan pada hujung minggu lalu turut diadakan ketika ribut salji, sekali gus mengurangkan jarak penglihatan kepada hanya beberapa meter.

Pembinaan Titlis Cliff Walk itu adalah sempena ulang tahun ke-100 pembukaan laluan kereta kabel yang menghubungkan pekan Engelberg dan Gerschnialp pada Januari 1913.

Pembinaan jambatan itu memberi cabaran besar kepada jurutera dengan waktu kerja bergantung kepada keadaan cuaca.

“Semua orang kagum dengan jambatan gantung itu dan pembukaannya juga dibuat ketika ribut salji, sekali gus memberi satu cabaran kepada sesiapa yang mahu melaluinya," kata Peter Reinle daripada Syarikat Kereta Kabel Titlis. 

sumber- AGENSI

Remaja bunuh, bakar kekasih

BANGKOK: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun didakwa kerana membunuh teman wanitanya yang sekali ganda lebih tua daripadanya dan membakar mayatnya di sebuah bilik sewa di daerah Bang Khen, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Pataraporn Prueksasri, penduduk wilayah Songkhla.

Warawut Phetchai

Mayatnya ditemui di biliknya di kondominium Thanommit Park di Jalan Watcharapol pada jam 1 pagi.

Polis berkata, tubuh Pataraporn ditutup dengan tuala dan akhbar, kemudian dibakar.

Satu paket arsenik, dua botol bir kosong dan sebotol cecair pembersih tandas ditemui di sebelah mayat.

Polis di Balai Polis Khan Na Yao berkata, Warawut Phetchai, 19, mengaku berkelahi dengan Pataraporn dalam marah dan cemburu, dia mencekik mangsa hingga mati dan membakar mayatnya.

Pengawal keselamatan di Luangrit Puangtapa berkata, penduduk memaklumkan mengenai kebakaran di bilik Pataraporn pada jam 12.30 tengah malam.

Dia memecah pintu besi dan pintu kayu untuk masuk ke rumah itu. Katanya, Pataraporn sudah mati ketika dia masuk.

Mangsa pegawai di Jabatan Tanah cawangan Chatuchak.

sumber- Bangkok Post

Bandar kecil Sweden bakal miliki lapangan terbang angkasa lepas

KIRUNA, Sweden - Bandar kecil di utara negara ini merancang untuk menawarkan penerbangan angkasa lepas komersial dalam tempoh sedekad lagi.

Terletak di kawasan artik, Kiruna dilengkapi sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan penerbangan tetap ke London dan Tokyo.

GAMBAR lakaran artis menunjukkan sebuah lapangan terbang untuk penerbangan ke angkasa lepas di Kiruna.
GAMBAR lakaran artis menunjukkan sebuah lapangan terbang untuk penerbangan ke angkasa lepas di Kiruna.
Penerbangan angkasa lepas itu akan dikendalikan oleh syarikat tempatan, Spaceport Sweden dari lapangan antarabangsa di sini.

"Kami sedang berusaha untuk mewujudkan penerbangan komersial dari Sweden bagi tujuan pelancongan dan penyelidikan dengan membina tempat berlepas di lapangan terbang tersebut," kata Pengarah Spaceport, Karin Nilsdotter.

Perancangan itu melibatkan sekumpulan pelancong yang akan terbang selama dua jam ke angkasa lepas dengan menaiki sebuah kapal angkasa yang masih diuji.

Kapal angkasa tersebut boleh membawa sehingga enam orang penumpang.

Penerbangan itu akan menghantar para penumpang sejauh 100 kilometer dari Bumi untuk membolehkan mereka memperoleh pengalaman berada dalam keadaan graviti sifar selama lima minit. 

sumber- AFP

Pertandingan cari duta lelaki keturunan Sikh

AMRITSAR, India - Seramai 26 lelaki menyertai pertandingan bagi mencari duta kebudayaan kaum Sikh yang diadakan di sini kelmarin.

lelaki Sikh
DUA peserta memakai pakaian pengantin lelaki sambil memegang pedang.
Seramai 26 peserta akhir bertanding pada pertandingan peringkat antarabangsa itu termasuk Tejinder Singh dari Jammu yang kemudian dinobatkan sebagai pemenang.

Pertandingan itu diadakan sejak 2005 bagi mempromosikan kebudayaan dan tradisi Sikh.

Beberapa peserta dari Britain, Kanada, Mauritius dan Australia turut bertanding pada pertandingan itu.

Para peserta itu bertanding pada pusingan fizikal, pakaian tradisional, pakaian diraja dan bakat.

Sebahagian peserta itu tidak memakai baju dengan mempamerkan dada mereka semasa pusingan fizikal berlangsung. 

sumber- Agensi

Patung gergasi bekas pemimpin komunis Korea Utara

SEOUL - Ratusan orang tunduk di depan dua patung bekas pemimpin komunis Korea Utara di Bukit Mansu, Pyongyang semalam.

Patung gergasi Kim Il-sung yang merupakan pemimpin komunis pertama negara ini berada di sebelah patung anaknya, Kim Jong-il.

Patung gergasi bekas pemimpin komunis Korea Utara
RATUSAN orang tunduk di depan patung Il-sung (kiri) dan Jong-il di Bukit Mansu, Pyongyang semalam. 
Jong-il yang merupakan pemimpin kedua komunis Korea Utara meninggal dunia pada 17 Disember 2011 kerana sakit jantung.

Beliau kemudian digantikan oleh Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Sementara itu, isteri Jong-un muncul dalam siaran televisyen negara berkenaan semalam dengan kelihatan sedang mengandung.

Keadaan dirinya meningkatkan jangkaan bahawa dinasti keluarga Kim yang memerintah Korea Utara akan mendapat zuriat baharu.

Isteri Jong-un, Ri Sol-ju kelihatan berdiri di sini suaminya dalam upacara memperingati setahun kematian bapa Jong-il.

Pada majlis bagi memperingati kematian Jong-il, bangunan makamnya dibuka selepas kerja-kerja baik pulih dilakukan.

Mayat Jong-il yang diawet itu selepas setahun kematiannya turut dipamerkan kepada orang ramai.

Bangunan tersebut dikenali sebagai Istana Matahari Kumsusan Palace di Pyongyang.

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...