Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Monday, August 20, 2012
Cara mudah mencari saiz kasut
Susahkah untuk mencari saiz kasut? Seringkali kita mencuba satu persatu kasut di sesebuah kedai kerana saiznya tidak sepadan dengan ukuran kaki kita. Bukankah lebih mudah jika kita meminjam pembaris untuk mendapatkan ukuran kaki kita yang sebenar. Tempat yang perlu diukur bukanlah di tapak kaki tetapi di lengan. Pelik tetapi inilah realitinya. Saiz tapak kaki seorang manusia normal adalah sama dengan ukuran panjang lengannya sendiri.
Adakah ini gajah?
Perhatikan gambar gajah ini. Betulkah ianya gajah? Ada yang mengatakan ianya adalah gambar harimau atau haiwan lain.
Sebenarnya ini adalah salah satu teknik lukisan ilusi yang menggabungkan imej haiwan-haiwan lain menjadi bentuk gajah. Persoalannya sekarang, berapa ekor haiwankah yang berada dalam gambar tersebut?
Sebenarnya ini adalah salah satu teknik lukisan ilusi yang menggabungkan imej haiwan-haiwan lain menjadi bentuk gajah. Persoalannya sekarang, berapa ekor haiwankah yang berada dalam gambar tersebut?
Restoran di atas pokok
Restoran ini dinamakan Naha Harbor Diner terletak di Okinawa, Jepun. Uniknya, restoran ini terletak diatas pokok Gajumaru yang besar dengan ketinggian kira-kira 20 kaki dari tanah. Sebenarnya, ianya bukanlah pokok Gajumaru sebenar tetapi sekadar binaan konkrit. Pelanggan terpaksa menaiki elevator di dalam batang pokok tersebut untuk menuju ke restoran.
Restoran air terjun di Philippines
Pengalaman menjejakkan kaki ke The Labassin Waterfall Restaurant pasti merupakan memori yang tidak mungkin anda lupakan. Ianya terletak di Villa Escudero Resort, Philippines.
Menariknya, pengunjung boleh menikmati makanan tengah hari sambil menenggelamkan kaki ke dalam air. Selain disajikan hidangan tempatan, pengunjung juga boleh menikmati keindahan alam yang dahulunya adalah ladang dan kebun tanaman kelapa.
Robot Gajah Yang Menakjubkan
Bila bercakap tentang gajah, pasti ramai yang terbayang tentang haiwan besar yang gagah dan kuat di daratan. Namun disini bukanlah gajah biasa tetapi gajah buatan manusia yang lebih mengagumkan. Gajah electromechanical ini diperbuat daripada kayu dan mampu bergerak seakan gajah sebenar. Ketinggiannya ialah 12 meter dan lebar 8 meter. Hidupnya tidaklah sebebas gajah-gajah yang lain kerana ia disimpan dalam sebuah gudang yang besar. Apabila haiwan ini mula bergerak, ianya kelihatan seperti senibina yang begitu ajaib. Gajah ini mampu menampung 49 penumpang dalam satu pengembaraan yang hebat merentas Ile de Nantes. Walaubagaimanapun, ciptaan manusia tetap serba kekurangan berbanding ciptaan sebenar tuhan.
Reaksi walrus apabila mendapat kek hari jadi
Terharu, malu, gembira adalah reaksi normal apabila seseorang mendapat hadiah. Berbeza pula dengan gambar yang dipaparkan di bawah ini di mana penerima hadiah tersebut bukanlah manusia tetapi seekor walrus.
Reaksi walrus tersebut sungguh lucu apabila diberikan kek hari jadi yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan ikan. Ini membuktikan bahawa haiwan juga mempunyai perasaan.
Seumur hidup saya, inilah saat yang paling menggembirakan. |
Kolam Palsu Di Jepun
Jika anda menganggap bahawa ini adalah kolam renang sebenar, terus-terang anda telah ditipu. Sebenarnya, ianya adalah salah satu karya terhebat seorang artis dari Argentina, Leandro Erlich. Beliau telah menghasilkan ilusi seakan manusia berjalan di dalam air yang dinamakan ' The Swimming Pool '. Karya Leandro ini dipamerkan di The 21st Century Museum of Contemporary Art Kanazawa, Jepun.
Tiket Tragedi Kapal Titanic Dijual
Firma Bonham melelong sekeping tiket kapal penumpang Titanic yang karam pada 15 April 1912.
Lelongan itu dibuat sempena ulang tahun ke-100 kapal Titanic karam di Lautan Atlantik selepas ia melanggar sebuah bongkah ais.
Tiket kapal Titanic |
Tiket bersejarah itu dilelong pada harga AS$56,250 (RM172,237) termasuk harga premium yang dikenakan firma lelongan tersebut.
Menu makanan malam untuk pelanggan kapal malam itu turut dilelong pada harga AS$31,250 (RM95,687) termasuk harga premium.
Tiket dan menu itu dibeli oleh pembeli dari Amerika Syarikat.
sumber- Agensi
Keenakan kulit kerbau salai
WALAUPUN penyediaannya leceh, hidangan jangek merupakan menu istimewa di Kampung Lukut. |
DAGING kerbau sememangnya digemari di Kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang, Kota Tinggi, Johor. Ia disifatkan lebih pejal, lebih manis dan tidak berbau seperti daging lembu ternak.
Tidak hairanlah permintaan daging kerbau di kampung itu tidak pernah menyusut. Malah, setiap kali Syawal, hampir semua rumah akan menyediakan rendang kerbau dan lemang sebagai juadah istimewa Aidilfitri.
"Bila tiba sahaja bulan puasa, kami akan keluar memburu kerbau bertuan yang hidup meliar pinggir di kampung ini. Permintaan terhadap daging kerbau liar memang tinggi di kampung ini, malah orang luar juga sudah pandai mencari daging kerbau setiap kali raya tiba.
"Masa itu, bukan sahaja daging, semua bahagian kerbau akan habis terjual. Daripada tanduk, tulang, kepala, kulit, tidak ada yang tertinggal," ujar pemburu kerbau liar, Nurul Hisham Norden atau Dodot.
Selain rendang kerbau dan kerbau salai masak lemak cili api, jangek adalah menu berasaskan kerbau yang menjadi signatur kampung itu.
"Jangek adalah kepingan kulit kerbau yang dibakar, dikikis dan diketuk berulang kali sehingga bersih daripada bulu-bulu.
"Selepas itu, ia akan disalai beberapa hari sehingga kering dan keras. Kemudian, kepingan itu diketuk menggunakan tukul besi sehingga warnanya yang hitam menjadi kekuningan.
"Apabila hendak dimasak, ia direbus terlebih dahulu sehingga lembut dan warna bertukar menjadi lut sinar seperti agar-agar.
"Setelah lembut, sejukkan terlebih dulu sebelum dipotong kecil-kecil dan sedia untuk dimasak," ujar Sareh Soho, 67.
Tambah isterinya, Sapiah Mohd. Yusof, 63, jangek enak dimasak lemak cili api bersama labu manis ataupun ubi kayu.
"Kalau suka, jangek juga boleh dimasak dengan rebung. Penyediaannya memang rumit, tetapi rasanya yang lembut tetapi sedikit kenyal sungguh enak.
"Malah, setiap kali ada rewang sempena kenduri kahwin ataupun anak-anak berkumpul sempena raya, mereka pasti meminta saya menyediakan hidangan jangek masak lemak cili api.
"Bagi yang pertama kali menikmatinya, pasti akan mencuba untuk kali kedua. Malah, besan saya dari Pulau Pinang turut menggemari hidangan ini," ujar ibu kepada 12 cahaya mata ini.
Kedua-dua kampung ini yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari bandar Kota Tinggi, Johor memang kaya dengan keunikan budaya dan adat warisannya.
Ia dibuka pada tahun 1890 oleh Raja Lajim Raja Syed yang merupakan waris keturunan Raja Melewar dari Negeri Sembilan yang berhijrah dari Lukut di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama lapan lagi saudaranya.
Biarpun sudah 122 tahun berlalu, warisan Minangkabau dan adat Perpatih masih diamalkan di negeri Johor yang mengamalkan adat Temenggung hingga ke hari ini.
Paling ketara, gaya percakapan penduduk di kampung ini yang menuturkan loghat asli Negeri Sembilan cukup untuk membuatkan orang luar yang bertandang ke sini beranggapan mereka berada di Negeri Sembilan, bukannya di Johor.
sumber- Kosmo
Subscribe to:
Posts (Atom)