2020585

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, October 18, 2012

Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera

JENGKA 4 - Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin. Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter...

Bumbung banglo runtuh, satu maut 3 masih perangkap

SHAH ALAM - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala empat cedera dan tiga lagi terperangkap selepas bumbung banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang tadi. Empat yang cedera termasuk seorang dikatakan terputus kaki telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan. Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an. Kejadian...

Laman sosial kongsi cerpen lucah

IPOH: Laman sosial facebook dikesan menjadi sasaran terbaru remaja tempatan mendapatkan akses percuma kepada laman web atau blog cerpen lucah dari negara jiran, Indonesia serta tempatan. Pengguna Internet terutama remaja belasan tahun hanya perlu ‘like’ atau ‘suka’ pada akaun lucah terbabit sebelum berpeluang ‘menikmati’ paparan cerpen lucah dalam talian secara percuma. Lengkap dengan gambar pornografi dan aksi seks pasangan, akaun laman...

Wanita jalan bersendirian dirogol

CHERAS: Seorang wanita melalui detik hitam dalam hidupnya selepas dia yang berjalan sendirian bukan saja ‘diculik’ tiga lelaki, malah turut diperkosa seorang daripada lelaki terbabit. Difahamkan, wanita berusia awal 30-an yang trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah lelaki terbabit pada malam Isnin lalu membuat laporan di Bali Polis Petaling, kelmarin. Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa keluar rumah untuk ke sebuah kedai berhampiran...

Saya rasa bagai mati hidup semula

KEMAMAN – “Saya rasa bagai mati hidup semula,” kata pemandu lori simen, R Kandasamy, 39, yang terselamat walaupun kenderaan berat yang dipandunya terjunam ke dalam cerun dalam nahas di Kilometer 135 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Ladang Sawit Reezan, Air Putih di sini pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, lori simen yang dipandunya bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira, dipandu seorang guru berusia 27 tahun mengakibatkan...

Pencuri sardin dipenjara 3 bulan, denda RM1,500

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Walaupun sebelum ini sudah beberapa kali dipenjarakan kerana kesalahan mencuri, seorang buruh dilihat seolah-olah menjadikan jenayah mencuri ‘kerjaya’ sambilan bagi mendapatkan wang dengan mudah. Ini terbukti apabila sekali lagi, tertuduh, Mohd Normi Ismail @ Mohd Nor, 35, dengan lagak selamba mengaku bersalah mencuri tujuh tin sardin dan dua kotak cakera video digital (DVD) milik Pasar raya Mydin Mall,...

Foto separuh bogel Novi Amalia tersebar disiasat

JAKARTA: Polis akan menyiasat foto separuh bogel model, yang tersebar menerusi rangkaian media sosial dengan menegaskan mereka tetap akan bertindak jika pelakunya adalah anggota polis. “Bagaimanapun, kami masih mendakwa Novi atas tuduhan menyalahgunakan dadah dan melanggar undang-undang jalan raya,” kata jurucakap polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanti semalam.  Model majalah dewasa berusia 25 tahun itu merempuh tujuh orang Khamis...

Wanita dipenggal kepala enggan melacur

HERAT - Polis Afghanistan semalam, menahan empat suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang wanita yang enggan menjadi pelacur. Menurut Ketua Polis Herat, Abdul Ghafar Sayedzada, kepala Mah Gul, 20, dipenggal selepas menolak permintaan ibu mertuanya untuk dilacurkan di kediaman mereka, di sini pada minggu lalu. gambar hiasan "Polis menahan empat suspek termasuk ibu dan bapa mertua mangsa, suaminya dan seorang lelaki," katanya. sumber-...

Gadis tolak cinta samseng diugut culik

NUSAJAYA – Gara-gara menolak cinta rakan sebaya, seorang gadis bukan sahaja diugut culik, malah bapanya juga nyaris dibelasah empat lelaki kerana dipercayai campur tangan dalam kisah cinta tidak berbalas itu. Dalam insiden di luar pekarangan sebuah sekolah di Skudai, di sini, mangsa, M Chanmagieprya, 16, yang baru tamat menduduki kertas akhir peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikatakan diganggu empat lelaki yang juga rakan sekolahnya...

Bank sperma tawar air mani selebriti untuk RM74,000

LONDON: Sebuah bank sperma menawarkan air mani selebriti kepada mana-mana wanita yang kemaruk mahu mendapatkan zuriat tokoh terkemuka, lapor media semalam. Bank sperma itu, Fame Daddy, mendakwa menyimpan air mani 40 tokoh terkenal dalam pelbagai bidang, termasuk bintang rock, genius, pelumba kereta Formula 1 dan bekas pemain bola sepak. Menurut Fame Daddy, dengan bayaran serendah £15,000 (RM73,580), “perkhidmatan permanian beradas premium” itu...

Penerima wajah kini boleh berus gigi, bercukur

ANNAPOLIS: Tujuh bulan selepas menjalani pembedahan, wajah baru Richard Lee Norris dipamerkan kepada umum, lengkap dengan muka, gigi, lidah dan dagunya, semalam. Norris, 37, adalah pesakit pemindahan wajah paling meluas pernah dijalankan setakat ini. Dia mengalami kecederaan parah akibat kemalangan membabitkan senjata api pada 1997. Selama 15 tahun, Norris terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng dan keluar dari rumahnya di...

Dipukau wanita berjubah hitam

KULIM – Seorang bekas pekerja Telekom Malaysia kerugian lebih RM20,000 selepas barang kemas dan jam tangan miliknya dilarikan oleh seorang wanita berjubah hitam di Padang Serai di sini Jumaat lalu. Mangsa, Siti Shamshiah Ahmad, 60, mendakwa, dia tidak menyedari kehilangan barangan tersebut kerana telah dipukau oleh wanita tersebut. Ceritanya, ketika kejadian, dia bersama suami serta beberapa ahli keluarga lain keluar untuk membeli barangan...

Wanita sembunyi arak curi di celah paha

KUALA LUMPUR – Guna baju labuh untuk sembunyi barang. Itulah taktik seorang wanita ketika mencuri lima karton minuman keras di sebuah pasar raya dekat sini baru-baru ini. Kejadian yang berlaku pada 27 September lalu di KK Supermart di Taman Bukit Serdang di sini dilakukan secara berkumpulan yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak. Menurut Pengurus Kawalan Keselamatan KK Supermart, S. Selvakumar, kejadian hanya disedari selepas...

Buat laporan palsu dirogol bapa

KUALA LUMPUR – Seorang gadis tergamak membuat laporan palsu mendakwa dirinya dirogol oleh bapa sendiri gara-gara terlalu marah dengan tindakan orang tuanya itu yang menghalang dia berkawan dengan seorang lelaki. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, remaja berusia 19 tahun itu membuat laporan polis pada 4 Oktober lalu dan mendakwa dia dirogol oleh bapanya ketika berada di dalam bilik di rumahnya di Brickfields...

Terlelap: Guru besar sekolah agama maut

MUAR – Seorang guru besar sebuah sekolah agama di sini terpaksa menahan kesakitan selama 20 minit akibat tersepit dalam kereta dipandunya sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di Batu 16, Jalan Bakri-Air Hitam dekat sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Mukinah Warno, 52, yang baru beberapa bulan bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Agama Bukit Naning baru meninggalkan sekolahnya selepas tamat sesi persekolahan pada hari...

Bakal pengantin mati kemalangan

GEORGE TOWN – Hasrat seorang pemuda untuk melangsungkan pernikahan dengan tunangnya pada awal bulan depan berkecai apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Sheikh Mohd. Adam Mohd. Ishak, 20, mati di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah di kepala. MOHD. ADAM seorang anggota Rela terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan di...

Bayi didera mati di pangkuan ibu

BATU PAHAT – Setelah enam hari bertarung nyawa, seorang bayi berusia lapan bulan yang mengalami keretakan di tempurung kepala dipercayai akibat didera, meninggal dunia dalam dakapan ibunya di sini kelmarin. Bayi malang itu, Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim, meninggal dunia pukul 2.30 petang di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini setelah dimasukkan ke hospital itu pada 11 Oktober lalu. ANGGOTA keluarga mengangkat jenazah Nur Irisyafida...

Buah labu terbesar dunia milik Wallace

NEW YORK - Seorang penanam labu, Ron Wallace dari Greene, Pulau Rhode, Amerika Syarikat diundang menghadiri program bual bicara Live with Kelly and Michael di sini kelmarin. Dia diundang bagi menceritakan tentang buah labunya yang seberat 849 kilogram (kg). Buah labu itu direkodkan sebagai yang terbesar di dunia. Ia mengatasi rekod Guinness World Records hampir 90.71kg. WALLACE (kiri) bercakap kepada Kelly dan Michael (kanan) tentang...

Psy menari tarian kanggaru

SYDNEY - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menghiburkan para peminatnya pada pagi semalam, lapor akhbar The Herald Sun. Beribu-ribu peminat membanjiri Martin Place di sini untuk menyaksikan persembahannya selepas dia popular dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube. Kebanyakan peminat mula berada seawal pukul 1 pagi pada waktu tempatan. Psy membuat persembahan itu ketika dia menghadiri program Sunrise terbitan...

Lelaki 96 tahun jadi bapa tertua di dunia

HARYANA, India - Seorang lelaki berusia 96 tahun menjadi bapa paling tua di dunia selepas isterinya yang telah dikahwininya selama 17 tahun melahirkan anak kedua mereka pada awal bulan ini, lapor portal berita Indian Today semalam. Lelaki itu, Ramajit Raghav dan isterinya, Shakuntala, 54, tidak pernah dikurniakan cahaya mata untuk tempoh 15 tahun pertama perkahwinan mereka. Pasangan yang bertemu jodoh di sebuah perkampungan Kharkhosa di daerah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...