Monday, August 20, 2012

Robot Gajah Yang Menakjubkan

Bila bercakap tentang gajah, pasti ramai yang terbayang tentang haiwan besar yang gagah dan kuat di daratan. Namun disini bukanlah gajah biasa tetapi gajah buatan manusia yang lebih mengagumkan. Gajah electromechanical ini diperbuat daripada kayu dan mampu bergerak seakan gajah sebenar. Ketinggiannya ialah 12 meter dan lebar 8 meter. Hidupnya tidaklah sebebas gajah-gajah yang lain kerana ia disimpan dalam sebuah gudang yang besar. Apabila haiwan ini mula bergerak, ianya kelihatan seperti senibina yang begitu ajaib. Gajah ini mampu menampung 49 penumpang dalam satu pengembaraan yang hebat merentas Ile de Nantes. Walaubagaimanapun, ciptaan manusia tetap serba kekurangan berbanding ciptaan sebenar tuhan.

Robot Gajah Yang Menakjubkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...