Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, July 11, 2012

Negara terkecil di dunia hanya dihuni 3 penduduk


Sebagaimana syarat-syarat berdirinya sebuah negara yang berdaulat, maka Republik Molossia memang layak dikatakan sebagai negara Republik terkecil di muka bumi ini, walaupun tidak berdaftar dengan Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun Republik yang memiliki wilayah kedaulatan sendiri ini memang ada secara fakta.

Republik Of Molossia secara geografinya berada di dalam negara Amerika Syarikat iaitu di Dayton Nevada, bermakna negara Molossia dikelilingi oleh negara Amerika Syarikat.

Negara paling kecil ini di pimpin oleh seorang diktator yang bernama Kevin Baugh dimana Kevin ditemani oleh 2 anaknya setelah negara ini diwujudkan  sekitar 30 tahun yang lalu.

Negara Molossian diwujudkan pada 26 Mei 1977. Dikenali pada waktu itu sebagai Republik Grand Vuldstein. James Spielman dinobatkan sebagai Raja James I, dan Kevin Baugh dinobatkan sebagai Perdana Menteri.  Meskipun Raja James I seorang raja, beliau tidak lagi aktif dalam kerajaan pada waktu itu.



Kerajaan tanpa campurtangan raja terus dikembangkan oleh Perdana Menteri. Pada tahun 1980 kerajaan telah berganti dengan nama baru iaitu Kerajaan Edelstein, dan pada tahun 1988 bertukar nama sekali lagi sebagai Kerajaan Zaria. Pemerintahan dijalankan walau tanpa sebiji rumah untuk ditadbir. Perdana Menteri negara tersebut telah berhijrah ke Eropah pada tahun yang sama. Selepas kembalinya dari eropah pada tahun 1992, kerajaan di makmurkan dengan pertumbuhan budaya.

negara terkecil di dunia

Luas Wilayah : 14.3 acres
Date of foundation : 3 September 1999 (Saat di Nevada)
Pemimpin : Kevin Baugh (Ditaktor)
Bentuk Negara : Republic (Dictatorship de facto)
Bahasa : English (Deseret), Esperanto, and “Griko”
Mata Wang : Valora (Dari Koin Kasino)
Ibu Kota : Espera
Time Zone : Molossian Standard Time (UTC-7 hours, 29 minutes)
Penduduk Manusia : 3 (3 lainnya anjing )

negara terkecil di dunia

Tujuh Jam Berbaris Beli Burger


MANILA - Lebih 1,500 penduduk di bandar Manila sanggup beratur panjang bagi menikmati hidangan burger setinggi lima inci pada harga istimewa di Zark's Burgers, terletak di bandar La Salle, Manila, Filipina sempena 'Jawbreaker Day'.

Burger setinggi lima inci itu mengandungi tiga lapis daging, sos keju sayuran dan sos yang dicipta sendiri oleh syarikat berkenaan.

Pemiliknya, Zark berkata, pada hari biasa burger itu dijual pada harga 250 peso (RM19), namun sempena 'Jawbreaker Day' burger berkenaan dijual pada harga 150 peso (RM11).

Menurutnya, sebahagian pelanggan sanggup beratur selama tujuh jam untuk mendapatkan burger berkenaan.



"Kami membuat perubahan dengan mengadakan 'Jawbreaker Day' setiap minggu berbanding sebulan sekali sebelum ini. Mereka yang inginkan burger ini perlu membeli kupon tiket sebagai tempahan awal," katanya.

Beliau berkata, 'Jawbreaker Day' juga menganjurkan pertandingan menikmati burger, kentang goreng dan teh ais terpantas secara percuma.

sumber- Sinar

10 Batu Paling Seimbang Di Dunia

10. Balanced Rock Colorado

Sama seperti namanya, batu ini terletak di the Garden of Gods dekat Pike `s Peak di Colorado springs , Colorado.


9. Balancing Rock, Digby, Nova Scotia, Kanada

Batu ini memiliki ketinggian sekitar 30 meter yang terletak di Nova Scotia, Kanada. Keseimbangannya sangat menakjubkan! Lihat saja betapa menakjubkan bagaimana batu itu mampu berdiri.


8. Idol Rock, Moor Brimham, North Yorkshire, England

Batu Idol ini menurut sumber memiliki berat sekitar 200 tan dan hanya ditampung oleh batu yang sangat kecil di bawahnya.


7. El Torcal de Antequera, Andalucia, Sepanyol

Torcal el de Antequera adalah sebuah menara batuan kapur. Kerana hakisan yang disebabkan oleh angin maka batu tersebut menjadi berbentuk seperti pancake. Lihatlah betapa seimbangnya batu pancake ini.


6. Kjeragbolten, Norway

Kjeragbolten atau Kjerag Boulder adalah sebuah batu seluas 5 meter persegi batuan. Batu itu berada di ketinggian di atas 1.000 meter di udara selama ribuan tahun. Kata orang di sana, selamat untuk berdiri di atas batu tersebut. Tapi jangan lihat ke bawah kerana sangat tinggi dan menyeramkan..


5. Peyrou Clab, Sidobre, Perancis

Peyro Clabado terletak di Languedoc, Perancis. Batu ini mulai terbentuk dan terhakis sedikit demi sedikit pada 300 tahun yang lalu. Batu ini mencapai berat 780 tan.




4. Mushroom Rocks, Kansas, USA

Batu ini dapat telah ditemui di Mushroom Rock State Park , di daerah Hills Smoky . Taman Cendawan Rock State Park berukuran seluas 5 hektar.


3. Chiremba Balancing Rocks, Epworth, Zimbabwe.

Chiremba Balancing Rocks terletak hanya beberapa batu dari Ibukota Zimbabwe atau dari Harare. Batu ini terhasil disebabkan oleh hakisan angin.


2. Mexican Hat Rock, Utah, USA

Dari jauh, batu tersebut akan nampak seperti topi dari Mexico. Mexico Hat terletak di luar Monumen Valley selatan-pusat San Juan County, Utah. Batu ini memiliki lebar 60 kaki dan tebal 12-kaki .


1. The Steady Hand Of Man

Batu ini dibentuk oleh seorang seniman, Daliel Leite. Dia mendapat inspirasi dari objek batu yang seimbang dari seluruh dunia dan ia mencuba untuk membuat batu seimbang oleh tangannya sendiri dalam skala kecil. 

sumber- syok.org

Subhanallah! Gua Ais Terbesar Dunia (10 Gambar)

Sebuah gua ais yang dikatakan terbesar di dunia telah dijumpai di Austria dan mendapat kunjungan ratusan ribu pelancong setiap tahun.


Terdapat pelbagai tempat yang cantik dan menakjubkan di dunia ciptaan Allah ini. Contohnya seperti Tasik Baikal, tasik yang paling panjang dan dalam di dunia. Post kali ini kami nak kongsikan satu lagi keajaiban alam iaitu Eisriensenwelt, gua gua terbesar di dunia yang terletak di Werfen, Austria. Untuk pengetahuan tambahan, Eisriesenwelt adalah bahasa Jerman yang bermaksud “World of the Ice Giants” atau Dunia Gergasi Ais. Ia merupakan gua ais terbesar di dunia dan mempunyai keluasan 30, 000 kaki persegi. Baru 45km sahaja ruang yang telah diteroka. Teruskan membaca untuk melihat gambar di sekitar gua ais ini.



sumber- Melayukini

Lelaki Pelik Pusing Kepala 180 Darjah

Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing, sama ada seseorang itu mampu menyanyi, menari, berlari pantas dan sebagainya. Namun terdapat seorang lelaki luar biasa yang mampu memusingkan kepalanya sehingga 180 darjah.


Seorang lelaki ditemui mempunyai satu kelebihan istimewa yang mana dia mampu memusing kepalanya ke belakang sehingga 180 darjah. Kelebihan luar biasa lelaki pelik ini telah tersebar luas sehingga mendapat perhatian doktor perubatan. 


Mereka telah membuat kajian bagaimana lelaki tersebut mampu memusingkan kepalanya sehingga 180 darjah tetapi masih buntu mencari jawapannya. Anda boleh lihat video bagaimana lelaki pelik ini memusingkan kepalanya sehingga boleh menghadap ke belakang. Macam hantu la pulak.



Tetapi yang paling pelik lagi ialah lelaki pelik ini tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan disahkan normal sepertimana lelaki-lelaki lain. Hmmm looks not normal to me at least.

sumber- Relax sudah

Pramugari Ditiduri Hantu Raya


Seorang pramugari telah diganggu dan ditiduri oleh makhluk halus. Makhluk halus tersebut dipercayai sebagai hantu raya yang pernah disebut nenek moyang kita suatu ketika dahulu.

Cuaca pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Putus tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.


Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.



“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

Disetubuhi

“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

sumber- HMetro

2 tahun tidak menanggalkan makeup

Seorang gadis yang dikenali sebagai Dal mi Bae berasal dari Korea menggunakan make up dan tidak menanggalkanya lebih dari dua tahun. Namun tindakannya itu menyebabkan ia mempunyai paras rupa berumur dua kali ganda.


Gadis ini memberi alasan “Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur” katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.

Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. “Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa,” ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya “Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat,” katanya.



Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae menghubungi sebuah program televisyen di Korea dan menceritakan kisah puterinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawa kulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang. Menurut pakar, membiarkan make-up terlalu lama bukan saja menutup liang-liang roma, tetapi juga boleh menyebabkan risiko penuaan lebih awal.

sumber- Kelana Fana

Koleksi Pokok Yang Pelik

Benda yang pelik semestinya membuatkan kita terpegun. Kini terdapat beberapa jenis batang pokok yang pelik baut tatapan anda. Pokok ini telah dijumpai dari serata dunia.Terdapat beberapa batang pokok yang pelik didapati menyerupai tentang sesuatu benda di dunia ini. Seperti bentuk fizikal perempuan, fizikal raksasa dan lain-lain lagi.

Pokok-pokok ini bagaimanapun tidak membahayakan kepada masyarakat setempat yang ingin datang untuk melihatnya. Jom layan gambar pokok yang pelik ini.



sumber- Melayukini

10 individu terkaya di dunia 2012

Kekayaan dan perniagaan yang dibangunkan mampu melonjakkan nama seseorang sebagai tokoh. Tambahan pula, wajah-wajah mereka sering dipaparkan di muka depan majalah secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai idol. Berdasarkan Majalah Forbes, senarai 10 jutawan terkaya pada tahun 2012 adalah seperti berikut:


carlos slim helu 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Carlos Slim Helu
1. Carlos Slim Helu (lahir 28 Januari 1940), adalah seorang jurutera, usahawan dan dermawan dari Mexico. Dia terlibat dalam industri telekomunikasi. Rangkaian industri telekomunikasinya meliputi negara Mexico dan sebahagian besar Amerika Latin. Dia menguasai telefonos de México (Telmex), Telcel dan syarikat América Móvil. Anaknya Carlos, Marco Antonio dan Patrick Slim Domit menjadi ketua syarikat perniagaannya kini.Kekayaannya di anggarkan berjumlah US$ 69 bilion.


billgates 300x200 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Bill Gates
2. William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia. Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali. Hartanya telah mencecah US$ 61 bilion.


warren buffett1 300x200 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Warren Edward Buffett
3. Warren Edward Buffett (lahir 30 Ogos 1930 di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat) ialah seorang pelabur, ahli perniagaan dan dermawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway. Nilai bersih hartanya dikatakan US$ 44 bilion.






Bernard Arnault Quotes 300x203 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Bernard Arnault 
4. Bernard Arnault (lahir 5 March 1949) adalah orang terkaya dari Perancis. Pengerusi dan C.E.O kepada syarikat LVMH. Beliau juga merupakan pengerusi kepada syarikat Christian Dior SA. Nilai perkiraan kekayaan bersihnya ialah US$ 41 bilion.


Amancio Ortega Zara1 300x215 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Amancio Ortega Gaona
5. Jika sebelum ini kita menyangka kebanyakan individu terkaya mempunyai bisnes yang tiada kaitan dengan fesyen, berbeza pula dengan Amancio Ortega Gaona. Anak kelahiran Sepanyol yang lahir pada 28 Mac 1936 ini, dikenali sebagai ‘pemilik butik fesyen terkaya dunia’, yang dikenali sebagai Zara. Butik Zara kini sudah mempunyai lebih 14 ribu pekerja, dan mempunyai cawangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Usia beliau yang hampir mencecah 80 tahun langsung tidak menghalangnya, daripada terus mendominasi industri fesyen dan bisnes yang lain. Hartanya dilaporkan bernilai US$ 37,5 bilion.


larry ellison 300x225 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Larry Ellison
6. Seorang tokoh bisnes terkemuka di Amerika, Larry Ellison atau nama penuhnya Lawrence Joseph “Larry” Ellison merupakan pengasas dan ketua eksekutif syarikat Oracle Corporation, iaitu sebuah syarikat yang mencipta perisian komputer. Bilionair yang lahir pada 17 Ogos 1944 ini juga merupakan salah seorang individu, yang gagal ketika melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun atas kepercayaan yang tinggi terhadap peluang bisnes yang diceburi, catatan Forbes menunjukkan beliau kini merupakan individu bilionair kelima terkaya di dunia. Kekayaan yang dilaporkan ialah US$ 36 bilion.


eike batista 300x191 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Eike Batista
7. Eike Fuhrken Batista da Silva, atau lebih dikenali sebagai Eike Batista, merupakan usahawan tegar kelahiran Brazil. Beliau lahir pada 3 November 1956 di Brazil, namun zaman kanak-kanak beliau lebih banyak dihabiskan dalam negara-negara Eropah seperti Jerman. Sehingga kini, Eike Batista mempunyai pelbagai bisnes, termasuklah perlombongan. Ini kerana ayah beliau, Eliezer Batista da Silva, merupakan bekas seorang pegawai tinggi syarikat perlombongan Vale S.A. Individu yang kini berusia 54 tahun ini kini memiliki aset sebanyak US$ 30 bilion. Antara sektor bisnes beliau yang aktif sehingga hari ini, adalah perlombongan dan minyak.


stefan persson 300x197 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Stefan Persson
8. Stefan Persson pengasas Swedia berusia 64 tahun ini jumlah kekayaannya mencapai angka US$ 26 bilion. Perniagaan yang membolehkan beliau disenaraikan di sini adalah H&M, perusahaan dalam bidang fesyen.


li ka shing 300x210 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Li Ka-shing
9. Li Ka-shing adalah jutawan yang terkaya dari Hong Kong. Li (dilahirkan pada 1928) di Chiu Chow, sebuah kota pantai di sebelah tenggara China. Pada 1940, beliau telah menyeberang ke Hong Kong bersama seluruh keluarganya untuk menjauhi peperangan. Kini, beliau mengusahakan pelbagai jenis perniagaan yang begitu menguntungkan. Jumlah anggaran kekayaannya ialah US$ 25,5 bilion.


Karl Albrecht Biography 300x225 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Karl Hans Albrecht
10. Karl Hans Albrecht (lahir 1920) adalah seorang ahli perniagaan Jerman yang mengusahakan supermarket bercawangan  iaitu Aldi bersama saudaranya Theo Albrecht. Jumlah kekayaannya ialah US$ 25,4 bilion.

20 jam tangan paling mahal di dunia

Jam tangan adalah di antara aksesori paling popular sejak beratus tahun dahulu. Harganya di antara RM3 hinggalah jutaan ringgit bergantung pada bahan yang digunakan dan jenamanya. Di bawah ini adalah di antara 20 jam tangan termahal di dunia. Sebenarnya masih banyak jika hendak disenaraikan malahan ada yang jauh lebih mahal. Rasanya 20 jam tangan paling mahal di dunia yang tersenarai ini sudah cukup untuk dijadikan info.


20 jam tangan paling mahal di dunia
20. Baume & Mercier
William Baume Flying Tourbillion
Price: $75,000*
Dibuat hanya 10 unit saja untuk edisi ini


20 jam tangan paling mahal di dunia
19. Tag Heuer (Milik Moët Hennessy Louis Vuitton)
Monaco V4 (Dengan bingkai platinum
Price: $80,000
Dibuat hanya 150 unit diseluruh dunia untuk tipe ini


20 jam tangan paling mahal di dunia
18. JeanRichard
Paramount Tourbillion Linear Power Reserve
Price: $128,000
Dengan 18 karat emas putih dan kulit buaya


20 jam tangan paling mahal di dunia
16. Glashütte Original
Julius Assmann 4 in white gold
Price: $161,000
Berbahan gabungan Red Gold dan Rose Gold


20 jam tangan paling mahal di dunia
15. Porsche Design
Indicator P´6910 in rose gold
Price: $225,000
Dibuat dengan Rose GOld dan lapisan PVD Titanium


20 jam tangan paling mahal di dunia
14. Panerai
L’Astronomo Luminor Tourbillion 1950 Equation of Time in rose gold
Price: $235,000
Dibuat hanya 30 unit saja untuk edisi ini, dilengkapi dengan indikator matahari terbit dan terbenam


20 jam tangan paling mahal di dunia
13. Breitling
Grande Complication
Price: $280,716
Dengan 18 Karat Emas Kuning dan berbagai indikator unik dibuat produsen mobil mewah Bentley


20 jam tangan paling mahal di dunia
12. IWC
Grande Complication
Price: $318,000
Dibuat dengan gabungan Platinum dan Brecelet hanya diproduksi  50 unit


20 jam tangan paling mahal di dunia
11. Concord
C1 Tourbillion Gravity
Price: $320,000
Dibuat dengan 18 karat emas mampu bertahan di kedalaman air 30 meter


20 jam tangan paling mahal di dunia
10. Montblanc
Grand Tourbillion Heures Mysterieuses in platinum
Price: $365,750
Ada 2 versi yaitu yang terbuat dari emas putih dan emas merah dimana diproduksi hanya 8 unit saja untuk edisi ini


20 jam tangan paling mahal di dunia
9. Chopard
Secret
Price: $508,000
Bertatahkan berlian dan hanya diproduksi 2 unit saja untuk koleksi pribadi


20 jam tangan paling mahal di dunia
8. A. Lange & Söhne
Tourbograph “Pour le Mérite”
Price: $508,900
Hanya diproduksi 50 unit dengan memiliki dua Chronograph


20 jam tangan paling mahal di dunia
7. de Grisogono
Meccanico dG S25D
Price: $590,000
Diproduksi hanya 20 unit berbahan emas pink dan bertatahkan berlian


20 jam tangan paling mahal di dunia
6. Greubel Forsey
Quadruple Tourbillion
Price: $690,000
Memiliki 2 Tourbillion dan berbahan platinum serta kulit buaya


20 jam tangan paling mahal di dunia
5. Vacheron Constantin
Malte Tourbillion Regulator
Price: $700,000
Memiliki kombinasi 263 karat berlian dan 274 karat berlian


20 jam tangan paling mahal di dunia
4. Omega
Constellation Baguette
Price: $708,742
Memiliki 457 butir berlian diatasnya berjumlah 30 karat, dengan bingkai emas putih


20 jam tangan paling mahal di dunia
3. Breguet
Classique 5349 Grande Complication
Price: $755,000
Dibuat oleh Swatch dengan dasar berlian serta emas putih


20 jam tangan paling mahal di dunia
2. Audemars Piguet
Jules Audemars Grande Complication
Price: $780,600
Terbuat dari case titanium memiliki banyak indikator dari detik menit hinga fase bulan


20 jam tangan paling mahal di dunia
2. Jacob & Co.
Crystal Tourbillion
Price: $900,000
Gabungan emas putih dan 17,45 karat berlian juga kristal


20 jam tangan paling mahal di dunia
1. Hublot
Million $ Black Caviar Bang
Price: $1,000,000
Inilah yang termahal dengan jumlah 544 berlian hitam khusus total 34,5 karat dibuat tahun 1980 oleh Moët Hennessy Louis Vuitton.

sumber- sheikh-musa.blogspot, cari forum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...