Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, December 31, 2012

Mayat lelaki ditemui tersangkut

SUNGAI PETANI - Orang ramai di sekitar Kampung Pengkalan Ikan Bilis, Sungai Lalang gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam sungai dekat sini kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Penduduk kampung, yang enggan dikenali berkata, mayat berusia lingkungan 30-an itu ditemui tersangkut pada sebatang pokok dalam sungai berkenaan.

Mayat lelaki
Bomba terpaksa menggunakan sampan nelayan untuk membawa mayat ke tebing.
“Pada mulanya memang ternampak seperti ada sesuatu tetapi, tidak menyangka ‘benda’ yang tersangkut pada pokok itu mayat manusia,” katanya kepada Sinar Harian.

Tinjauan mendapati, mayat lelaki tersebut berbaju-T warna merah dan berseluar dalam serta memiliki gelang di sebelah kiri pergelangan tangannya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba, Rosdi Ismail berkata, seramai enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

“Kita turut menggunakan sampan nelayan untuk membawa mayat ke tebing sebelum diserahkan kepada pasukan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, siasatan masih dijalankan berhubung kejadian.

“Sehingga kini identiti mangsa belum dikenal pasti namun, berdasarkan keadaan mayat, ia dipercayai meninggal dunia lebih dari tiga hari,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk dibedah siasat.

sumber- Sinar

Gelagat penyangak yang lucu

Sepanjang tahun 2012, ramai penjenayah telah diberkas atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Ketika diambil gambar untuk pengenalan identiti masing-masing, pelbagai reaksi dan penampilan lucu pula yang ditonjolkan. Ada yang mengenakan fesyen yang pelik. Tidak kurang juga ada yang memberi reaksi wajah seperti kurang siuman. Salah seorang penyangak ini diberkas ketika belum sempat habis bercukur. Insiden tersebut menyebabkan separuh wajahnya berjambang ketika gambarnya diambil.

gambar penyangak
penyangak
penjahat
orang jahat
penjenayah
gambar penjenayah
tahanan polis
ditangkap polis
penyangak ditahan polis

2 organ suami selamat isteri

suami dermakan organ untuk isteri

LONDON: Tidak mungkin ada hadiah yang begitu berharga daripada yang diberikan David Whaymand kepada isterinya pada Krismas lalu.

Apabila Carolyn yang menghidap fibrosis sista (cystic fibrosis) diberitahu buah pinggangnya gagal berfungsi dan satu-satunya harapan untuk pulih ialah dengan menjalani pemindahan, suaminya tanpa teragak-agak menawarkan satu daripada buah pinggangnya.

Ia satu tindakan penuh kasih sayang dan membuatkan David gembira untuk melakukannya selepas 15 tahun berkahwin dengan buah hatinya sejak kanak-kanak lagi.

Namun, apa yang menjadikan pengorbanannya lebih menakjubkan ialah, dalam keadaan terdesak yang sama 13 tahun lalu, dia memberikan sebahagian daripada peparunya kepada Carolyn.

Dua sumbangan itu dipercayai adalah yang pertama di dunia. Doktor dan pakar pemindahan berkata, setakat ini tidak ada kes seorang penderma yang masih hidup menyumbangkan dua organnya. Ini kerana bahaya yang dihadapi dalam pembedahan seumpama itu.

Hakikat bahawa penerima dalam kedua-dua kes itu ialah isteri David sendiri menjadikan kisah ini lebih menarik memandangkan adalah sesuatu yang luar biasa bagi seorang suami berupaya mendermakan kepada isterinya kerana untuk mencari organ yang sesuai bagi tujuan pemindahan amatlah sukar.

Pembedahan terbaru itu berjaya dilakukan di Hospital Hamersmith di London Barat pada 12 Disember lalu dan pasangan itu sempat merayakan Krismas bersama di kediaman mereka yang berharga RM2.5 juta di Ingatestone, Essex.

David, 39, akauntan di bank JP Morgan berkata: “Mereka berkata, perkahwinan adalah dalam sakit dan sihat. Apabila saya mengahwini Carolyn. saya tahu ia bukan perkara mudah kerana dia mungkin mati tanpa menjalani pemindahan peparu. Saya tidak teragak-agak untuk menjadi penderma.

“Saya sudah bersedia untuk melakukan pengorbanan yang boleh menyebabkan kedua-dua kami mati.

“Saya tidak sanggup untuk melihat Carolyn mati kerana tidak dapat penderma peparu.

“Dan apabila dia memerlukan buah pinggang, sudah tentu saya bersedia untuk berkorban sekali lagi. “Ia lebih mudah daripada pembedahan pertama,” katanya.

Bagi Carolyn, peguam yang berusia 42 tahun, ia amat sukar untuk menjelaskan pengorbangan David kepadanya.

“Dia lebih bimbangkan penderitaan saya daripada penderitaannya sendiri,” katanya. 

sumber- DM

Masih hidup walau dua kali diisytihar mati

TOMSK (Siberia) : Seorang nenek dua kali bangkit daripada mati, malah terselamat selepas tiga hari berada di sebuah rumah mayat.

Wanita Russia berusia 61 tahun itu diisytiharkan mati sebanyak dua kali oleh doktor tetapi hidup semula, termasuk beberapa minit sebelum dibedah siasat.

Hardy Lyudmila Steblitskaya
HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli.
Hardy Lyudmila Steblitskaya menghabiskan masa tiga hari di rumah mayat yang sejuk ketika keluarganya meratapi kematian bekas tukang masak itu di rumah mereka.

Akhbar Siberian Times melaporkan, kali pertama Hardy mengejutkan doktor, rakan dan keluarganya ialah November tahun lalu dan kali kedua pada Oktober tahun ini.

Dalam kejadian tahun lalu, dia dibawa ke Hospital Wilayah Tomsk dan dirawat beberapa hari kerana tidak sihat.

Apabila anaknya, Anastasia, 29, menelefon hospital, dia diberitahu bahawa ibunya sudah mati.

Anastasia yang begitu sedih mula merancang majlis pengebumian ibunya dan menyampaikan berita itu kepada rakan dan anggota keluarga lain.

Dia membelanjakan RM6,000 untuk membeli bunga, keranda, urusan gali kubur serta makanan. 

Apabila dia ke hospital untuk mengambil mayat Hardy, dia diberitahu supaya tunggu kerana doktor belum menjalankan bedah siasat.

Seorang doktor yang kelihatan terkejut kemudian memberitahu ibunya tidak mati dan masih bernafas di katilnya.

Anastasia yang hampir tidak percaya dengan kata-kata doktor itu, memasuki bilik ibunya dan mendapati wanita itu memanggill namanya. Dia menjerit sehingga beg yang dipegangnya terlepas.

“Saya begitu terkejut hingga terlupa untuk masuk semula ke bilik itu dan memeluk ibu saya. Sebaliknya saya menelefon rakan dan keluarga dan meminta supaya kerja menggali kubur dihentikan,” katanya kepada akhbar itu.

Ibunya hanya ingat bahawa dia berada di hospital itu pada hari Jumaat dan terjaga di rumah mayat pada Isnin.

Pada Oktober lalu, Hardy yang menghidap sakit jantung, dikatakan sudah tidak bernyawa lagi ketika dimasukkan ke sebuah hospital tetapi kali ini doktor berjaya menyedarkannya semula selepas beberapa jam. 

sumber- DM

Mumia bayi dari Peru

Biarpun meninggal dunia pada usia kurang dari 10 bulan, namun jasadnya kini sudah berusia kira-kira 6500 tahun. Itulah keistimewaan mumia bayi dari Peru ini. Mumia yang lebih dikenali sebagai 'Detmold Child' ini diawetkan sekitar tahun 4504-4457 Sebelum Masihi. 3,000 tahun lebih awal sebelum kelahiran King Tut. Cara memumiakannya pula adalah melalui persekitaran gurun yang panas dan kering. Ketika hidup, bayi ini dikatakan mengalami masalah jantung yang serius dan menderita akibat masalah pertumbuhan. Selepas paru-parunya mengalami radang dan gagal untuk berfungsi, bayi ini meninggal dunia dan dimumiakan bersama tangkal azimat yang digantung pada lehernya.

Mumia bayi dari Peru

Mayat terduduk di tepi jalan

MIRI – Seorang pengawal keselamatan yang ingin pulang ke rumah terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang merupakan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) terbaring di tepi jalan di Kampung Luak 3 di sini semalam.

Mayat terduduk di tepi jalan
ANGGOTA polis dan petugas perubatan memeriksa mayat Maxizillian yang ditemui di tepi jalan di Miri semalam.
Mayat Maxizillian Wenceslaus Gadok, 26, dari Kampung Perpaduan Ulu Sungai Dalam ditemui oleh Hamdan Hussain, 27, pada pukul 6 pagi ketika Hamdan hendak pulang ke rumahnya di Bakam dekat sini selepas selesai bertugas di sebuah kilang berhampiran.

“Ketika sedang asyik menunggang motosikal, saya nampak seorang lelaki duduk dengan kaki bersilang dan kepalanya tertunduk di tepi jalan.

“Saya yang pelik dengan keadaan itu terus memberhentikan motosikal lalu menyapanya tetapi tiada jawapan. Saya kemudian menggerakkan badannya dan terperanjat apabila dia terus rebah,” ceritanya sambil memberitahu ketika kejadian mangsa memakai baju seragam Rela.

sumber- Kosmo

Gajah bermain bola sepak

SAURAHA, Nepal - Lapan ekor gajah bermain bola sepak dalam pertandingan gajah terbaik yang diadakan di sini baru-baru ini.

Gajah bermain bola sepak
BEBERAPA ekor gajah menyertai acara bermain bola sepak di Sauraha pada Jumaat lalu. - REUTERS
Pertandingan tersebut diadakan selama tiga hari yang bermula pada Rabu lalu dan berakhir Jumaat lepas.

Selain bermain bola sepak, haiwan-haiwan itu perlu menyertai acara lain seperti gajah tercantik.

Haiwan-haiwan tersebut dikalungkan bunga dan mempunyai corak lukisan pada acara gajah tercantik itu.

Setiap haiwan itu dikendalikan oleh pengembala.

sumber- Agensi

Sunday, December 30, 2012

Rekaan scarecrow yang pelik dan kreatif

Orang-orang atau lebih dikenali sebagai scarecrow sering digunakan untuk menakutkan haiwan terutamanya burung dari menghampiri bendang mahupun ladang. Perkataan scarecrow sendiri diambil dari perkataan scare yang membawa maksud menakutkan dan juga crow bermaksud burung gagak. Kebiasaannya patung ini dipakaikan pakaian menyerupai manusia.

Sesetengah individu pula menggunakan daya kreativiti dengan menghasilkan scarecrow dalam bentuk yang lebih menarik. Namun, adakalanya scarecrow yang direka bukan sahaja mampu menakutkan haiwan tetapi turut boleh menakutkan manusia. Terdapat juga beberapa cerita seram mengenai scarecrow yang berhantu dan akan hidup pada waktu malam. Berikut merupakan beberapa reka bentuk scarecrow yang kreatif dan agak pelik.

scarecrow
patung menakutkan burung
patung
orang-orang
patung takutkan haiwan
patung pelik
patung takutkan burung
patung orang-orang
patung orang

4 maut pesawat Rusia terbabas di lebuh raya

MOSCOW -  Empat penumpang maut manakala empat lagi cedera apabila sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan dan terbelah kepada tiga bahagian ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo di sini, semalam.

Russian Red Wings Airlines
Keadaan pesawat Russian Red Wings Airlines yang terbabas semalam. - Foto ihsan CNN
Pesawat Russian Red Wings Airlines itu dalam perjalanan dari Republik Czech ketika terbabas.

Kementerian Kecemasan Rusia berkata, kejadian itu menyebabkan pesawat Tupolev-204 terbabit melanggar pagar sempadan lapangan terbang dan terbabas di lebuh raya sebelum terbakar.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian juruterbang pesawat.

Ketika kejadian 12 orang berada dalam pesawat itu, tetapi pihak berkuasa telah mengubah angka mereka berada dalam pesawat kepada lapan kemudian.

sumber- Sinar

Orang gelandangan dibakar semasa tidur

Orang gelandangan dibakar semasa tidur

LOS ANGELES - Pihak berkuasa Los Angeles menahan seorang lelaki, kelmarin, kerana disyaki membakar seorang wanita berumur 67 tahun semasa mangsa sedang tidur di perhentian bas.

Menurut polis, suspek berumur lingkungan 20-an dilihat menuang sesuatu ke atas tubuh warga emas gelandangan itu sebelum membakarnya.

Mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

sumber- AP

Garisan jalan raya paling teruk

Entah di mana silapnya, garisan jalan raya yang sepatutnya menjadi panduan kepada pemandu ini bercelaru dan bertindan. Tidak tahulah sama ada kontraktor yang membuat garisan tersebut sedang mabuk atau disengajakan. Yang pasti ianya bukanlah suatu seni yang boleh dikagumi.

jalan raya pelik

Jika dilihat pada kesemua gambar ini, rasanya lebih mudah untuk seseorang memandu di jalan raya tanpa garisan berbanding pemanduan dengan keadaan sebegini. Tidak mustahil juga ia akan menjadi penyebab kepada kemalangan.

garis jalan raya
jalan pelik
garis pelik
gambar pelik
jalan raya paling pelik
garis jalan

Budak 3 tahun maut ditetak ibu saudara

BALING - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dan ibunya cedera selepas ditetak dengan parang oleh ibu saudaranya kira-kira jam 11.30 pagi di rumah neneknya di Kampung Kejai Mukim Tawar di sini.

Mangsa Mohd Muaz Mohd Izwani, 3, maut dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk bahagian kepala, tangan dan leher.

budak maut ditetak
Di rumah inilah mangsa ditetak oleh ibu saudaranya.
Ibu saudara mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan mempunyai masalah mental sejak 20 tahun lalu.

Ketika kejadian, mangsa anak sulung dari dua beradik sedang bermain di beranda rumah neneknya sebelum ditetak oleh ibu saudara itu.

Ibu mangsa yang cuba meleraikan keadaan turut ditetak mengakibatkannya cedera di bahagian leher dan tangan.

sumber- Sinar

Nenek dakwa individu tertua dunia

GUANGXI, China - Seorang nenek yang tinggal di Bama di sini, mendakwa dia merupakan manusia paling tua yang masih hidup.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Luo Miezhen mendakwa, dia berumur 127 tahun selepas menyambut hari lahirnya pada September lalu.

Luo Miezhen
Kad pengenalan Miezhen menyatakan dia dilahirkan pada 1885, namun warga emas itu tidak mempunyai sijil kelahiran untuk membuktikannya.

Wanita itu kini tinggal bersama anak lelakinya yang dikatakan dilahirkan ketika Miezhen berumur 61 tahun.

Jika dakwaan itu benar, perkara itu menjadikannya manusia paling tua pernah hidup selepas wanita Perancis, Jeanne Calmen yang meninggal dunia pada 1997 ketika berumur 122 tahun.

Rekod manusia paling tua yang masih hidup dalam Guinness World Records kini dipegang oleh lelaki Jepun, Jiroemon Kimura.

Kimura yang dilahirkan pada 19 April 1897, menerima gelaran tersebut selepas kematian rakyat Amerika Syarikat (AS), Dina Manfredini, pada awal bulan ini.

Walau bagaimapun, jika Miezhen gagal merampas gelaran itu daripada Kimura, wanita itu dilaporkan telah menarik minat ramai pihak yang ingin mengetahui rahsia hidup lamanya.

Kebanyakan warga emas di Bama mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu lebih 100 tahun.

sumber- AGENSI\

12 rangka manusia purba ditemui

CHOLULA, Mexico - Ahli arkeologi di Mexico, menemukan rangka 12 kanak-kanak dan seorang dewasa yang dipercayai ditanam 800 tahun lalu, kata pakar Institut Antropologi dan Sejarah Nasional.

Rangka-rangka itu ditemui ketika ahli arkeologi berkenaan memantau pemasangan sistem perparitan di kawasan perumahan di Cholula, kira-kira 120 kilometer dari ibu negara Mexico.

Tengkorak pertama ditemui pada 8 Disember lalu dan pakar kemudian berjaya menggali kesemua 12 rangka, kelmarin.

rangka manusia purba
Antara rangka manusia purba dipercayai berusia 800 tahun, yang boleh dilihat di tapak penggalian di Cholula, kira-kira 120 kilometer dari Mexico City, kelmarin. - AFP
Ahli arkeologi, Ashuni Romero Butron berkata, rangka manusia tersebut ditemui beberapa sentimeter di bawah satu bahagian yang diturap.

Beliau berkata, kebanyakan 12 rangka manusia tersebut lengkap dan jantina mereka akan ditentukan selepas pemeriksaan di makmal.

Etnik rangka manusia itu juga masih belum ditentukan, namun Butron menyatakan kawasan itu diduduki oleh etnik Tolteca-Chichimeca dan Olmeca-Xicalanca kira-kira 800 tahun lalu.

April lalu, satu lagi kawasan pengebumian yang mengandungi 17 rangka manusia yang dipercayai berusia 700 tahun telah ditemui berdekatan kawasan tersebut. 

sumber- AFP

Saturday, December 29, 2012

Mayat gelandangan berulat

TEMERLOH - Seorang lelaki gelandangan ditemui mati dalam keadaan berulat di stor flat Jalan Sinar di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat lelaki berbadan gempal itu dipercayai mati tiga hari lalu akibat ulser dalam perut berdasarkan laporan bedah siasat.

mayat berulat
Polis memeriksa mayat lelaki gelandangan yang ditemui dalam keadaan berulat di flat Jalan Sinar, malam kelmarin.
Menurutnya, mayat lelaki Melayu tanpa pengenalan diri itu dijumpai orang awam kira-kira jam 8.25 malam kelmarin sebelum melaporkannya kepada polis.

“Berdasarkan siasatan ke atas seorang rakan si mati, lelaki terbabit dikenali sebagai ‘Emi’ berumur 26 tahun tidak mempunyai musuh dan anak yatim piatu.

“Emi ada mengadu kepada rakannya lima hari lalu mengenai keadaan kesihatannya yang teruk. Dia kerap sakit perut dan pinggang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, semalam.

Abdul Aziz berkata, tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian sekali gus mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat ulser dalam perut,” katanya.

Menurutnya, polis akan mendapatkan kerjasama jabatan pendaftaran bagi mengenal pasti identiti si mati.

Polis menggesa orang ramai atau waris si mati yang mempunyai maklumat tampil menuntut jenazah.

sumber- Sinar

Ilustrasi menarik di atas cendawan

Seni luar biasa dengan penghasilan ilustrasi pada permukaan cendawan. Ianya adalah hasil karya Corey Corcoran, seorang artis dari Boston, Amerika Syarikat.

cendawan

Membuat lukisan ilustrasi bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi jika ianya dilakukan di atas cendawan dari jenis Ganoderma Applanatum. Sedikit kesilapan sahaja, ia boleh mencacatkan hasil karya yang hendak dihasilkan. Tetapi ianya tidak menghalang Corey dari meneruskannya..

karya cendawan

Kebanyakan hasil kerja Corey berukuran antara enam inci hingga dua kaki bergantung pada saiz cendawan tersebut. Tema ilustrasi yang sering digunakannya diinspirasikan dari tumbuh-tumbuhan, serangga, dan juga manusia.

cendawan ilustrasi
cendawan besar
seni cendawan
ilustrasi

Video: Perbuatan jijik, lelaki kencing di landasan kereta api

Lagi perbuatan tidak senonoh yang berlaku di China. Tandas telah disediakan namun lelaki ini tetap tidak mahu menggunakan kemudahan yang ada. Dia kemudiannya membuang air di landasan kereta api. Video ini telah dirakamkan oleh seorang penumpang yang kebetulan berada disitu. Bukanlah tujuannya untuk memalukan lelaki tersebut tetapi sebagai peringatan terhadap masalah moral yang semakin serius.

gambar lelaki kencing di landasan kereta api

Dikatakan ianya amat berbahaya untuk kencing di landasan kereta api. Seseorang itu mampu terkena kejutan elektrik dan kemungkinan boleh mati serta merta. Ini kerana terdapat kira-kira lebih 700 voltan yang mengalir di setiap landasan yang dibina.


Mujurlah perbuatan sebegini masih belum berleluasa di Malaysia. Kalau kita sendiri terjumpa kejadian yang sama apakah yang harus kita lakukan? Jika kita sendiri yang menegur, mungkin akan tercetus sedikit perkelahian. Sebaiknya maklumkan pada pengurusan atau pengawal stesen. Jika dibiarkan, mungkin besok lebih ramai yang akan meniru aksi yang sama.

Wanita bersalin selepas kereta dirempuh perompak di depan rumah

Ceri Fiddes and Daniel Fiddes

LONDON: Seorang wanita bersalin selepas kereta dinaikinya dirempuh perompak yang melarikan diri dari rumahnya, lapor media semalam.

Ceri Fiddes, 33, sebelum itu dinasihati kakitangan hospital supaya pulang dan menunggu beberapa jam lagi walaupun dia mengalami tanda bakal bersalin.

Ketika Ceri dan suaminya, Daniel Fiddes menghampiri rumah mereka, seorang perompak menyerbu keluar, manakala rakan penjenayah itu menunggu di halaman.

Jurucakap polis berkata, Fiddes keluar dari kereta dan cuba menahan perompak terbabit.

Bagaimanapun, perompak terbabit melompat masuk ke kereta dan merempuh kenderaan Fiddes walaupun ketika itu Ceri ada di dalamnya. Jurucakap polis berkata, penjenayah terbabit melanggar kereta Fiddes berulang kali sebelum dapat melarikan diri dari rumah mangsa di Stoney Stratton.

“Apabila polis selesai membuat siasatan, Ceri mengalami kesakitan dan terpaksa dikejarkan ke hospital semula dua jam kemudian,” katanya.

Dia akhirnya selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Jude pada 6 Disember lalu. Menceritakan pengalaman itu, Ceri berkata, ia memang mengerikan.

Katanya, ketika keretanya dirempuh berkali-kali, dia terhuyung-hayang dan Jude hampir dilahirkan di dalam kenderaan.

“Selepas bersalin di hospital pun, saya terpaksa kembali semula ke situ kerana uri saya tidak keluar.

“Anda mungkin dapat membayangkan bagaimana kecohnya hari kami,” katanya. 

sumber- TS

Jodoh pemuda kudung Iraq

LONDON: Tanpa kedua-dua tangan yang terpaksa dibuang akibat perang Iraq, tuah dialami Ali Abbas memang sangat menggembirakannya.

Dalam serba kekurangan itu, Ali berpeluang mengahwini gadis yang menjadi pujaannya sejak kecil. Kini menetap di Britain, Ali, 21, berkahwin dengan Ankam Hamza, 18, dalam majlis penuh emosi yang dilangsungkan selama dua hari di bumi kelahirannya.

Jodoh pemuda kudung Iraq

Menceritakan pengalaman itu untuk kali pertama, Ali berkata, dia bukan saja tidak menyangka dapat menikahi Ankam, malah tidak menyangka terselamat dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di Baghdad sembilan tahun lalu.

Sebagai seorang daripada mangsa paling parah dalam perang Iraq, Ali tidak diberi banyak harapan untuk hidup bagi meraikan ulang tahun ke-13. Banyak pihak juga tidak menjangkakan Ali berpeluang menjadi seorang suami. Selain kehilangan kedua-dua tangan, Ali juga mengalami kesan melecur pada 60 peratus badannya.

Ali juga kehilangan 16 anggota keluarga, termasuk ibu bapanya. Gambar penderitaan Ali itu tersebar ke seluruh dunia dan dia menjadi wajah ikon bagi konflik berkenaan. Kata Ali, dia tidak sangka diberi peluang untuk terus hidup.

“Saya tak pernah membayangkan dapat mencintai seorang wanita dan yang paling pasti, tidak sangka ada peluang berkahwin,” katanya. Menurut Ali, pada hari pernikahan, emosinya bercampur-baur antara sedih dan gembira.

Bagaimanapun, katanya, dia lebih terfikir bahawa dia sangat bertuah kerana dapat bertemu seorang wanita seperti Ankam.

“Memang saya tahu Ankam adalah pilihan tepat kerana dia tidak pernah membiarkan saya terfikir bahawa saya memiliki kekurangan.

“Apabila bersama Ankam, saya berasa seperti lelaki normal,” katanya. Menurut Ali, dia sentiasa dibayangi tragedi pada 2003 itu dan ia turut mengubah hidupnya. Katanya, pada ketika tertentu, dia terdengar jeritan ahli keluarganya ketika bumbung dan siling rumah runtuh menimpa mereka akibat peluru berpandu AS. Ali bernasib baik kerana dikesan seorang jiran masih bernafas di bawah runtuhan bangunan berkenaan.

Selepas dikeluarkan, dia dikejarkan ke hospital.

Penderitaan Ali menyentuh perasaan berjuta orang di seluruh dunia apabila anggota perubatan di Iraq merayu supaya dia diterbangkan ke Kuwait bagi menjalani pembedahan menyelamatkan nyawanya. Akhirnya Ali diterbangkan ke Britain dan diberi bantuan tangan palsu di Hospital Ratu Mary di selatan London. Pada Jun 2010, Ali lulus ujian kewarganegaraan dan disahkan sebagai warga Britain. Sejak itu, Ali pulang ke Iraq beberapa kali untuk bertemu saudara-maranya yang terselamat dalam perang. Dalam kesempatan itu Ali diperkenalkan kepada Ankam yang pernah menjadi temannya ketika zaman kanak-kanak. 

sumber- DM

Bermain dengan beberapa ekor ular sawa

BANDAR MALABON, Filipina - Seorang lelaki bermain dengan beberapa ekor ular sawa di bandar ini semalam.

bermain dengan ular sawa
SEORANG lelaki bermain dengan beberapa ekor ular sawa di Bandar Malabon semalam.
Dia membuat persembahan bagi meraikan kedatangan Tahun Ular berdasarkan kalendar Cina pada bulan depan.

Sejumlah orang menyaksikan persembahan lelaki itu yang berbaring bersama ular-ular tersebut.

Ular sawa Albino Burma merupakan antara yang dipamerkan lelaki berkenaan semasa dia bermain dengan haiwan berkenaan.

sumber- Reuters

10 maut, van jatuh dalam gaung

BEIJING - Seramai 10 orang maut termasuk lima kanak-kanak selepas sebuah van jatuh ke dalam gaung di Dahua, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang semalam.

Van yang membawa muatan berlebihan itu terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung itu di selatan China.

Kenderaan sembilan tempat duduk itu dinaiki sebanyak 20 orang.

van jatuh dalam gaung
GAMBAR menunjukkan van yang terjatuh ke dalam gaung di Dahua, selatan China semalam.
Nahas tersebut berlaku pada pukul 6 pagi waktu tempatan.

Lapan penumpang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Menurut seorang jurucakap pemerintah tempatan, seramai 10 orang yang cedera diberikan rawatan perubatan.

Ibu seorang bayi, Wei Yuefang memberitahu, dia dan keluarganya dalam perjalanan ke Kampung Bahaotun di pekan Qibainong untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Anaknya yang berusia 10 bulan itu kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Yuefang, dia keluargnya tercampak keluar semasa kenderaan berkenaan terjatuh ke dalam gaung.

"Para penumpang yang masih sedar menjerit meminta pertolongan. Penduduk kampung dari kampung berhampiran datang membantu kami," katanya.

Punca kejadian masih disiasat.

sumber- Agensi

Ukiran lembu jantan di sawah padi

JAKARTA - Seorang artis seni, Budi Barnabas menghasilkan ukiran berjudul lembu jantan mendapat kecederaan di kawasan sawah padi di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia.

ukiran lembu jantan
DUA petani berjalan melintasi ukiran lembu jantan di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia kelmarin.
Ukiran kayu itu merupakan sebahagian daripada pameran ukiran di luar bangunan yang dikenali sebagai Tuaian Terakhir.

Pameran tersebut yang akan berakhir pada 31 Disember ini mempamerkan hasil kerja 30 artis seni yang menyuarakan tentang kemerosotan kawasan tanah pertanian. 

sumber- Reuters

Friday, December 28, 2012

Lelaki maut telan 28 telur mentah

TUNIS - Gara-gara nekad menyahut cabaran rakannya, seorang lelaki di Tunisia dilaporkan menemui ajal, menurut stesen radio Shems FM, kelmarin.

Dhaou Fatnassi, 20, dari bandar Kairouan sanggup menelan 28 telur mentah kerana mahu mendapatkan wang taruhan seperti yang dijanjikan oleh temannya.

telur mentah
gambar hiasan
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Fatnassi mengadu sakit perut dan segera dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan.

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...