Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Wednesday, February 20, 2013
Suami dikurung isteri terjatuh bangunan ketika cuba melarikan diri
Seorang lelaki yang cuba melarikan diri dengan menggunakan tali yang diperbuat daripada gabungan cadar telah terjatuh dari bangunan. Mujurlah dia diselamatkan oleh timbunan salji yang berada di bawah.
Yekaterina Horoshko, seorang saksi yang berjaya merakamkan gambar keseluruhan insiden tersebut berkata, dia terlihat seorang lelaki berusia 35 tahun sedang memanjat keluar dari tingkat lapan bangunan pangsapuri yang terletak di bandar Estonian, Talinn, dengan menggunakan tali yang diperbuat daripada gabungan cadar seperti dalam sebuah filem.
"Dia berjaya menuruni satu tingkat namun tali tersebut tidak mampu menampung beratnya ketika di tingkat tujuh." Jelasnya lagi, dia ternampak lelaki tersebut masih mampu berjalan setelah jatuh ke bawah. Timbunan salji yang tebal telah membantu lelaki tersebut dari terus terhempap ke tanah.
Jurucakap polis mengesahkan kejadian tersebut dan menambah, lelaki tersebut sebenarnya cuba melarikan diri dari tempat tinggalnya setelah dikurung oleh isterinya sendiri.
"Dia mengakui dikurung oleh isterinya. Dengan keinginannya untuk menemui rakan-rakan, dia memutuskan untuk lari keluar dengan menggunakan tali yang diperbuat daripada cadar. Malangnya tali tersebut tidak kuat dan dia terjatuh di semak berhampiran," kata seorang pegawai yang bernama Ilmar Kahro.
Tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut buat masa ini, namun polis mengatakan dia mampu untuk memasuki ambulans sendiri selepas diberi bantuan kecederaan pada kakinya oleh paramedik.
Cermin berhantu dilelong dalam eBay
Sebuah cermin antik yang menakutkan dilelong baru-baru ini dengan harga U$D155 melalui laman sesawang eBay. Dikhabarkan cermin antik tersebut berhantu dan mengundang pelbagai masalah.
Joseph Birch, 20, dan Sotiris Charalambous, 43, mendakwa mereka memperolehi cermin berhantu tersebut dari tempat pembuangan sampah setelah ianya dibuang oleh tuan tanah berdekatan rumah mereka kira-kira lima bulan lalu.
Semenjak itu, mereka sering dibebani nasib malang seperti masalah kewangan dan juga penyakit misteri. Pelbagai perkara aneh yang berlaku antaranya mereka mendapat cakaran yang datangnya entah dari mana serta kelibat bayangan misteri dibias dari cermin tersebut.
Akhirnya mereka memutuskan untuk melelong cermin tersebut melalui eBay supaya nasib malang tersebut tidak terus menghantui mereka. Mereka berterus-terang mengenai kejadian paranormal yang pernah dilalui kepada pembeli.
Setelah disenaraikan di dalam eBay, cermin tersebut hanya mendapat satu bidaan dari seorang pembida dengan harga asal yang ditawarkan. Nama pembeli tersebut pula dirahsiakan.
Kampung paling sejuk di dunia
OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.
Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C.
Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.
Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.
Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.
Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi.
sumber- Agensi
Hanya pakai kasut dan stoking saksi pameran
VIENNA, Austria - Para pengunjung satu pameran di Austria hanya dibenarkan memakai stokin dan kasut untuk menyaksikan pameran Nude Men from 1800 to Today.
Diadakan di Muzium Leopold dan menampilkan 300 lukisan, gambar fotografi serta patung lelaki bogel sejak dari tahun 1800, pameran tersebut disaksikan oleh sekitar 60 pencinta seni kelmarin.
"Saya agak gemuruh," kata seorang pekerja pejabat, Herbert Korvas semasa menunggu untuk masuk ke dewan pameran itu bersama beberapa pemuda lain.
Dia dan beberapa pengunjung lain hanya memakai stoking dan kasut. Walaupun kesejukan, Korvas memberitahu, dia tertarik untuk menyaksikan pameran bogel itu kerana ia menawarkan sesuatu yang berbeza.
Tidak lama selepas itu, situasi kembali normal apabila para pengunjung berbual dan bertukar-tukar fikiran sambil menyaksikan koleksi tersebut.
Pameran unik itu berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung setakat ini.
sumber- AGENSI
Video: Budak 3 tahun terperangkap dalam mesin basuh
Pasukan bomba terpaksa mengggunakan pelbagai peralatan bagi menyelamatkan seorang budak yang berusia tiga tahun yang terperangkap di dalam mesin basuh. Mangsa telah terperangkap pada paras pinggangnya setelah memanjat masuk untuk bermain.
Para penyelamat dari wilayah Shandong, China, ini terpaksa memotong bahagian mesin terebut bagi membolehkan dia keluar dan pada masa yang sama, mereka memberikan gula-gula bagi mengalihkan perhatiannya.
Mujurlah tiada kecederaan yang dilaporkan. Setelah diselamatkan, dia dikembalikan kepada ibunya. Ibunya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian mereka untuk menyelamatkan anaknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)