Rumah paling mahal di dunia sudah tidak digunakan dan ditinggalkan kerana pemiliknya percaya jika berpindah ke situ akan membawa nasib buruk.
Menara 27 tingkat berharga 1 bilion dolar di Mumbai, yang dipanggil Antilia, dibina untuk manusia terkaya di India, Mukesh Ambani - yang disenaraikan oleh Forbes sebagai orang yang kesembilan terkaya di dunia dengan kekayaan $27 billion dolar.
Tetapi spekulasi telah berkembang kenapa Encik Ambani, isterinya Nita, dan kedua-dua anak mereka tidak berpindah ke rumah baru mereka yang terlampau mewah ini.
Menurut laporan, keluarga Ambani risau berkenaan bangunan itu tidak selaras dengan prinsip-prinsip seni bina purba India vastu shastra (versi Hindu feng shui), dan enggan untuk menetap di situ kerana takut rumah akan laknatkan mereka dengan nasib malang.
Tetapi pemiliknya kembali pada akhir setiap parti ke rumah asal mereka, tidak pernah tinggal bermalam di situ.
Vastu, falsafah yang memberi panduan pada senibina kuil Hindu, menekankan kepentingan menghadap matahari terbit - dan walaupun jumlah yang mengejutkan telah dibelanjakan untuk Antilia, sebelah timur bangunan tidak mempunyai tingkap yang cukup atau bukaan lain untuk membolehkan penghuni-penghuninya menerima cahaya pagi yang mencukupi.
Sebagai ganti dari berpindah ke rumah impian mereka, Ambanis terus tinggal di menara yang lebih sederhana, pangsapuri 14 tingkat di hujung selatan bandar dimana mereka berkongsi, di tingkat yang berbeza, dengan seluruh keluarga mereka.
Seorang jurucakap Industri Reliance syarikat Encik Ambani, menolak soalan mengenai sama ada keluarga itu enggan tinggal di Antilia sebagai gosip terbiar.
sumber- mail online
0 comments:
Post a Comment