Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, July 12, 2012

Koleksi limousine paling menarik dan unik

Limousine adalah kereta mewah yang panjang dan jarang berada di atas jalan raya. Selalunya ia digunakan oleh orang kenamaan seperti ahli perniagaan, ahli politik, atau selebriti terkenal. Uniknya, limousine tidak terhad dihasilkan dari mana-mana model kereta. Di Malaysia sendiri terdapat limousine yang dihasilkan dari model Proton. Gambar-gambar di bawah adalah diantara kereta limousine paling menarik yang pernah dihasilkan.


  Beetle Limousine


Corvette Limousine


Dodge Extended-Cab Limousine With Camper


Dual-nosed Escalade Limousine


KAZ, the electric Limousine


World's Longest Limousine


Mini Limousine


Monster Limousine


Pink Hummer Limo


Prius Limousine


Redneck Limousines


Skoda Limousine

sumber- wakafkita

Saintis India temui haiwan pelik seperti ular

Gambar yang disiarkan www.frogindia.org menunjukkan seekor chikilidae dewasa bersama anaknya yang baru menetas.
NEW DELHI - Sejak sebelum era dinosaur lagi satu spesies amfibia yang tidak berkaki hidup bebas di bawah tanah yang beriklim monsun di pedalaman utara India tanpa diketahui saintis.

Sekumpulan saintis India yang menemui spesies baharu amfibia memberikan ia nama chikilidae setelah menggali tanah untuk mencari haiwan berkenaan di hutan selama lima tahun.

Pelik: telur amfibia, yang ditemui di utara-timur India, kelihatan seperti guli telus dengan benih di dalamnya.
Ketua kajian tersebut, Profesor Sathyabhama Das Biju dari Universiti New Delhi berkata, chikilidae tergolong dalam keluarga caecilian iaitu yang paling primitif antara tiga kumpulan amfibia termasuk juga katak dan salamander.

Disiarkan dalam jurnal Royal Society of Londonsemalam, penemuan mereka mengukuhkan lagi bukti bahawa India dipenuhi hidupan amfibia dengan habitat yang perlu dilindungi.


Menurut Sathyabhama, chikilidae bukan sahaja tidak berbahaya tetapi ia turut membantu petani dengan memakan ulat dan serangga yang merosakkan tanaman manakala pergerakan spesies itu di bawah tanah dapat membantu menyuburkan tanah.

Lengkap: telur menunjukkan amfibia curles dengan kelihatan kepala.
Penemuan purba: makhluk, yang ditemui oleh profesor SD Biju,mungkin pernah ditemui di Afrika.
Habitat: Saintis SD Biju (dua dari kiri) bersama pasukannya semasa kerja-kerja mengali tanah di India
Namun, penduduk tempatan kerap membunuh chikilidae kerana tersilap anggap bahawa amfibia itu merupakan seekor ular berbisa.

sumber- Agensi

Ikan Serigala Bermata Tiga

Sekumpulan nelayan di Cordoba, Argentina menemui seekor ikan bermata tiga berhampiran Loji Janakuasa Nuklear. Ikan pelik itu juga dikenali sebagai ikan serigala tiga mata kerana rupanya yang seakan-akan serigala. Di bawah merupakan gambar pelik ikan serigala yang mungkin bermutasi sehingga mendapat tiga mata.


Salah seorang nelayan, Julian Zmutt, berkata pada mulanya tiada siapa yang perasan mata ketiga ikan pelik tersebut kerana waktu itu gelap. “Kami telah lama menjadi nelayan disini dan kami amat terkejut dapat menangkap spesies ikan pelik yang jarang ditemui ini,” lapor Blaze.com.


“Pada masa itu agak gelap dan kami langsung tidak perasan mengenai ikan pelik tersebut. Tetapi kemudian kami melihatnya dengan lampu suluh dan nampak dengan jelas ikan itu mempunyai mata ketiga dan berwajah pelik.“

Menurut Infobae.com, laman berita berbahasa Sepanyol, tasik di mana ikan bermata tiga ditangkap adalah satu takungan di mana air panas dari loji nuklear dipam. Kini, kemunculan ikan pelik bermata tiga menakutkan penduduk tempatan kerana mereka belum pernah menemui spesis seperti itu. Lebih-lebih lagi mereka melihat sendiri keajaiban tersebut.


Mereka bimbang kemunculan ikan bermata tiga mungkin disebabkan oleh mutasi dari air di loji nuklear berhampiran. Selain itu, kemungkinan mutasi turut terkena pada manusia masih belum diketahui.

sumber- Info Gallery

Cacing 3kg Dalam Perut Kanak-Kanak

Satu kejadian pelik telah berlaku dan boleh dikatakan heboh satu Indonesia. Seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 10 tahun mengadu kepada ayahnya bahawa beliau tidak boleh membuang air besar selama 4 hari.Pada ketika itu perut kanak-kanak ini susah kelihatan besar dan kembung,dengan segara ibubapanya menghantar kanak-kanak itu ke hospital. Doktor mengesyaki dalam perut kanak itu mempunyai cacing gelang, setelah di timbang hampir 3 kg cacing di dalam perut kanak tersebut 

Sesiapa yang memegang tanah yang mempunyai telur Ascaris dan tidak mencuci tangan sebelum makan, akan terkena penyakit ini. Hanya dalam 21 hari, telur Ascaris akan matang.

sumber- Kisah 69

Air laut tiba-tiba membeku

Pernahkah anda terfikir di tepi pantai laut, tiba-tiba lautan menjadi beku? Dengan kekuasaan Allah, sebuah lautan yang penuh air boleh menjadi beku. Wah! teruja tapi menakutkan pula difikirkan tentang kejadian pelik ini. Hakikatnya apa saja boleh terjadi. Gambar pelik dibawah merupakan gambar dari sebuah laut yang menjadi beku. Lokasi lautan beku ini terletak di negara Pakistan. Betulkah Pakistan? Walau bagaimana pun terdapat sumber mengatakan ini ialah lautan di Constanta, Romania di mana airnya adalah campuran air masin dan air tawar. Suhu disana sangat rendah sehingga sebahagian dari lautan tersebut membeku. 

Sumber- Bard Bahtiar

5 Kisah Pelik Tapi Benar

Terdapat beberapa kisah pelik yang ternyata benar ingin dikongsikan bersama anda di pagi ini. Kisah ini tidak berlaku di Malaysia, tetap banyak berlaku di negara-neagra luar contohnya di Amerika Syarikat.

Kisah pelik, kebiasaannya ramai mengganggapnya pelik kejadian seumpama itu tidak pernah dilihat lagi sebelum ini. Kejadian pelik sememamngnya membuatkan seseorang itu teruja untuk mengetahuinya. Sebagai contoh, mengenai haiwan pelik, ramai yang merasa ingin tahu bagaimanakah rupa haiwan pelik tersebut dan sebagainya. 


1.Kembar tiga yang lahir dengan selisih waktu 11 tahun.

Kisah Pelik Tapi Benar

Ini benar-benar susah untuk dipercayai bahawa dua gadis dan bayi berusia 3 bulan di dalam gambar di atas adalah kembar tiga,Bethony,Megand dan Ryleigh memang kembar tiga.Walaupun mereka bertiga dikandung pada hari yang sama,Ryleigh lahir 11 tahun kemudian setelah kelahiran saudara kembarnya.Hal ini disebabkan kerana,1 dari 3 embrio telah dibekukan untuk dilahirkan 11 tahun kemudian.


2. Orang yang ditembak di kepalanya,tetapi baru mengetahuinya 5 tahun kemudian.

Kisah Pelik Tapi Benar

Seorang lelaki yang tinggal di Jerman hidup dengan normal dan baik-baik saja selama lima tahun tanpa menyedari dia telah ditembak di kepala.Peluru kaliber 0,22 ditemui ketika lelaki itu pergi ke dokter untuk memeriksanya.Yang dia ingat adalah bahwa dia telah menerima pukulan ke kepala pada tengah malam di sebuah parti Tahun Baru “di tahun 2004,atau 2005″,tapi terlupa tentang hal itu kerana dia “sangat mabuk”.


3. Orang yang menembak seorang remaja kerana memakai seluar baggy.

Kisah Pelik Tapi Benar

Polis di Tennessee mengatakan Kenneth,45 tahun menjadi sangat benci dan marah pada remaja yang memakai seluar baggy dan dia menembak remaja itu di punggung.Pada 25 September,dia didakwa dengan dua tuduhan melakukan serangan dan melepaskan tembakan beberapa kali pada pemuda 17 tahun setelah mangsa menolak untuk menarik seluarnya yang melorot dan menghina kennet dengan gelaran bontot gemuk.




4.Wanita yang memecahkan rekod dunia paling gemuk dengan berat 700 pounds (320 Kg).

Kisah Pelik Tapi Benar

Ketika di usia 20,berat Terri Smith hanya sekitar 120 kilogram.Terri menikahi Myron,pada tahun 1986.Pada usia 32 dia menderita arthritis di lututnya dan tidak mampu untuk berjalan lebih dari beberapa langkah pada satu waktu.Kemudian Smith diberi kerusi roda litrik untuk berkeliling namun disebabkan Kurangnya latihan senaman fizik dan tidak mengubah pola makan menyebabkan berat badannya naik sehingga dia hampir tidak mampu berdiri.


5.Pencuri yang cuba mencuri di muzium dengan menyamar menggunakan rumput.

Kisah Pelik Tapi Benar

Menurut polis di Oregon,Gregory Liascos,suspek yang berumur 36 tahun menyamar ala kamuflase sebelum mencuba untuk menerobosi dinding sebuah muzium batu dan mineral selama beberapa malam pada bulan Oktober dalam upaya untuk mencuri koleksi emas muzium bernilai 0,25 juta dolar.Karyawan Muzium menelepon polis setelah menemukan adanya bekas lubang dipahat di dinding dan meskipun pakaian rumput nya susah untuk dikesan,anjing polis berhasil mengesan suspek.Anjing itu menggigit timbunan tanah yang ditumbuhi rumput,dan tanah itupun menjerit.Gregory ditangkap serta merta setelah penyamarannya terbongkar oleh anjing polis.

sumber- Paklan Kenpachi

Undang-undang pelik di dunia

Undang-undang dicipta adalah untuk mendisiplinkan seseorang itu bagi mengelakkan ia melakukan perkara-perkara yang bertentangan. Namun ada juga undang-undang yang dicipta seperti tidak logik untuk digunapakai.

undang-undang

Undang-undang negara merupakan salah satu cara untuk mendisiplinkan rakyatnya agar tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan. Walaubagaimanapun, undang-undang ini adakalanya betul, dan adakalanya tidak. Ada undang-undang yang bersifat mendidik dan ada juga sebaliknya. Malah ada juga undang-undang pelik hasil ciptaan manusia itu sendiri. Jom ketahui apakah undang-undang tersebut di bawah ini.



Undang-Undang melibatkan manusia :

  1. Anda tidak dibenarkan mati di Houses of Parliament, London.
  2. Mengepam tandas selepas pukul 10 pm untuk orang yang tinggal di sebuah apartmen adalah salah di sisi undang-undang di Switzerland.
  3. Di United Kingdom, wanita hamil boleh membuang air kecil dimana-mana dia mahu, termasuk jika diminta, dalam topi seorang anggota polis.
  4. Di Alabama, ia adalah salah di sisi undang-undang bagi pemandu menutup mata semasa memandu kenderaan.
  5. Wanita di Vermont, Amerika Syarikat mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada suami mereka untuk memakai gigi palsu.
  6. Seorang doktor lelaki di Bahrain hanya boleh memeriksa kemaluan seorang wanita dalam pantulan cermin.
  7. Ia adalah haram untuk mendapatkan akses internet di Burma.
  8. Gula-gula getah adalah salah di sisi undang-undang di Singapura.
  9. Di Scotland, jika seseorang mengetuk pintu anda dan memerlukan penggunaan tandas, anda perlu membenarkan mereka.
  10. Wanita tunggal tidak boleh Parachute pada hari Ahad di Florida.


Undang-undang melibatkan haiwan:

  1. Di Alabama, perlawanan gusti beruang adalah dilarang.
  2. Di Alaska, rusa Amerika utara tidak dibenarkan dilihat dari kapal terbang.
  3. Di Connecticut, ia adalah menyalahi undang-undang untuk mendidik anjing.
  4. Di Arkansas, anjing tidak boleh menyalak selepas 6 PM.
  5. Di Arizona, keldai tidak boleh tidur di dalam tab mandi.
  6. Di Michigan, ia adalah haram untuk membiarkan babi anda bersiar-siar melainkan jika ia mempunyai cincin di dalam hidung.
  7. Di Maryland, ia adalah haram untuk membawa singa menonton filem.
  8. Di Florida, mengadakan hubungan seksual dengan landak adalah haram.
  9. Di Oklahoma, orang-orang yang membuat ‘wajah hodoh “pada anjing boleh dikenakan denda dan / atau dipenjara.
  10. Skunk tidak dibenarkan dibawa masuk ke Tennessee.
sumber- Mummy Nemo

Air Liur Bayi Menjadi Kristal

Penduduk di Tumpang Permai heboh apabila terdapat seorang bayi kecil yang mana air liurnya mampu berubah menjadi batu kristal. Penemuan pelik ini mendapat liputan daripada media semasa.

Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.


Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.

Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.

“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.



Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.

Sumber- Billy Info

Syiling Emas Era Perang Salib Ditemui


TEL AVIV: Satu tempayan syiling emas daripada era Perang Salib yang bernilai hingga AS$500,000 (RM1.58 juta) ditemui tertanam dekat sebuah kubu purba tentera Rom di Israel.

Syiling emas itu ditanam tentera Kristian atas arahan kumpulan panji-panji satria ketika tentera Kristian berdepan serangan berterusan daripada angkatan tentera Islam yang besar.

Kumpulan panji-panji satria itu ditewaskan pada April 1265.

Syiling emas itu yang mempunyai nilai tinggi walaupun pada tahun 1265 dan disangka ditanam - sebenarnya disembunyikan dalam sebuah tempayan pecah bagi mengelakkan ia ditemui.

Kubu berkenaan juga dimusnahkan pada April 1265 oleh tentera Mamluk yang menewaskan tentera Salib dan harta itu hanya terselamat berikutan buah fikiran seorang daripada tentera Kristian.

“Ia ada dalam tempayan kecil yang sebahagiannya pecah,” kata Oren Tal daripada Universiti Tel Aviv kepada Fox News.

“Muslihatnya adalah untuk menanam sesuatu yang pecah dalam tanah dan menimbusnya bagi menyembunyikan syiling emas di dalamnya. “Sekiranya, seseorang menemui tempayan itu, dia tidak akan menggalinya dan tidak akan melihat isi di dalamnya serta menemui syiling emas itu. Apabila kita mula mengalihnya, syiling emas itu akan keluar,” katanya.



Kubu tentera Rom di Taman Negara Apollonia itu telah membongkar sebahagian besar harta karun arkeologi, tetapi saintis yang membuat penggalian lapisan tanah pada kurun ke-13 itu, terkejut dengan penemuan satu tempayan syiling emas. Tempayan tanah liat itu mengandungi lebih 100 keping syiling emas dari zaman tentera Salib menakluk kubu berkenaan yang pada asalnya dibina oleh tentera Rom.

Syiling emas yang ditemui dalam kubu itu merujuk kembali pada zaman empayar Fatimiyah di Afrika Utara dan berusia 200 hingga 300 tahun lebih awal berbanding kubu yang musnah itu. Syiling emas itu dikeluarkan di Tripoli dan Iskandariah dan sangat berharga.

“Syiling era Fatimiyah sangat sukar dikaji.

“Hurufnya kadangkala amat sukar untuk ditafsir,” kata Tal.

Syiling itu boleh dijual hingga AS$5,000 (RM15,887) sekeping, menurut akhbar Israel, Haaretz

sumber- ceritakamidotcom

Hujan ikan di Australia


Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.

Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia.

Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.


Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. 

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.



Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.



Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

sumber- Melayu Kini

Hujan darah di India

Hujan lebat seperti darah ini pernah berlaku di India pada Ogos 2010. Lebih 500,000 meter padu air hujan turun seperti darah. Pada mulanya saintis menyangka ia disebabkan oleh pasir gurun. Setelah kajian lanjut didapati terdapat elemen merah iaitu sel hidup dalam sampel air. Ia bukan berasal dari bumi. Hujan pertama turun di Kottayam dan Idukki yang terletak di kawasan selatan India.


Bukan sahaja hujan merah yang turun. Pada 10 hari pertama musim hujan, hujan dikatakan berwarna kuning, hijau dan hitam. Penduduk tempatan mendapati pakaian-pakaian yang dijemur telah kering tetapi berwarna merah seperti darah. Penduduk tempatan juga mengatakan terdapat bunyi letupan dan hujan renyai selepas satu letupan yang dipercayai dari meteor. 

Sampel air hujan telah dianalisa oleh kerajaan India dan para saintis. Pada Julai 1968, pasir dari gurun Sahara telah diangkut angin dan menyebabkan air hujan berwarna merah di England. Komposisi sel-sel ini terdiri daripada 50% Karbon, 45% oksigen dan 5% elemen lain seperti besi dan sodium. Ia konsisten dengan sel-sel biologikal yang lain dan sel ini juga membahagi. 


Setiap satu meter padu air sampel yang diambil, terdapat 100 gram elemen-elemen merah. Bia dicampurkan kesemuanya (Julai hingga September) maka terdapat 50 tan partikel berwarna merah telah jatuh ke buni. Di University of Sheffield, UK, seorang pakar bernama Milton Wainwright secara microbiologikal memutuskan bahawa elemen-elemen merah tersebut adalah sel kehidupan. Oleh kerana partikel merah ini adalah sel hidup, para saintis meletakkan teori bahawa partikel ini sebagai darah merah. Menurut mereka kemungkinan letupan meteor di udara telah membunuh sekumpulan kelawar. Teori ini ditolak kerana kekurangan bukti sokongan seperti sayap kelawar yang jatuh ke bumi.

Dengan mengaitkan bunyi letupan dan hujan selepas itu, Louis meletakkan teori bahawa sel-sel merah itu adalah hidupan mahkluk asing. Louis menyimpulkan bahawa bahan merah itu berasal dari komet yang memasuki ruang atmosfera bumi dan meletup di ruang udara India. Kajian yang dilakukan oleh Patrick McCafferty dari Queen's University, Ireland telah menjumpai rekod sejarah yang mengaitkan hujan berwarna dengan letupan meteor. McCafferty telah menganalisa 80 laporan hujan berwarna, 20 laporan air bertukar menjadi darah, dan 68 contoh fenomena yang sama seperti hujan berwarna hitam, susu atau madu yang jatuh dari langit.



36 peratus dari sampel berkenaan mempunyai kaitan dengan aktiviti meteor atau komet. Kejadian-kejadian seperti ini pernah berlaku semasa zaman Rome, medieval Ireland dan England dan California pada kurun ke 19.

McCafferty berkata, "nampaknya terdapat perkaitan yang kuat antara laporan hujan berwarna dengan aktiviti meteor, hujan merah di Kerala mempunyai ciri-ciri ini dan ia tidak harus dibiarkan."

Menurut dua orang saintis lain pada permulaannya terdapat awan-awan gas di angkasa (cloud of interstellar gas) yang mengandungi bakteria. Semasa pengecutan awan-awan ini oleh daya graviti, bakteria yang terkandung di dalamnya tidak mati. 

Hujan Katak di Jepun


Pada bulan Jun 2009, Jepun dikejutkan dengan  fenomena aneh yang terjadi ketika hujan turun. Bukannya air yang turun tetapi, haiwan aneh yang berbentuk ikan seperti katak. Hal ini terjadi dibeberapa bandar di Jepun antaranya bandar Taiwa, Nakanoto, Asahi dan Kuki.


Haiwan ini memiliki badan yang panjang dengan diameter 5 cm berbentuk seperti ikan dan katak. sejauh ini tidak ada yang dapat menjelaskan kenapa hal ini boleh terjadi. Beberapa orang menyatakan ini merupakan fenomena yang jarang ditemui pernah terjadi di Jepun dan mereka menyebutnya sebagai "binatang hujan" yang diakibatkan oleh perubahan cuaca yang tidak menentu di negara Sakura ini. badan metereologi Jepun juga tidak dapat menjelaskan apa penyebab terjadinya hal tersebut.


16 Jun, tn.aichi 45 tahun, sekitar jam 8.00 pagi, beliau terkejut dan merasa aneh kerana terdengar sesuatu yang jatuh dari atas keretanya. ketika dilihat, beberapa haiwan tersebut melekat dibahagian atap keretanya.



15 Jun, miyagi 74 tahun, di bandar taiwa, juga melihat kejadian ini, dan mendengar sesuatu yang jatuh diatas atap rumahnya, padahal ketika itu cuaca baik dan tidak hujan.



16 Jun, tn.saitama, jam 1:00 PM di bandar Kuki



17 Jun, toyama, jam 8:40 AM di bandar Asahi



9 Jun, ishikawa, di bandar Nakanoto

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...