Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, February 24, 2013

Video: Mesin yang benar-benar mesra pengguna di Jepun

Pengangkutan awam yang sering menjadi pilihan di Jepun ialah kereta api. Bagi memudahkan perjalanan, mereka menyediakan mesin penjualan tiket secara layan diri. Namun apa yang menjadi masalah di sini ialah, segala panduan dan arahan adalah dalam bahasa tempatan. Sudah pastilah ianya menyukarkan pelancong asing. Tetapi tidak perlu khuatir, butang HELP yang disediakan pada mesin tersebut benar-benar membantu. Apabila ditekan, seorang operator akan muncul di celah-celah mesin tersebut dan sedia membantu untuk sebarang masalah. Agak melucukan kerana ianya tidak ubah seperti sebuah mesin Doraemon.

Mesin yang benar-benar mesra pengguna di Jepun

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Seorang ibu yang menghantar mesej teks bersama gambar anaknya yang dibaluti pita pelekat menegaskan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Tiffany Ennis, 31, dari Sandusky, Ohio, tidak mengaku salah atas dua pertuduhan membahayakan kanak-kanak.

Ennis didakwa membaluti pita pelekat disekitar dahi, mata, dan mulut anaknya yang berusia lapan tahun. Gambar itu dihantar kepada ayah kanak-kanak tersebut, Rudy Yado, yang kemudiannya membuat laporan polis.

Ennis memberitahu polis bahawa dia serta rakan dan anak-anak mereka membalutkan pita pelekat di keseluruhan mata dan mulut anaknya kerana ianya melucukan.

Ennis turut melakukan perbuatan yang sama terhadap budak perempuan berusia 11 tahun. Berdasarkan laporan polis, Ennis mengatakan kedua-dua kanak-kanak ini tidak sakit malah langsung tidak meninggalkan sebarang kesan. Ennis tidak berniat untuk menyakiti mereka dan hanya bergurau.

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Detektif Sarjan Dana Newell dari Jabatan Polis Sandusky memberitahu media, dia bersama pegawai dari Erie County Child Services telah pergi ke rumah Ennis pada 19 Februari lalu untuk memeriksa keadaan kanak-kanak tersebut.

Setelah menyiasat dari aduan yang dikemukakan, Ennis ditahan atas kesalahan membalut pita pelekat di kepala dan mata kanak-kanak. Dia dijangkakan dibebaskan semula sebelum 30 Mei depan.

Detektif Sarjan Newell tidak dapat mengesahkan sama ada kanak-kanak tersebut masih mendapat hak dibawah penjagaan ibunya atau tidak.

Siasat mayat wanita Malaysia dalam simen

Bandar Seri Begawan: Polis Brunei, semalam melancarkan siasatan terhadap kematian seorang wanita Malaysia yang mayatnya ditemui dalam blok simen di perkarangan rumah seorang rakannya, kematian ngeri terbaru yang mengejutkan di negara itu.

Siasat mayat wanita Malaysia dalam simen

Voon Su Ching, 39, dilapor hilang suaminya pada 13 Februari selepas tidak pulang selepas keluar membeli kek untuk hari jadi anaknya.

Polis menemui mayatnya lima hari kemudian di rumah rakannya yang meminta dia memantau kediaman itu sementara dia bercuti menyambut Tahun Baru Cina.

Jurucakap polis Brunei, Pengiran Abdul Salam Ghani berkata, bedah siasat sudah dijalankan dan polis masih menanti laporan pemeriksaan itu bagi menentukan punca kematian.

“Mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya dan akan dibawa pulang ke Malaysia,” kata Abdul Salam kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan media Malaysia bahawa seorang suspek sudah ditahan dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai siasatan itu.

Voon yang berasal dari Sarawak menjalankan perniagaan mencuci kereta di Brunei dan tinggal bersama suami dan anak lelakinya.

Banglo tempat mayat itu ditemui masih diperiksa polis.

Sebuah akhbar Malaysia sebelum ini melaporkan, mayat Voon ditemui selepas pemilik banglo itu menemui blok simen setinggi tiga meter di lamannya dengan bau yang busuk.

Jenayah ganas jarang berlaku di Brunei. 

sumber- AFP

9 dituduh jual buah pinggang

Beijing: Sembilan orang semalam dituduh menjual buah pinggang masing-masing di pasaran gelap dan merekrut orang lain untuk bertindak sama.

Mereka yang semuanya berusia 30-an, mencari orang yang ingin berbuat demikian menerusi Internet dan memujuk mereka menjual organ itu di bandar raya Hangzhou, China.

Rangkaian penyeludupan buah pinggang itu didakwa merekrut seramai 38 orang sejak November 2011 yang telah menjual organ masing-masing sebelum polis Hangzhou melakukan penahanan pada Mei tahun lalu, lapor agensi berita Xinhua.

jual buah pinggang

Seorang daripada tertuduh, Lyu Qing, memberitahu mahkamah, dia memperoleh kira-kira 20,000 yuan (RM9,935) hasil daripada menjual buah pinggangnya.

Menurut Xinhua, Lyu meraih 161,000 yuan (RM79,978) melalui penyeludupan buah pinggang sejak dia mula menjalankan kegiatan itu sehingga dia ditangkap.
Orang ramai yang bersedia menjual buah pinggang mereka ditempatkan di sebuah rumah sewa di daerah Jianggan di Hangzhou sebelum proses pembedahan dilakukan.
Kegiatan itu dipercayai bermula sejak November 2011.

Kes itu menyerlahkan perdagangan organ secara haram di China yang berpunca daripada terlalu banyak permintaan berbanding penawaran.

Kira-kira 1.5 juta orang berada dalam senarai menunggu mendapatkan organ itu sedangkan hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun. 

Hakikat bahawa hanya segelintir rakyat China bersetuju menderma organ mereka selepas mati menyemarakkan lagi kegiatan pasaran haram. 

Pada Disember lalu, seorang pakar bedah China dan enam rakannya dipenjarakan kerana dituduh terbabit dalam perdagangan organ secara haram dan sengaja menyebabkan kecederaan selepas seorang remaja menjual buah pinggangnya untuk membeli iPad dan iPhone.

Song Zhongyu menjalankan pembedahan secara haram terhadap pelajar berusia 17 tahun itu yang bersetuju memberikan organnya untuk ditukar dengan gajet bernilai kira-kira RM8,930. 

Kisah pelajar itu terbongkar selepas ibunya curiga apabila melihat dia menggunakan peralatan berkenaan.

Dia akhirnya mengaku menjual buah pinggangnya selepas berdepan masalah kesihatan. 

sumber- Agensi

Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara

Het Arresthuis merupakan hotel mewah yang baru dibuka di Belanda. Pada asalnya, bangunan hotel ini adalah penjara yang beroperasi antara tahun 1863 sehingga 2007. Ianya menempatkan 150 lokap yang kini diubahsuai menjadi 36 bilik mewah dan 7 suites termasuklah 4 suites istimewa yang dikenali sebagai The Director, The Jailer, The Lawyer, dan The Judge. Kesemuanya dilengkapi dengan perabut moden dan mempunyai rekaan dalaman yang amat menarik. Pelbagai kemudahan lain disediakan di tingkat bawah. Antaranya ialah bar, Restoran Damianz, sauna, gim, taman herba, dan pelbagai lagi.

Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara

Hotel penjara bukanlah suatu konsep yang baru. Di Jerman, terdapat sebuah hotel yang digelar Alcatraz Hotel yang menggunakan konsep tersebut. Semenjak ianya beroperasi, ianya menjadi satu tarikan dan sering dikunjungi ramai.

Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...