Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, August 13, 2012

Gadis terkecil di dunia

Sekali pandang, Liang Xiaoxiao kelihatan seperti kanak-kanak berusia satu tahun, namun realitinya, gadis kecil kelahiran China ini sudah menjangkau usia 3 tahun. Liang lahir dengan berat 1.05 kg dan setinggi 33cm. Kini, berat gadis kecil itu hanya bertambah sebanyak 1kg sahaja dan tingginya pula ialah 54cm.

Gadis terkecil di dunia

Liang telah dinobatkan sebagai gadis terkecil di dunia. Difahamkan, kanak-kanak istimewa tersebut mengalami mutasi genetik yang menyebabkannya tidak boleh membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Gadis terkecil di dunia

Menurut ibu Liang, dia melayan anaknya sama seperti kanak-kanak seusianya yang lain. Liang tetap mampu bermain dengan riang dan tersenyum.

Gadis terkecil di dunia

Isteri henyak kepala suami

lesung batu

KUALA LUMPUR: Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berkenaan mengajak suaminya untuk membeli baju raya.

“Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir,” katanya.

Sumber berkata, wanita itu tidak berputus asa sebaliknya terus memujuk suaminya itu untuk membawanya ke pusat beli-belah.

sumber- HMetro

Nama saya Harry Potter!

Hidup menjadi sungguh rumit selepas buku, filem Harry Potter diterbitkan
Hidup menjadi sungguh rumit selepas buku, filem Harry Potter diterbitkan
PERSAMAANNYA memang ada - kesan parut pada dahi.

Tetapi perkara paling jelas yang mereka kongsi ialah 11 huruf yang membentuk dua nama pendek - Harry Potter.

Dan Harry Potter sebenar boleh mengesahkan, kehidupannya menjadi haru-biru kerana berkongsi nama dengan watak dalam filem sihir.

Potter sebenar berdepan dengan pelbagai masalah termasuk daripada orang awam, polis, syarikat telefon hingga kepada pengadil bola sepak hanya kerana dia berkongsi nama dengan tukang sihir terkenal seluruh dunia.
Potter yang lahir pada 1989 menjalani hidup normal seperti kanak-kanak lain selama lapan tahun. Tetapi hidupnya berubah selepas buku pertama JK Rowling, Harry Potter And The Philosopher's Stone diterbitkan.

Ia menjadi lebih buruk apabila filem pertama ditayangkan.

Namanya menyebabkan dia menjadi bahan lawak manakala dalam urusan rasmi, termasuk dengan polis dan syarikat telefon, dia ditempelak kerana disangka cuba berjenaka.

Ibunya, Tracey Shaw, 47, tidak pernah menyangka nama yang dipilih untuk anak pertamanya itu akan menjadi fenomena di seluruh dunia.

"Orang ramai menyangka namanya diambil bersempena Putera Harry. Dan itulah gelarannya ketika masih kanak-kanak. Kami memanggilnya Putera Harry," kata Tracey.

Menurut Potter hidupnya berubah selepas buku Rowling diterbitkan.

"Alangkah bagus jika dia tidak menggunakan nama saya. Pada mulanya saya sangka ia baik tapi kini saya rasa seperti 'disihir' dan saya sentiasa dijadikan bahan jenaka atau ditempelak setiap kali berurusan dengan pihak lain.

"Ramai yang terlupa saya menjadi Harry Potter sebelum buku Rowling. Saya berusia sembilan tahun sebelum buku pertamanya diterbitkan," katanya.

Ibunya turut membeli buku pertama itu tapi mereka tidak menjangka apa yang akan berlaku selepas itu.

"Setiap kali bermain di sekolah, guru-guru akan mempersenda nama saya dan ia menyebabkan saya menjadi pendiam. Selepas 12 tahun, saya kini tidak lagi boleh mengira berapa banyak saya dipersendakan dan ada kalanya saya hilang sabar," kata Potter.

Hakikatnya, Potter adalah pemuda biasa yang bekerja di Bank Lloyds TSB. Ketika mengisi borang untuk memohon pekerjaan itu, tiada siapa percaya dia menulis nama sebenarnya.

"Pada masa ini, saya satu-satunya pekerja yang tidak perlu menyebut nama ketika menjawab panggilan telefon. Jika saya memperkenalkan diri, ia pasti akan menjadi bahan jenaka."

Jika Daniel Radcliffe yang memegang watak Harry Potter dalam filem sihir itu dan berusia 20 tahun seperti Potter sebenar, menjalani kehidupan mewah, Potter sebenar berkata, dia cukup gembira jika dapat membeli rumah bersama buah hatinya, Philippa Hall, 18.

Mengimbau kembali detik kali pertama berkenalan dengan Philippa, Potter berkata, dia terpaksa menunjukkan pasportnya untuk mengesahkan namanya.

"Saya menunjukkan pasport, lesen dan kad bank untuk meyakinkannya. Malah saya juga terpaksa berdepan situasi sama apabila ingin melakukan pelbagai perkara, termasuk membeli tiket semusim kelab bola sepak Portsmouth FC .

"Saya minat bola sepak tapi saya berdepan masalah di pejabat tiket. Mereka pada mulanya tak percaya Harry Potter adalah nama saya tapi bila berjaya meyakinkan mereka, ia menjadi bahan jenaka pula. Masalah itu tidak pernah berakhir.

"Saya juga bermain bola sepak untuk liga tempatan dan apabila menang, media tempatan pasti akan mendakwa saya menyihir pihak lawan," katanya lagi.

Meskipun tujuh buku buku Harry Potter dan filem mengaut keuntungan STG15 bilion (RM84.6 bilion), bagi Potter, dia hanya inginkan hidup normal.

"Saya hanya mahu masyarakat percaya itulah nama saya," katanya.

sumber- HMetro

Bercumbu lepas buka puasa

Adnan Mohd Zin
Pasangan pelajar IPTS (duduk) ditahan kerana bercumbu-cumbuan di tempat awam.
PETALING JAYA - Empat pasangan kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh ditahan anggota Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di beberapa lokasi di sekitar Damansara Damai awal pagi, semalam.

Dua pasangan masing-masing berusia 19 tahun yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dicekup ketika sedang bercumbuan di belakang sebuah rumah kedai.

Manakala dua lagi pasangan ditahan di sebuah kawasan gelap di Damansara Prima dekat sini.

Ketika disoal siasat, pasangan pelajar itu mendakwa sedang bercuti dan mengaku sudah menyewa bilik hotel untuk bermalam bersama manakala dua pasang lagi memberi alasan baru pulang selepas berbuka puasa.

Ketua operasi, Adnan Mohd Zin berkata, operasi kali kedua sepanjang Ramadan itu dilakukan bagi membanteras kegiatan maksiat di perumahan itu.

Difahamkan, seramai 30 anggota terlibat dalam operasi cegah maksiat melibatkan kawasan  di sekitar hotel bajet.

“Selain remaja, kebanyakan orang luar datang ke sini untuk melakukan maksiat ditambah dengan kewujudan beberapa hotel bajet di sini,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke masjid menaiki van jenayah sebelum diberi tazkirah dan nasihat oleh Imam Masjid Al-Muhtadin, Ustaz Fadil Mohd Nor manakala keluarga pasangan turut dihubungi.

sumber- Sinar

Wanita Lahirkan Bayi Seakan Kera

Kisah benar ini terjadi di Turki dan amat mengemparkan. Seorang ibu di negara tersebut melahirkan seorang bayi manusia tetapi dengan susuk tubuh yang lebih mirip kepada seekor kera. 

Wanita Melahirkan Bayi Seakan Kera

Bagimana kejadian tersebut berlaku masih menjadi tanda tanya. Mata dan wajahnya tidak seperti manusia, tetapi tubuhnya kelihatan sedikit seperti manusia.  Mungkinkah ianya disebabkan kerosakan genetik sehingga terjadi perubahan drastik? Yang pasti, ianya terjadi diatas kehendak dan kekuasaan tuhan.

Pemuda bersolat di atas teksi di New York jadi tontonan ramai

Pemuda bersolat di atas teksi di New York jadi tontonan ramai

Pemuda bersolat di atas teksi di New York jadi tontonan ramai! Solat adalah kewajipan setiap muslim dan merupakan tiang agama. Umat Islam wajib menunaikan solat 5 waktu dalam apa jua keadaan. Untuk sesiapa yang tinggal di negara majoriti Islam mungkin tidak ada masaalah. Kita boleh singgah di mana-mana masjid atau surau berdekatan. Tetapi bagaimana jika tinggal di negara majoriti bukan beragama Islam ?

Pemuda bersolat di atas teksi di New York jadi tontonan ramai
Pemuda bersolat di atas teksi di New York jadi tontonan ramai

Di bawah ini menunjukkan keteguhan seorang muslim menjalankan kewajipannya untuk bersolat. Tanpa berlengah-lengah dia menunaikan ibadah wajib itu di atas bonet teksi dengan beralaskan sejadah. Kejadian ini berlaku di New York, Amerika Syarikat. Durasi tayangan video itu hanyalah 34 saat. Kualiti gambarnya juga agak baik. Mungkin diambil menggunakan kamera berdefinisi tinggi oleh individu yang pelik melihat kejadian ini.

Pemuda bersolat di atas teksi di New York jadi tontonan ramai
Pemuda bersolat di atas teksi di New York jadi tontonan ramai

Dalam video itu kelihatan seorang pemuda bersolat di atas teksi di tepi jalan raya. Dia kelihatan khusyuk menunaikan ibadahnya. Mereka yang lalu-lalang melihat aksi lelaki tersebut. Mungkin bagi mereka ianya terlalu asing dan pelik. Maklum sahaja, sejak peristiwa serangan ke atas WTC beberapa tahun yang lalu, sentimen anti-Islam meningkat di Negeri "Uncle Sam" itu.

Pemuda bersolat di atas teksi di New York jadi tontonan ramai

Restoran di dasar laut

Restoran Ithaa Undersea terletak 16 kaki di bawah paras laut di Conrad Maldives Rangali Island Hotel, Rangalifinolhu, Maldives. Ia merupakan restoran pertama yang diperbuat sepenuhnya dari kaca yang terletak di dasar laut. Ruangnya 16x30 kaki dapat menampung  kapasiti maksimum 14 orang dalam satu-satu masa, dan kos makanannya antara $ 120.00 - $ 250.00 bagi setiap individu. Hotel ini mengesyorkan supaya pelanggan membuat tempahan 14 hari lebih awal untuk memudahkan segala urusan.

Restoran di dasar laut

Restoran di dasar laut

Restoran di dasar laut

Restoran di dasar laut

Restoran di dasar laut

Restoran gua batu kapur yang unik

Gua batu kapur semulajadi ini terletak di Laut Adriatik, Itali dan juga dikenali sebagai ‘Gua Musim Panas’ kerana tempat ini hanya dibuka pada musim panas sahaja, iaitu pada bulan Mei hingga Oktober. Gua ini dihiasi menjadi sebuah restoran gua batu kapur yang romantik dan menjadi tarikan utama kepada pasangan yang inginkan suasana romantik sambil menikmati makan malam mereka pada musim panas.

Restoran gua batu kapur yang unik
Restoran gua batu kapur yang unik
Restoran gua batu kapur yang unik
Restoran gua batu kapur yang unik
Restoran gua batu kapur yang unik
Restoran gua batu kapur yang unik
Restoran gua batu kapur yang unik

Restoran tergantung yang extreme

Dinner in the Sky merupakan satu tempat makan yang tinggi dimana ia boleh menampung seramai 22 orang untuk menikmati suasana makan malam di atas udara. Ketinggian tempat tersebut adalah 180 kaki dan sudah semestinya faktor keselamatan kepada pengunjung menjadi keutamaan apabila kerusi yang lembut untuk makan malam dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan. Meja makan dan kerusi disambung dengan kren dimana ia akan mengangkat pengunjung ke atas udara.

dinner in the sky
dinner in the sky
dinner in the sky
dinner in the sky
dinner in the sky
dinner in the sky

Lari panik

PERIKSA...anggota forensik membuat pemeriksaan di tempat kejadian.
PERIKSA...anggota forensik membuat pemeriksaan di tempat kejadian.
ALOR GAJAH: Sekumpulan empat penjenayah sanggup menggunakan bom untuk memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Pekan Masjid Tanah, di sini, pagi semalam.

Kejadian jam 3.40 pagi itu bukan saja memusnahkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit, malah bahagian depan serta tingkat bawah bank berkenaan.

Penjenayah yang menaiki dua motosikal itu, bagaimanapun pulang tangan kosong berikutan gagal mengambil wang kerana panik selepas letupan kuat itu memusnahkan struktur bank berkenaan.

Saksi kejadian, Mohd Nazirul Mohd Nor, 26, berkata, dia yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian terkejut terdengar letupan kuat.

“Letupan itu menggegarkan hadapan rumah dan saya keluar melakukan pemeriksaan sebelum melihat serpihan kaca berkecai di merata tempat berdekatan bank. “Malah terdapat serpihan komponen tertanggal tercampak 15 meter ke seberang jalan akibat letupan itu,” katanya.

Menurutnya, dia menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, polis menerima panggilan orang awam jam 3.40 pagi memaklumkan kejadian lalu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.

“Letupan kuat itu bukan saja memusnahkan hampir keseluruhan bahagian bawah bank malah siling tingkat yang menempatkan bahagian pengurusan runtuh selepas berlaku keretakan pada dinding.

“Penjenayah dipercayai menyasarkan tiga mesin wang, dua daripadanya mesin ATM dan satu lagi mesin deposit tunai, namun disebabkan letupan kuat, mereka melarikan diri,” katanya. Turut berada di lokasi Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan), Superintendan R Gunarajan; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan Md Dom Dollah dan Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam, Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani. Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan pengawal keselamatan yang ditugaskan difahamkan baru saja meronda sekitar kawasan bank berkenaan.

Sehubungan itu, sepasukan anggota Unit Forensik dan Pengesan Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan, penjenayah menunggang motosikal Yamaha 125Z dipercayai cuba merompak bank berkenaan untuk mendapatkan wang menggunakan bahan letupan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan pecah masuk bangunan dan Seksyen 436 kanun sama atas kesalahan memusnahkan struktur bangunan. Manakala Seksyen 8 Akta Bahan Letupan atas kesalahan memiliki bahan letupan,” katanya.

sumber- HMetro

Rita Rudaini Diugut Suami Gara-Gara ‘Melodi’

Rita Rudaini Mokhtar

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar telah menerima mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berbau ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak selepas wanita itu membuat kenyataan mengenai rumah tangga mereka dalam Melodi di TV3 pada Ahad.

Rita, 36, dalam mesejnya kepada wartawan mStar Online memberitahu, dia menerima SMS daripada Aidil, 25, yang antara lain berhasrat mahu membalas dendam dengan memalukan Rita dalam rancangan tersebut.

“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad).

“Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,” kata Rita pada Ahad.

Menerusi rancangan Melodi itu Rita yang ditemu bual wartawan Azmi Jamsari mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga.

Malah Rita juga memberitahu Aidil sebenarnya sudah termakan hasutan pihak ketiga yang akhirnya menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Rita dalam Melodi itu juga turut menyerahkan kepada takdir bagi menentukan jodohnya dengan suami.

Dalam perkembangan berkaitan Rita menambah, selama ini Aidil juga banyak memberi kenyataan termasuklah melalui rancangan hiburan tersebut tetapi dia mengambil peluang untuk tidak melenting.

Bagaimanapun Rita kecewa apabila kenyataannya pada Ahad mendapat reaksi negatif daripada Aidil sehingga sanggup menghantar SMS berbentuk ugutan.

“Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?” soal Rita.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.

sumber- MStar

Tragedi ketika jemput tunang

Tragedi ketika jemput tunang
Mangsa yang patah kaki dan tangan kanan dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan.
ALOR GAJAH - Seorang pengusaha syarikat pelancongan cedera parah selepas kereta dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 221 Lebuhraya Utara - Selatan, berdekatan susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, kereta jenis Toyota Vios yang dipandu mangsa, Ahmad Norman Hafiz Jannet Hussain, 35, seorang warga Pakistan dari Kuala Lumpur, menuju ke Tampin untuk menjemput tunangnya.

Kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang treler yang membawa muatan makanan ayam untuk dihantar ke Kluang, Johor.

Difahamkan, treler terbabit berada di laluan tengah ketika mangsa cuba memotongnya.

Akibat kemalangan itu, Ahmad Norman Hafiz patah kaki dan tangan kanan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan 2, Chee Hong Chuan berkata, dua jentera membabitkan enam anggota Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dan Rembau bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima maklumat awam.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati masih lagi tersepit di tempat duduk pemandu. Bagaimanapun, anggota bomba mengambil masa kurang 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang parah di kaki dan tangannya," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, tunang mangsa, Zuraidah Jamaludin, 24, berkata, dia bimbang apabila cuba menghubungi Ahmad Norman Hafiz, namun tidak berjawab.

“Kemudian saya dihubungi seseorang yang mengatakan tunang saya terbabit kemalangan di lebuhraya. Fikiran saya bercelaru memikirkan keadaannya selepas mendapat tahu kereta dipandu remuk dan melekat di belakang treler. Namun, syukur kerana dia selamat," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Alor Gajah, semalam.

Zuraidah dan Ahmad Norman Hafiz dijadualkan akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.

sumber- Sinar

Pasangan beri alasan penat, elak dicekup

gadis bogel
Wanita berkemban dengan tuala dicekup bersama pasangannya yang menyorok dalam tandas.
KUALA LUMPUR - Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penat membeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.

“Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas,” katanya.

Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah. 

“Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta,” katanya.

Dalam operasi yang berasingan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sepasang kekasih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dicekup khalwat di sebuah hotel berasingan.

Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu sudah berkahwin, manakala pasangannya berusia 18 tahun tidak mempunyai pekerjaan.

“Pasangan berkenaan juga memberi alasan membeli-belah sempena Aidilfitri. Pada awalnya lelaki berkenaan memberi alasan gadis terbabit merupakan tunangnya,” katanya.

Kedua-dua pasangan terbabit antara 23 individu yang dicekup khalwat di lima hotel bajet sekitar ibu kota.

Beliau menasihati ibu bapa memantau anak mereka kerana kebanyakannya yang dicekup khalwat memberi alasan membeli-belah bersama pasangan di sini.

“Ibu bapa harus bertanggungjawab, jangan memberi kelonggaran dan kebebasan terhadap anak mereka kerana khuatir mereka akan terlanjur di hotel bajet,” katanya.

Operasi selama empat jam itu dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

sumber- Sinar

Tangan hancur uji 20 mercun bola

NGERI...keadaan pergelangan tangan kanan Mohd Shahril yang hancur.
NGERI...keadaan pergelangan tangan kanan Mohd Shahril yang hancur.
KOTA BHARU: Eksperimen tak menjadi. Itulah nasib dua sahabat yang cuba meletupkan 20 biji mercun bola dalam bekas plastik di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), dekat Tunjong, di sini, semalam.

Akibatnya kedua-dua mangsa itu bukan sahaja bertempiaran menyelamatkan diri, sebaliknya menahan kesakitan dengan seorang hancur pergelangan tangan kanan dan rakannya melecur beberapa bahagian badan dan mata kabur.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Mohd Shahril Afendi, 20, dan Mohd Ahmad Ismail, 19, yang juga pekerja kedai buah di kawasan berkenaan baru habis bekerja dan mengisi masa terluang dengan bermain mercun.

Mereka kemudian ke kawasan lapang di belakang kedai dan mengumpulkan 20 biji mercun bola dalam sebuah bekas plastik sebelum Mohd Shahril cuba mencucuh sumbunya, tetapi tidak menyala dan sekali lagi mencuba sebelum mercun itu meletup.

Pergelangan tangan kanan Mohd Shahril hancur dengan satu jarinya terpelanting di atas tanah manakala Mohd Ahmad melecur di beberapa bahagian badan serta matanya kabur selepas terkena percikan api mercun.

sumber- HMetro

Dua beranak maut nahas

Kiri: MOHD. ADRI , ADNAN
Kiri: MOHD. ADRI , ADNAN
BALIK PULAU – Hasrat seorang bapa untuk menghantar anak tunggalnya ke pusat tuisyen berkecai apabila kedua-duanya maut selepas motosikal jenis Honda yang dinaiki bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bayan Lepas dekat sini semalam.

Kejadian pukul 9.10 pagi itu mengakibatkan Adnan Abdullah, 59, maut ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru manakala anaknya, Mohd. Adri, 7, maut di tempat kemalangan akibat digilis tayar belakang kenderaan berat tersebut. Mereka dalam perjalanan ke Teluk Kumbar.

Kejadian berlaku apabila Adnan yang mahu memotong sebuah lori di hadapannya dikatakan ingin masuk semula ke laluannya ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Ketika itulah, motosikal mangsa telah bergesel dengan kenderaan berat itu menyebabkan mereka terjatuh sebelum Mohd. Adri digilis tayar belakang lori berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Mohd. Zain.

sumber- Kosmo

250 maut gempa bumi di Iran

SEBAHAGIAN orang melakukan kerja-kerja mencari mangsa gempa bumi di Kampung Baje-Baj dekat bandar Varzaghan semalam.
SEBAHAGIAN orang melakukan kerja-kerja mencari mangsa gempa bumi di Kampung Baje-Baj dekat bandar Varzaghan semalam.
DUBAI - Beberapa buah hospital di barat laut Iran semalam menerima limpahan ribuan mangsa gempa bumi yang berlaku di sekitar bandar Tabriz kelmarin dengan mengakibatkan 250 orang terbunuh.

Ribuan penduduk lagi membuat khemah dan tidur di jalanan selepas gegaran gempa bumi berlaku.

Menurut beberapa pegawai, angka kecederaan dan kematian mungkin meningkat dengan ratusan mangsa masih terperangkap di celah runtuhan.

Anggota-anggota penyelamat berusaha untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan dalam kejadian gempa bumi yang berlaku pada bulan Ramadan.

"Saya melihat sejumlah orang yang rumah mereka musnah sepenuhnya dan semua ternakan mereka turut mati," kata seorang jurugambar tempatan, Tahir Sadati menerusi telefon kepada agensi berita Reuters.

Menurutnya, dia melihat beberapa buah kampung mengalami kemusnahan teruk.

"Suatu perkara yang baik ialah gempa bumi itu berlaku ketika ramai orang tidak berada di dalam rumah.

"Jika ia berlaku pada waktu malam, angka kematian akan menjadi lebih buruk," katanya.

Kawasan yang teruk dilanda kemusnahan terletak di kampung-kampung luar bandar yang mengelilingi bandar Ahar, Varzaghan dan Harees dekat bandar utama Tabriz, menurut laporan media Iran.

Kebanyakan kampung sukar untuk dilalui menerusi jalan sekali gus menjejaskan usaha-usaha menyelamat.

Beberapa hospital di Tabriz, Ardabil dan bandar-bandar lain mempunyai ramai mangsa yang cedera.

Terdapat barisan pesakit yang panjang menunggu untuk dirawat.

Menurut seorang penduduk, dia pergi mendermakan darah di sebuah hospital kelmarin dan melihat kakitangan hospital terlalu sibuk untuk merawat pesakit yang ramai.

Kebanyakan pesakit dihantar oleh keluarga mereka sekali gus menunjukkan kekurangan ambulans.

"Orang ramai takut dan tidak mahu kembali ke rumah mereka kerana bimbang bangunan (tempat tinggal mereka) tidak selamat," kata seorang penduduk.

Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa bumi pertama berlaku pada kekuatan 6.4 magnitud.

Ia berlaku 60 kilometer ke timur laut bandar Tabriz.

Gempa bumi kedua berukuran 6.3 magnitud dan berlaku 11 minit kemudian dekat Varzaghan, 49 kilometer ke timur laut Tabriz.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Hassan Ghadami, sebanyak 110 buah kampung mengalami kerosakan.

Jurucakap Pertubuhan Palang Merah, Hossein Derakhshan memberitahu agensi berita Fars, lebih 2,000 orang dipercayai cedera.

Seorang pegawai Pertubuhan Palang Merah, Mahmoud Mozafar memberitahu agensi berita Mehr, kira-kira 16,000 orang telah diberi bantuan kecemasan.

Seorang wakil rakyat, Mohammad Hassan-Nejad berkata, jika bantuan tidak dipertingkatkan, angka kematian akan meningkat.

Bekalan air, elektrik dan telefon di Varzaghan terputus sekali gus menjejaskan usaha-usaha menyelamat, lapor Press TV.

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Zeinab di Kampung Mirza Ali Kandi memberitahu agensi berita AFP, dia melihat adiknya berumur lapan tahun dan kakaknya mati di depan matanya.

"Saya berada di luar rumah untuk bermain apabila ia (gempa bumi pertama berlaku.

"Saya berlari ke luar melihat adik saya dan mendapati dia berada di bawah runtuhan. Saya cuba untuk menariknya keluar. Kemudian saya mendengar kakak saya menangis dan apabila saya menoleh, batu besar berada di atas kepalanya. Saya kemudian berlari," katanya sambil menangis.

sumber- Agensi

Arab Saudi sumbang AS$50 juta

SEJUMLAH penduduk Muslim di Jakarta, Indonesia semalam memegang kain pemidang bagi mendesak keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan.
SEJUMLAH penduduk Muslim di Jakarta, Indonesia semalam memegang kain pemidang bagi mendesak keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan.
RIYADH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah (gambar kecil) mengarahkan bantuan sebanyak AS$50 juta (RM155.79 juta) dihantar kepada etnik Rohingya di Myanmar.

Menurut sebuah kumpulan hak asasi manusia, penduduk Muslim itu menjadi sasaran serangan pembunuhan, rogol, perpindahan secara paksa dan pembersihan etnik.

"Raja Abdullah telah mengarahkan bahawa bantuan berjumlah AS$50 juta akan diperuntukan kepada warga Muslim Rohingya di Myanmar," menurut satu laporan yang disiarkan media Arab Saudi semalam.

Bagaimanapun, media itu tidak menyatakan pihak yang melakukan penderaan ke atas etnik Rohingya.

Pertubuhan hak asasi Human Rights Watch menyatakan pada 1 Ogos lalu bahawa etnik Rohingya ditangkap beramai-ramai, dibunuh dan dirogol anggota-anggota pihak berkuasa.

Terdapat 800,000 etnik Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai penduduk di Myanmar.

Pada minggu lalu, Kabinet Arab Saudi mengutuk keganasan terhadap penduduk Muslim di Myanmar.

Dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 31 Julai lalu di Jeddah, Arab Saudi, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak anggota-anggotanya menghantar bantuan kepada etnik Rohingya.

Keganasan di Rohingya bermula pada Jun lalu setelah beberapa orang daripada etnik itu dituduh merogol seorang wanita etnik Rakhine yang beragama Buddha.

Kumpulan etnik Rakhine kemudian menyerang penduduk Rohingya sehingga menyebabkan sebahagian mereka melarikan diri ke Bangladesh.

sumber- Agensi

Kapal tentera AS berlanggar

SEBAHAGIAN badan kapal USS Porter remuk akibat perlanggaran dengan kapal tangki M/V Otowasan di Selat Hormuz semalam.
SEBAHAGIAN badan kapal USS Porter remuk akibat perlanggaran dengan kapal tangki M/V Otowasan di Selat Hormuz semalam.
MANAMA, Bahrain - Salah sebuah kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengalami kerosakan kecil selepas ia berlanggar dengan kapal tangki minyak semalam dekat Selat Hormuz di Asia Barat.

Perlanggaran itu menyebabkan sebuah lubang kecil terbentuk pada badan kapal tersebut.

Menurut Tentera Laut AS dalam satu kenyataan, tiada seorang pun yang cedera dalam kejadian itu.

Perlanggaran itu melibatkan kapal tentera laut pemusnah, USS Porter dengan kapal tangki minyak M/V Otowasan yang mengibarkan bendera Panama.

Selat Hormuz terletak di Teluk Parsi yang merupakan laluan utama kapal-kapal minyak.

Ketegangan telah meningkat berhubung ancaman Iran utnuk menyekat laluan kapal tangki minyak di laluan tersebut sebagai tindak balas terhadap sekatan Barat.

Sebelum ini Barat melakukan pelbagai sekatan ke atas Iran termasuk larangan mengimport minyak dari negara tersebut ekoran isu nuklear.

Iran tidak mahu menghentikan program nuklearnya dengan mengemukakan alasan ia digunakan untuk tujuan menjana tenaga elektrik.

sumber- Agensi

Tentera Syria perhebat serangan

SEBUAH bangunan runtuh akibat pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak di Khaldiyeh, wilayah Homs Syria kelmarin.
SEBUAH bangunan runtuh akibat pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak di Khaldiyeh, wilayah Homs Syria kelmarin.
KAHERAH - Tentera Syria semalam meningkatkan serangan di beberapa buah bandar yang didiami kumpulan pemberontak, kata seorang aktivis daripada pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia.

Askar-askar Presiden Syria, Bashar Al-Assad bertempur dengan para pemberontak di wilayah Daraa dekat sempadan Jordan.

Para pemberontak merampas sebuah kenderaan berperisai daripada pihak tentera dalam pertempuran di bandar Tafs di Daraa.

Tentera Syria turut membedil daerah yang menyokong pemberontak di al-Shaar dan Hananu di timur bandar Aleppo.

Pertempuran juga berlaku antara tentera Syria dan para pemberontak di daerah Salaheddin di Aleppo.

Pada awal minggu ini, para pemberontak terpaksa melarikan diri dari kubu kuat mereka di Aleppo ekoran serangan besar-besaran tentera Bashar.

Kedua-dua pihak telah bertempur selama tiga minggu untuk menguasai bandar Aleppo.

Bandar Aleppo merupakan pusat komersial Syria.

Lebih 20,000 dilaporkan terbunuh sejak pertempuran antara tentera Bashar dengan para pemberontak bermula pada Mac tahun lalu.

Kumpulan pemberontak menuntut supaya Bahsar meletakkan jawatan selepas beliau gagal untuk membawa banyak pembaharuan pentadbiran di negara tersebut.

sumber- Agensi

Kapal persiaran gergasi keluar dermaga

Celebrity Reflection
BEBERAPA orang menyaksikan kapal Celebrity Reflection di dermaga Meyer di Papenburg, Jerman semalam.
PAPENBURG, Jerman - Sebuah kapal persiaran gergasi, Celebrity Reflection ditunda sebuah bot ketika ia meninggalkan dermaga Meyer di sini semalam.

Kapal sepanjang 319 meter dan dibina untuk syarikat perkapalan Amerika Syarikat, Celebrity Cruise itu mempunyai bilik untuk 3,000 penumpang.

Kos untuk membina kapal itu dianggarkan AS$750 juta (RM2.3 bilion).

Kapal itu akan memulakan pelayaran dari Amsterdam ke Barcelona pada 9 Oktober depan. 

sumber- Agensi

Presiden Mesir arah ketua tentera bersara awal

Presiden Mesir Mohammed Mursi
Mohammed Mesir diberi penghormatan pada hari beliau mengangkat sumpah sebagai presiden negara itu. - Foto ihsan CNN
KAHERAH - Presiden Mohammed Mursi mengarahkan persaraan ketua tentera yang berpengaruh, Fil Marsyal Mohamad Hussein Tantawi - dua bulan selepas beliau dipilih sebagai ketua baru Mesir.

Jurucakap Presiden berkata, deklarasi yang bertujuan mengekang kuasa presiden juga telah dibatalkan.

Laporan media menyebut masih belum jelas sama ada Mohamad yang turut dilucutkan sebagai Menteri Pertahanan akan menerima keputusan itu.

Mohammed mengangkat sumpah sebagai Presiden baru, yang dipilih menerusi pilihan raya selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun, pada Jun lalu.

Ikhwanul Muslimin, yang dianggotai Mohammed, melalui hubungan yang tegang sejak Hosni jatuh dari tampuk kuasa menerusi kebangkitan rakyat.

Mursi telah menamakan Fil Marsyal Abdul Fatah Khalil al-Sisi sebagai Menteri Pertahanan yang baru dan ketua Majlis Agung Angkatan Tentera, demikian menurut Nile TV
.
Abdul Fatah merupakan ketua risikan tentera sebelum ini.

sumber- Sinar

George Soros kahwin kali ketiga

George Soros kahwin kali ketiga
George Soros kahwin kali ketiga
NEW YORK – Bilionair George Soros meraikan hari jadinya yang ke-82 semalam sambil mengumumkan pertunangan dengan teman wanitanya, Tamiko Bolton.

Dipetik Reuters, pengumuman mengenai pertunangan Soros dan Bolton, yang pertama kali bertemu pada musim bunga 2008, dibuat di rumah musim panas Soros di Southampton dekat sini, dengan dihadiri sekumpulan kecil rakan-rakan dan saudara mara terdekat.

Soros telah melamar Bolton, 40, beberapa minggu yang lalu semasa mereka menghabiskan hujung minggu di Hamptons iaitu sebuah koloni musim panas di kawasan tepi pantai Long Island yang sering tumpuan golongan hartawan New York.

Bagi Soros, ini akan menjadi perkahwinan yang ketiga dan kedua bagi Bolton yang pernah berkahwin secara ringkas pada 1990-an.

Sementara itu, Soros mempunyai lima anak daripada perkahwinan sebelum ini.

Tahun lepas, bekas kekasih Soros, Adriana Ferreyr memfailkan saman di mahkamah negeri Manhattan dan mendakwa jutawan itu telah memungkiri janji untuk membelikannya sebuah apartmen.

Kemudian, Soros telah memfailkan usul sementara bagi menolak tuntutan.

sumber- Sinar

Sambut Aidilfitri di tirai besi kerana mercun

Sambut Aidilfitri dalam tirai besi kerana mercun
Mohd Firdaus dibawa keluar dari mahkamah selepas dikenakan hukuman penjara hari ini
KUALA TERENGGANU- Hanya kerana 48 butir mercun, seorang petani terpaksa menyambut hari raya dalam tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara selama 10 hari oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Abdul Hayyi Salim selepas Mohd Firdaus Mat Daud, seorang petani berusia 23 dari Kampung Tok Ajam, Pasir Puteh, Kelantan, mengaku salah memiliki 48 butir mercun berbentuk bujur dalam sebuah kereta Proton Saga di Kampung Darat, Batu Rakit di sini, kira-kira jam 11.30 malam, 2 Ogos lalu.

Mohd Firdaus mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, polis yang sedang melakukan sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Batu Rakit, di sini, kira-kira jam 11.30 malam, 2 Ogos lalu ternampak sebuah kereta yang lari dari sekatan jalan raya.

Polis kemudian mengekori kereta berkenaan dan berjaya menahan tertuduh di Kampung Darat, Batu Rakit di sini.

Pemeriksaan terhadap tubuh tertuduh tidak menemui sebarang barang salah, sebelum polis yang menjalankan pemeriksaan terhadap kereta Proton Saga dinaikinya menemui satu plastik cerah yang mengandungi 48 butir mercun di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Tertuduh kemudian ditahan sebelum mercun dan kereta dirampas untuk siasatan lanjut.

sumber- Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...