Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, August 15, 2013

Kisah sedih permintaan terakhir gadis penghidap kanser

Seorang gadis berusia 10 tahun mempunyai kehendak untuk menonton filem Disney-Pixar, 'Up'. Malangnya, gadis tersebut diserang kanser tahap kronik dan tidak mampu untuk menontonnya di wayang.

kisah sedih

Tidak tahu apa yang perlu dilakukan bagi memenuhi permintaannya, akhirnya seorang kenalan keluarganya menghubungi studio Pixar. Pihak Pixar telah menghantar salinan DVD filem tersebut ke rumahnya walaupun pada masa tersebut ianya hanya ditayangkan di pawagam.

Ibu gadis tersebut bertanyakan adakah dia mampu bertahan sehingga dapat menonton filem itu? Dia menjawab, "Saya bersedia untuk mati, namun saya harus tunggu untuk filem tersebut dahulu."

Ketika menontonnya, gadis tersebut tidak dapat membukakan mata dan ibunyalah yang menghuraikan setiap babak supaya dia memahami. Ketika ditanya adakah dia terhibur, dia hanya menganggukkan kepala. Dia kemudiannya meninggal dunia pada malam selepas menonton filem tersebut.

Disney Pixar Up

Cincin kahwin yang dihilangkan selama 16 tahun ditemui pada lobak

Pada tahun 1995, seorang wanita Sweden, Lena Paahlsson telah kehilangan cincin perkahwinannya di dapur. Dia mencari di serata pelusuk rumahnya, namun usaha tersebut ternyata sia-sia. Walau bagaimanapun, Lena tidak putus harapan dan masih mahu menemui cincinnya semula.

Setelah 16 tahun kehilangannya, akhirnya Lena menemui semula cincin tersebut. Apa yang menghairankan ialah, cincin tersebut tersangkut pada lobak merah yang dikutipnya di kebun. Kelihatan lobak ini seakan-akan sedang memakainya dan cincin emas putih ini masih berkeadaan baik seperti hari terakhir ia dilihat.

pelik tapi benar

Monday, August 5, 2013

Isteri selamatkan suami yang cuba bunuh diri

Tanggungjawab seorang isteri bukanlah menjadi pasangan hidup kepada suami semata-mata. Ianya lebih dari itu, malah adakalanya si isteri terpaksa bertindak menjadi perwira bagi menyelamatkan si suami.

Kejadian yang berlaku di Changchun, China ini amat mengejutkan. Seorang isteri telah memegang pergelangan kaki suaminya setelah si suami terjun dari tingkap pangsapuri rumah mereka dalam cubaan untuk membunuh diri.

Dikatakan si suami tersebut mengalami masalah jiwa dan sedang berhalusinasi. Dia kemudiannya berlari ke tingkap yang terbuka. Mujurlah si isteri sempat memegang kaki si suami. Jiran-jiran yang menyedari kejadian tersebut segera membantu wanita ini bagi menarik suaminya ke dalam rumah.

Isteri selamatkan suami yang cuba bunuh diri
Isteri selamatkan suami yang cuba bunuh diri
Isteri selamatkan suami yang cuba bunuh diri

Tuesday, July 30, 2013

Nenek terperangkap di bawah bas, orang ramai berhenti sekadar untuk menangkap gambar.

Gambar yang amat menyentuh perasaan ini mula tersebar di laman Weibo. Antara petikan pada gambar tersebut ialah 'tiada sesiapa yang mahu membantu mangsa kerana masing-masing sedang sibuk menangkap gambar.'

Kemalangan tersebut berlaku di bandar Xi'an, China. Dikatakan mangsa yang berusia sekitar 60-an tersebut sedang melintas jalan bersama cucunya. Tidak semena-mena dia dilanggar oleh sebuah bas awam lalu terperangkap di bawahnya.

Orang ramai yang kebetulan melalui situ segera berhenti untuk menyaksikan kejadian. Malangnya tiada sesiapa pun diantara mereka yang mengambil langkah untuk menghubungi talian kecemasan. Mereka hanya mengeluarkan telefon bimbit masing-masing semata-mata untuk mengambil gambar.

Mujurlah seorang pegawai trafik tiba di tempat kejadian lalu segera menghubungi talian kecemasan. Mangsa dibawa ke hsopital tentera udara dan tiada perkembangan terbaru mengenainya.

Nenek terperangkap di bawah bas, orang ramai berhenti sekadar untuk menangkap gambar.

Sunday, July 21, 2013

Kisah remaja bersikap kebudak-budakan menaiki kereta api

Seorang remaja berusia 24 tahun kelihatan amat teruja menaiki kereta api sambil menjerit-jerit di tetingkap. "Ayah, tengok tu, pokok-pokok tu ketinggalan di belakang!" Ayahnya hanya tersenyum manakala sepasang kekasih yang turut berada disitu berada tidak selesa dengan sikap kebudak-budakannya.

Sekali lagi dia menjerit "Ayah, awan-awan di langit tu ikut kita!" Akhirnya pasangan tersebut bersuara kepada si ayah, "Kenapa pak cik tidak membawa anak pak cik berjumpa doktor?"

Si ayah tersenyum lalu menjawab, "Kami baru sahaja pulang dari hospital, anak saya dilahirkan dalam keadaan buta. Dia baru sahaja mendapat penglihatannya hari ini."

Kisah remaja bersikap kebudak-budakan menaiki kereta api

Cimpanzi yang pandai memasak

Mungkin anda sudah biasa merasai masakan dari air tangan manusia. Adakah anda ingin mencari kelainan dengan merasai sebuah masakan yang dihasilkan oleh seekor cimpanzi?

Agak sukar untuk dipercayai bahawa seekor cimpanzi yang berusia sekitar 31 tahun bukan sahaja mampu menyalakan api sendiri malahan pandai memasak. Semenjak kecil, Kanzi yang tinggal bersama kawanan monyet Great Ape Trust of lowa, sering menonton filem yang berjudul "The Struggle for the fire" berulang kali.

Dari situlah dia mula belajar untuk mengumpul ranting-ranting kering bagi menghasilkan api sebelum memasak di atasnya.

Mengikut sebuah laporan akhbar, Kanzi bukan sahaja pandai menyalakan api dengan menggunakan mancis, malah turut menggunakan kuali untuk memasak burger dengan sempurna. Lebih mengagumkan, Kanzi akan memadamkan sendiri api tersebut setelah tidak diperlukan.

Cimpanzi yang pandai memasak

Monday, July 15, 2013

Free No WiFi Zone

Perkhidmatan WiFi Percuma ditawarkan hampir di mana sahaja tempat yang kita pergi. Orang ramai pula sentiasa sibuk melayari internet dengan menggunakan kemudahan tersebut.

Sebuah syarikat berjenama terkenal iaitu Kit Kat melihat ianya adalah satu kelebihan kepada mereka. Bersesuaian dengan slogan Rehatlah Bersama Kit Kat, syarikat ini tidak menawarkan perkhidmatan WiFi Percuma sebagaimana yang dilakukan oleh syarikat lain, sebaliknya mereka menawarkan Zon Tanpa WiFi Percuma.

Mereka meletakkan sebuah papan tanda besar bersama peralatan elektronik bagi menghadang liputan WiFi di zon yang telah dikhususkan. Peralatan 'WiFi Jammer' tersebut akan menghadang liputan WiFi dalam lingkungan lima meter. Orang ramai yang berada di zon ini pula kebiasaannya akan tertarik untuk membaca akhbar, buku-buku, berehat, dan berbual mesra sesama sendiri.

zon tanpa wifi percuma

Saturday, July 13, 2013

Kisah cinta sejati seorang suami terhadap isterinya

Di South Carolina, kelihatan seorang lelaki berusia 78 sedang memakai papan tanda bagi meminta pertolongan orang ramai untuk menyelamatkan isteri yang telah dikahwininya selama 57 tahun yang menderita akibat masalah buah pinggang. 

Larry Swilling amat menyintai isterinya, Jimmie Sue, dimana mereka telah berkahwin 57 tahun yang lalu. Kasih sayang mereka teruji apabila isterinya amat memerlukan pemindahan buah pinggang. Malangnya tiada seorang pun dari ahli keluarga mereka yang bersesuaian untuk menjadi penderma. Larry akhirnya mengambil keputusan untuk mencari penderma di jalanan.

"Saya tidak kisah apa yang orang katakan. Saya akan dapatkan buah pinggang untuk awak," kata Larry kepada isterinya. Larry pernah kelihatan merayau-merayau di bandar tempat tinggalnya iaitu Anderson, South Carolina, dan bandar-bandar berhampiran sambil memakai papan tanda 'Perlukan buah pinggang untuk isteri.'. Tanpa segan-silu, dia turut bertanyakan kepada orang ramai yang lalu-lalang bagi sesiapa yang ikhlas untuk memberikan buah pinggang kepada isterinya.

Kisah cinta sejati seorang suami terhadap isterinya

Friday, July 5, 2013

Wanita ketagihan darah babi

Seorang wanita mengakui terpaksa melalui rutin harian seperti pontianak kerana mengalami masalah ketagihan darah. Michelle, telah mula meminum darah babi semenjak berusia remaja. Dia mengatakan emosinya kurang baik apabila tidak melakukan perbuatan tersebut.

" Darah sangat penting bagi saya bagaikan air," katanya ketika muncul dalam sebuah rancangan televisyen. "Saya suka meminumnya ketika sedang membaca, berehat, menonton televisyen, dan melukis. Tiada waktu yang tidak bersesuaian untuk saya meminum darah."

Ketagihannya yang teruk menyebabkan Michelle tidak dapat memulakan rutin hariannya tanpa melakukan perbuatan tersebut. "Saya meminumnya bagi mendapatkan tenaga." ujarnya lagi.

Wanita ketagihan darah babi

Monday, July 1, 2013

Bayi berekor di China

Seorang ibu di China merayu pada doktor bagi membantu membuang ekor anaknya, Ekor tersebut mempunyai kepanjangan sehingga tiga inci dan melekat di belakang bayinya yang baru berusia tujuh bulan.

Xiao Wei dilahirkan dengan keadaan spina bifida, dengan kata lain tulang belakangnya tidak membentuk dengan betul. Hasilnya, tulang tersebut menonjol keluar dan terus berkembang.

Chen, ibu kepada Xiao dari Guangdong berkata, "Kami telah meminta pakar bedah untuk membuang ekor tersebut namun mereka menyatakan ianya tidaklah semudah itu."

Pakar bedah Huang Chuanping menerangkan, "Ianya cepat berkembang dan kini membesar sehingga 10 sentimeter. Jika kami memotongnya, ianya akan tumbuh semula. Kami harus memperbaiki saluran tunjangnya terdahulu bagi menghentikan perkara tersebut dari terus berlaku."

Myelomeningocele merupakan jenis spina bifina yang biasa ditemui dan ianya menjejaskan 1 dari 800 kelahiran bayi.

Bayi berekor di China
Bayi berekor di China
Bayi berekor di China

Tuesday, June 25, 2013

Bedah diri-sendiri

Pada tahun 1961, Leonid Rogozov, 27, merupakan satu-satunya pakar bedah yang mengikuti Ekspedisi Soviet Antartik. Semasa ekspedisi tersebut, perutnya terlalu sakit serta mengalami demam. Rogozov memeriksa dirinya sendiri dan mendapati apendiksnya mengalami radang dan akan pecah pada bila-bila masa. Dengan mengenakan bius, akhirnya dia melakukan pembedahan terhadap diri sendiri bagi membuang apendiks tersebut.

bedah diri-sendiri

Tuesday, June 18, 2013

Kereta polis untuk disewa

Tiada sesiapa yang memerlukan sistem keselamatan rumah yang canggih apabila terdapat kereta polis yang diletakkan di luar rumah mereka. Idea menyewakan kereta polis palsu ini dicetuskan oleh seorang usahawan Switzerland, Andras Birrer dimana ianya dikhususkan untuk mereka yang sedang bercuti dan meninggalkan rumah mereka dalam jangka masa yang panjang.

Ianya bermula sebagai sebuah iklan gimik dari sebuah akhbar tempatan dimana terletaknya kampung halaman Andras Birrer sendiri iaitu Sursee, berdekatan Lucerne. Pemilik firma kereta sewa tempatan, Birrer mempunyai idea bernas dengan mengecat Hyundai i40 kepada warna kereta polis Switzerland, malah ianya turut dilengkapi dengan lampu amaran dan mengiklankan ia sebagai cara efektif bagi menangani masalah pecah rumah. Antara yang tertulis dalam iklan tersebut ialah, "Tidak mahu rumah anda dipecah masuk? Anda ingin menjalani percutian tidak lama lagi? Sewalah kereta polis kami, kami akan membiarkan ia di luar rumah anda sepanjang masa." Ianya agak mengejutkan namun orang ramai amat tertarik dengan perkhidmatan luar biasa tersebut. Andras memiliki beberapa biji replika kereta polis dan setiap satunya disewakan pada harga 250 francs seminggu.

kereta polis untuk di sewa

Sunday, June 9, 2013

Monyet berhati mulia

Dua individu buta ingin meminum air di Kuil Ragigudda yang terletak di Bangalore, India. Apabila mereka mengalami kesukaran untuk membuka paip air, seekor ibu monyet datang membantu dengan membukakan pili tersebut untuk mereka. Monyet dan kedua-dua individu tersebut dilihat saling berkongsi air dari pili yang sama dan apabila selesai, haiwan ini menutup semula pili yang digunakan dan meninggalkan tempat tersebut.

ibu monyet

Thursday, May 30, 2013

Peminat tulis surat guna darah haid kepada artis

Mungkin kita pernah terdengar tentang sesetengah peminat fanatik bagi mana-mana artis yang sanggup mencederakan diri serta menulis surat dengan menggunakan darah sendiri semata-mata untuk idola mereka. Namun apa yang berlaku di sini agak berbeza. Seorang peminat setia artis k-pop yang terkenal, Taecyeon telah menulis surat kepada artis tersebut dengan menggunakan darah haidnya.

Setelah diterjemahkan, isi kandungan surat tersebut berbunyi begini, "Saya mendedikasikan surat berdarah haid ini kepada Taecyeon. Ok Taecyeon, kamu tidak dapat hidup tanpa saya. Ditaburi bersama beberapa helaian bulu saya."

surat darah haid

Tuesday, May 28, 2013

Mahu terjun bunuh diri kerana tidak diberikan rokok

Seorang wanita China telah mengugut untuk terjun dari tingkat lima sebuah bangunan hospital melainkan jika dia diberikan rokok. Jia Li Pan, 24, telah pergi ke sebuah hospital yang terletak di Zhongshan, wilayah Guangdong, untuk menjalani sesi kaunseling setelah mengalami kesukaran hihup termasuklah hilang pekerjaan. Dia sedang berada di bilik menunggu semasa meminta sebatang rokok dari pesakit lain.

perempuan China

Namun, pesakit tersebut tidak mahu memenuhi permintaannya. Jia Li mula menjadi tidak terkawal dengan menjerit dan pergi ke balkoni kawasan para perokok sedang berehat. Dia mengugut untuk terjun dari bangunan melainkan salah seorang dari mereka memberikannya rokok. Apabila tiada sesiapa yang mengendahkannya, dia memanjat balkoni dan mengugut untuk membunuh diri.

perempuan China

Semua perokok yang berada di situ bertempiaran lari manakala orang ramai berkumpul di bawah bangunan dan melaporkan perkara ini kepada polis. Seorang pegawai polis memberikannya rokok dan menunggu masa yang sesuai untuk menyelamatkannya. Akhirnya Jia Li dapat ditarik ke tempat yang lebih selamat.

perempuan China

Dalam masa yang sama, pasukan bomba telah memasang jaring keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga jika berlakunya perkara yang tidak diingini. Dia kemudiannya dihantar ke wad psikiatri hospital tempatan.

perempuan China

Seorang jurucakap polis berkata, "Saya percaya dia tidak mengalami masalah mental, namun dia mungkin mendapat khabar yang tidak baik sejak akhir-akhir ini sehingga bertindak diluar kawalan." Jia Li akan diberikan kaunseling dan tidak akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

perempuan China

Sunday, May 26, 2013

Benarkah Taj Mahal dibina atas cinta sejati?

Taj Mahal sering dikaitkan sebagai monumen percintaan. Namun, benarkah ianya dibina dari kasih sayang yang benar-benar ikhlas antara Shahjahan dan juga Mumtaz. Terdapat beberapa fakta mengenai pasangan tersebut yang mungkin agak memeranjatkan dan mengundang perspektif negatif bagi mereka yang mengagungkan monumen ini.

1. Mumtaz merupakan isteri ke-4 dari 7 orang isteri Shahjahan.
2. Shahjahan membunuh suami Mumtaz bagi membolehkan untuk mengahwininya.
3. Mumtaz mati ketika melahirkan anak ke-14.
4. Shahjahan kemudiannya mengahwini adik Mumtaz.

Dari fakta tersebut, Tidak jelas dimanakah erti cinta sejati yang dimaksudkan dengan terbinanya Taj Mahal dan apa yang terlihat hanyalah seorang lelaki yang menggunakan kuasanya sebagai sultan untuk memenuhi kemahuan nafsunya.

gambar taj mahal

Friday, May 24, 2013

Berpindah sambil mengusung rumah sejauh 270 batu

Bagaikan seekor siput, seorang lelaki telah mengusung rumahnya sendiri dengan memikulnya di atas bahu lalu meneruskan perjalanan sejauh 270 batu. Liu Lingchao meninggalkan Bandar Wuzhou di Barat Daya China beberapa bulan yang lalu dan tiba di Bandar Liuzhou semalam.

pindah rumah

Rumah ini telah dihasilkan sendiri oleh Liu sejak lima tahun yang lalu dan mempunyai beban seberat 130 paun. Ianya diperbuat menggunakan tiang buluh dan kemudiannya digabungkan bersama kepingan plastik.

pindah rumah

Lelaki yang berusia 38 tahun tersebut menyara kehidupannya sendiri dengan menjual botol-botol plastik yang dikumpulkan sepanjang perjalanannya.

pindah rumah
pindah rumah

Tuesday, May 21, 2013

11 hari yang hilang dalam sejarah dunia

Fakta menarik mengenai tahun 1752. Jika dilihat pada bulan September 1752, anda akan perasan bahawa terdapat 11 hari yang hilang pada bulan tersebut. Bagaimana ini terjadi?

Penjelasannya ialah, pada bulan tersebut, kerajaan England telah menukar penggunaan kalendar Roman Julian kepada kalendar Gregorian. Tahun bagi kalendar Julian dikatakan adalah 11 hari lebih panjang berbanding kalendar Gregorian. Raja England pada ketika itu telah mengarahkan 11 hari yang berlebihan ini dikeluarkan terus dari kalendar pada bulan tersebut.

Maka, para pekerja yang bekerja pada September 1752 bekerja kurang 11 hari, tetapi mendapat gaji untuk sebulan penuh. Dari situlah konsep cuti bergaji telah dilahirkan. 

11 hari yang hilang dalam sejarah dunia

Monday, May 20, 2013

Pistol berkamera yang antik

Pistol yang digabungkan bersama kamera ini telah dicipta dan digunakan pada tahun 1938 di sekitar Bandar New York. Tarik picunya dan pada masa yang sama ia akan menangkap gambar sasaran ketika peluru dilepaskan.

Beratnya adalah 170 gram dan mempunyai lensa sepanjang 4 cm. Mungkin teknologi sebegini perlu diteruskan bagi memudahkan pihak polis mendapatkan bahan bukti jika berlakunya tembak-menembak bersama penjenayah atau bagi merakamkan imej suspek yang terlepas.

pistol berkamera yang antik

Friday, May 10, 2013

Video: Aksi askar wanita dari China yang amat berbahaya

Ingat sama macam baling belon air ke grenade tu boleh baling dekat-dekat? Mujurlah jurulatih tu sempat ambil langkah drastik bawa lari askar wanita tu bersembunyi, kalau tau mau bersepai daging diorang ni. Agaknya jurulatih tu pun dah serik nak mengajar lepas ni dan tentera wanita tu pun mungkin diharamkan untuk memegang grenade seumur hidup. Kalau macam ni lah caranya, lebih sesuai bagi tugasan di dapur.

aksi askar wanita

Wednesday, May 8, 2013

Gambar Adolph Hitler berseluar pendek yang diharamkan

Gambar-gambar ini diambil sendiri oleh jurufoto  peribadi Adolph Hitler sekitar tahun 1920-an. Imej-imej tersebut jelas menunjukkan beliau sedang memakai seluar pendek. Namun, ianya kemudiannya diharamkan olehnya kerana dikatakan 'menjatuhkan maruah seseorang'.

gambar zaman Nazi
seluar pendek
gambar lama
gambar dulu-dulu
pakai seluar pendek

Tuesday, May 7, 2013

Manusia burung hantu

Martin Joe Laurello, atau nama sebenarnya Martin Emmerling, dilahirkan di Jerman sekitar tahun 1886. Menariknya, dia mampu memusingkan kepalanya 180 darjah seperti seekor burung hantu. Martin pernah mengikuti beberapa kumpulan pertunjukkan seperti Ripley's Believe it or Not, Ringling Brothers, dan Barnum & Bailey bagi memperlihatkan kebolehan luar biasanya. Dia telah berhijrah ke Amerika pada tahun 1921. Dia turut melatih beberapa ekor anjing bagi melakukan aksi akrobatik.

manusia pelik
manusia aneh

Monday, April 29, 2013

Lelaki paling malang dan paling bertuah di dunia

Frane Selak dilahirkan pada 1929. Hidupnya dianggap amat malang kerana sering ditimpa kemalangan maut, tetapi dia amat bertuah kerana dapat terkeluar dari kemalangan tersebut hidup-hidup.

Kemalangan pertamanya berlaku pada musim sejuk, Januari 1962. Ketika itu Selak sedang menaiki kereta api ke Dubrovnik. Secara tiba-tiba tren yang dinaiki tergelincir ke dalam sungai beku dan mengorbankan 17 orang penumpang. Selak dapat keluar dari situ dengan keadaan tangan yang patah, luka-luka kecil serta lebam.

Setahun kemudian, Selak dalam penerbangan dari Zagreb ke Rijeka. Secara tiba-tiba pintu pesawat terpelanting dari kokpit dan Selak sendiri turut ditiup keluar dari pesawat tersebut. Insiden ini mengorbankan 19 orang penumpang. Namun begitu, sekali lagi nasib menyebelahi Selak apabila dia terjatuh di atas timbunan rumput kering dan terjaga selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital dengan sedikit kecederaan.

Pada tahun 1966, Selak berhadapan dengan maut untuk kali ketiga apabila bas yang dinaiki terbabas dan terpelanting ke dalam sungai. Seramai 4 orang individu terkorban dan amat menghairankan apabila Selak keluar dari situ dalam keadaan tiada sebarang kecederaan

Pada tahun 1970, Selak memandu berseorangan dan secara tiba-tiba keretanya terbakar. Mujurlah dia sempat keluar sebelum keretanya meletup. Tiga tahun kemudian, kejadian yang sama berulang dimana keretanya sekali lagi terbakar. Malangnya kali ini hampir keseluruhan rambutnya sempat disambar api.

Pada tahun 1995, Selak berada di Zagreb dan dilanggar oleh sebuah bas tetapi dia hanya mengalami kecederaan ringan.

Tahun berikutnya, Selak memandu di sebuah jalan pergunungan. Dia cuba mengelak kenderaannya dari bertembung dengan trak yang datangnya dari hadapan. Dia melambung ke atas dahan pokok dan kenderaannya pula terjatuh 300 kaki ke bawah sebelum meletup.

Pada tahun 2003, tiada malang yang berlaku sebaliknya dia hanya berhadapan dengan tuah paling besar dalam hidupnya apabila berjaya memenangi loteri bernilai jutaan dolar Croatia.

Lelaki paling malang dan paling bertuah di dunia

Sunday, April 28, 2013

Tahi gajah mampu selamatkan nyawa manusia

Jika anda tersesat di dalam hutan khususnya di Afrika, sudah pastilah anda mulai risau apatah lagi jika terserempak dengan jejak haiwan liar. Namun begitu, anda boleh dikatakan amat beruntung jika terserempak dengan tahi gajah.

Sukar dipercayai sebenarnya tahi gajah mampu menyelamatkan nyawa individu yang tersesat. Jika dinyalakan api pada tahi gajah, ianya mampu menghasilkan asap dalam jangka masa yang panjang sekali gus membantu anda untuk menyalakan api jika diperlukan. Asap tersebut juga mampu menjauhkan nyamuk pembawa wabak maut dari mendekati anda.

Tahi gajah juga mengandungi sumber air yang boleh membantu mereka yang benar-benar terdesak. Mungkin agak jijik dengan perbuatan meminum air dari tahi gajah ini namun mereka yang tersesat sebenarnya tiada banyak pilihan. Mereka harus lakukannya untuk terus hidup.

Saturday, April 27, 2013

Ayah sembunyi mayat anak dalam beg bawa naik bas awam

Seorang ayah tertangkap setelah cuba menyeludup mayat anaknya yang berusia dua tahun ke dalam bas dengan diletakkan di dalam beg. Kanak-kanak tersebut disahkan mati akibat jangkitan tangan, kaki, dan mulut.

mayat dalam beg

Yang Cheng, 35, bersama isterinya Lin Sun menuntut mayat Li di Hospital Hefei yang terletak di wilayah Anhui sebelum dimasukkan ke dalam beg.

Mereka kemudiannya pergi ke stesen bas berdekatan untuk manaiki kenderaan pulang ke kampung halaman di Quqiu.

mayat dalam beg

Namun rahsia tersebut terbongkar apabila seorang kakitangan meletakkan beg tersebut di mesin pengimbas keselamatan dan menemui terdapat kanak-kanak berada di dalamnya.

mayat dalam beg

Pihak polis dipanggil dan Yang terpaksa disiasat. Dia memberitahu bahawa dia terpaksa berbuat sebegitu kerana begitu terdesak dan tidak mampu menggunakan perkhidmatan kereta mayat. Lelaki tersebut kemudiannya dilepaskan tanpa sebarang tindakan dan menyewa teksi untuk meneruskan perjalanan ke rumahnya.

mayat dalam beg

"Kami tidak kaya dan pengurusan jenazah mengenakan bayaran yang mahal. Ianya dilakukan dengan sempurna dan penumpang lain tidak akan tahu apa-apa jika kakitangan syarikat bas tidak membuat kecoh," kata Yang.

mayat dalam beg

Jurucakap polis berkata, "Ianya amat dilarang untuk membawa mayat menaiki kenderaan awam, terutamanya dengan cara yang menjatuhkan maruah. Ianya menjadi tradisi untuk membawa pulang mayat ke rumah, tetapi bukanlah bermakna ianya boleh disumbatkan ke dalam beg."

Wednesday, April 24, 2013

Kata-kata terakhir Marlboro Man

Seorang artis yang memainkan peranan sebagai "Marlboro Man" dalam percetakan serta iklan rokok di televisyen meninggal dunia akibat kanser paru-paru ketika berusia 51 tahun pada Julai 1992. Antara kata-kata terakhirnya ialah, " Jagalah anak-anak anda. Tembakau boleh membunuh anda, dan kehidupan saya telah membuktikannya."

rokok Marlboro

Monday, April 22, 2013

Rumah sumpahan, enam kali dirempuh kenderaan

Rumah ini mungkin terkena sumpahan atau secara logiknya mungkin disebabkan lokasinya yang tidak bersesuaian. Sama ada percaya atau tidak, tembok di hadapan rumah tersebut dirempuh sebanyak enam kali oleh pelbagai jenis kenderaan dalam masa dua setengah tahun.

Sepasang suami isteri yang tinggal di rumah tersebut mengatakan mereka agak malang apabila tiada sesiapa yang mahu membeli rumah mereka setelah mengetahui apa yang berlaku. Tom Wardle, 67, dan isterinya Shirley, 73, mengakui terpaksa membina semula laman rumah mereka sebanyak enam kali sejak tahun 2010.

kereta
gambar kereta
kereta kemalangan
kemalangan kereta
gambar kereta kemalangan
kereta terbabas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...